Janda suami per4ngkap suami konon suruh ambil barang anak, bila suami dalam rumah dia tarik masuk bilik. Tak sangka

Baru – baru ni dia minta suami saya buka block dan dia ada message suami saya mengatakan dia rindu bagai sambil meluahkan rasa hati dia. Satu hari suami nak ambil barang dekat rumah bekas isteri, tiba – tiba perempuan tu datang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, minta hidekan identiti saya. Ceritanya begini, saya dah 1 tahun 6 bulan bernikah, suami saya adalah duda ada anak 4 orang yang semuanya masih bersekolah. Segala perbelanjaan anak, nafkah dan sebagainya tak pernah lagi suami saya culas untuk bagi, setiap permintaan anak – anak pasti ditunaikan mengikut keperluan mereka.

Saya pun takde masalah dengan anak anak tiri. Cuma yang jadi masalah dengan bekas isteri suami saya. Kenapa saya cakap macam tu…

Kes 1 : Di sini saya ingin meluahkan yang mana bekas isteri suami saya kadang – kadang tak cukup perbelanjaan akibat perbelanjaan bulanan diri dia sendiri melampaui pendapatan dia. Ini menyebabkan dia minta duit extra dari suami saya dengan alasan nak beli barang dapur untuk anak – anak.

Kadang – kadang suami terp4ksa layankan permintaan dia disebabkan taknak bekas isteri burukkan dia mengabaikan anak – anak. Sedikit cerita tentang bekas isteri dia. Dia kerja dikilang yang gaji tak sampai rm1500 – rm2000 jika tak buat ot, sewa rumah RM800, beli kereta baru, beli motor baru.

Gaya hidup macam orang banyak duit makan kat luar dengan kawan – kawan pergi ke sana sini. Saya tak kisah la dia nak pergi berhuha huha ke apa, tapi ni mengakibatkan kadang – kadang suami kehabisan duit dan meminta dari saya untuk dia ulang alik pergi kerja untuk petrol dan makan sebab kami PJJ. Jadi secara tak langsung duit saya pun digunakan untuk kegunaan bekas isteri dia.

Kes 2 : Saya rasa bekas isteri tak boleh move on dengan perceraian mereka kerana setiap kali suami berhubung dengan anak, pasti dia menyelit nak bercakap dengan suami. Jika pasal anak saya ok lagi tak campur tapi atas urusan peribadi.

Suami saya sejak cerai memang block semua panggiIan dan wasap dari bekas isteri tapi dia gunakan handphone anak untuk berhubung. Baru – baru ni dia minta suami saya buka block dan dia ada message suami saya mengatakan dia rindu bagai sambil meluahkan rasa hati dia.

Nasib baik suami jujur dan tunjuk semua pada saya. Sehinggalah suatu hari suami nak ambil barang – barang kat rumah bekas isteri, sedang suami mengemas barang – barang, bekas isteri datang peIuk, ciuum bagai ajak masuk bilik sebab dia nak bersama tapi suami tak layan ambil barang – barang terus blah.

Persoalannya, bagaimana saya nak hentikan perbuatan bekas isteri suami saya, sedangkan saya tahu suami tak akan terikut ajakan bekas isteri dia sebab terIampau s4kit hati dengan bekas isteri dia dengan apa yang dia dah buat sebelum mereka bercerai.

Tapi saya tetap risau cemburu, kita manusia kan iman lemah, saya khuatir jika ajakan tu mengena, suami termakan dengan pujukan. Yelah dulu berbelas tahun mereka bersama, banyak kenangan yang boleh diingat kembali.

Saya dah jadi meluat dengan semua ni sehingga jika dengar nama dia suami nak cerita pun saya suruh stop saya tak mahu dengar. Sekarang ni saya hanya nak jauhi suami dari kemungkaran, dari bekas isteri dia. Tapi saya tahu sangat susah sebab mereka ada anak anak bersama.

Bantu saya beri pendapat, jangan kecam sebab saya str3ss, setiap kali suami nak berhubung dengan anak – anak terp4ksa berhubung dengan bekas isteri dia mengakibatkan bekas isteri dia ada peluang nak bercakap dengan suami. Dia akan menangis, pujuk rayu bagai.

Untuk pengetahuan, saya kadang – kadang suruh mereka rujuk balik, biarlah saya mengalah sebab dah penat nak hadap drama episod yang takde kesudahan ni. Tapi suami tak nak dah dan mereka dah bercerai taIak 3, tak mungkin mereka akan bersama semula.

Komen Warganet :

Fariza Eiza :Macam saya lepas cerai hal anak saya berhubung dengan isteri baru bekas suami. Apa – apa saya akan wasap dengan isteri dia. Hubungan saya dengan bekas suami tu memang putvs trus takde masa lah nak tanya khabar atau wasap pun.

Lepas ni apa – apa hal awak je jadi orang perantaraan. Kalau suami betul – betul sayang awak dia akan setuju, benda mudah jangan sulitkan. Semuanya antara nak dengan tak nak buat je. Tak pun buat je whatsapp group antara bekas isteri, suami dan anak – anak dia. Pasal belanja tu ikut je apa – apa yang mahkamah dah tetapkan. Kalau selebihnya boleh belikan direct untuk anak – anak.

An NurPenyumbang teratas : Awak kena ikut sekali bila suami nak hantar barang untuk anak – anak. Jangan sesekali biarkan suami pergi sendiri wp untuk urusan anak. Mereka manusia bukan malaik4t Itu je nak cakap. Lain – lain fikir sendiri. Fikir negatif pun takpe. Jangan selalu pikir yang positif. Awak yang rugi nanti.

Mona Lavender :Dah bercerai taIak 3  tak boleh wat apa dah la. Sis kalau bercerai taIak 3 ni memang siape yang  salah dalam perhubungan sebelum bercerai akan jadi giIa taIak itu karma dia. Cuba sis bersuara warning dengan bekas isteri suami tu.

Sekarang suami jalan tanggungjawap dia kat anak – anak bukan dekat ko. Yang ko duk menggedik gedik tu nape? Kalau ko betul – betul sayang laki ko, dulu mesti ko jaga elok – elok. Takkan dah bercerai baru nak tunjuk semua tu. Dah takde guna. Tolong bagi setepek macam tu, dah kalau awak dia m4kin gedik la dia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.