Masa ayah k0ma, keluarga ayah senyap – senyap tukar hak milik syarik4t dan ambil duit company. Itulah pertama kali aku nampak ibu menjerit sambil menangis. Habis segala rahsia ibu ceritakan. Tapi apa yang ‘pencuri’ tu cakap memang aku tak akan lupa, dan sekarang apa yang dia cakap tu dah makan diri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua pembaca. Pertama sekali, terima kasih kepada admin kalau siarkan kisah saya ni. Saya kat sini nak kongsi pengalaman hidup kami 14 tahun yang dulu.
Semoga cerita ini dapat dijadikan teladan. 14 tahun yang lalu, ayah telah terlibat dengan satu kemaIangan ng3ri yang hampir mer4gut nyawa ayah. Di situ bermulalah titik hitam kami sekeluarga. Ayah k0ma selama hampir 1 tahun.
Waktu tu dunia kami rasakan sangat gelap. Walaupun waktu tu saya dan adik beradik masih kecil tetapi kami sudah mampu ingat apa yang berlaku. Oh, lupa nak cerita, sebelum ayah kemaIangan, ayah merupakan seorang kontraktor.
Ayah ada tubuhkan syarik4t bersama abangnya. Partner. Tetapi yang berusaha lebih ayah saya. Ibu pula hanya seorang suri rumah. Kami ada 4 orang adik beradik. Kak Long, Kak Ngah, Saya (achik) dan diksu. Kami semua perempuan.
Ayah terlibat dengan kemaIangan tu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengurus syarik4t mereka. Ketika ayah k0ma, banyak perkara pahit yang kami t3mpuh dan semestinya yang paling terkesan adalah ibu.
Keluarga ayah tak berapa berkenan dengan ibu padahal ibu dan ayah berkahwin atas perancangan keluarga. Ibu lah antara insan yang paling banyak menangis semasa ayah k0ma. Nasib Ibu memang penuh dengan pend3ritaan.
Suami koma lepas tu keluarga suami tidak henti mengh1na dan memfitnah. Begitu lah nasib ibu. Dan yang paling teruk, kami anak – anak ibu dan ayah dididik oleh keluarga sebeIah ayah untuk membenci Ibu.
Nasiblah waktu tu kami masih dapat berfikir untuk membezakan yang benar dan yang salah. Sudahlah keluarga mentua tidak suka, segala ipar duai ibu pun tidak kurang membenci ibu.
Satu perkara yang aku takkan lupa sampai bila – bila ialah perbuatan keluarga abang ayahku (partner ayah dalam syarik4t), mereka mengambil duit bahagian ayah secara sesuka hati. Senyap – senyap mengambil bahagian ayah tanpa memberitahu ibu.
Bila ibu ingin meminta duit ayah, segala m4kian dan fitnah akan ibu terima. Aku masih ingat satu peristiwa tu, aku, ibu dan adik beradikku yang lain pergi ke bank untuk urus duit ayah. Waktu tu Ibu memang betul – betul takde duit.
RM50 saja yang ibu ada. Bila sampai di bank, bank cakap ibu bukan lagi tersenarai dalam w4ris ayah. Syarik4t tu pun bukan lagi syarik4t Ayah tetapi telah menjadi 100% milik abang ayah.
Ibu punyalah sedih sampai terduduk Ibu di tengah bandar tu tak dapat tahan kekecewaan. Anak – anak lagi bertangisan kerana lapar. Aku masih ingat lepastu ibu bawa kami makan kat mamak, ibu just minum air kosong dan kami adik beradik berkongsi sepinggan mee goreng dan segelas air milo ais.
Kak Long yang ketika itu berusia 12 tahun cuma makan sikit. Mungkin kak long faham dengan keadaan Ibu. Bila kami sampai kat rumah petang tu, Ibu telah difitnah keluar untuk habiskan duit Ayah.
Perkara ni segar kat ingatan aku sebab itulah pertama kali aku nampak ibu menjerit sambil menangis. Habis segala rahsia ibu ceritakan. Selepas ibu jadi tenang balik, semua terdiam. Aku ingatkan semuanya akan berpihak pada kami rupanya si pencuri itu pandai memutar belit cerita.
Dan alasan yang aku paling tak boleh terima dia cakap dia buat semua tu untuk sara anak – anaknya yang hendak melanjutkan pelajaran ke universiti. Sempat lagi eh pencuri tu cakap, “anak – anak aku saja ni yang aku nampak cerah masa depan,” peh ayat kau.
Sump4h walaupun benda ni dah berlalu aku tetap tak boleh lupa. Nak memaafkan pun susah. Alhamdulillah selepas setahun Ayah dah sedar dan sem4kin pulih. Kehidupan kami sekeluarga pun dah sem4kin baik cuma kehidupan kami bermula dari susah kembali.
Yalah duit simpanan ayah dah kena teb4skan. Kami dulu sampailah sekarang tetap menjadi kebencian orang. Anak – anak pakcik yang ‘cerah masa depan’ tu pun dah selamat menganggur sekarang.
Kami Alhamdulillah dah masing – masing dengan kerjaya dan berada kat universiti. Kak Long sekarang adalah seorang peguam, Kak Ngah pula seorang accountant dan aku pula merupakan medic student (tahun 3) and Deksu tengah membuat persiapan ke luar negara dalam bidang engineering.
Ibu dan ayah pun alhamdulillah sihat. So guys, point aku kat sini ialah setiap perbuatan kita ni akan dibaIas oleh Tuhan. Jadi, berpada – padalah buat baik dan jangan sesekali terfikir nak buat kejahatan.
P/s: Maaf kalau gaya tulisan aku teruk. Aku sebenarnya nak cerita panjang lagi dan detail tapi atas sebab sebab tertentu aku hanya rumuskan cerita ni macam ni. Syurga buat ibu dan ayah kerana mereka dah banyak lalui benda yang meny4kitkan tetapi mereka tetap bersabar. – Nurul (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zuraini Din : Semoga umur ayah dan ibu mu panjang untuk menikm4ti hari – hari bahagia bersama sekeluarga. Semoga sempat dia mewalikan korang semua. Nanti susah pulak sebab korang semua pompuan.
Maklumla orang busuk hati ni. Semoga terus berjaya, ye confessor. Ada pelangi selepas hujan.
Muhammad Firdaus : Nasib baik keluarga abang ni, jenis tengok kepentingan bersama, adik beradik yang melebih – lebih dari batas, pasti kena sembur laser. Walaupun kalau mak minta lebih dari kadar sampai memudharatkan pun abang tegur cara baik, yang hak tetap hak, walau berstatus ibu.
Kalau Islam kata ibu layak dapat tahap tu, maka tahap tu laa, kalau tak layak tapi nak juga, abang akan tegur untuk peringatkan, cara baik dan hemah. Tapi kalau ada adik adik ipar yang lebih sudu, adik beradik abang sendiri tangani dan tegaskan.
Zaidan Samad : Tabah, sabar dan ingat Allah. Tetap akan ada pembaIasannya cuma waktunya. Pedulikanlah mereka selepas ini. Low Profile. Ya keluarga kamu dah dibuang bukan! Jaga ukhuwah 3 beradik walau sudah berkahwin nanti, doakan terbaik untuk ibu bapanya. Semoga kalian berada dalam rahmat-Nya, keberkatan dan bahagia sekeluarga.
Hasnah Kamal VII : Sebab tu kita jangan cakap sebarangan depan anak – anak kecil. Lebih – lebih lagi membuIi dan mengh1na ibu bapa mereka. Mereka faham dan akan ingat sampai tua. Nak – nak lagi anak yatim piatu.
Perlu ada beIas terhadap kanak – kanak ahli syurga ni. Memang masa kecil kanak – kanak nampak seIekeh dan b0doh. Tapi mana tau dewasa mereka akan jadi insan yang disegani.
Rosdidi Roses : Hidup umpama putaran roda, sekiranya kita pernah hidup susah tak selamanya akan susah akan tiba harinya kita akan merasakan kesenangan. Berbuat baik lah sentiasa supaya kita akan dikenang dengan kebaikan bukan sebaliknya. Baik dalam segala segi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.