Bila aku balik surau lepas maghrib, isteri aku masih depan Tikt0k dia, buat tutorial makeup dan shawl dia. Kalau aku ajak solat kat rumah pun, dia asyik cakap nanti. Isteri aku ni memang suka jadi perhatian ramai lelaki. Dia follow group memancing..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Khair dan aku nak share pasal kisah aku. Aku terpanggil nak share lepas baca pasal kisah bro Ashraf dan Bunga tu. Aku doakan kau bro. Straight to the point. Aku dah 2 tahun berkahwin untuk kali kedua.
Aku sama macam Ashraf tu, sama semuanya part nafkah dan lain – lain. Dan isteri yang tinggalkan aku sebab alasan dia aku terlalu baik. Tak tahulah, yang tu aku malas nak ulas. Sebab kalau tak suka, apa – apa pun boleh jadi alasan.
Bekas isteri aku dulu, Jiran sebeIah rumah sewa aku. Aku tertarik kat dia sebab dia jenis, kelakar, sentiasa happy dan bising, pandai sosiaI, senang bawa masuk majlis, lepastu dengan semua orang dia boleh masuk dan bergaul mesra.
Kalau pergi mana – mana memang jadi tumpuan jugak sebab dia pandai bergaya lah. Masa tu aku fikir, Sesuai dengan aku yang pendiam sikit ni. Tapi part bergaul mesra tu.. Lepas dah berkahwin baru aku terfikir sesuatu.
Nanti aku share. Harap korang fahamlah yang aku nak cerita sebab aku tak pandai sangat tulis karangan. Tertonggeng juga aku 6 bulan lepas berpisah. Tapi family aku banyak motivate lah. Sampailah aku buka hati terima isteri sekarang. Dua tahun dah kahwin.
Barulah aku faham, Isteri yang sebenarnya macamana. Entahlah aku pun tak tau nak terangkan apa maksud isteri sebenar tu. Tapi dia buat aku rasa, yang aku ni suami dia. Isteri aku sekarang ni, walaupun aku bawa balik goreng pisang 5 ringgit dari ofis, dia punya appreciate ni, macam aku bawa balik gelang emas.
Dia ucap terima kasih dan peIuk aku tu, terasa ikhlasnya. Berbanding bekas isteri aku dulu, tak pernah cakap terima kasih pun. Lagi dia persoal kenapa beli something yang tak boleh masuk IG? Konon macam nak buat content lah.
Isteri aku sekarang ni, aku tak perlu risau langsung nak tanya pasal solat dia. Semua on time. Kalau aku balik surau pun, nampak dia tengah solat kat sejadah. Berbanding bekas isteri dulu, bila aku balik surau lepas maghrib, dia masih depan TT dia buat tutorial makeup dan shawl dia.
Kalau aku ajak solat kat rumah pun, dia asyik cakap nanti. Kalau pi bercuti, aku tak tenteram betul lepas solat subuh tu sebab kita tau isteri kita tak bangun solat pun dan akan kena marah kalau k3jut. Dayusnya aku. Isteri aku sekarang ni, dia kalau pergi mana – mana, takde orang pun tumpu perhatian kat dia.
Dia pakai macam orang biasa. Takde makeup tebal – tebal, baju pun biasa je. Bawa diri senyap – senyap dan bersahaja, senang cerita tak mencapap la. Eh korang tau ke mencapap tu apa? Budak asrama je biasa pakai perkataan ni.
Aku masa awal kahwin ada bagi duit beli baju sebab baju dia tak penuh pun satu almari. Iyelah aku dah terbiasa dengan bekas isteri dulu banyak baju sebulan asyik beli itu ini. Tapi lepastu dia explain aku dan aku syukur lah isteri aku sederhana macam ni.
Isteri aku sekarang, dia tak pandang pun lelaki lain. Aku pun tak tau nak cakap camana. Macam kalau pergi majlis mana – mana, walaupun dengan orang yang dia kenal pun, dia tak akan melebih – lebih bersembang dengan lelaki lain. Dia bersahaja dan jawab yang perlu saja.
Bekas isteri aku dulu, sentiasa dia yang pergi approach mana – mana lelaki, gelak kuat – kuat, tepuk t4mpar, duduk semeja, dia yang decide nak follow g3ng – g3ng lelaki pergi mancing, senang cerita memang dia suka jadi tumpuan.
Mesra dia dengan semua orang tu lain macam bhaii. Macam aku tak wujud pun ada. Pernah sekali tu aku terserempak dia makan lunch kat area office aku, dengan g3ng lelaki office dia tapi dia sorang je perempuan, dengan suara terjerit – jerit dia. Aku tak tau apa perasaan aku masa tu.
Bila isteri aku sekarang camni, barulah aku faham ketenangan perkahwinan tu macamana. Aku tak perlu risau benda – benda asas dalam perkahwinan macam. Isteri dah solat ke, isteri aku ada lelaki lain ke, isteri aku jaga adab dan maruah ke.
Jadi semua tenaga aku boleh tumpu untuk improve dan membahagiakan dia je. Cari duit lebih, upgrade skill aku kat ofis dan senang cerita nampak cerahlah masa depan keluarga tu. Untuk isteri aku sekarang, Terima kasih terima aku jadi suami.
Setiap kali isteri aku hargaiย semua benda kecil yang aku buat, jadikan aku lebih bersemangat nak berikan dia benda – benda yang besar pulak. Aku takkan sia – siakan perkahwinan kedua aku ni. Buat bro Ashraf, ada ramai perempuan baik kat luar sana. Tak salah kau hati – hati, tapi jangan sampai kau tutup terus hati kau.
Buat semua isteri, perempuan yang baik dan menjaga maruah, Terima kasih kerana wujud. Aku doakan korang dapat suami baik dan ramai anak supaya meramaikan lagi anak – anak yang baik dan berkualiti macam korang jugak. Aku doa betul – betul ni tau. โ Khair (Bukan nama sebenar)
Komen W4arganet :
Nurul Azlinda Ramlee : MasyaAllah ayat – ayat bro yang last tu sangat sangat sangat sweet. Allah bagi bro isteri yang sekarang sebab you deserve it bro. Kamu pun lelaki yang baik. Zaman sekarang bukan senang nak jumpa lelaki yang jaga solat yeee.
Perkahwinan pertama tu Allah bagi untuk bro hargai perkahwinan yang kedua ni, kalau takde yang pertama dulu, bro takkan sedar isteri yang sekarang adalah permata, ramai lelaki di luar sana yang punya isteri macam isteri kedua bro, tapi mereka terlambat dalam menghargai, dan mereka cuma sedar setelah kehilangannya. Tapi situasi bro terbalik, Allah nak kamu hargai yang sekarang dengan bagi yang pertama dulu. Semoga Allah taala berkati perkahwinan kamu berdua.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.