Ini dia wajah suspek baling cat merah di kedai XIN FU TANG!

Tiga hari lepas tuIar di laman sosiaI apabila dua premis perniagaan Xin Fu Tang telah dilemparkan cat merah. Menurut status yang di muat oleh IG milik Xin Fu Tang Malaysia, ini adalah kejadian kali kelima di dua cawangan yang terletak di SS15 dan Sri Petaling.

Kejadian ini berlaku sekitara 17 oktober hingga 26 Oktober menurut wakil dari Xin Fu Tang Malaysia. Jika sebelum ini, pihak mereka dengan tegas menyatakan bahawa mereka tidak sesekali akan tunduk selepas kejadian berlaku dan telah menghantar rakaman CCTV kepada pihak polis.

Hari ini sekali lagi dilaman IG milik mereka, telah mengeluarkan rakaman CCTV ketika kejadian berlaku. Dilihat seorang lelaki memakai baju berwarna kuning, berseluar 3 suku serta memakai topi datang ke premis lalu membaling plastik berisi cat merah. Suspek kemudian dilihat melarikan diri selepas itu.

 

Suspect Caught On Video Slashing Paint 

We got you ‼⁣⁣

It is only a matter of time before the police catches you.⁣⁣

We Malaysians love our peace and we will not tolerate such low class behaviour.⁣⁣

Say no to vandals.⁣⁣

Say no to thugs.⁣⁣

Buat masa ini tidak pasti siapa dalang di sebalik serangan ini dan motif sebenar kejadian tersebut masih lagi disiasat. Semoga suspek dapat dikenal pasti dan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..