Hisap Vape asap berkepul-kepul, Azar Azmi dikecam promosi Vape untuk wanita

Nama Azar Azmi dalam dunia hiburan semakin disebut-sebut kerana bakatnya dalam bidang lakonan semakin menyerlah. Muncul apabila menyertai Dewi Remaja 2009/2010, tahun yang sama dengan Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah.

Namanya makin menjadi sebutan apabila beliau membawa watak Fatimah dalam Pujaan Hati Kanda dan watak Juita dalam Nur2. Tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi menyebabkan ramai peminat tertarik dengan beliau.

Namun beberapa hari yang lepas, beliau memuat naik video promo di IG miliknya. Apa yang menariknya, beliau membuat video promo berkenaan perisa vape, juita juice. Di dalam video tersebut Azar dilihat menghisap Vape dengan penuh gaya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ye lah, sebagai seorang wanita agak tidak sesuai bila menghisap vape. Kalau lelaki pun dilarang atas beberapa faktor inikan pula untuk golongan wanita.

Jika sebelum ini, kita lihat banyak artis lelaki yang mengambil dan mempromosikan Vape untuk dijadikan bisnes, nampaknya kini giliran artis wanita pula untuk berbuat demikian.

Menurut Azar, ini adalah hak individu selagi tidak buat perkara yang salah seperti menipu dan menganiaya orang lain. Dan beliau telah mencuba dahulu perisa vape tersebut sebelum membuat mempromosi tersebut.

Semestinya kalau perkara sebegini akan mengundang reaksi dari netizen. Mungkin Azar Azmi ada sebab tersendiri, kita tunggu penjelasan dari beliau sendiri nanti.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..