Naluri saya kuat merasakan sesuatu yang tak kena. Sesampainya di pintu taska, naluri ibu ternyata tepat. Kedengaran suara nyaring anak saya menangis. Saya menekapkan telinga di daun pintu untuk mendengar. Saya tekan loceng taska…
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Sedikit pengenalan tentang saya, nama samaran Nana. First time mom di pertengahan usia 30an. Saya baru bersalin. Seperti mana ibu – ibu bekerja yang lain, saya pun dah mencari pengasuh dan taska untuk anak saya sebaik sahaja tamat cuti bersalin.
Akibat kesukaran mencari pengasuh, saya memohon kerja dari rumah sementara mencari pengasuh dan taska. First time mom, saya akui, saya sangat cerewet bab pemilihan pengasuh dan taska. Banyak kriteria yang saya senaraikan untuk pastikan anak saya berada dalam jagaan yang terbaik.
Seriau mendengar, membaca, melihat kes pengabaian dan kes d3ra oleh pengasuh. Baik pengasuh persendirian mahupun pengasuh di taska. Seperti tajuk yang saya tulis di atas, saya ibu yang berhati walang. Pilih punya pilih, Allah duga saya dengan sikap cerewet saya. Taska yang saya pilih tu kelihatan sangat menyakinkan.
Hari pertama hantar ke taska untuk tempoh percubaan pun saya dah berat hati untuk hantar memandangkan anak saya jenis high needs baby. Anak saya jenis perlu orang duduk menghadap dia walaupun semasa dia tidur.
Perkara ini sudah tentulah menyukarkan pengasuh. Di taska, mana mampu pengasuh menumpukan perhatian penuh kepada anak saya seorang. Oleh itu, saya abaikan saja perasan sedih saya dengan menyedapkan hati, anak perlu belajar membiasakan diri dengan orang lain.
Orang di sekeliling pun menambah garam, dengan mengatakan saya terlalu manjakan anak sehingga anak tak mahu orang lain langsung. Sebaik sahaja saya tiba di taska, saya bertemu dengan pengasuh dan memaklumkan serba serbi tentang makanan, susu dan lain – lain maklumat berkenaan anak.
Setelah saya serahkan anak kepada pengasuh, anak terus menangis. Dengan terp4ksa rela, saya keraskan hati meneruskan perjalanan ke tempat kerja sambil tak putus berdoa Allah menjaga anak saya sepanjang saya bekerja.
Sesampainya di tempat kerja, saya masih tak tenang. M4kin jadi cacing kepanasan. Sedaya upaya menahan diri dari menelefon taska untuk bertanyakan keadaan anak saya. Saya betul – betul gelisah. Saya minta suami melihat keadaan anak di taska dari kejauhan.
Pada masa itu, suami memaklumkan anak telah tidur setelah penat menangis. Fikiran saya masih berkecamuk. Naluri saya kuat merasakan sesuatu yang tak kena. Saya masih abaikan perasan tu dan teruskan kerja seperti biasa.
Hari pertama bekerja setelah lama bercuti dirasakan terlalu panjang. Saya segera siapkan kerja – kerja yang penting dari sekian senarai kerja yang menimbun. Setelah selesai kerja, saya segera memohon kebenaran untuk balik awal dari penyelia.
Mujur penyelia berhati mulia memahami galaunya seorang ibu yang pertama kali menyerahkan anak dalam jagaan orang lain. Saya terus ke taska untuk mengambil anak. Rasa rindu tak bertepi yang membuak – buak. Padahal baru beberapa jam berpisah.
Ibu yang cengeng ini tak henti – henti menangis sepanjang perjalanan. Sesampainya di pintu taska, naluri ibu ternyata tepat. Kedengaran suara nyaring anak saya menangis. Saya tunggu beberapa minit sebelum membunyikan loceng pintu taska.
Saya menekapkan telinga di daun pintu utk mendengar adakah anak saya dipujuk. Ternyata anak saya dibiarkan menangis sendirian. Dengan sabar yang masih berbaki, saya menekan loceng taska. Pengasuh membuka pintu dan terk3jut melihat saya datang awal dari masa yang diberitahu.
Seorang lagi pengasuh terus meluru mendapatkan anak saya kemudian memberitahu anak saya menangis semasa tidur kerana terk3jut dengan bunyi loceng yang saya bunyikan. Alangkah s4kitnya hati saya mendengarkan kebohongan yang diberitahu.
Saya pilih untuk terus berdiplomasi walaupun dalam hati saya sedang menunggu cetusan marah yang melahar. Saya ambil anak dan terus terbau n4jis di badan anak. Lagi sekali saya uji pengasuh – pengasuh berkenaan jika mereka ada terhidu bau busuk.
Mereka terus menjawab tidak ada sebarang bau. Mungkin hidung saya terhidu bau sampah. Lantas saya terus memeriksa lampin anak di hadapan pengasuh – pengasuh tersebut. Ternyata anak saya memang ber4k. N4jisnya pun dah comot ke seluruh punggvng dan dah hampir kering.
Terus saya bersihkan anak saya sendiri. Punggvng anak dah kemerahan. Pasti anak saya menangis kerana tak selesa dengan n4jis. Paling saya s4kit hati. Makanan anak yang saya sediakan tidak luak. Bila saya suapkan anak, semangkuk penuh makanan dihabiskan.
Kelihatan anak saya betul – betul kelaparan. Sedih sungguh melihat anak saya dalam keadaan begitu. Terus saya terimbau keadaan bayi – bayi lain di taska tersebut. Tak tahulah keadaan di taska lain bagaimana. Di taska ini anak – anak dibiarkan menangis sendirian dan hanya tidur di atas foam a b c. 1.2.3 tu. Allah. R3muknya hati.
Di sini saya nak tanya pendapat pembaca – pembaca, bolehkah taska mengambil w4rga asing tanpa kelulusan akademik yang diyakini sebagai pengasuh? Saya jadi kasihan dengan anak kecil yang masih belum pandai bercakap diasuh di situ.
Nak diadukan kepada pihak berkuasa, taska tersebut mendapat review yang baik. Mungkin ibu bapa yang sibuk bekerja tak sempat melihat keadaan anak mereka dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada taska berkenaan untuk menjaga anak mereka.
Entahlah. Maaf ya jika penulisan saya tak teratur. Emosi saya masih terganggu dengan insiden yang berlaku ke atas anak saya. Mungkin hal ini kecil bagi orang lain, tapi bagi saya perkara sebegini tak boleh diterima sama sekali. Terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis. – Nana (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ahmad Morag : Saya faham perasaan ibu bapa yang perlu tinggalkan anak di taska. Cuma saya perlu beri sedikit nasihat, yang mungkin kita terlepas pandang. Kita kena cekal secekal Nabi Ibrahim yang tinggalkan anak dan isteri di tengah padang pasir semata – mata yakin dengan janji Allah.
Kita kena letakkan Allah yang jaga anak kita, bukan aunty taska itu pun. Kalau dah nampak redflag, cari la taska atau pengasuh lain. Saya yakin Allah akan pelihara anak – anak kita selagi mana kita yakin dengan-Nya.
Lynn Abd Latiff : Saya merupakan ibu anak 4 – anak sulung saya kini berusia 18 tahun sekarang. Anak – anak saya membesar di taska sebab saya ibu yang bekerja sepenuh masa. Apa yang saya boleh bagi pendapat melalui pengalaman saya buat ibu muda, yang pertama ambil tahu serba sedikit tentang taska, buat survey dan tanya pengalaman ibu – ibu lain yg hantar anak ke taska tersebut. Kedua, lower your expectation.
Ketiga – kurangkan bab hati tisu, trust issue semasa nak tinggalkan anak di penjagaan org lain. Keempat, kembalikan pengharapan sepenuhnya kepada Allah swt. Jika ini tidak dapat dan tidak dipenuhi Mungkin kena re-evaluate keperluan ibu keluar bekerja sebab tiada orang lain yang paling sempurna selain ibu yang menjaga anaknya sendiri. Just my 2 cents.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.