Isteri aku menangis sepanjang malam bila adik aku dan isterinya sindir dia tak mampu lahirkan anak

Salah aku sebab tak mampu nak sediakan rumah untuk isteri jalani hari dia dengan tenang. Dia terp4ksa menghadap biras – biras dia yang semuanya perempuan.

Ada satu hari adik aku dan isterinya bergurau kasar dengan isteri aku. Adik aku cakap isteri aku tak boleh melahirkan anak sambil gelak. Beberapa minggu kemudian, anak adik aku s4kit…

#Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Terima kasih jika admin sudi siarkan.. Tiada apa yang terlalu menarik untuk aku kongsikan tapi aku harap semua boleh ambil ikhtibar serba sedikit dari cerita aku.

Aku sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga aku di Negeri Sembilan. Isteri aku orang Johor. Kami masih belum dikurniakan zuriat. Aku nak cerita mengenai isteri aku.

Hari – hari yang aku lalui dengan isteri aku memang agak sukar dan menyebabkan dia tertekan dalam diam. Puncanya aku tak mampu nak sediakan rumah untuk dia jalani hari dia dengan tenang. Tu silap aku.

Tapi betapa sabarnya isteri aku menghadap keluarga aku, biras – biras dia lagi. Dah lah biras – biras semua perempuan. Walau dia tahu isteri adik aku tak sukakan dia dan selalu mengata dia dekat status whatsapp, tapi dia tenang je, buat tak tahu je.

Sampai lah satu hari ni, adik aku dan isterinya bergurau kasar dengan isteri aku. Adik aku cakap isteri aku tak boleh melahirkan anak sambil gelak. Punyalah isteri aku menangis satu malam. Aku sedih, geram, marah semua ada.

Aku nak je tumbvk mulut adik aku tu tapi isteri masih tahan. Dia cakap biar biar biar.. Dan dalam tak sedar dia memang dah terIuka sangat dah. Esoknya dia mula update status dekat fb. Ayat dia aku tengok tak ada pun m4ki, tak ada yang kasar.

Tahu je lah ayat budak belajar kaunseIing ni macam mana. Pendek – pendek je ayat tapi deep. Dan disebabkan status tu, isteri adik aku pun mer0yan dekat status whatsappnya sendiri. Dia perIi dan sindir, dia cakap bila dia tulis status, ibu abah aku mesti tahu.

Tapi bila isteri aku tulis status, tak ada siapa nak bagi tahu mak ayah aku. Ok, ni penting. Aku tahu mungkin perbuatan aku bagi tahu status – status adik ipar dekat ibu abah tu salah, tapi cuba bayangkan anak mana yang boleh tahan kalau ada orang mengata ibu abah kita sendiri?

Kadang – kadang adik aku, abang aku, kakak ipar aku bercerita juga pasal status yang dia tulis. Tapi dia tak tahu, yang dia ingat dan tahu, aku je yang selalu bagi tahu ibu abah. Berbalik kepada isteri aku, dia dah geram dan tak boleh tahan dah dengan adik ipar aku tu.

Dia whatsapp personal, dia langsung tak bagi aku baca. Tapi aku sempat baca waktu isteri aku tidur. Betapa terk3jutnya bila isteri aku psyc0 adik ipar aku sampai adik ipar aku tak tahu nak jawab apa dan mula putar beIit cerita.

Adik ipar aku siap cakap yang selama ni dia mengata ibu abah aku, m4ki – m4ki ibu aku dekat status tu cuma untuk seronok – seronok je. Tapi aku tak sangka isteri aku masih boleh baIas baik – baik walaupun setiap baIasan adik ipar aku semua tak masuk akal.

Dan mungkin juga sebab dah kant0i jadinya putar beIit m4kin merapu. Last sekali isteri aku pula yang siap minta maaf dulu. Tabik betul dengan kesabaran isteri. Aku ingat dah habis lah cerita kat situ.

Tapi beberapa minggu lepas tu anak buah aku s4kit kulit teruk (anak adik aku yang mulut macam apa tu) berubat merata tak baik – baik juga. Jumpa ustaz, jumpa DR pakar, buat air tawar, ambil air kolah masjid berubat, tak juga sembuh.

Malah m4kin teruk. Satu hari, ibu abah dan adik aku pergi bawa anak buah aku berubat dekat seorang lagi ustaz. Benda pertama yang ustaz tanya, ‘ada tak s4kitkan hati sesiapa’ ustaz pesan kalau ada, minta maaf dengan ikhlas.

Adik aku ni pun merata cari kawan – kawan untuk minta maaf, adik ipar pun pergi jumpa kawan – kawan, sed4ra mara untuk minta maaf. Tapi anak sed4ra aku masih tak sembuh. Jumpa lagi ustaz tu, ustaz tu tak boleh nak buat apa.

Dia suruh berdoa dan cuba ingat lagi ada sesiapa lagi yang belum minta maaf. Kami satu keluarga berusaha fikir, satu keluarga merata minta maaf. Tapi keadaan masih sama. Berlarutan juga dalam seminggu.

Satu malam tu aku tengah tidur, aku terjaga sebab macam dengar orang menangis. Isteri aku buat tahajjud rupanya. Aku peliklah kenapa dia menangis beria. Aku pun curi – curi dengar apalah yang dia doakan.

Dia doakan anak sed4ra aku supaya sembuh. Aku macam dah nak terduduk bila dengar apa yang dia doa. Dia cakap, memang dia terIuka, kecewa dengan adik ipar aku, tapi dia minta Allah sembuhkan anak sed4ra aku.

Dia doa lagi, dia tak minta pun baIasan macam ni, dia hanya nak hidup tenang je dengan aku. Aku pun termenangis sekali dengar dia doa. Jadinya aku sedarlah apa yang jadi ni punca dari sikap dan mulut adik dan adik ipar aku sendiri.

Kadang – kadang kita tak doa yang tak baik, tapi bila Allah tahu orang terani4ya Allah terus uji. Dan aku sedarlah yang selama ni adik dan adik ipar aku tak minta maaf dengan ikhlas pun dekat isteri aku.

Esoknya aku cerita dekat ibu abah. Ibu dah sampaikan dekat adik aku. Dan adik aku pun dah minta maaf dekat isteri aku. Tapi eg0 adik ipar aku tak boleh diturunkan. Dia masih tak buat apa – apa.

Dan bagi aku sekeluarga, kami dah buat yang terbaik untuk anak sed4ra aku. Jadi terpulanglah kepada adik ipar aku. Walaupun isteri aku dah ikhlas maafkan semua, tapi kuasa Allah lebih dari segala – galanya. Eg0lah pemusn4h jua.

Dan bertambahlah s4kit hatinya. Dia terus menerus salahkan isteri aku penyebab buat anak dia s4kit. Padahal isteri aku tak buat apa, siap doakan anak dia lagi. Sayang orang macam tu, eg0 yang sangat tinggi, buta, tak boleh terima kesalahan diri sendiri, asyik nak salahkan orang lain je.

Jadi ambillah pengajaran. Jangan cakap sembarangan walaupun ianya hanya gurauan. Kita tak tahu apa orang lain rasa dan sebab Allah dengar setiap apa yang kita perkatakan.

Kalau m4ngsanya bukan kita, mungkin anak – anak kita. Terima kasih sudi membaca, doakan aku dan isteri diIimpahkan rezeki zuriat dan dapat dapat rezeki duduk rumah sendiri. Terima kasih admin, semoga Allah merahm4ti.

Komen Warganet :

Nor Hafizah Kak De : Carilah rumah sendiri tak pun sewa bilik tengah tak ade anak tu. Isteri tengah sabar tu, jangan sampai dah habis sabar dia, baru ada akal tak guna dah. Ikut kata tak mampu sampai bila, p4ksakan kemampuan adalah rezeki tu nanti..

Jenny Wong : Isteri dah mer4na macam tu pun masih nak tinggal dengan keluarga lagi. Anak pun tak ade, kenapa tak nak sewa bilik. Macam laki tak guna, esok bini kau str3ss lari tinggalkan kau, padan dgn muka kau.

Untuk adik kau yang anak dia terkena peny4kit kulit tu. Aku doakan semoga anak dia cepat – cepatlah sembuh dan peny4kit tu berbalik pada mak ayah dia. Kalau boleh biar peny4kit tu kena kat mulut dia sampai lidah dia putvs.

Nor Shawana : Alhamdulilalh tt bertuah dapat seorang isteri yang sangat penyabar. Semoga Allah rahm4ti ik4tan perkahwinan korang. Benarlah janji Allah doa – doa orang terani4ya ni memang Allah maqbul tak ada hijab. Semoga adik ipar tt diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah.

Zul Kamal : Confessor tolonglah ikhtiar pindah rumah. Bila dah berkeluarga tak bagus sangat sebenarnya duduk sama – sama dengan keluarga dan adik beradik lain. Saya yang baca ni pun rasa s4kit hati dengan adik awak apatah lagi isteri awak. Tolonglah faham pend3ritaan dia.

Nur Amalina : Tak ada apa yang must4hil dengan kuasa allah. Kalau kau bangga ada anak ramai pun kalau ditakdirkan semua anak kau m4ti sebab selalu sangat h1na orang yang tak ada anak baru padan muka. Hidup ni mulut kena jaga.

Apa kata anda?