Aku pelik macam mana anak aku boleh tak sembuh lagi ni. Aku tanya isteri, anak makan tak? Sebab aku balik tadi anak tu tidur depan TV di sofa. Jawabnya belum. Isteri aku kata, dia sibuk. Kali terakhir anak aku makan adalah semalam…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai. Saya ayah kepada seorang anak lelaki. Usia 4 tahun, Hafiy nama tipunya. Satu – satunya anak yang ada setakat ini, bukan tiada rezeki tetapi tidak membuka peluang untuk rezeki anak bertambah setakat ini.
Ini atas permintaan Yul, ibu Hafiy yang mahu fokus dengan kerja dan pengajian masternya. Hafiy dah 2 minggu tidak ke tadika (private area rumah). Asalnya demam biasa, tahu – tahu kena Influenza rupa – rupanya setelah check di kIinik 3 hari dari dia mula batuk.
Malas nak tanya cikgunya ada kes ke kat tadika tu, aku decide terus cutikan Hafiy je lagi sampai sembuh. Alhamdulillah, dia hanya kelesuan tidak aktif sekitar 2 – 3 hari sekitar 2 – 3 hari dia start batuk. Selainnya, dia aktif bermain dan belajar serba serba sedikit.
Sepanjang itu, selera dia ada juga nak makan tapi memilih – milih. Dia tak nak bagitahu dia nak apa. Dia makan sikit – sikit pastu tolak. Aku bagi lagi makanan lain. Dia makan sikit – sikit pastu tolak. Maknanya, dia nak makan tapi tak kena dengan seleranya.
Prinsip aku, untuk sihat kene makan dan minum. Maka, aku bagi lagi makanan lain pula. Nasi, mi, biskut, keropok, pisang, anggur, tembikai, kek, muffin dan lain – lain yang memang aku standby untuk dia makan. So, aku bagi lah 1 per 1 sehingga dia makan sesuatu tu sampai habis. Baru aku lega.
Memang spend sampai sejam untuk pastikan dia makan sampai kenyang. Biasanya untuk lunch (jam 12pm) dan dinner (jam 6pm) aku hadap dia makan. Maka memang sepanjang 1 minggu lalu ni Hafiy tak sihat, untuk minggu ke 2, dia m4kin baik tapi masih aku cutikan juga asbab nak pastikan dia sembuh betul – betul.
Selera makan dia yang paling utama perlu kembali normal sebelum kembali ke tadika. Alhamdulllah, aku yang mudah dapat cuti yang banyak menjaganya. Dari soal mandikan, sediakan makanan, suapkan makanan, layan dia, semua aku buat demi elak dia bosan.
Sebab, dia memang suka pergi ke tadikanya, so sesekali aku buat aktiviti juga dengan dia sesambil buat kerja aku. Walau pun mudah dapat cuti, 2 hari dalam setiap 2 minggu ni aku harus ke opis. Termasuk hari ni. Maka aku memang minta jasa baik Yul untuk ambil cuti pula untuk jaga Hafiy.
Memang aku dah diskas dengan Yul untuk aku yang jaga Hafiy lebih kerap banding dia sebab dia dah lah bekerja, sambung masters part time pula. Aku faham situasi tu sebab aku sendiri dah ada masters yang diambil secara sambilan sebelum Yul sambung.
Cuma, aku jadi geram sekarang ni, Hafiy kembali batuk. Walhal dah sehari dua sebelum ni batuknya hilang. Sejak semalam Yul yang jaga Hafiy. Hari ni aku balik awal lepas solat Jumaat, minta izin bos untuk balik awal lepas mesyuarat pagi tadi.
Aku heran macam mana Hafiy tak sembuh lagi ni. Aku tanya Yul, Hafiy makan tak? Sebab aku balik tadi anak tu tidur depan TV di sofa. Jawabnya belum sebab Hafiy tidur. Hafiy tidur sejak bila? Baru setengah jam katanya.
Astaghfirullah… Saya agak mesti anak kami ni kelaparan. Yul kata dia busy sangat dari pagi buka laptop buat kerja opis. Sarapan? Hafiy makan biskut je katanya. Saya tanya bila Hafiy akan makan nasi? Yul jawab macam semalam sekitar jam 4.
Maksudnya, semalam pun macam ni lah ye? Masya-Allah… Dah tu malam tadi anak kami tu minta nak makan nasi. Aku fikir selera Hafiy dah sem4kin baik walau pun malam biasanya makan ringan – ringan je sebab dah makan berat sebelum maghrib. Kebetulan semalam aku balik lepas maghrib, memang tak tahulah situasi ni.
Guys, aku sebenarnyakan, rasa nak marah sangat – sangat Yul ni. Dia memang workah0lic. Sabtu Ahad yang dia spend time untuk study pun masih fikir pasal opis. GiIa! Makanan lunch dan dinner, aku dah orderkan siap – siap dari grabfood.
Takkan itu pun tak boleh nak spend time dengan anak hadap anak makan dan layan main dengannya sesekali? Harap – harap Hafiy esok lusa dah betul – betul sembuh. Takkanlah aku nak cutikan Hafiy lagi minggu depan?
Kami dah decide Hafiy mesti sembuh sepenuhnya siap selera kembali okay baru hantar ke tadika. Kesian anak aku ni. Kesian sangat. Tujuan aku jaga makan minum dia agar dia cergas semula. Ubat pun ada waktunya kena makan. Ada yang sebelum ada yang selepas makan.
Minggu lepas time Yul jaga Hafiy tak surelah macam mana. Minggu ni memang dah tak makan ubah dah tapi tak bermakna tak jaga makan minum Hafiy lagi… Jika Yul terbaca mesej ni, aku tak kisah dah. Aku berbuih mulut dah cakap. Dia tak faham – faham juga.
Sebab, dari Hafiy baby bila tak sihat, pun situasinya sama. Dulu – dulu masa saya kecil, ibu saya sabar jaga makan minum dan layan saya. Ayah pula memang sibuk bekerja. Ibu pun kerja. Tapi memang aku prefer ibu yang jaga aku dari ayah.
Allahu, tak mahulah aku compare Yul dengan ibu aku. Zaman berbeza. Tolong doa – doakan Yul jadi ibu yang baik guys. Aku tahu dia str3ss dengan kerja dan study. Tapi bila hal anak dia tak letakkan sebagai keutamaan, aku jadi beng4ng. Hal – hal pengurusan rumah memang banyak aku bantu dah. Entah lah… – Mat Asben Yul (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ha Limah : Kalau saya pun marah kalau kita jaga sikit punya baik, tapi pasangan tak bagi kerjasama. Tak guna pergi kIinik rawat sana – sini tapi makan minum tak jaga, ubat tak makan. Macam useless je semua tu.
Mi DA : Kene ada komunikasi antara suami isteri. Bagitau isteri tu. Mungkin isteri tt ni kurang sikit common sense nya. Jadi suami perlu mainkan peranan bagitau satu – satu apa yang perlu dilakukan. Tak boleh bagitau secara lisan. Wasap kan ada.
Kedua. Pasal anak tu kalau asyik demam ja bila hantar ke taska atau tadika. Better tukar taska. Tukar ke taska yang lebih “terbuka”. Maksudnya yang ada pengud4raan keluar masuk. Hygien dan ofcos guru – gurunya bagus – bagus.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.