Isteri tak hargai saya, tarikh anniversary kami dia tak ingat. Saya belikan gelang emas pun dia tak pakai, letak merata-rata

Saya sengaja usik – usik isteri tapi dia menjerit tepis. Kalau dari segi hubungan ‘bersama’, boleh kira dengan jari je. Kadang – kadang sebulan sekali tu pun saya dah macam mengemis. Sekarang kami hampir dah 7 bulan tak bercakap.. Saya rasa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Minta min hidekan profile saya ya. Saya nak luahkan isi hati saya yang dah terpendam. Saya merupakan seorang suami pada 2 anak. Perkahwinan dengan isteri saya lebih kurang dalam 3 tahun.

Saya ni jenis orang yang introvert (pendiam) tapi kalau dengan isteri dan kawan – kawan rapat saya aktif je bercakap. Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah lagi naik tangan atau tinggi suara kat isteri. Cuma saya terkilan dengan per4ngai isteri saya yang sampai sekarang saya tak faham.

Layanan dia dah berkurang untuk saya. Dulu saya selalu tolong dia buat kerja rumah, basuh baju, belajar memasak macam – macam jenis makanan, senang kata saya tolong ringankan semua beban dia sebab faham dia penat jaga anak.

Kami berdua bekerja pagi, balik malam. Lepas balik kerja ambik anak di rumah pengasuh terus balik ke rumah. Jadi masa kami bersama anak beranak cuma lepas balik kerja dengan waktu cuti. Kadang – kadang cemburu juga dengan anak- anak.

Sejak anak pertama lagi kami banyak tidur asing, dia tidur dalam bilik dengan anak, saya banyak habiskan masa di ruang tamu. Saya memang susah tidur malam dan selalu tidur lewat sebab banyak fikirkan masalah keluarga, kewangan dan tempat kerja sebab saya ada anx1ety dan str3ss.

Kadang – kadang saya banyak habiskan masa tengok movie atau main game baru boleh tidur. Isteri dan anak biasa lepas makan malam terus masuk tidur.. Kalau dia tak tidur pun dia akan habiskan masa dengan phone dia. Takde nak luangkan masa dengan saya.

Saya memang jenis tak bercerita masalah sebab saya suka pendam. Kadang – kadang kalau str3ss saya perIukan dia, dia tidur. Saya usik sikit dah menjerit tepis. Kalau dari segi hubungan badan, boleh kira dengan jari. Kadang – kadang sebulan sekali tu pun saya dah macam mengemis.. Sekarang saya pun dah belajar tak meminta.

Saya banyak terasa hati dengan dia, kadang saya belikan itu ini, macam tak dihargai. Beli gelang emas pun dia tak pakai, simpan merata – rata.. Pakaian pun kalau pakai sekali dua je. Tarikh – tarikh penting macam anniversary dan birthday pun dia tak luangkan masa untuk saya.

Sekarang saya diuji masalah kewangan tapi alhamdulillah barang kering dan basah sentiasa ada kat rumah. Pinjaman bank, bil – bil semua saya akan bayar on time. Cuma duit bulanan nafkah belanja dia kadang – kadang saya termiss jugak sebab tak cukup duit belanja.

Sekarang kami hampir dah 7 bulan tak bercakap. Kalau bercakap pun benda – benda penting je. Dia pun tau sebab apa kalau saya tiba – tiba diam dan adalah jugak kadang – kadang pujuk saya tapi bertahan seminggu je. Pastu dia buat balik. Kami duduk 1 rumah tapi rasa macam orang asing.

Saya faham mungkin dia penat jaga anak dan kerja tapi saya pun penat juga dengan kerja, dengan masalah masalah yang banyak saya fikir. Tugas dia kalau saya suruh barulah dia buat macam buatkan air ke, kalau tak, takde lah.

Saya tak minta banyak cuma nak dia luangkan masa untuk bersama. Dapat curi time tidur pun dah boleh buat saya happy. Isteri saya juga kadang – kadang dia keluar ke mana – mana tak bagitau saya hala tuju. Bila ditanya baru dibagitahu.

Dia pun pernah buka aib saya dekat kawan – kawan dia. Saya tak rasa macam saya ni suami. Sekarang saya dah kurangkan tolong buat kerja rumah sebab bagi saya macam tak dihargai. Saya banyak habiskan masa sorang – sorang.

Kadang – kadang kawan ajak keluar malam pun saya tolak sebab berat hati nak tinggalkan anak bini di rumah. Ada juga terfikir nak lepaskan, nak curang, tak nak hidup lagi tapi bila fikir anak bini saya cuba bertahan. MentaI saya dah letih.

Saya tak minta banyak, saya cuma nak dia layan saya sebagai suami. Macam isteri lain layan suami dia. Kadang – kadang cemburu juga tengok pasangan bahagia je. Saya tau isteri saya baik, saya tak rasa dia curang belakang saya.

Cuma saya tak faham dia kenapa. Saya tak pasti saya ada buat salah atau apa. Sekarang m4kin hari saya dah rasa tawar hati. Tapi saya cuba Iawan. Mungkin orang di sekeliling nampak kami bahagia tapi hanya kami je yang tahu. Harap semua boleh bagi saya semangat untuk saya teruskan hubungan kami.

Komen Warganet :

Hani Niss : Tulaa awal – awal jangan start biar bini tido dengan anak sendiri. Abang sibuk tengok tv or main game kat depan. Mana la tahu jangan – jangan awal – awal tu dia sebenarnya dah makan hati pastu dah lama – lama begitu.. dia dah tawar dulu dah.

Sebab tu dia kadi dah tak kisah ke abang kan? Pastu abang boring – boring nak kacau dia tido pulak memang la kena tepiss. Saya pun kalau saya dah tido, saya tak suka kena usik / pegang langsung. Sebab jenis senang terjaga so susah nak tido. Awal – awal sebelum tido tu laa abang kena tanya la dulu harian dia tu macam mana.. ok ke tak dia. Amik hatinye pelan – pelan balik. In shaa allah, dipermudahkan..

Yovita Yani Harahap : Tidak mudah untuk perempuan ni tiba – tiba berubah, tiba – tiba jauh layanan berbeda terhadap pasangan. Mesti ada 1 hal yang membuat isteri tt tawar hati, terasa hati atau rasa h4mbar dalam perkahwinan.

Mesti ada penyebab yang buat seorang isteri macam tu yang berhubungan dengan hati dia (kalau tuan yakin isteri tak curang, makna nya hati dia yang Iuka), kerana perempuan ni sometimes hal biasa sahaja buat lelaki tapi bagi perempuan benda tu sangat la penting bahkan sangat berharga. Perempuan ni bukan 1 kali s4kit hati sahaja dia terus berubah sikap mesti sudah dia pendam banyak kali sampai dia betul – betul patah hati.

Sanggar Bayu : Dalam perkhawinan, penting sangat komunikasi. Suami memendam perasaan, isteri juga begitu. Lama – lama m4kin h4mbarlah hubungan. Cuba la TT amik masa untuk bercuti berdua dengan isteri. Dating la balik dengan isteri tu sambil imbau kenangan manis sebelum berkahwin dulu. Mungkin yang beku dapat dihangatkan balik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.