Isteri saya doktor. Masa nak kahwin, saya hanya penganggur, isteri suruh saya bagi hantaran 20k. Tapi semua guna duit dia

Family mertua hebat – hebat, semua kerja bagus – bagus. Kahwin pun dengan yang setaraf. Isteri saya sorang ja kahwin dengan penganggur. Isteri kata, cakap dekat family dia, saya nak bagi 20k masa tu. Sedangkan tu duit isteri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya pengikut setia page ni dari dulu lagi. Dan saya seorang lelaki. Dalam hidup saya ni, bakat tertinggi saya ada adalah mengarang kot. Selain tu, saya tak ada apa – apa kebolehan pun.

Sebab tu satu masa dulu saat fb sedang meIetup, saya punyai ramai kenalan perempuan. Sebab saya suka mengayat sampai saya berjaya menikahi seorang doktor. Pada awalnya saya tak tahu dia kerja apa. Dan saya jenis tak putus asa mungkin.

Dia reply atau tak, saya akan chat ja semua perempuan yang jadi friend saya. Antaranya isteri saya tu la. Masa tu dia sangat jarang reply mesej saya. Kalau reply pun hanya sepatah. Tapi setiap hari saya akan mesej dia apa – apa la.

Kadang – kadang dia reply selepas berhari – hari. Masa tu kan saya tak tahu dia kerja apa. Bila saya tanya apa – apa, lamanya baru reply, dia akan jawab sepatah ja ‘kerja’. Bila saya tanya kerja apa, dia terus diam. Esoknya saya akan mesej lagi. Assalamualaikum selamat pagi. Tak de jawapan.

Sebenarnya kalau baca mesej – mesej lama kami, semuanya benda berulang ja. Apabila dia muncul, saya akan tanya awak pergi mana lama hilang.. Dia akan jawab kerja. Bila saya tanya kerja apa, dia akan diam. Kerana sikap dia macam tu, saya pun takde la berharap sangat pada dia. Apatah lagi saya pun sekdar seronok – seronok macam tu ja.

Dan saya jugak punyai ramai kawan – kawan chat yang lain. So saya tak boring. Saya bukan playboy, tapi saya suka berkawan, saya suka bercakap. Dan saya punyai banyak masa sebab saya kerja tak menentu. Senang kata kerja main – main ja saya ni.

Suka kerja, tak suka berhenti. Takde matlamat hidup. Sebab masa tu saya agak muda jugak. Tak faham hidup ni apa. Oh ya, isteri saya tua 5 tahun dari saya. So maybe dia agak matang berbanding saya. Bertahun jugak la di fb kami chatting macam chipsmore tu.

Satu hari dia bagi number fon dia sebab katanya dia jarang on fb. Tapi saya takde contact dia pun. Sayakan ramai lagi kawan yang boleh sembang – sembang dengan saya. Lagipun chat dengan dia tak best. Satu soalan tanya, tahun depan pun belum tentu dapat jawapan.

Sampai saya dah tak chat dah dia di fb. Fb dia pun macam tak aktif. Sampai satu hari saya dapat ucapan hari lahir dari dia. Kan fb akan remind. So dia komen kat situ la. Masa tu macam teringat la kat dia. Saya ada mesej di fb.. Dia tak seen pun.

Kemudian berhari – hari tak seen. Saya terfikir dia ada s4kit ke. Tiba – tiba rasa ambil berat pulak kat dia. Satu hari saya call. Dia tak jawab. Lepas tu dia call balik. Dia tanya sapa. Saya kenalkan diri. Dia kata oo mamat fb ke.

Lepas tu dia kata nanti la sembang dia sibuk. Kemudian terus senyap macam tu ja la. Saya pun tak ambik serius sangat la. Tapi tu la orang kata jodoh kot kan. Hati ada jugak teringat – ingat kat dia. Masa tu saya kerja kat dhl bahagian stor.

Jadi ada masa nak pegang fon. Sesekali saya akan mesej dia. Sesekali jugak dia akan reply sepatah. Lama – lama saya macam fedup la. Saya pun dah ada awek masa tu. Berbulan lama senyap. Tiba – tiba dia mesej saya cakap hai.

Itu pertama kali dia mesej saya. Saya pun baIas sepatah ja hai jugak. Lepas tu dia tanya sihat? Saya jawab sihat. Masa tu saya faham pattern dia. Dia tak suka cakap berjela – jela kot. Tapi lepas tu dia pun senyap dah. Senyap sangat lama sebelum kami berkawan semula.

Kenapa saya tulis semua tu. Sebab saya nak ingatkan diri saya bahawa saya sangat cintakan dia. Saya nak ingatkan diri saya struggle macam mana kami nak kahwin dulu. Saya nak ingatkan diri saya tentang janji – janji saya pada dia.

Sebab bukan setahun dua perjalanan kisah kami. Rumahtangga kami dah 17 tahun. Tapi 17 tahun ni, saya tak pasti apa perasaan saya, mahupun perasaan dia. Family dia orang hebat – hebat, adik dia sorang tu doktor jugak. Tapi doktor gigi. Yang lain pun kerja bagus – bagus. Kahwin pun dengan yang setaraf.

Dia sorang ja kahwin dengan penganggur macam saya. Sebenarnya masa tu dia ada konflik keluarga jugak. Dia cuma nak keluar dari rumah tu ja dia cakap. Ayah dia agak – agak islamic sikit. Banyak pantang larang macam ajaran sesat tu.

Dia str3ss di tempat kerja, balik rumah str3ss dengan family. Mungkin saya adalah exit plan dia kot. Sebab apabila anak perempuan dah ada suami, ayah dia tak akan kawal apa – apa lagi dah. Bayangkan masa saya kahwin, saya takde kerja.

Hantaran kahwin pun guna duit dia. Sebab dia kata cakap ja dekat family dia saya nak bagi 20k masa tu. Padahal tu duit dia. Mas kahwin ja saya bayar guna duit sendiri. Dia ada rumah, ada kereta, ada pelajaran, ada pekerjaan. Tapi saya satu pun takde.

Sebenarnya sampai sekarang saya tak tahu pun dia sayang saya ke tak. Menyesal ke tak kahwin dengan saya. Sampai sekarang pun hanya sepatah ja dia akan cakap. Biar selori pun saya ajak bersembang. Saya faham tugas dia sangat letih. Dia balik dalam keadaan sangat malas. Malas nak dengar apa – apa dari saya.. Dia hanya nak tidur.

Kadang – kadang tido sampai spek pun tak buka. Saya kesian kat dia. Kadang – kadang makan pun dia tak nak walaupun saya nak suap. Betapa letihnya dia. Saya masih ingat. Satu ketika dulu saya tanya, memang cita – cita awak nak jadi doktor ke. Dia cakap cita – cita ayah dia. Lepas tu senyap.

Saya tanya lagi. “Awak menyesal tak jadi doktor?” Dia kata, menyesal pun dah tak guna. Saya tanya lagi, “habis cita – cita awak apa sebenarnya?” Dia baIas entah. Saya ada cakap, kalau macam tu berhenti ja la. Mungkin pendapatan saya takkan tinggi macam dia. Tapi sekurangnya dia boleh buat apa yang dia suka walaupun hidup kita sederhana ja.

Dia cakap ini la yang dia suka. Dia tak akan berhenti separuh jalan. Dia dah dalam bidang ni pun, jadi dia akan teruskan ja sampai bila – bila. Sebab dia sendiri dah lupa apa yang dia suka dalam hidup. Akhirnya rawat orang ja benda dia suka dan tengok orang tu dah sihat, tu buat dia bertambah suka.

Sebab dia kata, dalam suka duka dia dalam bidang ni, ada manis yang tersembunyi. Dan akhirnya dia mula menyukai kemanisan tu. Saya tak tahu apa yang dia alami. Jadi saya jarang tanya apa – apa pasal tu dah.. Saya takut dia ada tr4uma apa – apa, so saya tak tanya. Takut pertanyaan tu buat dia lagi str3ss.

Walhal hakik4tnya, nak ajak dia bersembang sangatlah payah. Macam yang saya tulis tu, tu la cara dia jawab. Hanya sepatah. Kadang – kadang ja lebih sikit tu pun sebab saya desak – desak dia banyak kali. Dulu masa awal – awal kahwin, bila dia balik kerja, saya selalu jugak tanya. Kerja macam mana?

Kadang – kadang dia akan jawab ok.. Kadang – kadang dia jawab macam biasa. Lama – lama dia kata, boleh tak jangan tanya pasal kerja lagi. Lepas tu saya tak tanya dah. Sebenarnya saya nak ajak dia borak. Sebab perempuan kan suka kongsi, sembang dengan suami.

Saya nak dia luah apa yang dia rasa. Saya tak nak dia simpan sorang – sorang. Apa gunanya saya sebagai suami.. Tapi semua soalan saya serba tak kena. Mungkin dia lebih selesa memendam dari berkongsi. Saya kan banyak pengalaman dengan perempuan. Tapi dia agak berbeza dari perempuan – perempuan yang saya pernah kenal sebelum ni.

Akhirnya setiap hari soalan yang sama saya tanya. Dah makan ke. Dia akan jawab ye, ataupun dia akan jawab, hari ni tak nak makan. Nak tidur. Lepas tu dia akan terus naik bilik. Mungkin jugak dia terlalu letih menjadi doktor di sebuah hospitaI di negeri penyu. Pes4kitnya tak henti – henti. Bab kerja, dia pernah cakap sekali ja… – Pami (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Ha Limah : Kesiannya. Sekarang awak kerja apa? Tapi memang kesian la kalau dia kawin dengan awak just untuk lepaskan diri je. Walaupun penat, sehari dalam seminggu takkan la tak boleh borak langsung. Kata introvert ni hanya boleh borak banyak dengan orang yang dia selesa. Dah tu dengan suami sendiri tak selesa ke macam mana?

Faizah Kamaruddin : Mungkin isteri tt jenis pendiam, biarlah dia begitu, masa kerja rasamya dia dah banyak bercakap dengan nurse, MA & patients dan kerja di hospitaI memang sangat letih. Mungkin juga kadang – kadang sangat exhausted dan burnt out. Encik teruskanlah jadi suami yang supportive kepada isteri, saya percaya dia amat memerIukan sokongan tt.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.