Gaji saya bukanlah besar mana, habis dengan bayar komitmen. Bayar pengasuh anak je RM700, bila saya suruh isteri berhenti kerja dia kata ayahnya tak bagi. Saya rasa tak adil, saya pun keinginan nak beli tapi saya fikirkan keluarga…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua pembaca. Tolong rahsiakan identiti saya. Isteri saya bekerja. Saya pun bekerja sebagai tentera. Tiap – tiap bulan saya buat pot0ngan gaji untuk isteri RM700++. Untuk beli barang di pasaraya tiap – tiap bulan saya akan belanjakan lagi RM400 hingga ke RM500. Bayar bil elektrik dan air tiap – tiap bulan lebih kurang RM300
. Bayar pengasuh anak RM700 setiap bulan. Gaji saya bukanlah besar mana. Ada jugak keinginan nak beli sesuatu yang saya teringin nak beli. Admin tolong tanya kat ahli – ahli group ni. Patut tak saya minta isteri saya tolong bayarkan duit pengasuh anak tu.
Rasa macam tak adil. Saya izinkan dia bekerja tapi pengasuh anak saya yang kena tanggung. Saya suruh dia berhenti katanya ayahnya tak bagi. Rumah yang kami duduk memang harta dia. Tapi saya pun ada rumah jugak. Dia tak nak duduk rumah saya sebab rumah teres kos sederhana rendah jer. Kakak – kakak dia majoriti rumah banglo sebiji – biji dan agak mewah.
Kehendak dia melebihi keperluan. Saya cadangkan jual jer sebiji kereta untuk kurangkan perbelanjaan dia tak mahu. Dia pulun kerja pagi petang siang malam seolah-olah macam saya tak bagi duit dan belikan barang keperluan. Apa pandangan orang pada saya pun tak tau ler.
Boleh ker kalau saya minta dia cover bayar pengasuh anak untuk ringankan beban saya. Saya pun ada jugak bayar loan rumah, kereta dan personal. Serabut kepala ni memikirkan. Minta admin post untuk tengok apa komen – komen netizen atas permasalahan saya ni. Tq admin. Str3ss sangat saya ni. Duit memang tak dapat nak simpan. Macam isteri sesekali nampak dia beli apa yang dia nak sedangkan saya seluar baju baru pun tak terbeli sebab saya fikirkan keperluan bulanan keluarga.
Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dari netizen malah ramai di antara mereka yang memberi nasihat kepada penulis supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Komen Warganet :
Firdaus Shakirin : Apa yang isteri nak, suami dah ikut, suami dah penuhi. Daripada apa yang diceritakan, nampak macam awak dah cukup baik dengan dia, cukup bagi muka dan mengikut kehendak dan ketetapan dia. Duduk berbincang dengan isteri, dan cakap ini sahaja yang awak mintak dari dia, nak dia bayar duit pengasuh sebab awak pun ada keterbatasan bab kewangan. Cakap dengan berhemah, jangan berkeras sangat..
Noorain Zulkifly : Kesian aku tengok, bila lelaki post tanya soalan kebanyakan komen lebih kepada perIilah, sebar a1bIah, tak gentleman lah bla bla bla. Sedih baca. Lebih sedih baca luahan hati abang ni. Pedih rasa. Bila dah jadi isteri jadilah yang membantu ringankan beban suami. Macam ni lah encik, encik cuba ajak isteri bincang elok – elok. Encik luahkan apa yang encik rasa. Cuba carik jalan sebaiknya. Lepas tu encik solat hajat, taubat, doa zikir.
Doa tu sungguh – sungguh minta pada Allah permudahkan urusan encik dan keluarga. Ada lah tu rezeki lain yang Allah nak hadiahkan pada encik. Rezeki kesihatan yang melimpah ruah, rezeki yang tak putvs – putvs. Ada jalannya itu encik. Semoga terus sabar dan tabah. Nak komen lebih – lebih macam tak membantu. Semoga Allah gandakan rezeki encik. Semoga bahagia rumahtangga encik sampai bila – bila. Allahumma Aamiin
Ika Hawa : Bila hidup berumahtangga ni sepatutnya masing – masing kena tahu tanggungjawab. Jika dua – dua pun bekerja dan gaji masing – masing tak berkemampuan untuk tanggung urusan sara hidup keluarga secara individu, seharusnya adalah sedikit perkongsian dalam perbelanjaan pada keperluan tertentu. Bila isteri dah bantu, janganlah suami plak ambik kesempatan biar isteri tanggung semua sendirian. Begitu juga suami… kalau suami tak mampu tanggung sorang perbelanjaan keperluan rumahtangga, tak salah kalau isteri membantu.
Yang penting ikhlas dan Kerjasama. Biarpun duit gaji masing – masing urus sendiri. Keperluan rumahtangga dan anak – anakkan tanggungjawab bersama jugak. Seelok – eloknya tt bincanglah dgn isteri untu bayarkan separuh kos pengasuh anak. Mana tahu isteri setuju. Kalau isteri tak setuju tak dapatlah nak bantu idea apa lg. Cuma didoakan semoga awak dimurahkan rezeki yang berganda – ganda kerana tanggungjawab yang awak laksana tu.
Ahmad Zamir Mustafa : Sebenarnya benda nie berg4ntung pada pada suami. Keputvsan semua terletak pada suami.. Tiada istilah keputvsan terletak pada ayah atau bapa mertua. Dan suami kena letakkan keputvsan untuk kebaikkan keluarga.. Suami isteri berkahwin kena ada tolak ansur dan keluarga perlu penuh kasih sayang..
Siti Mariam Samad : Pertama kali ni saya komen kat sini. Tapi takpe sebab saya pernah susah dan lalui dulu. Satu je bang, selain talk to Allah, doa dan semua ibadah tu. Abang kena bercakap dengan isteri. Kebanyakan masalah macam ni jadi dalam perhubungan suami isteri, gf bf, bos dan staff, kawan – kawan ni semuanya adalah kurang berkomunikasi.
Berbincangah dari hati ke hati dengan isteri. Saya percaya kalau isteri abang boleh kerja siang malam untuk cari duit, mesti dia boleh faham apa abang luahkan ini. Mungkin dia pun tahu tahu sebab abang tak bagitahu. Siapa nak tolong bagitahu dia? Tak kan saya? Tak kan facebook? Mesti lah suami nya sendiri.
Noridah Siamil : Cuba bincang elok – elok. Kalau ikut sepatutnya memang tanggungjawab lelaki untuk cover belanja keluarga termasuk tanggungjawab anak anak. Tapi pada saya, Tak ade isteri yang sanggup tengok suami susah. Jika dua dua kerja boleh la saling tolak ansur ye. Bincang elok elok. Bayar separuh separuh pun takpe dah.
Paling penting isteri kena redha dengan apa yg dipersetujui, duit yang dikeluarkan dalam rumahtangga barulah rezeki tuan mencurah – curah. Tuan pun kena ikhlaskan hati isteri berkerja, Sebab kalau hati tuan tak ikhlas rumahtangga tuan akan rasa semacam nanti. Sebab masing – masing tak redha. Dan saya rasa rumah tuan tak duduk tu daripada sayang macam tu je baik sewakan atau buat homestay untuk cover kos bulanan yg tuan rasa tak cukup.