Ayah kahwin dengan bekas kekasih dia. Alasan dia kahwin sebab dia kata dia ikut sunnah. Alasan dia kahwin kerana Allah. Sedangkan dia tak mampu. Ibu pun kena kerja sebab nak topup apa yang tak cukup dalam rumah ni. Ayah cakap, perempuan tu kaya, tak mintak nafkah pun.
#Foto sekadar hiasan. Hai nama aku Bunga. Umur aku 23 tahun. Masih seorang pelajar. Daripada tajuk, kalian pasti sudah tahu apa yang akan aku ingin sampaikan. Tujuan aku menghantar confession ini, untuk meminta bantuan atau pandangan sesiapa yang mempunyai pengalaman mengenai tajuk yang akan aku ceritakan.
Sejujurnya, aku buntu dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Maaf, confession ini agak panjang kerana aku akan cerita details apa yang berlaku. Maaf juga kerana aku bukanlah seorang penulis. Ya, ayah aku telah bernikah satu lagi tanpa pengetahuan ibuku.
Sudah sebulan lebih mereka telah berkahwin. 10/1/2021 ahad, merupakan hari di mana bermulanya sebuah ner4ka di rumah ini. Hari pertama di mana ibu tahu. Ibu menangis seharian tanpa henti. Semua cawan, harta benda di dalam rumah ini habis dipecahkan.
Pada malam sabtu 9/1/21, ayah dan ibu telah mula berg4duh. Instinct seorang isteri, telah tahu suami dia menyorokkan sesuatu. Ibu mahu ayahku jujur, tetapi ayah tidak jujur. Sehinggalah didesak di depan seorang ustaz baru ayah nak mengaku.
Pada waktu itu, ibu teramat marah. Ibu punya marah sampai dia tak sedar dia pukuI – pukuI ayah aku. Sampai dia tak sedar, dia drive kereta sampai terIanggar divider jalan. Selepas kejadian ayah mengaku, ibu balik dihantar oleh kawan ibu.
Ayah masih bersama ustaz tadi. Aku menunggu ibu balik. Lepas ibu balik, ibu menangis semahunya dan ibu melepaskan rasa amarahnya dengan menghemp4s cawan, menend4ng meja. Habis satu rumah h4ncur. Waktu itu aku seorang, aku tak kuat nak halang sebab aku kurus ibu sedikit chubby.
Sampaikan ibu dah berubah menjadi orang lain, di mana dia mengugvt menyuruh ayah balik waktu tu jugak kalau tak anak – anak dia semua m4ti. Waktu tu ayah masih bersama ustaz tadi. Waktu tu, ibu dah ambil pis4u yang ada di dapur.
Aku dan adik – adik sudah menangis kerana ketakutan. Ayah call polis kerana risau apa – apa akan jadi. Lepas polis datang, aku dan adik – adik berlari keluar. Habis kecoh satu lorong. Semua jiran melihat ibu meng4muk. Waktu meng4muk, ibu dengan ayah bertekak.
Sampaikan ibu menyocok dad4 dia dengan pis4u. Aku dan adik – adik mampu menangis dan melihat dari luar. Selepas keadaan kembali reda, kami semua mula mengemas rumah. Tiba – tiba, ibu jatuh. Dia mengadu, dia s4kit perut. Ibu kene gastrik sebab satu hari tidak makan dan minum tapi dia tak nak ke kIinik.
S4kit – s4kit ibu, ibu menangis lagi bagai tiada hari esok. Aku masih menjaga ibu, walaupun aku tahu malam tu aku ada exam. Sampaikan waktu menjawab exam, beberapa kali pintuku diketuk, kerana ayah kejap suruh call ambulans, kejap suruh siapkan ibu.
Sampaikan aku tak sempat nak menghantar test pada malam tu. Sudahlah diuji ibu macam tu, diuji lagi tak sempat nak hantar test. Waktu tu aku menangis dan waktu tu aku sudah mula benci ayah. Kalau ayah tak kawin lagi pasti semua ni takkan jadi, dan aku akan hantar test on time.
Bagi aku, CGPA adalah amat penting. Selepas 10/1, dua minggu lebih ibu menangis tanpa miss sehari pon. Setiap pagi, petang malam dia akan menangis. Sampaikan, ibu tak menangis pon, tapi otak dan telinga aku ingatkan dia menangis.
Ibu bagitahu, dia menangis sebab ayah tak jujur. Ayah tipu. Dia kata dia tak marah ayah kahwin lagi, dia marah sebab ayah tak jujur. Tapi setiap hari ibu akan sebut, kenapa kena kahwin lagi satu. Ibu tahu ayah tak mampu. Aku pun dah pening.
Setiap hari mereka akan bertekak. Ibu punya menangis sampaikan, dia berubah jadi orang lain. Satu malam tu, lepas solat isyak dan mengaji, dia tak kenal semua orang dalam rumah, cara dia bagi aku menakutkan sebab dia dah jadi macam orang lain, bercakap sambil ketawa.
Lepastu dia tidur sekejap. Bangun tu, dia sedar balik macam biasa. Dia tanya kenapa tak k3jut dia solat isyak, dia kata dah lama dia tidur. Aku tak tahulah ibu ni ada masalah apa atau dia saja berperlakuan begitu. Ayah kahwin dengan bekas kekasih dia.
Alasan dia kahwin sebab dia kata dia ikut sunnah. Alasan dia kahwin kerana Allah. Sedangkan dia tak mampu. Ibu pun kena kerja sebab nak topup apa yang tak cukup dalam rumah ni. Ayah cakap, perempuan tu kaya. Perempuan tu tak nak duit dia pon, perempuan tu pun tak mintak nafkah.
Jadi apa motif korang kahwin? Sekadar nak lunaskan cinta lama yang tak kesampaian? S4kit hati aku dengar. Perit. Ibu aku dengar lagi perit. Ibu tak pernah tinggal solat, dia selalu mengaji. Tapi lepas kejadian ni dia, m4kin kerap dia solat, m4kin kerap dia mengaji, tapi em0si dia masih tak stabil.
Setiap kali dia em0si, dia persoalkan kenapa tuhan tak bagi perasaan redha dekat dia. Bila dia em0si, dia cakap macam dah takda agama. Nak bunvh diri dan sebagainya. Ayah senang cakap, ikhlaskan hati, redhakan hati. Bukan dia dekat tempat ibu aku.
Ibu cakap dia jadi macam ni sebab mereka berdua. Masa ibu menangis, ibu akan cakap dekat ayah, tolonglah bantu dia pulihkan perasaan dia. Ye memang ayah aku bantu, ayah aku pujuk, ayah aku ikutkan kata ibu, tapi kadang, kata – kata ayah aku tu meny4kitkan hati ibu.
Sebab dia tak faham perasaan kena kahwin lain. Boleh ayah cakap, bukan perempuan tu nak dekat dia tapi dia yang nak dekat perempuan tu. Manalah ibu tak meng4muk lagi. Ayah selalu cakap, mintak kekuatan dekat Allah, banyakkan solat.
Tapi ibu dah buat dah semua tu. Tapi em0si dia masih sama. Aku ada pesan dekat ibu, pelan – pelan ikhlaskan hati, buatlah aktiviti apa – apa, busykan diri. Tapi ibu cakap dia tak boleh. Otak dia asyik teringat dekat peramp4s tu dengan ayah.
Bila ibu em0si, dia akan cakap apa yang dia rasa, dia hembus semuanya, itu membuatkan ayah juga em0si. Sekarang, aku tengah final exam. Tetapi aku tak boleh fokus sebab aku sentiasa dengar diorang bertekak. Ibu aku menangis.
Aku rasa serabut. Aku rasa nak meng4muk. Aku rasa nak lari rumah nak balik rumah sewa dekat uni. Tapi aku tak sampai hati nak tinggal ibu dalam keadaan macam ni, Aku dah penat. Telinga aku dah tak boleh dengar ibu aku menangis.
Aku jadi s4kit hati bila dengar ibu menangis. Setiap hari aku akan menangis mengenangkan masalah dalam rumah ni, ditambah tekanan assignment yang menimbun dan final exam. Tapi semua orang tak tahu. Aku cuma mampu diam, tapi dalam hati aku bagaikan gunung berapi yang tinggal tunggu masa nak meIetup.
Ayah dah cuba bawak mak berubat rawatan Islam. Masih sama. Hati dia masih tak tenteram. Hati dia masih berkecamuk. Ayah akan call bini kedua dia tiap malam dekat luar rumah, mak akan senyap – senyap tengok. Aku pesan, tak payah tengok, sebab itu salah satu benda yang akan tr1gger em0si dia.
Setiap kali dia menangis, ibu akan datang dekat aku dia akan cakap, ” tolonglah ibu, hati ibu s4kit”. Aku tak mampu nak cakap banyak. Aku cuma mampu cakap, bersabarlah ibu. Ibu kuat. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku tak tahu nak bagi sokongan macam mana lagi.
Aku cuma mampu jadi pendengar jer. Tapi bila aku dengar apa ibu aku cerita. Hati aku jadi s4kit. Aku marah dengan ayah. tapi aku tak mampu nak buat apa – apa sebab aku hanyalah anak. Aku ada perancangan nak bawak ibu pergi ps1kiatari, tapi aku takut kalau ibu akan ditahan wad, dan kena makan ubat.
Ubat tu pasti akan memberikan kesan lain. Sama ada tidur berlebihan dan sebagainya. Aku nak keluarga aku kembali macam biasa. Aku dah penat. Benda ni cukup buat mentaI aku koyak. Kadang – kadang aku rasa nak t0reh – t0reh tangan aku.
Rasa nak drive laju – laju, dad4 aku ni sesak. Kalau boleh aku nak jerit sekuat hati. Dad4 aku sentiasa berdebar, jantung laju, tangan sentiasa shaking, hati rasa tak selesa. Aku ada masalah anx1ety tapi aku masih mampu mengawal anx1ety aku.
Sekarang yang aku risaukan adalah ibu. Ibu selalu cakap, bila semua benda ni nak berlalu. Haih. Kalau korang ada group support atau apa – apa pendapat tentang masalah aku, korang boleh tulis dekat komen. Aku akan baca satu satu. Tolonglah aku, Terima Kasih… – Bunga (Bukan nama sebenar)
Julia Hanapiah : Kesiannya awak dan adik – adik yang terp4ksa tanggung semua masalah ni. Awak cuba minta tolong adik beradik ibu (jika ada) untuk support ibu. Alihkan perhatian dia kepada benda lain. Cari minat lain, baking ke menjahit ke.
Nak suruh pegi jalan – jalan tak boleh sebab tengah PKP. Ayah tu lantaklah dia malas aku nak cakap nanti term4ki. Awak cuba sedaya upaya fokus dngan study awak. Ini adalah ujian hidup awak dan adik – adik. Walaupun tak adil tapi percayalah pada ujian Allah.
Jika masih berlarutan, rujuk ibu kepada pakar. Supaya dia tak kemurungan berterusan. Teruskan berdoa semoga keluarga awak berjaya melalui semua ini.
Komen warganet :
Faridah Mat Dan : Bunga, adik kena kuat. Untuk ibu. Fokus waktu adik study. Kena ketepikan masalah dorang dulu. Bila adik free, kena banyak luangkan masa dengan ibu. Ibu adik sangat terIuka. Akak yang cuma baca confession adik pun, terasa r3muk hati.
Apatah lagi dia yang memikulnya. Adik tak boleh sekadar cakap suruh ibu isi masa lapang. Apa yang dia perIukan sekarang adalah peneman. Teman dia berbual, berkebun contohnya, masak sama – sama (waktu adik free), solat n ngaji sama – sama dan lain – lain.
Ajak adik – adik lain. Wujudkan satu semangat kekitaan antara ibu, adik dan adik beradik lain. Rapatkan ukhwah serapatnya. Biar ibu pulih semangat. Dan biar ibu faham, dia takde apa yang rugi pun kalau ayah tak ada. Sebab dia dah complete dengan anak – anak.
Kloe Kloey : Adakah mungkin kalau adik cuti belajar satu semester? Takut adik ni tak boleh belajar dan kalau ibu tu ditinggal macam agak bah4ya. Dia sangat perIukan anak – anaknya sekarang ni. Bagaimana dengan adik beradik ibu?
Ada yang boleh meneman? Balik kampung? Keluarga adik tak akan kembali ke sedia kala. Itu must4hil. Yang boleh diusahakan adalah mengurangkan kemusn4han yang dilakukan oleh bapa adik. Ibu adik boleh pulih.
MemerIukan masa atau mungkin juga ubatan doktor. Yang memerIukan berubat secara Islam tu bukan ibu adik tapi bapa adik. Dia yang rosakkan dan dia yang patut diubat dan dibetulkan. Islam tak suruh didorong nafsu dan membuat kemusn4han. Akak doakan adik.
Najwa Mhsmdn : Kesian sangat, tak payah lah nak poIigami kalau jadi tersiksa mengecewakan keluarga. Jatuh tak elok jadinya. Ini pesanan untuk lelaki. Fikir baik – baik. Kawan saya lelaki sendiri cakap dia anak untuk keluarga isteri tua.
Tak pernah langsung ada keharmonian dalam keluarga. Konteks poIigami mungkin sesuai dulu waktu per4ng banyak kem4tian ayah. Ini zaman moden per4ng tak ada lagi. Apa yang perlu diperbaiki cuma tanggungjawab mak ayah pada anak saja.
Ini bila tambah poIigami habis satu masalah lagi timbul. Hidup elok – elok hingga akhir hayat tenangkan menyeronokkan. Tapi itulah manusia nak juga hidup dalam keserabutan. Kebod0han manusia.
Nurraysa Negeri Sembilan : Hm.. macam mana ya bunga, banyak yang saya nak komen, banyak sangat – sangat sebab faham. Benda pertama sekali yang awak kena buat, bertenang. Mula – mula, buat tuntutan hak – hak ibu awak di mahkamah.
1. Tuntutan harta sepencarian
2. Tuntutan nafkah diri
3. Tuntutan nafkah anak
4. Hak giliran bermalam
Buat ni semua tt, suruh mak awak list nafkah – nafkah yang awak ayah tak lepas nak sediakan. Kemudian, awak dah lepas 18 tahunkan, awak sendiri boleh buat tuntutan nafkah diri sebagai anak di mahkamah.
Selebihnya biar mahkamah tentukan. Untuk ibu awak, biarkanlah biarkan si suami tu nak berpoIigami. Awal – awal ni rasanya indah, lama – lama menjerat diri juga, bahagiakan diri dengan anak – anak.
Percayalah cakap saya, masa akan mengubati semuanya, awak dan adik beradik fokuskan pada study dan ibu 100%. Kalau saya jadi tt, saya buat semua dekat atas lepas tu bahagiakan ibu. Sambut birthday ibu dekat luar, bagi hadiah, hargai ibu.
Jalan – jalan dekat – dekat, me time sama – sama. Hal ayah buanglah, lantak dia, dia dah khian4ti kifa buat apa nak hargai.
Sayidah Nusailah Zainal Azman : Sunnah jadikan alasan semata nak halalkan sesuatu perbuatan yang dianggap mulia iaitu berpoIigami. Sang Suami tidak mampu, menipu, tidak memohon izin nak kahwin lagi dan sebagainya.
Kesian si isteri tertipu hidup – hidup setelah banyak peng0rbanan yang dilakukan shingga terp4ksa kerja untuk tambah apa yang patut. PoIigami tidak salah, tapi orang yang mengamalkan cara Itu salah.
Semoga dipermudhkan segala urusan buat Keluarga Confessor. Percayalah, baIasan Tuhan Itu wujud, hanya tunggu masa. Bila jatuh tersungkur baru tahu kubvr itu berlantaikan tanah, awan Itu berdindingkan Angin..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.