Isteri hantar mak dia dekat rumah orang2 tua. Aku bawa mak ayah aku pergi tengok dan tinggalkan mereka kat sana

Tak sangka isteri aku anak derh4ka, buang mak dia dekat rumah orang – orang tua. Aku bagitahu mak ayah aku, mereka kata isteri aku jahat. Aku nekad bawa mak ayah aku ke rumah orang orang tua dan tinggalkan mereka kat sana..

#Foto sekadar hiasan. Kalau kita dengar pasal rumah orang – orang tua apa tanggapan pertama kita? Mesti lah tak sayang mak ayah, mak ayah kena buang, anak derh4ka dan segala intonasi jahat kita selalu dengar. Sama juga dengan aku kalau fikir tentang rumah orang – orang tua aku pun fikir benda yang negatif.

Sampai aku berkenalan dengan seorang gadis yang sekarang dah sah jadi isteri aku. Kami kenal dekat twitter duduk jauh. Sampai sekali ni sebab dah rasa macam comfortable aku tanya mak ayah macam mana sihat ke tidak, adik beradik ada atau tidak.

Aku pun kongsi tentang keluarga aku dan akhirnya dia berkongsi yang dia anak tunggal cuma ada seorang ibu ayah dah meninggaI lama. Aku pun tanya sekarang dia jaga mak ke, tapi dia cakap tak mak dia ada dekat rumah orang – orang tua. Aku waktu dengar tu macam “astaga”.

Aku pun tanya dia dah lama, katanya dah lama sebab mak dia pun dah tua kan duduk sana senang ada orang jaga sebab dia kerja. Aku pun sejak tahu tu terus macam rasa tak sedap hati pula aku macam first impression dia ni anak derh4ka (haha) sebab boleh di buang mak dia dekat sana.

Sejak haritu aku macam cuba mengelak dari berhubung dengan dia. Sekali dia tanya aku ke tidak sebab dia rasa aku macam avoid dia. Aku jawab yang aku okay tak ada masalah cuba agak sibuk sikit. Dipendekkan cerita, dia ajak aku pergi satu macam rumah terbuka.

Aku pun setuju, tapi aku tak tahu dekat mana. Dalam perjalanan tu baru aku tanya rumah siapa kita nak pergi. Sekali rupanya rumah orang – orang tua yang dia hantar mak dia. Aku bila sampai tu terk3jut ye, bukan apa.

Tempat rumah orang – orang tu dia ni aku ingat macam asrama sengkek ke apa. Tapi rupanya macam resort hotel yang 4-5 bintang. Aku bila masuk area tu aku tanya dia betul ke ni tempat dia sebab expectations aku dia hantar rumah orang – orang tua yang jenis B40. Sekali ni jenis yang T20.

Sampai sana nampak ramai orang – tua tua yang umur dalam 50-an ke atas. Ada yang sihat elok berjalan ada yang duduk wheelchair dekat situ ada sekali anak – anak dan cucu diorang. Makan pula dah macam hotel punya buffet. Ada swimming pool tempat dia memang cozy dan mewah.

Aku pun jumpa mak dia orangnya sihat tapi tak boleh berdiri dan jalan lama. Aku pun berbual dia siap kenalkan lagi kawan – kawan dia yang dekat sana. Aku duduk dekat sana separuh hari siap caretaker dekat situ bekalkan makanan dan bagi dekat visitor.

Lepas makan – makan diorang akan ada nurse check Blood pressure dan periksa semua okay. Lepastu dalam dia jangan cakap mewah, dalam bilik segala benda lengkap siap ada yang connecting door jadi diorang nak gossip ke berbual dekat jiran bilik sebeIah pun senang.

Setiap bilik tu ada yang sofa tu sedap je aku duduk, katil pun saiz besar ada TV. Itu tak termasuk ada komputer dengan game untuk visitor anak ke cucu. Dekat rumah tu semua lengkap. Sampai aku terus rasa nak duduk dekat rumah tu.

Siap bergurau lagi aku cakap best duduk sini cozy je dengan air lagi segala benda ada. Habis tu semua balik dalam perjalanan tu aku tanya how much for the cost sebulan. Kemudian dia cakap 2K dan ada bayaran for annually charge.

Aku bila dengar tu rasa macam bersalah aku ingat dia hantar mak dia dekat rumah orang – orang tua yang macam mana. Rupanya dia bagi the best option for her mother. Aku tanya kenapa macam tak jaga je dan biar mak duduk rumah sebab lagi murahkan.

Tapi dia cakap risau, takut apa – apa jadi dia nak ambil kira perjalanan balik dari office ke rumah walaupun baru 30 minit macam – macam boleh jadi. Jadi dia risau, lagipun mak dia ni duduk rumah juga selalu cakap bosan tak ada orang berbual pergi rumah sebeIah menyebeIah pun tak boleh lama sebab kaki tak tahan s4kit.

Dapat tahu pasal tempat tu jadi dia cuba sebulan baru sebulan mak dia cakap “senang duduk sini” lagipun dia setiap minggu datang dan lagi tenang. Kalau ada apa diorang boleh update terus dan dekat situ ada ambulance dan dekat dengan hospitaI kalau em3rgency boleh serta merta hantar dan dapat kan rawatan.

Bila kami berdua ambil keputvsan nak berkahwin, aku terangkan situasi isteri aku dekat mak dan ayah aku. Macam aku juga first impression diorang ni isteri aku ni ‘jahat’ sebab abaikan mak kandung dia dekat sana. Aku pun bawa mak dan ayah aku pergi sana, aku booking untuk tour satu hari.

Bila bawa dekat sana melopong juga mulut mak ayah aku sebab dia cakap ini dah macam tempat percutian mewah. Aku booking untuk satu hari, bagi dorang rasa pengalaman kat sana. Sekali esoknya bila aku nak ambil diorang bawa balik.

Mak aku terus cakap seronok betul duduk sini rasa macam nak tinggal sini terus tak nak balik. Siap cakap nanti hantar je dia dekat sini. Ayah aku pun sama ye. Waktu ni diorang kenal – kenal dengan mak isteri aku. Selepas segala perancangan kami pun selamat menikah setiap minggu memang akan datang melawat.

Mak dengan ayah aku pun kadang – kadang sebulan sekali nak ikut melawat sebab nak tengok tempat tu dia cakap lawa. Sekarang ni boleh di katakan banyak ye rumah macam ni. Bagi aku ni memang the best option sebab aku pernah melawat rumah orang – tua tua yang default punya.

Bila tengok dekat situ memang lain ye dan kesian dekat orang – orang tua rumah tu semua cuma termenung sahaja. – Azmi (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Intan Syazwani : Senyum saya baca post ni.. Akhirnya, something different and fresh experience to read. Saya pun sekarang ada terpikir nak letak diri sendiri kat rumah orang tua – tua macam ni. Ada jugak kawan, tak la sunyi bila tua – tua nanti memandangkan saya m4kin lama, m4kin malas cari pasangan hidup.. Haha.. Tahniah kepada confessor sebab dapat buka hati dan terbuka untuk terima isteri.. Semoga berbahagia.. Hehe

Yuyue Mashu New : Tempat macam ni best.. banyak aktiviti, jumpa kawan sebaya, banyak majlis ilmu, kelas itu ini. Environment macam resort. Rumah orang tua macam ni dah tengah in trend, akan datang boleh jadi high demand. Okey apa daripada duk rumah sesaja termenung pun otak tak berkembang.

Ainee Zakariah : Terima kasih tt share option selepas bersara. InsyaAllah jika usia ada. Selepas bersara boleh plan duduk rumah orang tua. Sekurangnya terjaga. Kita tak tau masa akan datang macam mana. Mungkin masa tu anak akak bz dengan kehidupan dia. Best option rumah orang tua macam tt tulis ni. Terima kasih tt. Buka minda akak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.