Ingatkan aku bahagia bila balik duduk di kampung, tapi rupanya jadi mimpi ng3ri

Ibu bapa akulah yang paling gembira dan amat berharap aku dapat pindah ke kampung. Tetapi baru sebulan duduk di rumah, ibu sudah mula bosan dengan kami. Ibu berubah jadi pendiam dan garang. Aku terk3jut bila dapat maklumat dari adik beradik yang lain..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih jika hasil tulisanku disiarkan. Nama aku Siti Aishah. Aku merupakan seorang penjawat awam berusia 30an, anak bongsu, sudah bersuami dan memiliki 3 orang anak perempuan.

Kedua ibu bapaku berusia 70an. Suamiku menjalankan perniagaannya sendiri. Kehidupan kami pada asalnya normal seperti biasa, tinggal di bandar yang agak jauh dari rumah ibu bapa dan mertua.

Kami akan balik kampung sebulan sekali atau dua kali. Setelah beberapa tahun menetap di sebuah bandar di selatan tanah air, aku mula berhasrat untuk pindah ke kampung halaman.

Aku sememangnya lahir dan dibesarkan di kampung, jadi jiwa kekampungan sudah begitu sebati. Hasrat aku disokong sepenuhnya oleh suamiku. Dia tidak kisah aku hendak berpindah ke kampung halamanku, dia akan mengikut sekali dan memulakan perniagaan di kampung halamanku.

Maka di sinilah bermulanya cerita. Untuk pengetahuan semua, hasrat aku untuk pulang ke kampung halaman disokong oleh semua ahli keluarga. Ibu bapa akulah yang paling gembira dan amat berharap aku dapat pindah.

Ayahku menyatakan hasratnya untuk menyerahkan tanah pus4ka (tapak rumah ibu bapaku) kepadaku. Aku berasa bersyukur kerana impianku sememangnya mahu membina rumah di kampung walaupun aku telah membeli rumah berhampiran tempat kerja.

Setelah beberapa kali gagal untuk bertukar tempat kerja, doaku dimakbulkan Allah. Aku menerima surat penempatan semula di kampung halamanku. Gembiranya aku bukan kepaIang.

Bukan mudah untuk ditukarkan ke kampung halaman kerana sektor pekerjaanku agak kritikaI di kawasan bandar. Lalu, ku tinggalkan semua rakan – rakan, jiran – jiran, rakan sejawat tersayang, begitu juga rumah yang telah ku beli di bandar untuk sebuah kehidapan ‘bahagia’ di desa.

Ku sangka langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kehidupan ‘bahagia’ di desa bertukar ‘dis4ster’. Ceritanya bermula apabila aku menumpang tinggal di rumah ibu bapaku sementara aku bina rumah.

Bermula dengan urusan tanah yang menc3tuskan salah faham dalam kalangan adik beradik yang lain. Ok, fine. Aku beritahu ibuku, aku tak mahu pun tanah ibu bapaku lagi, hatiku tergvris dengan isu tanah tersebut kerana menyebabkan maru4hku tercaIar.

Rumah tak jadi ku bina, aku fokus kepada beli rumah pula yang prosesnya agak lama untuk cari rumah yang sesuai. Betullah kata orang, jauh wangi bila dah dekat busuk. Hidup bahagia di samping keluarga tersayang yang ku harapkan bahagia bertukar menjadi mimpi ng3ri dalam hidupku.

Sebulan pertama semuanya berjalan Iancar, aman, tenang walaupun aku sedikit kaIut menguruskan segala urusan di tempat baru. Masuk bulan kedua, mungkin ibuku sudah mula bosan dengan kami. Sikapnya mula berubah.

Dia sudah mula tidak mahu bercakap denganku. Layanannya terhadap anak – anakku turut berubah. Dia asalnya seorang yang ceria dan periang. Aku mula merasai perubahannya. Dia menjadi pendiam, murung dan garang.

Tetapi apabila jiran atau adik beradik lain datang, dia ok sahaja. Untuk pengetahuan semua, ibuku juga seorang yang tidak akan mendengar kata sesiapa pun. Puas aku terangkan padanya, dia tidak perlu buat segala kerja rumah, buat apa yang dia mampu sahaja, balik kerja aku akan uruskan semua.

Namun, apa yang aku katakan umpama mencurah air di daun keladi. Dia beri seribu alasan, contohnya, ‘takkan nak masak dua kali, mak masak sekalilah’. Tentang barang dapur pula, dia seolah – olah cuba mengasingkan barangku dengan barangnya.

Ibuku tak mahu gunakan barang dapurku. Beras yang ku bawa dari rumahku semasa berpindah, tidak berusik. Aku ‘sl0w taIk’ dengannya untuk mer3dakan keadaan, tapi keadaan tidak berubah.

Sem4kin hari keadaan sem4kin teruk. Ibuku yang sememangnya tidak suka suamiku, sem4kin menunjukkan pr0tesnya. Mungkin suamiku tidaklah seperti anak – anak lelakinya yang rajin dan baik ibarat lelaki kiriman syurga.

Aku juga tidak mampu menjadikan suamiku seperti abang – abangku, kecuali aku ada kuasa ‘m4gic sup3rp0wer’. Suamiku cuba mengambil hatinya tapi keadaan tidak berubah. Ada sahaja yang tidak kena di mata ibuku.

Anak – anak sukar dikawal kerana ibuku sangat sensitif kalau aku dan suami marahkan anak. Masuk bulan ketiga, setelah usaha berdamai gagal, aku mula mendapatkan maklumat dari adik beradikku yang lain.

Terk3jut aku mendengar segala cerita yang berIegar – Iegar selama ini. Ayahku yang selama ini ku lihat tidak ‘ambik p0rt ‘ tentang kemeIut aku dengan ibu rupanya pun sama. Dia rupanya pernah datang ke rumah abangku secara tiba – tiba dan marah – marah disebabkan isu tanah yang ku kira sudah tutup buku.

Semasa ketiadaanku disebabkan balik ke rumah mertua, ayah pernah kumpulkan adik beradik dan anak – anak saud4ra untuk berbincang tentangku. Allahu. Sebaknya hati. Sedangkan aku tidak tahu apa – apa dan ayah tidak pernah berterus terang denganku.

Untuk pengetahuan semua, SegeIintir ahli keluarga aku memang suka ‘cakap belakang’ dan itulah yang selalunya mengh4ncurkan kemesraan kami.

Sebenarnya itu tidak lagi menggvris hatiku, yang mengh4ncur luIuhkan hati aku apabila aku dengar rupanya ibu can4ngkan pada adik beradik, aku tidak beli barang dapur, tidak pernah masak, dia penat buat semua kerja rumah. Allah, Istighfar panjang aku dengan der4ian air mata.

Allah, betapa aku berusaha membahagikan masa antara k0mitmen kerja, anak – anak dan tugasan rumah. Apa yang aku buat hanya sia – sia selama ini. Niatku untuk menjaga kedua orang tuaku rupanya dibaIas dengan h1naan dan kebencian.

Entah apa lagi yang ibuku can4ngkan, aku tak mampu dengar. Aku merasakan kasih sayang ibu bapa terhadapku sudah hilang yang ada hanya kebencian. Buat masa ini aku sedang bert4han sebelum keluar dari rumah ‘bahagia’ ini.

Aku tidak mampu berhadapan dengan ibu bapaku untuk berbincang dan memperbaiki keadaan, aku takut aku akan hilang kawalan dan jadi anak derh4ka. Aku juga sedih memikirkan maru4hku yang sudah dij4ja dalam kalangan adik beradik, anak saud4ra dan entah siapa lagiIah, mungkin jiran – jiran juga.

Aku akan berpindah ke rumah sewa tidak lama lagi. Berbaki 2 minggu sebelum pindah ke rumah sewa, aku rasakan bagai 20 tahun.

Banyak lagi sebenarnya dugaan sepanjang 3 bulan tinggal bersama ibu bapaku yang tak mampu aku c0retkan. Semoga kisahku ini menjadi iktibar kepada semua. Doakan aku kuat… – Siti Aishah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet

Cik Adiera : Bab harta memang boleh buat g4duh. Disebabkan emak saya ada pengalaman dibenci keluarga sendiri, bila kami dah dewasa emak ayah suruh kami simpan duit pecah nama tanah masing – masing.

So tanah yang ayah bagi masing – masing dah dapat bahagian. Walaupun emak ayah saya tak kisah anak – anak tinggal dengan dia, tapi kami tak nak la nanti timbul isu kemudian hari.

Kadang – kadang bukan mak ayah punca, kadang – kadang mulut orang lain jadi punca. Sabarlah Puan. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Semoga puan terus kuat.

Mohd Noh : Sama mcm aku. Bila aku ada masalah dengan wife, mak mertua aku sanggup k3jut kami suami isteri pukuI 1 pagi. Aku ingat nak nasihat kami suruh settIe masaIah ke ape. Alih – alih dia cakap suruh aku ceraikan wife aku.

Masa tu anak aku umur 12 tahun terjaga sama, dia dengar kitorang sembang sambil menangis. Ayah mertua aku ok, selalu cakap baik – baik dengan aku suruh aku settle masalah. Mak mertua aku tu tak tahan.

Betul orang cakap, kalau kita anggap dapat mertua tahap dewa dewi pun, janganlah tinggal sama. Biar hidup sendiri susah macam mana pun. Aku pert4hankan masalah aku setahun lebih nak seIamatkan rumahtangga aku, akhirnya bercerai jugak.

Khadija Muhammad : Bab harta, jangan main – main ya walaupun baik macam mana sekali pun. Jangan sesekali ambil bahagian adik beradik.

Duduk dekat busuk walaupun ibubapa sendiri kecuali, ibu s4kit, bapa s4kit, merekalah sepatutnya berpindah ke rumah kita, bukan kita yang ke rumah mereka, konsep dah salah. Sebab tu kita tak boleh usik barang dalam rumah mereka.

Ibu masih queen dalam rumah, sebab dia masih sihat, dapur dia tak suka berkongsi. Dia tak s4kit terbaring lagi. Dia rim4s cucu ramai – ramai dalam rumah, mungkin em0si terganggu dah tua tak suka pening – pening bising.

Saya pun balik kampung sendiri tak boleh lama – lama. Tau dah mak saya tak boleh cucu bising lama – lama dia str3ss. Anak saya “baik – baik” sangat waktu tu.. Bapa masih ada, biarkan mereka berdua je di rumah.. Puan datang sekali sekala je.

Amirul Hafifi : Dua perkara yang saya rasa kisah TT ni harus dijadikan tauladan

1) Baik dan manja sekalipun dengan ibubapa atau mertua silalah jangan duduk satu bumbung dengan mereka atas apa alasan kecuali kalau mereka betul – betul hilang keupaayaan.

2) Bab tanah tolonglah, selagi tak ada hitam putih jangan sibuk nak bina rumah atas tanah tersebut. Walau itu tanah pemberian ibu ayah dan adik beradik.

Fatin Nabila : Tak baca komen – komen lain. Cuma suami selalu pesan, jangan harap harta orang bagi ke kita. Maksudnya, bila mana ada je orang cakap “oh ni nak bagi ke kamu ni fatin” dengar boleh percaya jangan. Hati manusia berubah – ubah. Lagi – lagi harta mak ayah. Lagikan k4it pula adik beradik… Memang tak pernah berangan.

Apa kata anda?