Kerasnya hati aku ni, masa isteri s4kit dan menjalani rawatan chemo, aku langsung tak pernah mendoakan untuk kesembuhan dia. Sampailah satu masa isteri aku ditidurkan, aku teringat doa aku pada malam Nisfu Syaaban..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum sahabat – sahabat syurga yang dikasihi sekalian. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku. Nama aku Jay (of course bukan nama sebenar). Dekat sini aku nak kongsi kisah berkenaan dengan penyesalan terhadap doa aku yang dimakbulkan.
Aku tak pernah ceritakan pasal doa ni dekat siapa – siapa tetapi aku rasa menyesal dan bersalah atas doa yang pernah aku buat. Di sini saja ruang untuk aku meluahkan apa yang aku rasa tanpa orang kenal siapa aku. Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan aku dan isteri aku.
Pertama sekali, setiap rumah tangga pasti ada pasang surut kehidupan dan ujian hidup begitu juga dengan aku. Mula – mula kahwin aku diuji dengan isteri yang selalu derh4ka pada suami, tinggikan suara, suka m4ki hamun semua tu.
Kalau berg4duh je mesti dia naik tangan dan ambil pis4u kat dapur acah – acah macam nak bvnvh aku dan diri dia. Almost 5 tahun juga la dia macam tu. Masa tu hidup memang jauh dari agama. Lepastu aku mula muhasabah diri fikir kenapa dia berper4ngai macam tu.
Then dari situ aku perbaiki diri, betulkan solat, belajar agama, pergi masjid, selalu berjemaah bersama isteri. Kemudian nampak la sikit perubahan dalam rumah tangga tu. Takde naik tangan semua tu dah. Sebagai isteri dia ok je tak berkira pasal gaji dia, selalu bantu hal kewangan aku.
Yang aku tak berkenan pasal mulut dia je. Yang ni memang dia susah nak ubah even aku selalu tegur. Kalau g4duh dia suka meny4kiti hati aku dengan lidahnya. Anak – anak pun selalu ditengkingnya sampai anak – anak pun tak berapa rapat dengan dia.
Itu bukan main point yang aku nak cerita. Point utama yang aku nak ceritakan pada satu hari tu kami berg4duh besar. Dan pada malam itu iaitu malam nisfu syabaan, aku doakan keburukan pada isteri aku. Pada malam Allah kabulkan semua doa h4mbanya, aku bangun malam tu tahajud lepas tu aku berdoa ” Ya Allah, jika isteri ku berterusan meny4kiti hati aku, Kau ambil la nyawa nye Ya Allah”.
Selepas 5 hari daripada doa tu dia mula s4kit. Malah sebelum ni dia memang sihat walafiat. Sebelum ni dia jarang la s4kit. S4kit biasa – biasa macam demam batuk tu je. Tu pun jarang – jarang je la. Bila s4kit almost 2 minggu tu doktor diagnose dia menghidap k4nser.
Kemudian dia kena refer ke hospitaI untuk buat chemo. Masa buat rawatan chemo tu tiap – tiap malam dia mengadu dekat aku cakap s4kitnya buat chemo. Kerasnya hati aku ni masa dia sa4kit dan menjalani rawatan chemo, aku langsung tak pernah mendoakan untuk kesembuhan dia.
Walaupun anak beranak lain semua buat solat hajat untuk kesembuhan dia. Sampai lah satu masa ni dia kritikal dan ditidurkan. Bila melawat dia aku nampak dia dalam keadaan s4kit yang amat s4kit. Nampak dia struggle meIawan peny4kitnya.
Malam tu masa solat aku menangis aku minta ampun pada Allah dan minta Allah ampunkan segala d0sa – d0sa dia dan beri kesembuhan pada dia. Selang dua hari lepas tu doktor call aku dan bagitahu dia n4zak. Saat – saat terakhir kem4tian dia aku di sisi dia sempat bisikkan syahadah di telinga dia dan aku juga bisikkan yang aku dah ampunkan segala d0sa – d0sa dia kat aku.
Lepastu dia pun pergi dengan tenang meninggaIkan aku selama – lamanya. Dan dia meninggaI dengan dapat redha dari aku. Alhamdullilah aku juga yang uruskan semua urusan pengebvmian dia sampai ke liang Iahad. Bila dia dah tiada ni aku rasa sunyi yang amat – amat sunyi.
Rumah ni terasa kosong bila dia dah tiada. Walaupan lidah dia macam tu tapi ada juga sisi baik dia sebagai isteri. Tiada lagi gelak ketawa dia, tiada lagi nak dengar dia membebel. Sebelum dia ditidurkan tu, dia ada chat aku dan cakap nak pergi umrah.
Dia nak aku bawa dia pergi umrah bila dia sihat nanti. Bila teringat dia, air mata ni laju je mengalir menyesal sebab pernah mendoakan keburukan dia dan tak sempat tunaikan permintaan dia. Mungkin ini memang ajaI dia tapi sampai sekarang aku masih teringat akan doa yang pernah aku lafazkan.
Doa ni masih mengh4ntui aku sampai sekarang. Walau macam mana pun aku kena belajar untuk redha dan terima takdir yang Allah dah tentukan. Cuma satu je aku nak pesan, seburuk – buruk mana pun pasangan kita masih ada lagi sisi baik pasangan kita yang kita tak nampak dan tak pernah nak hargai.
Jangan pernah nak mendoakan keburukan pasangan kita sebaliknya berdoa lah supaya Allah buka pintu hati dia untuk berubah ke arah kebaikan. Mungkin kita tak pernah tahu yang doa kita ni mungkin Allah angkat dan tunaikan.
Bila dia dah tiada, menangis macam mana pun dia tetap tak akan kembali dah. Kerinduan yang paling pedih adalah rindu pada orang yang dah meninggaI. Mohon semua doakan aku kuat untuk jaga amanah anak – anak yang ditinggalkan.
Perginya dia di bulan Ramadan, di 10 malam terakhir ramadan asbab s4kit. Tinggi darjatnya di sisi Allah. Moga kita semua m4ti dalam khusnul khatimah dan aku sentiasa berdoa untuk berjumpa dengannya di syurga Allah nanti kerana sesungguhnya aku sayang sangat – sangat arw4h isteri aku. Al fatihah untuk arw4h isteriku “A”. Terima kasih.. – Jay (bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nuriah Abdrazak : Andai panjang umur dan bertemu jodoh lain di masa akan datang, didiklah pasangan seperti kehendak yang kita mahu. Kita pun kena berdiri dan duduk di paksi ilahi andai kita berkehendakkan yang suci..
Suami.. memang tanggungjawab dia mendidik pasangan dan keluarga.. wajib hukvmnya. Jangan menyesali pada apa yang telah berlaku. Kerana hidup ini aturan Ilahi. Yang baik semuanya dari Ilahi. Terdetik yang tidak baik.. Allah bagi kita AKAL untuk berfikir dan berubah. Salam Takziah.
Rosilawati Binti Mohamed : Ye.. yang tinggal menanggung s4kitnya rindu tapi untungnya dia pergi atas redha dan keampunan dari suaminya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.