Ikhlas ke aku maafkan suami kalau aku selalu mengungkit apa yang dah jadi..

Dah 2 bulan aku aIami semua ni suami aku hari – hari mintak maaf kat aku, hantar bunga kat aku kat office, tebus balik salah dia. Kurang main handpone dah, banyak luang masa dengan anak semua. Tapi, hati perempuan aku masih belum boleh maafkan dia selagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Mohon hide profile aku ya. Alhamdulillah, terima kasih sudi post kisah aku. Aku salah seorang pembaca setia kisah rumahtangga, mana yang baik aku ambil jadikan teladan yang tak baik jangan diikutkan. Itulah, sedang aku leka membaca kisah rumahtangga orang lain, kadang – kadang terdetik dekat hati, kesian isteri yang menjadi m4ngsa tersebut. Sampai hati suaminyaa, kesiannn juga isterinya. Dan akhirnya, aku juga tertewas untuk turut serta diuji. Rumahtangga mana yang sentiasa ada pelangi, begitulah hujahnya.

Mula kisah aku, bercinta dan berkahwin. Sejak aku bernikah pada bulan Feb 2017, dari situlah pada malam pertama, aku dapat tahu yang suami aku mempunyai kawan baik perempuan. Alhamdulillah, suami aku jujur bercerita dengan aku tentang kawan baiknya, Maria bukan nama sebenar. Aku kecil hati jugak, mana tidaknya whatsApp suami kita 24 jam, tapi aku tanamkan dalam hati, dia hanyalah kawan baik. InshaAllah baik baik saja. Awal kahwin kami pergi honeymoon 24 jam jugak suami aku video call dengan kawan baiknya, mashaAllah dalam hati aku ke Maria yang tengah honeymoon dengan dia ni.

Masa 4 bulan kahwin tu, aku tak tahu kenapa suami aku nak sangat aku kenal dengan Maria, dia nak aku kenal rapat dengan Maria, tapi aku tak berkenan langsung sebenarnyaa. Tapi atas dasar ikut kata suami, aku ikut berkawan pergi makan semua dengan Maria ni. Yang aku pernah tahu suami aku kawan lama dengan Maria ni, dan Maria ni pernah putvs tunang. Tu jelaa aku tahu, aku malas nak ambik port sangat

Okaylaa, nak dipendekkan cerita tanggal Disember 2017, aku dikurniakan zuriat. Rumahtangga kami bahagia. Aku yang uruskan anak semuaa, tapi tulaa suami aku 24 jam menghadap handpone je. Tapi bila aku jengah, dia selalu tengok video kat utube, hanya video korea nyanyii – nyanyii jee. Jadi, aku kuranglah nak syak wasangka, tapi itulah.. kita dah sibuk urus anak semua malas dah nak sportchek handpone dia. Tapi Allah swt tu maha mengasihani aku, Dia sampaikan satu hidayah kat aku dari terus lama kena tipu.

Kebetulan aku nak pinjam handpone dia nak call adik aku, tapi meng4muk betul dia. Tapi aku sempat terbaca perbualan dia dengan perempuan, bersayang – sayang. Allah je tahu perasaan aku masa tu, aku tak pikir apa dah. Aku rasa tertipu. Aku nak dia terus terang siapa perempuan tu, tapi dia menidakkan. Dia mintak ampun nangis – nangis semua kat aku. Tapi dalam kepala otak aku cuma pikir perempuan tu adalah Maria. 2 tahun mentah – mentah rumahtangga kami, ni ujian yang aku dapat? 2 tahun aku lahirkan anak kau, hidup – hidup kau tipu aku wahai suami.

Sejak malam tu jugak aku keluar rumah dengan anak aku. Aku tumpang tido rumah kawan aku, sebab kalau boleh aku tak nak balik rumah ibu aku. Aku tak nak family aku tahu pasal ni. Tapi nak dijadikan cerita, malam tu jugak suami aku cari aku dekat rumah family aku. Jadi, Ibu aku dah tahu semuanya. Tapi, suami aku jelaskan kat family aku lain. Dia cakap aku yang salah faham. What the heII salah faham, aku sendiri nampak dengan mata aku kau bersayang – sayang tu apaaaaa? Tapi aku tahu ibu aku lebih percayakan anak dia.

Malam tu jugak aku mesej perempuan tu, tapi sikit pun dia tak respond aku. Angkat call aku pun tidak. Kalau kau tak buat salah, tak ada apa dengan suami aku. Kau tak akan lari dari aku Maria. Dan sampai sekarang aku masih tercari – cari kau sampai upah orang cari rumah kau semuaa? Hampir jumpa and Alhamdulilllah dah jumpa. Aku bukan nak m4ki atau kacau family kau, kita orang berpendidikan, mana mungkin aku seburuk tu. Aku cuma nak penjelasan Maria. Hati aku s4kit tanpa pengakhiran. Hati aku perit dengan benda yang terg4ntung.

Dah 2 bulan aku aIami semua ni suami aku hari – hari mintak maaf kat aku, hantar bunga kat aku kat office, tebus balik salah dia. Kurang main handpone dah, banyak luang masa dengan anak semua. Tapi, hati perempuan aku masih belum boleh maafkan dia selagi aku tak jumpa Maria. Tiap kali aku cakap dengan suami aku, aku nak jumpa Maria mesti dia cakap sudahla, benda ni dah tak ada apa. Tu je jawapan dia, bila aku tanya pasal Maria dia cakap, tak ade laa tak ada apaa lah. SubhanAllah, hati aku s4kit.

Dan kami kerap g4duh sebab Aku. Aku selalu ungkit pasal Maria. Kadang – kadang aku terpikir, ikhlas ke aku dalam memberi peluang kedua? Aku bagi peluang kedua sebab Anak. Bukan tak sayang, tapi aku s4kit sebab 2 tahun kau tipu aku hidup – hidup. Awal – awal kawin hari tu aku dah pesan dengan suami aku, perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan baik. Tak boleh bercerita tentang perasaan, tentang permasalahan masing – masing. Sebab hati kita ni berbolak balik sifatnya.

Tujuan aku confess kat sini sebab aku perlukan pandangan korang, Ikhlas ke aku dalam memberi peluang kedua? Aku Ikhlas kerana Allah swt, tapi dengan syarat Aku teringin sangat nak jumpa Maria. Wahai Maria, jangan sia – siakan zaman anak dar4 awak dengan suami orang. Hargailah. Kalau korang ada kat tempat aku, apa yang korang akan buat? Aku masih lagi mengungkit dan terus mengungkit. Selagi aku tak jumpa Maria.

Komen Warganet :

Lieya Mylia : Sis, bagi peluang memang ok tapi bagi sekali 2 d4s yang betul – betul boleh buat dia tersedar. Tentang Maria tu faham sangat kalau tak dapat jumpa, tak dapat tanya itu ini memang hati tak tenteram tapi demi keluarga cuba lupakan Maria tu walaupun orang kata susah nak ketepikan perasaan s4kit dan sebagainya. Tapi untuk kawal em0si cuba la lupakan dan minta pertolongan Allah untuk pulihkan hati tu, hati yang terIuka. Dan jangan lupa minta Allah pulihkan juga rumah tangga tu, insyaAllah, Allah akan bantu.

Rizal Rodzuan : Benda mudah, kalau laki ko dah tak ade hal dengan Maria tu, kenapa laki ko berkeras tak nak bagi ko jumpa Maria? Dulu kemain suruh jumpa, kawan? Bukan nak hasut tapi ntahla. Ko doa la supaya hati ko dilembutkan, kalau ko masih nak bagi peluang kat laki ko, ok.

Amirah SC : Lelaki yang tak kenal dek untung macam tu la. Suka s4kitkan hati isteri. Bagi alasan macam orang perempuan yang salah. Dia sorang je betul. Lelaki ni bila jumpa perempuan Ienggok sikit terus keluar kebod0han dia..

Sharifah Intan Shafeenaz Masita Binti Syed Kamaruzzaman : Please la alasan Stop la sebab anak anak anak. Mase laki ko gaIak berd0ndang sayang ade dia pikir pasal anak? Ni trick dia je. Setakat bunga tu bukan tak boleh beli sendiri. Maaf?? Perkataan maaf senang sangat nak ucap tapi ikhlas ke?? Lagi sekali la kalau wujud lagi Maria tu tolong la move on. Tapi kalau aku la, tak ada dah nak tunggu kedatangan Maria untuk kali ke dua, baik aku chalo beteyy. Bak kate pujangga, lelaki boleh cari baru.. Ok bye..

Suhana Zain : Laki awak pandai m4nipulasi awak supaya awak percaya pada dia.. Lepas tu dia perbod0hkan awak sebab dia tahu awak percayakan dia.. Beri peluang ke dua tu boleh tapi kena letak syarat. Phone suami tu check selalu kalau boleh hack terus whatsapp dia. Lepas Maria nanti wujud plak Marry, lepas tu Minachi, lepas tu Berry plak. Dah tua nak m4ti nanti berubah lah dia.

Rezza Ichlass : Ermmm, kebiasaannya lelaki ni susah nak lupakan gf lama dia walau dah terkant0i, lambat laun dicarinya lagi. Aku memang tak boleh terima kalau sebut lelaki dah kahwin sebok main telepon, lagi – lagi dah ada anak kecik. Tinggal je la hobi yang tak berfaedah tu. Okay sis, back to ur story, dah banyak sangat story yang macam sis nie berlaku, rasa dah malas nak komen tapi kesian plak rasa. Ok, pertama sekali, sebelum buat satu – satu keputvsan tu, fikir dulu masak – masak. Kena fikir pasal anak, fikir pasal family, fikir pasal marriage dan paling penting fikir tentang diri sendiri (sanggup atau tidak memegang status janda sekiranya bercerai). BagiIah peluang pertama dan terakhir untuk suami tu.