Isteri aku surirumah, kerja makan dan main HP je. Tapi kalau dekat FB, suka menyamar jadi cikgu, jadi doktor, jadi pakar pemakanan

Isteri aku ni kerjanya hanyalah makan dan main phone je. Berat pun dah 85kg. Tergamak dia menipu di fb kononnya aktiviti wajib adalah jogging hampir 7.5km setiap hari. Siap menipu berat dia 60kg. Aku tegur tapi dia jawab…

#Foto sekadar hiasan. Aku adalah seorang suami, penjawat awam berumur awal 30 dan sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak lelaki. Isteri aku tidak bekerja dan sudah pulang tinggal bersama keluarga aku di negeri P. Aku pula bekerja di negeri K.

Masa aku banyak dihabiskan dengan kerja. Dengan sentiasa oncall, locum dan sebagainya. Aku memang tidak sempat buka sosiaI media dan baru – baru ini kawan aku ada menghantar tangkap layar beberapa komen isteri aku di mana – mana page, profile fb orang yang entah siapa.

Sudahlah menggunakan nama penuh, dp profile ada wajah aku sekali tapi dia ‘locked profile’. Dia gemar membuat komen di akaun influencer agak terkenal dan menggelarkan lelaki itu abang. Influencer itu tidak layan dia pun tapi dia masih tetap menempel di situ.

Baru – baru ini ada sahabat bagi tangkap layar isteri aku komen mengenai ‘child free’ dan dia mengaku kononnya dia mengamalkan child free walhal anak kami dah 3 orang. Belum lagi isteri aku komen yang kononnya dia wanita bekerjaya. Kerja yang pelbagai mengikut situasi isu yang digosipkan.

Bayangkan, sekejap jadi engineer, kejap jadi inspektor kesihatan, kejap jadi manager kilang, pakar pemakanan, pakar pediatrik, ejen insurance dan entah bermacam lagi jenis pekerjaan. Pernah tu dia berg4duh dengan mat ‘rempit’ terus lepas tu dia komen dia bekas ‘rempit’, konon saud4ra mara ramai jadi ratu cantik zaman dahulu kala, pernah jadi jurulatih sukan siap berg4duh di gym. Ini semua adalah komen khayalan dia.

Walhal isteri aku ni kerjanya hanyalah makan dan main phone sahaja dan mempunyai berat hampir 85kg. Tergamak dia menipu di fb kononnya aktiviti wajib hari – hari adalah jogging hampir 7.5km setiap hari. Siap menipu berat dia 60kg dengan ketinggian 162cm walhal itu semua dusta belaka.

Aku tak tahu apa yang dia cari di fb. Isteri aku memang takde kawan di dunia luar kerana per4ngai dia yang sebegitu. Bila aku suruh kurangkan menjadi delusional, dia marah. Dia cakap di fb takpe menipu sekali sekala, bukan orang tahu pun.

Aku jadi malu kerana sedikit sebanyak nama aku terpalit sama. Tolong kalian semua apa patut aku buat. Patutkah aku tinggalkan dia sahaja tapi dia ada masalah mental, mdd. aku banyak kali tegur mengenai hal ini dan dia masih tidak berubah langsung.

Paling kelakar, dalam diam fb aku pun dia tukar ke locked profile. Aku check muka lelaki yang dia rajin berbaIas komen, tak kacak pun cuma lelaki itu terkenal di fb. Bukan seorang dua, ramai. Yang paling jelik, dia juga gigih berkawan dengan akaun yang pelik. Sama – sama join mencerca netizen lain. Harap kalian dapat memberi komen membina. Nanti ada masa aku akan baca satu – satu. – Mr I (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Terima kasih kepada pembaca yang memberi komen membina, ada tu siap cakap confession fake. Terpulang kepada kalian untuk percaya atau tidak, aku boleh je bagi fb isteri aku dan kalian semua boleh tolong nasihatkan dia. Pesan pada dia, jangan terlalu menjadi h4mba pada dunia maya.

Mengenai isteri aku, paling terbaru aku tahu dia ada buat akaun fake juga. Yang ini dia menyamar menjadi cikgu, siap curi dp wanita kurus, cantik dan free hair. Aku ni memang tak habis fikir, apa dia nak sebenarnya. Ada komen cakap suruh isteri aku bekerja, hm jangan saud4ra saudari.

Per4ngai lain macam dia ni susah dijangka. Barangkali memang habit dia berbohong. Bertambah seronok dia menipu nanti. Mahu dia cakap dia jadi menteri terus. Berbalik kepada dia menyamar menjadi cikgu. Ye betul, dia siap tipu lagi cakap dia cikgu anak 5 orang. Masih lagi rajin bertandang di akaun influencer itu.

Nak kata lelaki itu kacak bergaya, adoi seram mata melihatnya. Influencer itu kaki bahan orang dan isteri aku join sekali bahan orang. Bila tegur, walaupun fake ramai tahu itu awak, eh dia boleh cakap kawan aku dengki dengan kehidupan sempurna dia.

Aku ni dah habis modal dah nak nasihat. Aku sedar bila ramai bagi perhatian dekat dia di fb, dia macam jadi semangat lain macam. Aku nasihat lagi, jangan bahan orang, jangan ejek orang. Nanti kena balik, dia cakap dia ramai backup besar dekat fb.

Memang fb tu dah macam nyawa dia. Baru – baru ini ada orang cakap sesuatu pada dia. Sudahlah memang tak berapa ada kawan, kadang – kadang ramai ingat dia pembantu rumah. Dia selalu bawa anak jalan – jalan dengan bapa aku.

Bila pesan pakai lah elok sikit kalau tak nak orang ingat dia maid, dia melenting. Mulalah cakap orang dengki dia cantik, berbadan seperti atlet walhal macam aku cakap sebelum ini, berat dia 85kg. Apa yang patut aku buat? – Mr I (Bukan nama sebenar)

Komen W4rgaent :

Sya Sams : Sign up gym ke kelas memasak ke, apa – apa yang menarik untuk dia. P4ksa dia join kata dah bayar. Sambil badan sihat, dia pun boleh guna tu untuk isi masa lapang. Dia bosan kot takde kawan, tu yang dia cipta dunia dia sendiri kat fb. Banyakkan share post – post keagamaan, ceramah ustaz / ustazah pasal d0sa mengumpat. Semoga anon dapat mendidik isteri dengan baik dan dia dapat berubah,. Amin.

Hasnah Saadan : Orang macam ni dia ada masalah mental, dia hidup dalam imaginasi dia, perwatakan selalu berubah, dia suka berbohong untuk kepuasan sendiri. Orang yang rapat dengan dia tahu dia berbohong, berangan untuk mencapai impian dia. Elok bawa jumpa pakar yang berkenaan. Moga berhasil.

Tiq Amie : Rasanya wife tuan ni terlampau lonely and low self esteem. So dia create different life untuk buat diri dia ‘surv1ve’ kat dunia ni. Maybe dia slalu dibahan physically and dah affected dia punya mental health.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.