Kain tuala anak sampai jadi keras, berdaki pun tak ditukar sehinggalah aku sendiri yang kena ambik buang. Aku tak pernah maklum kepada dia, yang kerap kali rambut panjang dia berbau hapak, mulut pun berbau. Saja aku bagi hint dekat isteri..
#Foto sekadar hiasan. Seperti yang semua maklum, kategori n4jis ada tiga jenis. Mukhafafah (ringan), Mutawasitah (pertengahan), Mughalazah (berat). Sila abaikan kesilapan ejaan. Biasanya dalam kehidupan seharian, kita banyak terlibat dengan pengurusan n4jis pertengahan.
Dan seperti yang semua sedia maklum, cara membersihkan najis kelas pertengahan ini ialah dengan menggunakan air mutlak sehingga hilang bau warna dan rasa. Dah macam nak mengajar plak kan. Tapi inilah masalah yang sedang aku lalui.
Hari ini, aku nak kongsi kisah isteri aku. Sama seperti tajuk, aku tak dapat meletakkan kategori di mana dia berada. Isteri aku seorang suri rumah sepenuh masa dengan anak lelaki 2 orang (2 dan 5 tahun). Setiap pagi dia akan bangun awal memasak sebelum anak pergi ke tadika.
Aku hanya minum pagi dengan biskut kering sahaja. Kami semua sekeluarga ada masalah resdung, tapi bini aku paling teruk. Aku sarankan untuk berjumpa doktor sentiasa ditolak dengan alasan buang duit. Dulu masa sebelum kahwin ada la juga dia pergi ke kIinik untuk pakai nasal spray.
Masalah resdung ni sangat mengganggu dia sampai terk3ncing kerana bersin yang sangat kerap sehinggalah, kain tuala isteri aku tu siap berbau h4ncing. Tapi dia tetap akan sidai kain tuala, mandi pakai kain tuala yang sama.
Kadang – kadang sampai berminggu tak ditukar. Dalam almari ada ja 2-3 pasang kain tuala yang menunggu untuk dibasahkan. Kain tuala anak sampai jadi keras, berdaki pun tak ditukar sehinggalah aku sendiri yang kena ambik buang.
Aku ada perasan yang dia agak berkecil hati aku kerap menolak hubungan intim. Aku tak pernah maklum kepada dia, yang kerap kali rambut panjang dia berbau hapak, mulut pun berbau (mungkin sebab resdung). Saja aku cuba ubah gaya hidup dengan beli listerine untuk dia pakai sebelum tidur.
Ada juga aku bagi hint supaya dia mandi petang jam 6 – 7 malam, supaya wangi sikit bila nak peIuk. Dia tetap memilih untuk mandi jam 3 petang dengan alasan banyak kerja nak buat. Kadang – kadang aku saja cakap mulut aku yang berbau busuk resdung. Pun dia tak alert juga.
Kain lap meja, lap dapur share dengan kain nak lap munt4h anak. Kadang – kadang sampai berlendir. Aku ambik, letak dalam toilet baru nak tukar. Aku suruh rendam, sebelum basuh, pun asyik lupa. Dibiar dalam second toilet yang jarang pakai.
Rumah ni ingat seminggu 3 kali ja kot sapu. Mop tak tahu la. Mungkin dia buat masa aku pergi kerja. Katanya anak suka sepah dan bagi kotor rumah. Memang anak aku ni aktif lain macam. Tapi bukan aut1sme la. Aku suspek anak aku dok bersin pun sebab habuk yang tak lap kat dalam bilik tidur.
Ada sekali tu kat rumah mak mertua aku tengok anak saud4ra ber4k berterabur, adik ipar aku dengan rilek kutip macam kacang, buang dalam tong sampah. Tiada tindakan susulan untuk lap kesan n4jis tu. Mungkin memang tak dididik kot dari keluarga mertua berkenaan kebersihan.
Baju yang kena kesan munt4h anak tak pernah dia rasa nak berus dulu sebelum masuk dalam mesin. Kadang – kadang masa aku kutip dari mesin, ada nampak kesan munt4h yang dah kering, melekat kat baju sampai tak keluar.
Tapi bab menyimpan mengemas rumah dia rajin. Anak punya mainan dia simpan, baju dilipat elok, pinggan mangkuk tak pernah tinggal dalam singki. Masak makan hari – hari. Aku dah bagi hint dengan ajar cara bersihkan n4jis pun tak jalan.
Nak kondem direct, nanti termalu pulak. Sapu rumah, dengan mop rumah dah suruh. Dia mengangguk macam faham. Nak beli mesin memudah cara, tak mampu pula aku. Nilai RM jatuh, harga mesin mahal nak m4mpus. Nak upah pembantu rumah pun nanti kata aku ada scandal dengan w4rga asing pula.
Duit belanja aku bagi dengan harapan dia nk menguruskan diri. Pun tak jalan. Dia rela habiskan duit dengan keluarga mertua, buat apa aku tak pernah tanya sebab dah jadi duit dia. Apakah punca masalah ni dan bagaimana cara mengatasi masalah ini? – Ped4ng Raksaksa (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Lembayung Cahya Rabbani : Dia macam ni bro.. Kerja – kerja rumah jangan serah kepada bini sepenuhnya. Aku pun jenis macam h4ng sukakan kebersihan. Bab – bab kebersihan dalam rumah memang aku ambik alih sepenuhnya bermula dari sapu sampah, mop lantai dan dinding, buang sawang, sampah, dan segala mak nenek kekotoran dalam rumah tu bahagian aku.
Bini aku pulak cuma memasak, jaga anak dan cover sikit – sikit mana yang aku tak sempat buat. Kalau h4ng jenis pembersih, h4ng la yang kena buat semua tu macam aku. Bini aku fulltime suri rumah, aku pula kerja ofis hour. Balik dari kerja terus setel kemas – kemas dapur dan sapu sampah.
Sharudin Acob : Kalau mengikut penulisan panjang lebar ni, tuan ni rasanya bukan la orang yang hidupnya c4cat melarat, s4kit terlentang tak boleh bangun. Apa kata ringankan tuIang tangan tu mop lantai tu kalau rasa kotor, sapu rumah tu setiap hari, vacuum lantai tu kalau perlu, baru la resdung tu berkurang kalau tak baik pun.
Lepas makan malam tu basuh semua pinggan mangkuk periuk belanga cuci dapur tu kasi bersih. Kalau pasangan dah kurang bebannya, jangan kata suh mandi jam 7-8, mandi setiap jam pun boleh. Kalau tuan ada masa dan tenaga nak tulis panjang – panjang macam ni, tuan mesti ada masa dan tenaga nak buat kerja – kerja rumah.
Asmah Sam : Apa kata encik yang tolong sapu dan mop lantai. Benda tu bukan susah pun. Ayah saya nampak benda kotor dia yang tolong cucikan. Anak tumpah air dia yang tolong lap. Dalam keluarga kan take and give. Encik pun cakap dia rajin cuci pinggan dan lipat baju jadi why not encik tolong mop dan sapu rumah. Kadang – kadang mungkin dia tak sempat jadi benda – benda simple dia abaikan. Jaga anak kecil tu memenatkan nak pula anak lasak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.