Isteri tak boleh bagi alasan penat atau s4kit. Kalau s4kit, ubat diri sendiri, jangan susahkan suami. Jangan minta suami buat itu ini. Bak kata ibu, isteri wajib berkhidmat kepada suami. Sehinggalah aku berkahwin dengan suami anak orang kaya, seminggu lepas kahwin aku pergi rumah mertua, ORANG KAYA BANYAK CEKADAK..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin andai confession aku ni disiarkan. Nama aku S. Berumur 27 tahun dan baru sahaja berkahwin setahun lebih. Dalam keluarga aku mempunyai 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan termasuk aku.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang di mana lelaki dirajakan dan perempuan dih4mbakan di mana kerja – kerja rumah dan luar rumah seperti berkebun dilakukan oleh perempuan.
Dari memasak, mengemas, angkat pasu dan bercucuk tanam, semua dilakukan oleh perempuan di dalam keluarga ini termasuk lah ibu aku. Yang lelaki, biasanya akan duduk di ruang tamu, bersila dan menunggu makanan di hidangkan diketuai oleh ayah aku.
Biasanya ketika makan bersama, aku akan ulang alik ke dapur jika abang – abang atau ayah aku menyuruh aku refill air basuh tangan, atau pun buat air panas, atau tiba – tiba disuruh untuk goreng telur.
Ibu pula biasanya tidak akan makan sekali. Tugasnya adalah melayan ayah aku dan anak – anak lelakinya ketika makan. Kadang – kadang aku kesian dengan ibu sebab ayah selalu suruh dia buat macam – macam.
Ibu aku jenis seorang yang p4ksa diri asalkan dapat memuaskan hati ayah. Kadang – kadang muka ibu kelihatan penat dan lesu apabila buat macam – macam mengikut kehendak ayah.
Aku juga selalu disuruh untuk menjaga anak – anak buah aku dirumah. Mandikan, bagi makan, tidurkan ana k- anak buah ketika ibu bapa mereka sedang asyik tengok TV atau pun keluar berjalan – jalan.
Aku seperti sudah biasa dengan tugas – tugas ini dan sudah laIi, dan aku juga tidak boleh kata NO kepada mereka kerana bimbang akan diungkit – ungkit.
Oleh sebab budaya keluarga aku sebegini, ibu aku selalu pesan kepada aku apabila sudah berkahwin, aku wajib p4ksa diri untuk memenuhi kehendak suami. Jangan bagi alasan penat, p4ksa sahaja walaupun sedang s4kit.
Kalau s4kit, ubat diri sendiri, jangan susahkan suami. Jangan minta suami buat itu ini. Bak kata ibu, isteri wajib berkhidmat kepada suami. Aku hanya mengiyakan sahaja dan akur pada kata – kata ibu.
Nak dijadikan cerita, pada 2018, aku bernikah dengan seorang lelaki yang aku kenal sejak sekolah lagi. Dia merupakan kawan baik aku dan akhirnya j0doh aku. Suami aku agak misteri. Semasa kami bercinta, aku tidak dapat agak per4ngai sebenar dia atau peribadi dia.
Aku hanya tahu dia mempunyai kerja yang bagus di syarik4t GLC dan mempunyai gaji yang lumayan. Suami aku merupakan anak orang berada. Mereka tinggal di sebuah rumah banglo yang mempunyai laman yang besar.
Adik beradik suami aku semuanya lelaki, dan mereka tidak mempunyai ibu lagi. Beberapa hari selepas bernikah, kami balik ke rumah kami. Berbekalkan nasihat ibu aku bahawa isteri wajib berkhidmat habis – habisan untuk suami, aku persiapkan mentaI dan fizikaI aku untuk berkhidmat untuk suami aku.
Pagi hari kedua di rumah kami, aku bangun awal untuk siapkan makan pagi suami aku. Suami aku tiada di sebeIah, mungkin pergi keluar lepak kot. Aku pun terus ke dapur dan ku lihat suami ku sedang keluarkan barang – barang untuk dimasak.
Dia pandang aku sambil senyum, “Jom masaaaaaakkk” dia kata sambil ketawa. Aku terkedu seketika. Kemudian aku pun mula memasak, melihat suamiku menolong aku, aku dapat lihat yang dia sudah biasa buat kerja – kerja di dapur.
Aku seperti janggal sebab ada lelaki di dapur menolong sekali kerana budaya keluarga aku amat berlainan. Hari demi hari, aku dapat lihat suami aku banyak ringan kan beban – beban aku. Kalau aku buat kerja – kerja rumah, dia mesti akan tolong.
Basuh baju, angkat baju, buang sampah, lead memasak dan sebagainya. Dia akan pastikan semua urusan selesai, baru lah dia akan buat hal – hal personal dia seperti main game. Tiba hujung minggu, pertama kali aku untuk balik ke rumah family dia.
Aku rasa agak nervous. Dalam kepala aku, biasanya orang – orang berada ni banyak cekadak sikit. Sekali lagi aku persiapkan mentaI dan fizikaI aku untuk menghadapi apa – apa cab4ran.
Aku fikir, disebabkan semua adik beradiknya lelaki, mungkin aku dan ipar – ipar aku akan dih4mbakan lagi. Baiklah aku bersedia. Aku disambut baik oleh family suami aku. Bilik cantik sudah disiapkan untuk kami bermalam di situ.
Tanpa aku sangka, keluarga nya sangat peramah dan baik – baik belaka. Mereka juga mempunyai kerja – kerja yang bagus dan masing – masing mempunyai degree dalam bidang – bidang yang bagus.
Ayah mertua aku juga rajin berbual dengan aku bertanya macam – macam tentang aku dan kerjaya aku. Buat kali pertama, aku rasa seperti dihargai. Keesokan pagi di rumah mertua, aku ke dapur untuk memasak untuk keluarga mertua.
Sekali lagi aku terkedu kerana yang berada di dapur hanyalah suami aku, adik beradik suami aku dan ayah mertua aku. Mereka sedang memasak sambil gelak ketawa dan bergurau senda.
Aku hanya tolong benda yang kecil – kecil seperti basuh cawan. Rupa – rupanya keluarga suami aku ni masing – masing pandai masak dan rajin buat kerja – kerja rumah. Dari sinilah aku tahu dari mana suami aku dapat per4ngai rajin dia.
Ipar – ipar perempuan aku kata, biasanya di rumah ni, yang lelaki – lelaki suka buat kerja sesama mereka. Jadi kami yang ipar – ipar ni tak perlu masuk campur jika tiada keperluan. Kalau tolong pun, kami tolong yang ringan – ringan sahaja.
Kerja berat, lelaki – lelaki sini buat semua sendiri. Aku lihat ipar – ipar aku melayan isteri mereka bagai seorang permaisuri. Layan dengan penuh gelak ketawa, gurau senda. Tidak pernah aku sekalipun aku tengok abang – abang ipar aku menyuruh isteri mereka buat benda berat.
Kalau setakat mintak tolong ambik air, itu biasa lah. Di sini, jika sampai waktu makan, semua orang akan masak dan hidangkan makanan sama – sama. Setelah selesai hidang, baru lah semua ambil tempat duduk untuk makan sama – sama.
Jika ada yang mahu air sedap – sedap, mereka akan ke dapur untuk buat sendiri. Selesai makan, kami akan kemas meja makan sama – sama. Bila sudah selesai, baru lah semua ke ruang tamu untuk luangkan masa bersama.
Aku sangat kagum dengam keluarga ini. Aku tertanya – tanya macam mana lah ibu bapa mereka didik mereka. Ibu mereka sudah tiada, tapi masih berdisiplin. Aku sangat bersyukur suami aku dibesarkan dengan baik, dan bersyukur kerana mempunyai keluarga baru yang baik dan bagus.
Sangat berbeza dengan keluarga aku yang mengh4mbakan perempuan. Terima Kasih. – Cik Puan S (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum semua. Ini adalah sambungan daripada confession tempoh hari. Aku tengok banyak komen – komen yang positif. Dan ada jugak komen yang cakap cerita aku ni seolah too good to be true la, cerita rekaan la dan sebagainya.
Terpulang kepada anda jika ingin percaya atau tidak. Hari ini saya akan cerita ujian – ujian yang kami hadapi. Tidak dinafikan semestinya tak semua indah belaka dalam perkahwinan kami. Ya memang ada ujian yang men1mpa kami.
Yang pertama, kami masih belum dikurniakan anak kerana aku ada peny4kit yang membuatkan aku susah untuk mengandung. Orang cakap biasalah awal lagi. Nak anak ambil masa sikit untuk menjadi.
Tapi mestilah aku rasa down dan sedih sebab kawan – kawan aku yang lain walaupun baru kahwin sebulan lebih, dah pregnant. Tapi aku masih lagi tak menjadi. Memang sangat teringin nak anak.
Tapi Alhamdulillah suami aku tak pernah cakap nak kahwin lain, atau pun bermasam muka dengan aku atas sebab aku susah untuk mengandung. Suami pernah cakap, semua yang kita ada adalah rezeki. B
elum ada anak pun rezeki sebab kami boleh luang masa bersama – sama dengan lebih akrab lagi. Untuk ini aku sangat lega. Kadang kala aku takut bila kawan – kawan cerita yang suami mereka mintak cerai semata – mata susah untuk mengandung.
Suami aku juga pada awalnya bukan lah seorang yang perfect. Masa awal – awal kahwin dulu, suami masih bekerja di syarik4t swasta. Gaji yang sepatutnya orang kata more than average, tapi entah kenapa untuk kami, selalu sesak setiap bulan walaupun hidup masih berdua.
Dulu bila suami dah gaji, dia akan bayar segala komitmen, termasuk nafkah aku, barang rumah dan sebagainya, tinggal lah tak sampai 300 untuk surv1ve setiap bulan. Untuk simpanan memang takde.
Bila ada em3rgency, macam kereta rosak, kena guna duit tiba – tiba, suami akan kusut, sedih, tertekan sebab rasa diri tak berguna dan miskin. Baju baru untuk aku, sangat – sangat jarang aku dapat. Suami bertambah str3ss bila datang hari raya.
Walaupun duit tak banyak, dia masih akan belikan baju raya untuk aku. Dan kemudian dia akan str3ss memikirkan macam mana nak surv1ve sampai hujung bulan. Dalam kes ini, aku bersalah.
Kadang – kadang aku terikutkan kawan – kawan. Kawan dapat baju baru, aku pun nak baju baru. Aku tak pernah cuba untuk fahami suami ku dulu. Maaf kan sayang abang. Masa ni, suami aku liat untuk solat.
Kadang – kadang solat, kadang – kadang tinggal terutama sekali solat subuh dan asar. Aku rasa ini lah sebab kenapa rezeki dia asyik tak sampai. M4kin lama, entah kenapa suami tiba – tiba insaf, dia mula solat penuh, baca Quran, dan solat sunat.
Kali ni dia pula yang k3jut aku untuk solat subuh. Sejak dia mula solat penuh, rezeki dia bertambah – tambah. Ada 1 masa, dia dapat 7 panggiIan interview at the same time. Semua dari syarik4t besar dan terkenal di malaysia.
Daripada 7, 6 syarik4t offer suami aku pekerjaan dengan position yang tinggi dan gaji lumayan. Suami aku terima offer daripada syarik4t GLC yang sekarang dia sedang berkhidmat. Kalau kalian dah baca confession aku yang pertama, suami aku jenis yang rajin tolong buat kerja di rumah.
Meringankan beban aku dan akan selalu buat kerja – kerja yang berat. Sama juga seperti adik beradik nya. Semua rajin dan pandai masak. Layan isteri bak puteri dengan penuh kasih dan sayang. Tapi dalam keluarga aku, totally opposite.
Keluarga aku jenis merajakan lelaki dan mengh4mbakan perempuan. Bila pertama kali di rumah aku, dia pula yang cuIture sh0ck sebab terk3jut tengok yang perempuan buat kerja macam – macam, dan yang lelaki di ruang tamu tengok TV, menunggu makanan di hidang.
Tapi suami aku tak biasa macam tu. Suami aku pun beranikan diri tolong ibu aku di dapur. Pada awalnya ibu kurang selesa sebab takut dimarah oleh ayah aku kerana membiarkan lelaki buat kerja – kerja perempuan.
M4kin lama, ibu m4kin selesa bila suami aku tolong di dapur. Dari mem0tong bahan – bahan, sampai lah masak lauk – lauk yang simple. Bila suami aku tolong – tolong ibu di dapur, ibu nampak lebih gembira dan banyak berbual daripada sebelum – sebelum ni.
Mungkin seronok sebab sebelum ni takde anak – anak lelaki yang pernah tolong di dapur. Kalau tiba waktu makan, dulu kami yang perempuan ini akan melayan yang lelaki – lelaki makan. Cedok lauk, buat air, amik air basuh tangan.
Kami biasanya tak sempat habis makan sebab sibuk melayan kehendak – kehendak yang lelaki – lelaki ni. Biasanya aku lah yang jadi m4ngsa untuk ke dapur buat itu ini semasa makan.
Pertama kali suami aku makan bersama keluarga aku, belum sempat aku suap nasi, abang – abang dan ayah aku seperti biasa mintak aku goreng kan telur dan buatkan nescafe. Aku pun macam biasa terp4ksa turuti kehendak mereka.
Tapi tiba – tiba suami cakap, “Duduk sayang. Makan sampai habis sebeIah abang.” Aku jadi terhimpit, tapi aku tahu aku kena ikut cakap suami. Abang – abang ku dan ayah aku sudah mula menarik muka dan ini membuatkan aku kurang selesa dengan situasi ni.
Aku juga selalu jadi m4ngsa untuk menjaga anak – anak buah aku sebelum ni ketika parents mereka sedang menonton TV atau keluar berjalan – jalan. Aku lah yang selalu beri mereka makan, mandi kan dan tidur kan mereka.
Satu masa, abang – abang aku dan isteri mereka ingin keluar berjalan-jalan. Mereka suruh aku mandikan dan beri makan pada anak – anak mereka. Tapi sebelum aku berbuat apa – apa, suamiku suruh aku masuk bilik dan rehat.
Aku hanya turut kan saja permintaan suami dan aku lihat muka abang – abang aku dan isteri mereka terus berubah seolah – olah meny4mpah dengan suami aku. Bila suami aku masuk bilik, aku persoalkan suami kenapa buat macam tu.
Jujur aku rasa marah dan risau dengan tindakan suami. Aku takut adik beradik aku akan cakap macam – macam pasal suami aku. Tapi aku ingat lagi suami menjawab persoalan aku,
“You are my priority. My wife. Bukan h4mba diorang. Kalau tolong sebab memang perlu, its ok. Kalau setakat nak lepas tangan daripada jaga anak – anak, baik tak payah beranak, tak payah kawin.
Those hard times for you dah habis, Its now for you to rest and spend your life with me together. Diorang nak benci abang, takpe abang tak kisah, Yang penting, i know i did the right thing for you”.
Masih melekat ayat tu di dalam kepala ku. Mendengar kata – kata suami aku, hati aku sebak, berkaca mata ku, aku mintak maaf pada suami kerana aku seolah – olah marah dengan suami aku.
Sehingga kini, adik beradik aku dan ayah aku masih kurang suka dengan suami ku. Bila suami cuba berbual dengan mereka, mereka hanya mendiamkan diri dan pulau kan suami aku. Layan acuh tak acuh.
Tapi aku tahu suami aku tak kisah. Dia tak pernah sekalipun merungut tentang hal ni. Life kami tak perfect macam yang diceritakan dalam confession yang pertama. Banyak ujian. Tapi bak kata orang, kalau kita ambil yang baik – baik, fokus yang baik – baik saja, inshaallah, you will feel perfect. Sekian.
Komen Warganet :
Shikin Ilyas : Memang bagus sangat suami bertegas. Walau dia orang baru dalam family tapi dia berani meIawan arus dalam family confessor. Kena pulau pun, lantak la. Bila pert4hankan benda yang betul, bukan semua orang boleh terima.
Dah terbiasa senang tu susah nak terima. Patutnya masing – masing dah ada anak bini, faham tanggungjawab sendiri. Tapi tu la, dah besar kepala sangat. Harap berubah la.. sampai bila nak pert4hankan adat merajakan lelaki tu.
Tapi bila bab hantaran, golongan ni jugak yang selalu melaungkan, ikut Islam jangan ikut adat.. haha
Nur Maziah : Good job to your husband. Lama sangat jadi raja, tu bila ‘h4mba’ dah taknak ikut. Nak buat muka lah apa lah. Nanti kang bila ditegur tak mengaku salah sendiri. Cakap lah kita berkira lah apa lah.
Diri sendiri taknak cermin apa kau dah buat. Lagi str3ss family sendiri yang macam tu. The w0rse part, family sendiri lah lagi susah nak faham kan kepala benak mereka. Sekian
Syahirah Mohamad : Yang kecam – kecam tu, seriuslah korang tak pernah tengok lelaki masuk dapur dan isteri duduk depan jaga anak? My husband’s family memang macam suami confessor. Adik beradik lelaki semua, kat dapur memasak.
Ada yang doktor, o&g engineer, lecturer. Tapi sangat – sangat rajin. Kami tolong – tolong gitu je. Tak jatuh martabat suami bila tolong isteri. Semoga abang – abang dan bapak tt akan terbuka hati untuk terima suaminya. Amin.