Lepas ada anak, isteri m4kin kuat lepak. Paling awal balik 1 pagi. Bila tegur, dia minta cerai tapi aku dah janji dengan arw4h mentua

Dari sebelum kahwin tahu isteri kuat lepak tapi aku rasa mampu nak ubah dia. Sekali lepas ada anak lagi kuat dia melepak. Kalau balik pukuI 1 pagi tu paling kira awal. Standard lepak yang diiktiraf oleh kawan – kawannya adalah sehingga 3 – 4 pagi. Aku ada duit dan rupa, mampu je nak kahwin lain..

#Foto sekadar hiasan. Wallahi, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi. Tiada daya aku ke atas kehendak percaturanmu ya Allah. Sesungguhnya syurgamu mahal nilainya ya Allah. Maka aku sebagai h4mbamu yang kerdil ini memahami bahawa ujianmu di dunia ini adalah ganjaran syurga ke atasku. Aamiin ya rabb.

Aku dah berkahwin sudah melebihi sedekad. Hampir kepada 12 tahun usia perkahwinan. Alhamdulilah ditemukan dengan seorang gadis yang sangat cantik di mata aku. Sebelum berkahwin, memang aku sedari firahnya yang suka berkawan ke sana sini siang dan malam.

Aku nekad ingin memperisterikan gadis ini kerana aku rasa mampu nak ubah per4ngai melepaknya sebagai seorang suami. Ubah dia jadi lebih “homely” dan suka duduk rumah dan berkeluarga. Sebelum berkahwin lagi, aku minta dan izinkan isteri aku berhenti kerja dan aku sediakan rumah, peralatan rumah, kereta untuknya kerana aku nak jadikan dia isteri aku.

Alhamdulilah nafkah zahir dan keperluan rumah aku sediakan dari dulu hingga saat ini, dengan izin Allah. Ujian Allah bermula selepas kelahiran anak pertama. Untuk pengetahuan semua, Allah izinkan kami dapat anak selepas nikah.

Alhamdulilah di atas rezeki anak. Thank you Allah. “Big Love”. Macam yang aku cakap, selepas kelahiran anak kami, isteri aku mula perlahan – lahan kembali kepada aktiviti berkawan, melepak yang biasa dia lakukan seperti sebelum kahwin.

Segala aktiviti yang dibuat, join sebenarnya bertujuan untuk melepak semata – mata. Tetapi hanya berselindung di sebalik “aktiviti” yang di join itu. Bermula dengan zumba, hiking, diving, dan macam – macam lagi yang bunyinya seperti aktiviti social yang biasa.

Tetapi sekali lagi, semuanya bertujuan untuk menjadi penyebab nak melepak di hujungnya. Melepak bercampur lelaki perempuan. Menjadi kebiasaan untuk isteri aku melepak dan balik sebingga lewat pagi. Balik pukuI 1 pagi tu kira normal dan awal bagi dia.

Standard lepak yang diiktiraf oleh kawan – kawannya adalah sehingga 3 – 4 pagi. Kadang – kadang pernah je terlanjur balik sampai subuh. Terkontang kanting la aku dan anak kami di rumah sepanjang waktu itu. Dari segi timeline, aku dah hadapi ujian ini lebih kurang dalam 8 hingga 9 tahun.

Aku sabar dan aku kuat demi anak kami. Mungkin ramai yang tanya, kenapa tak tegur? Kenapa tak marah? Naik je la kaki tangan kalau isteri per4ngai dah macam tu. In short, i am not made that way. Bukan standard aku nak angkat tangan kaki kepada isteri.

Malu mak ayah aku kalau aku buat per4ngai macam tu. I was not raised to become a person yang tak akan sesekali naik tangan dekat kaum perempuan. Tapi kalau berg4duh dengan lelaki zaman bujang dulu, memang sampai ke spital la sama – sama s4kit. Hahahaha.

But not to my wife, the love of my life. Kalau bab tegur dan marah pulak, macam yang aku cakap tadi, aku dah hadapi isu ini for the past 8 – 9 years. Setiap kali aku tegur atau marah, responnya adalah dia mintak cerai sebab isteri aku kata dia tak boleh kalau tak melepak.

Dia mengaku yang naluri dia nak melepak tu tak boleh buang. Dan dia rela pilih kawan dari pilih aku dan anak, family sendiri. Subhanallah. Mungkin para pembaca tak percaya, tapi itulah naratif arguement isteri aku setiap kali aku tegur atau marah. Mintak dilepaskan, mintak diceraikan.

Aku sebagai suami m4ti hidup balik tak akan ceraikan dia sebab aku sayang dia dan keluarga kecil kami ini. Dia dan anak aku adalah syurga aku. Aku rela m4ti demi keluarga kecik aku ini. Aku tau tak ada jalan penyelesian kepada masalah aku ini.

Hanya berdoa mengadap ilahi sambil menyebut nama isteriku depan Allah agar hatinya berubah menjadi isteri yang normal kepadaku. Aku sebenarnya dah putvs asa. Aku lost. Aku dah tak tau nak buat apa for the past 8 – 9 years sejak masalah ini terjadi.

Untuk menduakan isteri aku dan cari isteri lain bukan perkara susah. Percayalah cakap aku, aku ada the financial capacity and the “charm” dan aku boleh je nak cari isteri lain demi nak mengubat jiwa yang terIuka sekian lama ini. Tapi itu bukan aku.

Aku pegang kepada janji aku kepada arw4h ayahnya yang aku akan jaga anak perempuannya sehingga hujung nyawa aku. Aku sayang isteri aku. Aku sayang anak aku. Demi Allah yang maha berkuasa, bantulah aku. Hanya kepadamu aku memohon, Tuhan yang Maha Esa. Thanks all for reading my innocent rant dan luahan hati ini. Semoga semua dirahm4ti Allah dan mendapat keberkatan ramadhan. Aamiin. Thank you again. Big Love to Allah swt. – Ar Rahman (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Tinn Weena : Kita takkan mampu ubah seseorang melainkan dia sendiri yang nekad untuk berubah. Tt sedar benda tu sejak dari mula. Jadi untuk dapat hati yang tenang, berdamailah dengan perasaan. Doakan dia siang dan malam. Allah nak ubah isteri tt boleh jadi dalam 1 malam saja. Tp Allah nak tengok sejauh mana tt sanggup tadah tangan mengadu pada Dia. Dan sungguh, anak, harta dan pasangan itu merupakan ujian hidup kita.

Fyra Sharif : Dugaan untuk suami atau isteri setelah berkahwin adalah pasangan masing – masing. Itulah tempat ladang kumpul amalan antara satu sama lain untuk akhir4t. In my opinion, you usaha and join her activity. Ikut dia melepak sekali.

You have the right as a husband. Always do qiam tengah malam, doa supaya isteri berubah. Jumpa councellor or ustaz yang arif. Di pejabat agama ada sedia untuk hal – begini begini as rujukan. PergiIah. Do all the might you can to save the marriage. If it was meant to be together. You will. If it’s not. You have done your best part and let Allah do the rest for you.

Your best meaning doa, usaha ikhtiar dan tawakkal. Did all of these. Meaning tawakkal let Allah decides what written in the Luh Mahfuz. Jangan terlalu berpegang kepada janji pada arw4h untuk jaga dengan baik. Sebab Allah sebaik – baik penjaga. Let that promise go, hold to the promise of Allah that He has written the best for you.

T SiTi MK : Berjanji dengan arw4h ayah tapi biarkan isteri melepak bergaul dengan lelaki perempuan melepak hingga larut malam mana lagi utama dalam islam. Saud4ra ada saham sama kat akhir4t nanti sebab biarkan isteri macam tu.

Dayus biar isteri berfoya – foya campur laki perempuan. Kalau dah nasihat pun dia cakap sanggup cerai dan pilih kawan nampak sangat saud4ra dan anak bukan keutamaan dia. Kadang – kadang bila dah berpisah baru dia tahu langit tinggi rendah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.