Masa kami balik dari urusan umrah, Dato’ duduk di sofa lobi dengan memakai track suit dan baju pagoda. Di tangannya terdapat tasbih, dan mulutnya terkumat kamit sedang berzikir. Apabila suami menghampiri, rupa – rupanya sebutan dari bibirnya ialah…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku kenalkan diri sebagai Puan D yang merupakan seorang isteri kepada suami (mempunyai sebuah travel agency) yang menawarkan pakej Umrah, Haji & Pelancongan Muslim sejak tahun 2006.
Ini bermakna telah 16 tahun syarik4t suami beroperasi. Aku juga mempunyai perniagaan sendiri, namun telah aku jual kerana bermula pada tahun 2016, aku membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat suami (sebelum ini kami PJJ dari tahun 2005, ketika mula berkahwin).
Bermula tahun 2006 (ketika itu kami belum ada rezeki untuk mempunyai anak), aku kerap berpeluang untuk mengikut suami bertugas mengendalikan para jemaah umrah di Tanah Suci. Ketika inilah aku menyaksikan pelbagai peristiwa pahit manis sepanjang keterlibatan aku membantu suami mengendalikan para jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan status.
Kisah 1: Pengalaman yang paling tidak dapat aku lupakan ialah pada tahun 2007 iaitu ketika syarik4t suami membawa private group seramai 15 orang. Kami masuk ke Madinah terlebih dahulu. Segala urusan di Madinah berjalan lancar, sehinggalah ketika bas mula sampai di Mekah.
Tiba – tiba seorang jemaah lelaki yang berusia 52 tahun rebah dari kerusi yang diduduki olehnya. Aku namakan jemaah lelaki ini sebagai Dato’ A. pihak kami telah membawa Dato’ A ke hospitaI untuk mendapatkan rawatan.
Dia tidak perlu masuk ke wad kerana doktor mengatakan dia penat dan perlukan rehat secukupnya. Jadi kami bawa dia pulang ke hotel. Di sinilah bermula ceritanya. Ketika kami semua bersiap siap untuk ke Masjidil Haram, Dato’ A berteriak tidak mahu ikut serta.
Kain ihram pada bahagian atas dibuka dan dicampak ke lobi hotel. Puas dipujuk, namun dia berkeras untuk tidak mahu turut serta. Akhirnya isteri Dato’ A meminta kami meneruskan urusan yang tertangguh dan membiarkan Dato’ A tinggal di bilik hotel.
Sebaik sahaja selesai urusan umrah, aku bersama suami dan isteri Dato’ A bergegas pulang ke hotel untuk cuba memujuk Dato’ A menyelesaikan ibadah umrah wajib. Namun alangkah terk3jutnya kami apabila Dato’ A duduk di sofa lobi dengan memakai track suit dan baju pagoda.
Di tangannya terdapat tasbih, dan mulutnya terkumat kamit seolah olah sedang berzikir. Apabila suami menghampiri, rupa – rupanya sebutan dari bibirnya ialah ‘anji*g, b*bi, anji*g, b*bi.’ Dua perkataan itu diulang seolah – olah sedang melafazkan zikir dengan kepala digeleng ke kiri dan ke kanan.
Isteri Dato’ A menangis sambil memujuk suaminya agar beristighfar menyebut nama Allah. Namun yang keluar dari bibir Dato’ A ialah anji*g dan b*bi sahaja. Tasbih juga tidak terlepas dari tangan Dato’ A. Sepanjang keberadaan kami di Mekah, Dato’ A hanya tidak mahu menjejakkan kaki ke Masjidil Haram sahaja.
Apabila ziarah ke tempat lain, dia akan ikut serta. Dato’ A kelihatan sihat walafiat. Boleh makan dan berbual seperti biasa. Namun apabila tiba waktu solat dan semua jemaah pergi ke masjid, dia akan duduk di lobi hotel sambil meneruskan rutin ‘zikir’nya.
Suami ada bertanyakan beberapa soalan kepada isteri Dato’ A, sekadar untuk mengetahui punca kepada peristiwa yang menimpa Dato’ A. Dipendekkan cerita, isteri Dato’ A mengaku bahawa ketika di Malaysia lagi, Dato’ A tidak mahu ikut untuk melakukan ibadah umrah di Tanah Suci.
Alasannya ialah kerana dia belum bersedia dan belum mahu bertaubat daripada melakukan pelbagai jenis d0sa. Isteri Dato’ A mengaku bahawa Dato’ A sering terlibat dengan perjvdian, makan dan minum benda h4ram (termasuk b*bi) dan memelihara a*jing (dibelai dan dipeIuk) seperti kucing.
Ketika berada di Madinah, mereka berdua telah bertengkar kerana Dato’ A membuat keputusan untuk lari pulang ke Malysia kerana tidak mahu masuk ke Mekah. Apabila ditanya mengapa, dia melenting sambil menyebut, ‘Kalau aku ke sana, lepas ni aku dah tak boleh minum a*rak dan makan b*bi lagi. Tak boleh pegang anjing, tak boleh enjoy dengan bet*na!”
Terdapat beberapa ayat lagi yang Dato’ A sebut, cuma aku tidak mahu berkongsi di sini. Aku dan suami hanya mampu beristighfar apabila mendengar segala cerita isteri Dato’ A. Suami juga berusaha memujuk Dato’ A untuk beristighfar dan bertaubat, namun Dato’ A sekadar menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
Kadang – kadang Dato’ A kelihatan normal sahaja. Namun setiap kali masuk waktu solat, dia akan berubah menjadi seperti orang tidak siuman. Setelah beberapa usaha gagal, maka suami membuat keputusan untuk membiarkan sahaja Dato’ A dan menguruskan untuk isteri Dato’ A membayar dam kerana Dato’ A tidak melakukan ibadah umrah wajibnya.
Pada hari keberangkatan pulang, dengan kuasa Allah S.WT, Dato’ A sembuh seperti sediakala dan apabila ditanya, dia tidak ingat langsung apa yang telah terjadi kepada dirinya sepanjang 8 hari berada di Mekah. Sayang sekali, pemergian Dato’ A ke sana hanyalah sia – sia. Itulah sebabnya aku mengingatkan agar menjaga tutur kata dalam setiap situasi kerana kata – kata merupakan suatu doa.
Kisah 2: Puan A merupakan jemaah yang telah banyak kali melakukan ibadah umrah dan pergi dengan beberapa travel agency. Ketika pergi dengan syarik4t kami, dia sering bercerita kepada jemaah lain tentang pengalaman perjalanan umrahnya sebelum sebelum ini dengan beberapa travel agency.
Ada yang dia puji, ada pula yang dia keji. Aku sekadar mendengar dan tersenyum sambil mengingatkkan jemaah lain bahawa setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh travel agency adalah berbeza dan mohon agar mereka semua berlapang d4da dan sentiasa bersangka baik sahaja.
Pada suatu hari, ketika berada di hotel Mekah, pintu bilik aku telah diketuk. Suami Puan A meminta agar aku mengikutnya ke bilik yang didiami bersama Puan A dan anak – anak mereka. Sebaik sahaja aku sampai, pintu bilik terbuka luas dan Puan A sedang merangkak di sekitar bilik.
Anaknya mengatakan bahawa sudah hampir satu jam Puan A merangkak begitu. Apabila ditanya, dia mengatakan bahawa katil terlalu jauh dan dia sudah tidak larat berjalan. Serta merta aku teringat peristiwa ketika bersarapan di dewan makan.
Puan A merungut tentang keadaan bilik (dia sekeluarga mengambil pakej bilik berempat) yang kecil dan sempit. Dengan suara yang sedikit kuat, seolah – olah mahu semua jemaah di dewan makan itu mendengar suaranya, Puan A mengatakan bahawa dia sedikit menyesal mengambil pakej dengan syarik4t kami.
Katanya, dengan beberapa travel agency sebelum ini, mereka diberikan bilik yang luas dan lapang. Aku sekadar memohon maaf dan memberi penjelasan bahawa ketika ini adalah ‘peak season’ (bulan Disember) yang mana jemaah dari seluruh dunia mengambil kesempatan pada musim cuti untuk menunaikan ibadah umrah di kota suci.
Puan A meminta agar kami mencarikan hotel lain yang mempunyai bilik yang lebih luas dengan alasan mudah untuk dia bersolat di dalam bilik dan meletakkan beg ke ruang lain selain daripada bahagian sebelah katilnya.
Agak must4hil untuk kami menunaikan permintaan puan A kerana pada ketika itu boleh dik4takan semua hotel telah penuh. Mendengar jawapan dari aku, puan A menarik muka masam dan berkata ini adalah kali pertama dan terakhir dia berurusan dengan syarik4t kami.
Sekali lagi, aku sekadar mengukir senyuman (walaupun dalam hati terasa sedih dan sedikit marah) dan meminta maaf atas kekurangan pihak syarik4t. Melihat keadaan puan A yang kelihatan sangat penat dan lelah, aku memeIuk dirinya dan memohon agar dia beristighfar.
“Puan, ingat tak pagi tadi, puan cakap bilik terlalu sempit sampai puan susah nak bergerak? Sekarang puan rasa katil terlalu jauh kan?” Belum sempat aku menghabiskan kata – kata, puan A meraung sambil mengusap d4danya dan kemudian beristighfar banyak kali.
Aku memimpin puan A ke katil dan memintanya berehat seketika sebelum menunaikan solat sunat taubat. Sempat aku berpesan agar dia menjaga tutur kata. Jadikan peristiwa tadi sebagai pengajaran pada masa akan datang.
Alhamdulillah, sejak itu Puan A lebih menjaga tutur katanya, malah ketika di Madinah, Puan A pula menasihati seorang jemaah lain iaitu Puan B yang merungut tentang makanan hotel yang tidak menepati citarasanya.
Kisah 3: Puan C mengambil pakej bilik berlima dengan syarik4t kami. Mereka terdiri daripada Puan C, suami, anak lelaki, menantu dan cucunya. Ketika berurusan dengan pihak HQ di Malaysia, Puan C agak menekan pekerja HQ agar memberikan diskaun melebihi daripada apa yang telah syarik4t tawarkan.
Bahagian finance telah bertolak ansur dengan tidak mengenakan harga katil dan makan untuk cucunya. Hanya perlu membayar harga tiket dan juga visa sahaja. Pun begitu, puan C masih mahukan diskaun sehingga mengugvt membatalkan untuk mengambil pakej dengan syarik4t kami.
Kebetulan, syarik4t telah mengatur kend3raan untuk membawa para jemaah umrah dari Pantai Timur ke KLIA dengan mengenakan bayaran tambang pergi dan balik kepada mereka semua. Jadi pihak finance mengecualikan Puan C dan cucu sahaja daripada membayar tambang pengangkutan tersebut, manakala suami, anak lelaki dan menantunya dikenakan bayaran.
Puan C bertegas agar mereka bertiga dikenakan sepatuh bayaran sahaja. Untuk tidak memanjangkan cerita, HOD Finance akur sahaja dengan permintaan Puan C walaupun jumlah diskaun yang diberikan telah melebihi had.
Hendak dijadikan cerita, sehari sebelum perjalanan dari Pantai Timur ke KLIA, cucu Puan C yang berusia 9 tahun telah terpijak kaca hingga memerlukan dia mendapat rawatan di kIinik dan kakinya perlu dibalut kerana Iuka agak dalam.
Di KLIA pula, puan C telah meminta pihak syarik4t menyediakan kerusi roda agar memudahkan cucunya bergerak. Kami tiada masalah untuk itu, tetapi terdapat masalah tentang siapa yang akan menolak kerusi roda cucunya.
Anak lelaki puan C perlu menolak kerusi roda suami Puan C, manakala menantu puan C perlu menolak troli bagasi. Puan C pula mengatakan bahawa dia tidak kuat untuk menolak. Jadi dia memohon agar petugas syarik4t untuk menolak kerusi roda cucunya.
Petugas syarik4t berlapang d4da sahaja membantu agar urusan Puan C sekeluarga menjadi mudah. Cuma terkeluar rungutan dari mulut petugas syarik4t kami, “Asyik kita je mudahkan urusan dia, tapi dia taknak pulak mudahkan urusan kita.. Entah apa la nasib saya nak melayan dia di sana nanti.”
Mungkin kerana sedikit lelah melayan karenah Puan C dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, kami di HQ pula sekadar mengiakan kata – kata petugas yang membantu menolak kerusi roda cucu puan C. Mungkin kerana kata – kata petugas kami itu, sepanjang berada di Tanah Suci, Puan C sekeluarga diuji dengan pelbagai perkara yang tak masuk dek akal. Antaranya ialah:
Kehilangan kerusi roda suami puan C. Padahal kerusi roda tersebut terletak bersebeIahan sahaja dengan kerusi roda cucu Puan C. Kehilangan kad access bilik hotel, sedangkan pihak reception ada menyimpan satu lagi kad, namun pada hari itu, kad seperti ghaib.
Mereka sekeluarga terp4ksa menunggu lebih kurang 5 jam untuk dapat masuk semula ke bilik. Puan C tidak dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi oleh polis wanita. Kami tidak tahu atas alasan apa kerana Puan C juga tidak faham apa yang dik4takan oleh polis wanita itu.
Setelah dua hari berturut – turut hanya solat di perkarangan masjid, barulah puan C dapat solat di dalam masjid tanpa sebarang halangan. Puan C telah dikerumuni oleh sekumpulan peminta sedekah (kanak – kanak lelaki dan perempuan) dan sejumlah wang bernilai lebih kurang SR 1650 dirampas oleh salah seorang kanak – kanak lelaki dan dibawa lari, hilang sekelip mata tanpa dapat dikesan.
Para jemaah mengumpul sejumlah wang untuk menggantikan wang Puan C yang telah dirampas. Terdapat beberapa perkara aneh berlaku, namun saya sudah tidak berapa ingat kerana peristiwa ini berlaku lebih kurang pada tahun 2012.
Dalam hal ini, petugas syarik4t kamilah secara tiba – tiba tersedar atas kekhilafan dirinya yang merungut mengenai sikap Puan C. Walaupun Puan C sekeluarga yang telah diuji, namun petugas kami itu juga turut menerima tempiasnya kerana dialah yang harus menyelesaikan segala masalah yang dialami oleh para jemaah.
Segera petugas kami melakukan solat sunat taubat dan memohon maaf atas tutur kata yang telah dilafazkan olehnya sebelum ini. Pun begitu, petugas kami tidak pula bercerita dengan Puan C akan kekhilafan dirinya, mungkin kerana takut kena marah (Puan C agak garang).
Tak mengapalah, asalkan dia sedar dan selepas ini akan lebih berhati – hati dalam menuturkan kata. Inilah sebahagian daripada kisah pengajaran yang aku ingin kongsikan berkenaan pentingnya menjaga tutur kata. Banyak peristiwa manis juga yang aku alami.
Semua itu menjadi kenangan dan pengajaran yang paling berharga dalam hidup aku. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca. Terima kasih. – Puan D (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Lyssa Valerie : Teringat pulak pengalaman semasa berada di Mekah. Saya berkenan kat tasbih hitam seakan – akan crystal milik seorang kawan. Puas saya cari tapi tak jumpa. The next day, saya solat subuh di tepi jemaah dari Turki.
Muka dia sebijik muka my mom. I asked her if I can massage her leg… she said yes… we looked at each other fondly and smiled. Before leaving, she hugged me and took out something from her bag. Subhanallah. Dia bagi saya tasbih Crystal. Warna hitam. Sebijik macam yang saya nak. I was speechless. Subhanallah. Allah listens.
Abu Ubaidah : Sekadar beri pandangan untuk kita yang berniat untuk ke Tanah Haram, sentiasa doa dan mohon pada Allah dipermudahkan segala urusan, dipertemukan dengan agensi yang dipercayai, dimasukkan ke jemaah yang soleh, rakan – rakan yang sama – sama pergi untuk merebut ibadah.
Banyakkan solat taubat sebelum berangkat dan ketika berada di Tanah Haram. Kita smua pend0sa dan tak lari dari kesilapan. Semoga Allah terima semua amalan kita dan makbulkan segala doa. Amiin..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.