Isteri kerja korporat ‘terp4ksa’ tak tutup aur4t. Anak-anak saya malu bila ibu mereka pakai s3ksi sedangkan mereka tutup aur4t

Saya malu dengan anak d4ra saya yang dua orang itu kerana ibu mereka tidak bertudung. Mereka merungut bila ibu mereka s3ksi. Satu hari, sebelum kami balik kampung saya perasan ada banyak beg dalam bilik kami. Saya pelik, isteri minta berjemaah..

#Foto sekadar hiasan. Nama saya Azhar (bukan nama sebenar) berusia awal 30-an dan bertugas di sebuah syarik4t yang beroperasi di utara tanah air. Saya telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang sedang meningkat dewasa.

Isteri saya, Marlia (bukan nama sebenar), seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan yang sangat aktif. Dia bekerja hampir 24 jam sehari kerana di rumah, dia tidak berenggang dengan komputer ribanya. Ada sahaja kerja yang akan dilakukannya walaupun ketika di rumah.

Penampilan isteri memang mendapat pujian di pejabatnya. Dia sangat bergaya dan sentiasa mengikuti perubahan fesyen. Isteri saya memang cantik tetapi tidak di mata saya sebagai suami. Setiap bulan, Marlia menghabiskan wang gajinya untuk membeli pakaian baharu, mekap dan apa sahaja barang yang dia ingini.

Saya tidak pernah menghalang kerana tidak mahu kami bermasam muka kerana perkara kecil. Saya masih boleh bersabar dengan penampilannya yang tidak sepatutnya dipamerkan kepada orang ramai tetapi terus melayan kerenahnya kerana tidak mahu berg4duh.

Selalu juga saya ingatkan isteri tentang hukvm agama mengenai pakaian seorang wanita di sisi Islam. Jawapannya tetap sama, masih belum sampai masa. Saya nak kerja bang.. mana boleh pakai tutup, nanti klien tak berminat nak jumpa.”

Itulah yang sering dia berikan alasan. Saya beritahu dia soal kerjaya ini bukan terletak pada pakaian tetapi bagaimana kita berdepan dengan orang ramai dan cara kita meyakinkan mereka untuk membeli produk atau bekerjasama dengan kita.

Pakaian cuma subjektif, boleh ditentukan oleh kita sendiri mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Itulah yang selalu saya katakan kepadanya. Dalam hati dan setiap kali solat, saya berdoa agar satu hari nanti dia akan berubah dan berpakaian menutup aur4t seperti mana yang saya inginkan.

Gaya hidup Marlia turut ditegur keluarga saya dan keluarga dia sendiri. Kata mereka, saya tidak pandai mengajar isteri dan membimbingnya ke arah yang lebih baik. Saya mengaku saya gagal tetapi tidak bermakna saya tidak mencuba.

Saya yakin satu hari nanti Marlia akan berubah dan sedar kedudukannya sebagai isteri dan menantu. Saya juga malu dengan anak d4ra saya yang dua orang itu kerana ibu mereka tidak bertudung, sedangkan mereka bertudung.

Mereka juga selalu merungut kerana ibu mereka tidak menjaga aur4t dan memakai pakaian s3ksi. Saya hanya meminta mereka bersabar dan berdoa supaya ibu mereka berubah. Pada masa yang sama, saya tidak pernah putus berdoa agar isteri akan berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Sepanjang Ramadan lalu, saya lihat isteri kerap pergi membeli beIah. Setiap hari balik kerja, ada sahaja beg di tangannya. Saya tidak pernah bertanya dan tidak ambil tahu kerana memang dia suka membeli beIah. Seminggu sebelum raya, saya lihat sem4kin banyak beg di dalam bilik tidur kami.

Saya masih tidak mengambil tahu apakah isi di dalam beg tersebut. Sehinggalah kami balik kampung untuk beraya. Saya pelik dan dalam hati terdetik, mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Saya buat tak kisah dan tidak bertanya apa – apa.

Saya terus berdoa agar ada keajaiban yang akan berlaku. Beberapa hari menjelang hari raya, ketika saya sedang bersiap untuk solat Subuh, Marlia muncul dan berkata, Abang saya nak solat berjemaah dengan abang boleh?”

Bagaikan tersentap jantung saya mendengar kata – kata itu. Kata – kata yang selama ini memang saya tunggu. Alhamdulillah, air mata saya bergenang. Subuh Jumaat itu, kami solat berjemaah, sesuatu yang tidak pernah saya buat selama ini.

Saya mengangguk dan berjalan ke bilik diikuti Marlia. Buat pertama kali, setelah bertahun – tahun kami kahwin, inilah kali pertama kami solat bersama. Tidak dapat hendak saya luahkan dengan kata – kata perasaan saya saat Marlia mencivm tangan saya sebaik sahaja kami selesai solat.

Saya memegang ubun – ubunnya dan berkata, alhamdulillah, Alia sudah kembali ke dunia nyata dan kembali ke jalan Allah. Dia menangis dan mohon ampun atas kealpaannya selama ini. Dia juga berkata mulai esok, di pagi hari raya Aidilfitri dia akan memakai tudung dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslimah dengan reda dan penuh keinsafan.

Saya amat terharu dan sayu. Saya harap isteri saya akan menjadi isteri solehah. Saya berdoa Allah akan sentiasa memberi kami hidayah dan petunjuk untuk meneruskan kehidupan ini dengan perlindungan-Nya. Saya bersyukur kerana Allah telah membuka jalan kepada Marlia untuk memenuhi tuntutan agama dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan lebih baik.

Di pagi Syawal, ketika dia mengenakan tudung, air mata saya menitis laju. Tidak dapat hendak saya gambarkan perasaan saya saat itu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga Allah terus mengurniakan rahmat-Nya kepada kami sekeluarga di dunia dan akhir4t. Amin

Itulah istimewanya manusia, akan berubah menjadi lebih baik apabila Allah telah buka jalan dan izinkan. Mengundur diri, pesanan saya, tiada siapa boleh mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri, usaha, doa, dan tawakal, insya-Allah akan dimakbulkan Allah SWT. Salam.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.