Isteri berubah lepas tukar tempat kerja. Dia rapat dengan ramai lelaki. Dulu muslimah, sekarang baju mencolok mata, siap bulu mata palsu

Betapa h4ncur hati saya bila saya nampak pakaian isteri ketat dan tudung dia yang singkat dan gambar yang lelaki ambil dalam keadaan isteri saya ternampak aur4tnya. Saya siap screensh0t…

#Foto sekadar hiasan. Assalam min, mohon jasa baik min hide profile saya. Bismillah, saya cuba minta pendapat kawan – kawan yang baik hati dan prihatin. Saya seorang suami, saya ada beberapa masalah berkaitan dengan isteri saya ni. Saya cuba terangkan dalam point supaya semua mudah faham.

1. Isteri suka BERKAWAN RAPAT dengan lelaki. Sebelum ini, isteri saya bekerja di tempat kerja yang majoriti perempuan, saya ok saja. Cuma bila isteri saya berpindah tempat kerja, dia mula rapat dengan 3 orang lelaki, yang mana dia TAK PERNAH maklumkan pada saya yang dia berkawan dengan 3 lelaki ni.

Sehingga saya check phone dan nampk group whatsap dia bersama 3 lelaki ini. Mereka sentiasa makan lunch bersama, berkongsi luahan sesama mereka. Yang tak elok, hanya isteri saya saja seorang perempuan group itu. Saya cuba bersangka baik dan mengajak dia lunch bersama sebab tempat kerja saya tak jauh dengan dia, tapi dia menolak.

Kalau ada pun dia terp4ksa dan tarik muka kalau saya datang lunch bersama. Dia suka lunch bersama lelaki yang bukan mahram berbanding suami. Kadang – kadang dia suka tangkap gambar lelaki – lelaki ini dan simpan.

Lelaki – lelaki ni juga ada ambik gambar isteri saya senyap – senyap. Bila saya tanya, isteri akan menjawab benda tu biasa sesama staf dan kata saya ni hanya overthinking. Bukan itu sja, Dia pernah kata nak pergi hiking, saya pun ok lah, TAPI, seharian dia tidak bagi apa – apa makluman pada saya, dari 5 pagi saya hantar, sehinggalah jam 8 malam baru dia wassap saya keberadaan dia.

Rupanya dia keluar hiking bersama beberapa perempuan dan selebihnya lelaki. Betapa h4ncur hati saya bila saya nampak pakaian isteri ketat dan tudung dia yang singkat dan gambar yang lelaki ambil dalam keadaan isteri saya ternampak aur4tnya.

Saya cuba sehabis baik untuk kawal pergaulan isteri tapi saya tahu, Allah lebih mengetahui apa yang terjadi. Isteri saya juga minta izin untuk pergi karoake tapi saya sangat berat untuk melepaskan dia pergi kerana pengalaman buruk yang pernah isteri buat.

Dia betul – betul yakin kan saya yang kali ini kawan perempuan saja. Saya pun berserah pada Allah, jika tak bagi, dia akan meng4muk dan mengaibkan saya pada kawan – kawan dia. Dia mengatakan saya suami yang mengawal, padahal saya mengawal pada yang h4ram, seperti keluar bersama lelaki bukan mahram saja, bukan larang berkawan dengan sesama jantina.

Allah nak tunjuk, saya nampak wassap isteri saya mengajak kawan lelaki dia untuk join karoake. Saya jadi panas, saya cuba bertanya pada isteri tapi dia mengelak katanya cuma nak ajak bowling saja. Dan terjadi perg4duhan disebabkan oleh ajakan pada kawan lelaki.

Demi Allah, saya siap screensh0t ajakan isteri saya terhadap lelaki – lelaki itu. Takkan saya nak biarkan isteri saya dalam keadaan bermaksi4t, semestinya saya perlu elak benda itu terjadi, sebab karoake sangat gelap dan tiada siapa yang tahu apa yang jadi dalam tempat tu.

2) Pakaian isteri yang sem4kin ke arah tak elok. Saya kenal isteri saya semasa belajar dulu, dia sangat modest, sederhana dan pakaian dia sangat menutup aur4t beserta hand stokin. Tapi semenjak dia mula bekerja, saya dapati, tudung dia sem4kin jarang, singkat sehingga menampakkan anak tudung di dalam.

Pakaian juga ketat, seolah mahu menunjuk pada kawan lelaki. Dia juga kerap berhias dengan siap curl bulu mata supaya nampak cantik dengan kawan – kawan lelaki dia. Saya sudah pun menegur, itu bukan cara seorang isteri berhias kerana sangat melampau dan menarik perhatian lelaki bujang, namun dia melenting, kata saya kolot dan tak faham dia.

Kalau depan saya, pakai baju pudar, seluar bola dan mask. Seolah – olah saya sebagai suami, tak dapat langsung menatapi kecantikan isteri, malah bila saya minta dia berhias depan saya, dia kata bazir masa dan make up untuk tatapan saya.

Berat sangat kah permintaan seorang suami? Saya selalu mengalah dalam mengurus rumah tangga sebab saya lah menghantar dia pergi dan balik, anak saya jemput, baju saya basuh dan sidai, makanan saya belikan, dia tak pernah hargai.

Saya ni bukanlah baik sangat tapi saya tak mer0kok, tak keluar malam atau buat apa – apa yang meny4kiti isteri. Saya cuba jadi suami yang bertangungjawab tapi lain yang saya terima. Minta nasihat kawan – kawan, saya bukanlah orang yang sempurna tapi setiap kali ada peluang, saya ajak isteri saya solat berjemaah kerana pahala ibadah bersama lebih besar dan ibadah yang paling lama adalah perkahwinan. Terima kasih min, moga Allah balas jasa baik korang semua. Aamiin.

Komen W4rganet :

Azizan Nordin : Aku dah terkena. Ex diam – diam berkawan dengan sorang duda. Masa tu dia nampak orang lain lebih baik dari suami sendiri. Padahal kalau lelaki tu seorang yang baik, dia takkan ganggu rumahtangga orang lain.

Kekurangan suami dibesar – besarkan. Kebaikan suami yang banyak dilupakan. Akhirnya keluar rumah siap failkan fasakh demi lelaki lain. Bila tersedar lelaki tersebut juga banyak kekurangan dan tembelang, baru menyesal dan nak balik semula.

Ko dah bersedap dengan jantan lain nak patah balik pada bekas suami. Ko cakap lah dah bertaubat dan dah berubah sekalipun.. namun untuk terima semula setelah diberi banyak peluang adalah bukan mudah. Lebih baik.. kita masing – masing.

Suzie Binti Ramli : Sebenarnya dia belum habis enjoy.. tu ja.. Kalau dia dah habis enjoy dia takkan buat semua yang awak cerita tu. Lagi 1 maybe dia rasa dia terpaling cantik.. tu lah yang menjadi sangat per4ngai tu.. elok la suruh dia berenti ja keja tu sebelum melarat lebih jauh lagi.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.