Isteri aku dapat surat aduan dari pes4kit. Aku siasat habis2 siapa pengadu, lepas tengok cctv, terbukti!

Isteri aku meng4muk bila dia dapat surat aduan dari pes4kit. Aku sebagai suami jadi hero, siasat orang yang mengadu. Aku cari fb, cari alamat. Isteri aku nekad nak bukak fail untuk saman pengadu. Hasil tengok CCTV memang terbukti..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Isteri aku merupakan seorang penjawat awam yang berpangkat rendah di kementerian yang berkaitan kesihatan. Minggu lepas, isteri aku dapat surat aduan. Gempak gempita seantero bumi Si Putum apabila isteri aku tidak dapat menerima aduan dibuat ke atasnya.

Maka, selaku hero Malaya, aku didesak untuk menyaman pihak pengadu kerana pada isteri aku, aduan yang dibuat ialah fitnah ke atas dirinya yang ikhlas melaksanakan tugas atau kerja. Untuk pendahuluan, aku jelaskan bahawa si Pengadu telah menghantar aduan melalui sistem aduan kepada penjawat awam dengan mengatakan bahawa isteri aku telah mencaci m4ki si Ayah pengadu.

Kerana aduan tersebut, pihak atasan telah menyuruh isteri aku membaIas surat aduan tersebut. Perlu dijelaskan di sini bahawa aku berpendapat sistem aduan kepada penjawat awam adalah suatu perkara yang bagus; dalam erti kata, warga awam dapat menyalurkan ketidakpuasan mereka kepada penjawat awam melalui keadah / laluan yang rasmi dan benar.

Isu kenapa sampai bumi Si Putum bergelora adalah kerana si Pengadu membuat aduan yang berunsur fitnah. Hal ini dibuktikan apabila aku dan isteri dapat membuktikan melalui hasil kesaksian dari saksi yang berada berhampiran dan rakaman CCTV.

Kemuncaknya adalah apabila pihak kementerian menelofon si Pengadu untuk bertanya kenapa pengadu mengatakan isteri aku mencaci m4ki walaupun hasil penyelidikan yang dilaksanakan membuktikan sebaliknya; dengan selamba si Pengadu mengatakan bahawa ia berpunca kerana isteri aku tidak memberi MC (cuti sikit).

Maka, selama seminggu si hero Malaya ini dip4ksa oleh isterinya untuk membaIas fitnah si Pengadu. Aku berpegang kepada Surah as-Syura, ayat 40. Lalu, aku memulakan penyiasatan. Kaedah pertama yang aku lakukan adalah membuat penyelidikan (baca: stalking media sosiaI) dengan bersumberkan nama pengadu.

Tujuan aku mengintai sosiaI media si Pengadu adalah untuk mengetahui samada beliau adalah penjawat awam atau tidak. Aku ada jumpa satu akaun fb dengan nama yang sama dengan si pengadu, tetapi akaun itu telah di -private-kan.

Apabila kaedah pertama gagal, kaedah kedua yang aku lakukan ialah dengan menggunakan surat aduan tersebut, aku pergi kepada balai polis untuk mendapatkan detail si Pengadu. Pegawai polis yang menerima aduan tercengang kerana tidak pernah lagi orang kecoh macam ni sekali.

Walaupun pegawai polis itu meminta aku “be the bigger person” iaitu memaafkan je tapi terp4ksa aku menolak permintaan beliau dengan baik kerana aku hero Malaya. Suami je faham, isteri kat rumah meng4muk kena fitnah. Angry wife, not so happy life.

Hasil dapatkan polis menunjukkan bahawa si pengadu beralamat di sekian – sekian dan bukanlah penjawat awam. Kerana bukan penjawat awam, aku tak boleh lah nak mengadu melalui sistem aduan penjawat awam bahawa si pengadu ni kaki fitnah.

Kaedah ketiga ialah saman malu; seantero bumi si Putum ketawa. Benda kecik je pun, dah kenapa nak sampai saman menyaman. Tapi, bila perempuan tengah marah, sel – sel otak biasanya tak bersambung. Maka, kami berbincang dengan kawan yang berlatar belakang guaman.

Beliau memaklumkan bahawa terdapat dua jenis perundangan di Malaysia iaitu perundangan sivil dan perundangan jenayah. Untuk kes isteri aku, iainya peundangan sivil iaitu harus ambil peguam untuk isu saman fitnah dan kos untuk buka fail ialah RM5000, menang kalah lain cerita. Isteri aku ON.

Semalam, pegawai polis menelofon aku balik. Dia memberitahu bahawa si Pengadu dan keluarganya berasal dari keluarga yang bermasalah. Itulah puncanya kenapa si Pengadu kaki fitnah dan tetap degil menyalahkan isteri aku walaupun semua bukti telah dipamerkan.

Bila aku tengok balik alamat si Pengadu iaitu beralamat di sekian – sekian, hati aku mula lembut. Akhirnya, selepas air bacaan yasin dan 3 Qul disembur ke muka isteri aku, hatinya mula lembut untuk memaafkan dan “be a bigger person”.

Khulasah yang aku dapat konngsikan ialah,

A. Untuk penjawat awam apabila menerima aduan berkaitan kerja anda.

1. Sekiranya anda benar, jawablah surat aduan tersebut dengan jujur.

2. Sekiranya anda difitnah, anda mempunyai hak untuk meny3rang balik si Pengadu, boleh guna kaedah yang aku kongsi di atas.

3. Walaupun anda b3ngang kerana si pengadu menfitnah, tetaplah professional. Jangan meny3rang ke rumah pengadu, mahupun pergi ke kawasan kampung si Pengadu untuk mendapatkan maklumat dia.

B. Untuk pengadu.

1. Sekiranya anda tidak berpuas – hati dengan penjawat awam, buatlah aduan melalui sistem yang disediakan.

Kalau anda mengunakan sosiaI media untuk menyuarakan ketidakpuasan hati anda, memang anda menempah m4ut kerana ada kemungkinan boleh jatuh bawah perundangan jen4yah (polis yang akan menjalankan siasatan dan kejar anda).

2. Sekiranya anda tidak puas – hati kerana perkara A, buatlah aduan berkaitan perkara A, janganlah menambah perisa. Contohnya, anda tidak puas hati tidak dapat MC, buatlah aduan kerana tidak dapat MC.

Tahukah anda berhak untuk pergi ke pejabat kIinik atau hospitaI untuk membuat aduan sekiranya anda gagal mendapat MC walaupun anda layak? Tapi kalau anda memang layak, kenapa harus takut untuk meminta MC?

Kalau memang anda mengada – ngada, itu salah anda sendiri. Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. Sekian. – Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatihi Yusoff : Penulisan haang menunjukkan haang ada kredibiliti. ayat tersusun. Setiap plot ditulis dengan baik. Ada pengenalan, ada isi dan ada penutup dan diakhiri dengan kesimpulan. Hebatla haang si suami. Mohon pm aku. Nak buat penulisan kajian sikit. Nak susun ayat. Aku tak pandai.

Amelia Zainuddin : Aku pernah kena.. actually hari tu aku halfday sebab migraine. Then ada sorang kawan setugas duduk kat kaunter aku dan guna pc aku which is takde masalah pun. Duduk la mana – mana haang suka asalkan haang layan customer.

Then esok pagi aku masuk keje ada sorang pompuan ni usya – usya aku semacam. Baru la aku tau kes sebenar, bapak dia datang berurusan dengan kawan aku kat kaunter aku masa aku halfday tu. Bapak dia complain kata staf yang layan dia tu tengking – tengking dia.

Serius.. bapak dia sebenanrnya agak tua dan macam dah nyanyuk. Anak dia jeling – jeling aku ingat aku yang tengking bapak dia siap mengadu kat atasan cuma anak dia tak mention nama sebab anak dia taktau nama staf yang layan bapak dia.

Kalau tak puas hati, mintak nama staf bukan main ingat – ingat kaunter mana kau pegi. Kalau bapak tu dah tua, jangan susahkan dia untuk buat urusan bagi pihak kau. Datang la sendiri. Bercakap dengan orang tua ni payah tau.

10 kali cakap belum tentu dia bawak balik info tepat. Kawan aku yang dik4takan m4ki bapak dia tu mengandung. Aku ni gemuk. Takkan tak dapat beza.. hahaha.. Last – last kes tutup camtu je sebab pakcik tu pun tak boleh nak buktikan sapa m4ki dia. Even kawan aku tu pun bukan reti mencarut.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.