Jenaz4h suami masih ada depan mata, tapi ahli keluarga sudah tanya mana geran rumah, geran kereta

Bayangkan jenaz4h suami masih ada lagi tapi mereka dah tanya tentang setiap geran, dokumen insurans dan buku tabung haji arw4h suami. Tapi bab uruskan jenaz4h sikit pun mereka tak tanya…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Admin tolong post luahan hati saya supaya dijadikan sebagai satu iktibar kepada semua pembaca terutama sekali para suami.

Terima kasih kepada penulis kerana telah menyusun kembali luahan hati saya menjadi satu petikkan yang baik. Para pembaca yang dihorm4ti, m4ti itu pasti tetapi kita tidak tahu bila dan di mana.

Sebelum kita dijemput ilahi, tunaikanlah beberapa kewajipan kita supaya dapat permudahkan urusan ahli keluarga yang masih hidup. Salah satunya ialah wasi4t.

Wasi4tkanlah nama pewaris yang berhak untuk menggalas amanah menjaga harta peninggaIan dan zuriat kita supaya tidak menjadi rebutan selepas kem4tian kita nanti.

Mewasi4tkan harta kita tidak akan merugikan sesiapa dan harta itu masih menjadi hak kita selagi kita hidup kerana ianya (wasi4t) hanya akan sah selepas kem4tian kita. Sanggupkah kita melihat anak dan isteri kita terp4ksa menjadi pengemis untuk menggunakan hak mereka sendiri?

Sanggupkah kita melihat ahli keluarga kita, mak, ayah dan adik beradik kita bermusvhan dengan anak – anak dan isteri kita hanya kerana harta dunia sedangkan sebelum kita meninggaIkan dunia semuanya baik – baik sahaja.

Beberapa bulan lalu, saya telah mengikuti kisah perebutan harta antara baIu seorang artis dengan ipar dan mentuanya. Tidak sangka ia belaku kepada saya sendiri. Saya masih ingat lagi kejadian itu. Suami baru ‘pergi’.

Jenaz4h masih ada lagi, mereka sudah bertanya tentang harta. Mana geran – geran rumah (2 buah rumah baru habis bayar)? Mana geran geran kereta (4×4 dan Estima)? Mana geran motor (motor besar dan Yamaha RXZ)?

Mana sijil Insurance hidup arw4h? Mana kad kad bank dan buku tabung Haji arw4h? Sedikit pun mereka tidak bertanya kami anak beranak sudah makan ke belum sebab dari pagi uruskan jenaz4h di hospitaI (s4kit jantung).

Sedikit pun tidak bertanya kepada kami ada ke duit nak uruskan jenaz4h mungkin kerana mereka lihat jenaz4h dah siap dikapankan, Sedangkan semua urusan kami sendiri yang selesaikan bukan pihak hospitaI di atas permintaan anak – anak dan sahabat arw4h ingin uruskan sendiri di rumah.

Anak – anak arw4h dan saya sendiri yang ingin memandikan arw4h buat kali terakhir di rumah. Tiba sahaja mereka dari kampung terus tanya tentang harta. Sedikit pun tak tanya tentang hutang piutang arw4h.

Saya serahkan juga semua yang diminta tanpa sikit pun bantahan sebab saya bimbang jika saya berkeras mereka akan bising – bising sedangkan jenaz4h masih ada. Biarlah arw4h ‘pergi’ dengan tenang dahulu.

Selesai sahaja urusan pengkebvmian, terus mereka gerak pulang membawa kesemua dokumen tersebut. Kata mereka biarlah di bahagi mengikut faraid. Mereka tidak tanya pun saya adakah saya perIukan duit atau tidak untuk belanja sebaliknya minta saya pula yang selesaikan pelbagai hutang arw4h.

Alhamdulillah, setahu saya arw4h tiada hutang peribadi. Jika ada ianya hutang syarik4t dan saya akan selesaikan memandangkan SSM syarik4t juga telah ditukarkan kepada nama saya selepas kali pertama arw4h diser4ng s4kit jantung hujung tahun lepas.

Saya harap mereka tidak akan terk3jut setelah buka file itu nanti kerana rumah, akaun di bank, kereta dan motor telah dihibah, dan diwasi4tkan kepada saya sebagai pewaris dan pemegang amanah sementara anak – anak saya cukup umur (3 orang anak lelaki berusia 11, 15 dan 17 tahun).

Sebenarnya, bukan tiada bahagian untuk ibu dan ayah arw4h. Arw4h masih ada KWSP sewaktu arw4h bekerja dahulu. Memang saya sendiri yang meIarang arw4h meletakkan nama saya dan anak – anak sebagai pewaris kerana sebahagian daripada duit itu dicarum sewaktu arw4h masih bujang iaitu sebelum bertemu dan berkahwin dengan saya.

Maka saya ingin duit itu dibahagi mengikut faraid jika berlaku sesuatu kepada arw4h. Begitu juga dengan duit di bank dan tabung Haji. Memang sudah niat saya untuk menyerahkan sedikit daripadanya kepada ibu dan ayah arw4h memandangkan nama saya sebagai pewaris.

Mereka kata, bukan nak ambil semua harta tu daripada saya cuma mereka bimbang jika saya akan salah guna barang peninggalan arw4h sebelum ianya difaraid dan sama seperti kisah baIu seorang artis yang mengambil sejumlah wang arw4h suaminya.

Tetapi bagi saya, tindakkan baIu artis tersebut tidak salah kerana selama tempoh iddah, kita tidak digalakkan untuk kerap keluar daripada rumah supaya tidak menjadi sumber fitnah.

Jadi duit itulah akan digunakan untuk menampung setiap perbelanjaan rumah ataupun membayar hutang piutang (jika ada) arw4h. Lebih – lebih lagi jika si baIu seorang yang tidak mempunyai kerja.

Sekarang sudah sebulan berlalu. Mereka masih lagi memegang dokumen tersebut. Saya pernah hubungi abang ipar bertanyakan tentang dokument tersebut. Saya memerIukan duit untuk melangsaikan hutang – hutang arw4h.

Menurutnya dia ingin membawa dokumen itu berjumpa dengan peguam dan Amanah Raya untuk sahkan kesahihan wasi4t tersebut. Mujurlah saya ada simpanan peribadi sendiri dan beberapa utas barangan kemas untuk melangsaikan segala hutang syarik4t dan beberapa hutang peribadi arw4h, (

Bil telefon, bil air, bil electrik dan beberapa kad kredit nama arw4h) kerana saya tidak mahu r0h arw4h tersiksa kerana hutang sedangkan arw4h adalah suami, ayah dan anak yang sangat baik.

Jadi saya putvskan biarlah mereka ingin buat apa yang mereka mahu. Jika benar itu adalah hak saya, ianya akan kembali ke tangan saya jua. Doakan segala urusan saya dipermudahkan. Terima kasih. – BaIu si M4ti (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Noor Azura : Sedeynya saya baca. Banyak banyak bersabar ye puan. Jika ada duit lebih, harap puan lantik peguam. Jika tak pun ada je peguam yang boleh membantu tanpa harga yang tinggi.

Kalau boleh biar selesai dalam tempoh 6 bulan ni sebelum harta arw4h dibekukan dan proses tukar nama pada kenderaan misalnya selesai jika ada yang belum selesai.

Bagi yang perlu difaraidkan, seperti KWSP cuma penama iaitu orang yang diwakilkan untuk menguruskan, bukan dia dapat semuanya. Kadang dia tak berhak pun. Contoh penama abang si m4ti, bila anak lelaki ada, autom4tik adik beradik takde hak kan. Bila ade peguam, cepat sikit.

Sebab kita kadang tak tau step step nak selesaikan proses ni. Nak faraid perlu melalui mahkamah juga bukan main cakap je.. Segala hutang arw4h yang dah dibayar, urusan pengebvmian dan untuk pacak batu nisan seumpamanya, sila catat dan simpan resit. Ini juga akan ditolak dulu sebelum harta difaraidkan.

Jangan lupa dapatkan harta sepencarian sebelum nak wartakan faraid. Apapun syukur sangat sebab suami dah hib4hkan. Moga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga. Saya doakan.

Rose Bud : Nasib baik arw4h suami bijak dah buat hibah. Kalau tak buat hibah maka proses faraid akan berlaku dan harta benda dibekukan malah boleh berlanjutan hingga bertahun – tahun kalau ada ahli keluarga yang tak setuju.

Tapi kalau dah buat hibah memang dah tak boleh dicab4r penama warisnya. Memang sepatutnya dapat terus semua harta benda yang dihibahkan itu. Jadi ahli keluarga suami puan tu tinggal merenung sijil – sijil dokumen tu jelah ye.

Puan boleh je ambil dokumen tu tapi biarlah diorang renung puas – puas dulu, kesian pulak. Personally bagi saya common sense sepatutnya kalau suami meninggaI bagi lah harta tu untuk anak isteri.

Buat apa lah family suami nak ambikkan. Masing – masing ada kehidupan sendiri, ada kerja tapi tiba – tiba nak ambil hak isteri tu tak malu ke. Pengajaran untuk semua jugak ni buat la hibah takut je keluarga diani4yai.

Ez Ezan : Nasihat saya hasil daripada isu perebutan harta walaupun telah dihibahkan, atau telah diwasi4tkan. Yang masih hidup. Tolong fikir kedua – dua pihak. Pihak mana keluarga kamu dan keluarga baru kamu (Isteri dan anak).

Selalu dengar lawyer, pihak insurance hanya menasihatkan untuk hibah kepada keluarga baru kami. Tapi jangan lupa dengan jasa. Ingat bukan semua adik beradik kamu dan ibu bapa kamu giIa harta. Tak semua. Juga belum tentu baIu kamu giIa harta atau tidak.

Itu belum masuk yang dicucuk – cucuk orang ketiga. Jadi sebelum m4ti lantiklah lawyer uruskan pembahagian harta sebaiknya. Mesti ada dokumen hitam putih. Ini hasil pengalaman keluarga saya.

Normah Daud : Perkara seperti ini memang tidak pelik zaman sekarang ni. Berlaku kepada sepupu pompuan saya, kebetulan perkahwinan dia dengan arw4h suami tak ade anak.

Bertahun tahun beliau menjaga suami yang kena str0k, tak usahkan nak tolong jaga bertanya kabar pun tidak adik beradik suaminya. Bila dengar m4ti aje baru datang semua dan bertanya harta – harta arw4h dan lain – lain.

P4ksa jual dan bahagi ikut faraid bimbang si isteri salah guna, sehinggakan rumah tempat berteduh pun disuruh jual. Tak ada ke rasa kemanusiaan beIas ihsan kepada isteri yang banyak berk0rban semasa hayat suaminya.

Jadi jangan pelik sebab tu para suami ambik iktibar dari kisah – kisah macam ni kalau sayangkan isteri dan anak – anak, lebih – lebih lagi yang tak ada anak atau bukan anak lelaki.

Ismahanim Binti Ismail : Penama bagi KWSP adalah hanya bertindak sebagai pengurus wang tersebut. Penama akan mengeluarkan wang tersebut dari akaun KWSP dan WAJIB memfaraidkan ikut portion faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.

WASI4T pula hanya boleh dibuat kepada bukan ahli waris dan hanya boleh dibuat ke atas 1/3 daripada harta keseluruhan. Oleh sebab itu term yang betul untuk meIindungi kepentingan ahli waris adalah HIBAH dan untuk meIindungi kepentingan tuan punya harta term yang betul adalah HIBAH BERSYARAT.

Hjh Halimah Abu Samah : Memandangkan arw4h ada anak, tak kira la berapa orang, tambah lagi kalau anak lelaki, adik beradik arw4h tidak berhak ke atas harta si m4ti kecuali ibu dan ayah si m4ti.

Itu pun kalau kedua – duanya masih hidup. Tak kan tak ada langsung rasa simpati dan ihsan pada isteri arw4h dan anak – anak yang baru kehilangan tempat berg4ntung.

Apa kata anda?