Bila dapat tahu ibu BF carikan j0doh untuk dia, aku cepat2 minta suami ceraikan aku

Hubungan aku dan suami sem4kin h4mbar dan saat itu Farhan datang dalam hidup aku. Bila Farhan bagitahu yang ibunya dah carikan calon isteri, aku cepat – cepat berjuang supaya suami ceraikan aku. Farhan berjanji nak bawa jumpa keluarga lepas eddah. Namun lepas aku bercerai, ini yang berlaku.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat para pembaca dan pengikut setia page ini. Buat admin, terima kasih andai penulisanku ini tersiar. Nama aku Nasuha. Sekadar menulis untuk berkongsi rasa dan pengalaman.

Semoga apa yang aku tulis ini sedikit sebanyak dapat memberi iktibar buat mereka yang mungkin pernah atau sedang melalui apa yang aku lalui. Aku seorang ibu tunggal. Berpisah dengan bekas suami 3 tahun yang lalu.

Ya. Sudah 3 tahun namun hati baru terdetik untuk berkongsi kisah. Buat pengetahuan semua, aku seorang yang pernah setia. Sangat setia namun tidak aku sangka apa yang terjadi dalam hidup aku berubah 360 darjah.

Sepanjang perkahwinan aku dengan bekas suami, aku tidak pernah berahsia baik dari sudut kewangan atau perasaan, namun adat perkahwinan ada pasang surutnya sehingga sampai suatu tahap. Hati aku sudah tidak mampu toleransi dengan keadaan dan situasi perkahwinan kami.

Sepanjang tempoh kahwin, kami dikurniakan 2 orang anak. Mungkin perkahwinan tidak berkah kerana solat yang tunggang langgang dan tiada komunikasi. Sampai suatu tahap aku sudah tiada nafsu pada suami. Hidup aku sehari – hari hanya melayan anak – anak dan membaca novel online.

Dalam keadaan perkahwinan yang h4mbar hati aku di sapa seorang lelaki bernama Farhan (bukan nama sebenar). Dia rakan sekerja aku dan masih bujang sewaktu perkenalan. Awal perkenalan, memang hati aku tidak pernah terniat untuk bercinta dengannya tambahan pula kerana usianya yang lebih muda dari aku.

Malah, bekas suami juga tahu kerana aku pernah bercerita mengenai Farhan kepadanya. Hari demi hari, aku lihat Farhan sem4kin rancak bertanya khabar aku. Jika aku cuti, Farhan akan bertanya kenapa tidak nampak aku pada hari tersebut.

Aku sem4kin hairan dan pada hematku dia terlebih mengambil berat. Sehinggalah suatu hari, Farhan meluahkan perasaannya kepada aku walaupun dia sedar status aku sebagai isteri orang dan ibu. Demi Allah, hati aku sangat berbeIah bahagi kerana dalam diam aku juga punya perasaan padanya.

Ditambah lagi ketika itu hati aku pada suami sememangnya sudah tawar. Ya Allah, ampuni h4mbaMu ini. Aku h4nyut dibuai perasaan dan dalam diam pernah keluar berjumpa dengan Farhan sekadar makan dan tidak lebih dari itu.

Namun kerana kesungguhan Farhan ketika itu, aku pernah katakan padanya kalau betul aku pilihannya, apa – apa haIangan kami harus sama – sama t3mpuh. Sesungguhnya aku lupa Allah S.W.T sebaik – baik perancang.

Demi Allah. Aku terlalu lagh0 ketika itu kerana perkahwinanku yang h4mbar dan kerana hadirnya Farhan. Aku terlalu jauh dari Tuhan, kerana itu sy4itan galak membisikkan h4sutan. Dipendekkan cerita, akhirnya hubungan aku dengan suami berakhir, sudah tentulah dalam keadaan yang kurang baik

Namun aku relakan sahaja kerana aku tahu aku bukan isteri yang baik untuknya. Hampir setahun juga aku dig4ntung tidak bertali. Namun hubungan aku dengan Farhan tetap terus berjalan. Bagiku, sepanjang kemeIut aku dengan bekas suami, Farhan tidak pernah sekalipun meningg4Ikan aku.

Itu yang membuatkan hati aku terus teguh untuknya. Aku jenis manusia yang apabila menyayangi aku akan sayang sepenuh jiwa, namun jika sudah tawar hati, m4ti hidup semula pun tak akan aku kembali. Bukan tidak pernah terlintas untuk bertaubat kembali cuma kadang – kadang hati aku ini lemah, iman sudahlah senipis kulit bawang.

Setelah berpisah, anak – anak dibahagi. Seorang bersama aku, seorang lagi dengan bekas suami. Anak aku juga rapat dengan Farhan kerana aku selalu membawanya bersama jika keluar bersama Farhan. Farhan zahirnya seorang yang softspoken, m4tang dan sangat tenang. Jarang aku melihat dia meIenting.

Suatu hari, Farhan pernah memberitahuku ibunya sedang mencari j0doh untuknya. Hatiku bagai dis4mbar petir ketika itu. Aku berIagak tenang hakik4tnya hati aku memb3ntak kerana aku sedar ketika itu aku masih terik4t dengan status isteri walaupun dig4ntung tak bertali.

Aku perju4ngkan supaya suami menceraikan aku. D0sa aku terlalu banyak, aku tidak sanggup kami sama – sama menanggung d0sa. Aku menanggung d0sa isteri derh4ka, dia pula menanggung d0sa suami dayus. Kerana untuk kembali bersatu tersangat must4hil setelah segala yang terjadi.

Biarlah kami dan tuhan sahaja yang tahu. Walaupun tahu Farhan sedang berkenalan dengan orang lain, aku terus kekal setia dengannya kerana Farhan mengatakan itu kehendak keluarga dan mereka sama  -sama just in open option.

Sekadar berkenalan dan belum serius ke arah perkahwinan lagi. Mendengar itu, sedikit kelegaan untuk aku. Walaupun aku tahu, hati bukan senang untuk dijaga. Damia (bukan nama sebenar) seorang yang cantik, berpendidikan tinggi dan sekufu dengan Farhan.

Aku pula sekadar seorang bakal janda yang masih terg4ntung. Namun perhatian Farhan sedikit pun tidak berubah untuk aku, masih caring dan c0ncerned yang sama menyebabkan hatiku teguh untuknya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, akhirnya suami melepaskan aku dengan taIak satu.

Kami berjanji satu sama lain untuk menjaga hubungan dan tidak berbaIah demi anak – anak. Alhamdulillah, aku nampak bekas suami ada sedikit perubahan. Sudah kurang barannya, walaupun kadang kala sikapnya yang suka menyindir masih ada.

Farhan pernah berjanji pada aku setelah habis eddah, dia akan membawaku berjumpa ibu bapanya. Hatiku berbunga harapan kerana aku juga tidak ingin lagi bergelumang d0sa. Aku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Suatu hari aku mendapat tahu rupa – rupanya dalam diam Farhan sudah bertunang dengan Damia dan akan bernikah dalam waktu terdekat. MenggigiI seluruh tubuh. Air mata mengalir laju.. Maafkan aku Allah, kerana pernah menangis kerana cintakan h4mbaMu.

H1nanya diri ini. Bila aku persoalkan Farhan kerap berdalih, katanya dia juga tidak tahu soal pertunangan dan hanya tahu apabila ibunya mengatakan dia sudah bertunang di luar pengetahuannya sendiri. Seperti biasa aku tetap percaya seperti orang b0doh atau dalam erti kata lain, aku tahu aku diperb0doh tapi aku nafikan kerana rasa sayang yang amat pada manusia yang bernama Farhan.

Demi dia, aku k0rbankan semuanya. Karier aku hampir tamat, hubungan kekeluargaan aku tergugat namun saat itu aku mula terima dan hadap. Ini.. Inilah apa yang pernah aku lafazkan dulu. Allah sudah kabulkan. Kifarah Allah itu nyata.

Aku pernah katakan pada Farhan ‘apa jua rint4ngan kita sama – sama t3mpuh’. Sampai kini terngiang kata – kata aku sendiri di telinga. Nak berpatah masa itu tidak mungkin, maka hari – hari aku hanya mampu berdoa hati ini redha dengan segala apa ketentuan Allah.

Farhan dan Damia akhirnya berkahwin, namun dalam masa yang sama Farhan juga masih menghubungi aku sehingga aku sudah tidak sanggup hidup dalam harapan yang aku rasakan cukup palsu ini. Akhirnya aku putvskan untuk pergi dari hidup mereka, hati ini terlalu s4kit.

Maka cukuplah aku sahaja yang s4kit. Bukan damia. Insan yang tidak mengetahui apa – apa itu. Hubungan aku dan Farhan memang tidak diketahui umum dan biarlah ia kekal rahsia walaupun aku kadang – kadang sedih melihat anak aku yang merindu Farhan seperti ayahnya sendiri.

Namun dia bukan milik aku dan mungkin tidak akan pernah menjadi milik aku lagi. Farhan pernah berulang kali mengatakan perasaannya padaku tidak pernah bohong namun keadaan tidak mengizinkan kami bersatu.

Ya Farhan, betul. Keadaan dan waktu tidak mengizinkan kita. Biar Allah s.w.t sahaja yang tahu kerana hatimu dan hatiku milik Allah. Semoga kau bahagia. Aku selalu mendoakan kebahagiaanmu dengan Damia. Terima kasih Allah, aku sem4kin kuat dengan ujian mu.

Mungkin Kau hadirkan Farhan hanyalah sebagai ujian untuk aku kembali mencariMu. Aku sangat bersyukur. Ramadhan tahun ini paling bermakna untukku. Kalau dulu aku biarkan saja ia berlalu tanpa pengisian rohani. Tahun ini aku cuba sedaya yang mampu untuk menjadi h4mbaMu yang lebih baik.

Semoga Kau teguhkan imanku dan hati aku. Hatiku ini terlalu r4puh Ya Allah. Aku tidak ingin lagi cinta dunia Ya Allah. Cukup sahaja aku mengejar akhir4t. Buat mereka yang terjer4t dalam cinta yang tiada penghujung seperti aku.

Pesan aku, usahlah kau terlalu kecewa. Cukuplah langitkan segala doamu. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk h4mbaNya. Perbaiki diri dan bersangka baik pada Allah inshaAllah yang baik – baik juga akan datang pada kita pada waktu yang tepat tanpa disangka – sangka. Insan Kerdil, – Nasuha Khadijah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Tee Zatee : Curang itu pilihan. Tak kisahlah pasangan tu tak endah, tak ada hati ke apa, cuba slow talk bincang ketidakpuasan. Sikap berdiam diri, mementingkan diri akhirnya akan membawa padah kepada diri suatu hari nanti. Apapun berbaliklah pada Allah, jauhilah walaupun sekecil – kecil z1na maksi4t.

Nurmasyitah Ahmad : Setia tu bila mana segala rintangan yang datang mampu ditepis. Setia bila hanya ada dia di sisi dan tiada yang lain di hati. Sebagai seorang isteri adakah Puan sedar khilaf tu datang dr Puan?

Mempunyai hubungan cinta dengan lelaki lain selain seorang suami adalah h4ram. Adakah Puan berada dalam keadaan sedar atau sengaja dibiarkan h4nyut kerana badai yang meIanda rumahtangga? Punca tu datang dari diri Puan sendiri.

Bagaimana Puan boleh pert4hankan hubungan yang tidak sah di sisi agama sedangkan Puan boleh pert4hankan hubungan yang halal dan sah di sisi agama? Curang tu pilihan. Saya baca dari penulisan Puan yang mengatakan Puan setia, menulis tidak semudah melakukan. Semoga Puan terus dikurniakan hidayah. Begitu jugak dengan saya.

Cece Aisha AJ-Nuttall : Ada laki yang suka mencuba macam ni dengan bini orang. Dia pulak tengah bujang banyak masa free, bermain emosi acah – acah bercinta, rasa menc4bar. Tapi bila dah jumpa j0doh, dia pon tinggalkan awak.

Nak curang ni memerIukan tenaga, em0si dan masa, nak kena sorok – sorok dari pasangan dan orang lain. Aku lebih rela tidur atau lepak – lepak kat rumah belek fon, pergi shopping sorang – sorang, tengok netflix, banyaklah benda boleh buat untuk menghiburkan hati.

Lia Yahya : Satu jer nak kata, masa tak halal, masa terIarang, memang nampak cantik, nampak best, nampak menyeronokkan. Tapi bila dah halal, sama jer, sy4itan dah kata kan, akan sesat anak adam. Masa tak halal, masa terIarang tu la dia timbulkan macam – macam perasaan.

Tengok bila dah bercerai, sy4itan tu bIah macam tu jer. Tak best dah nak h4sut. Apa – apa pun, ujian setiap manusia tu lain – lain, setiap yang berlaku tu ada rahmat dia dan ada pengajarannya.

Zain Jfk Razak : Simple formula, kalau tak ready untuk kahwin maka jangan teruskan. Perkahwinan ni bukan benda main – main. Komitmen sepanjang hayat. Nasihat aku sila prepare betul – betul sebelum berkahwin dan bukan ikut orang nak kahwin cepat tapi ilmu tak ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.