Jika diberi pilihan antara isteri dan adik, saya akan pilih adik kandung

Selama 30 tahun kenal adik bongsu, saya akui dia agak pemalas. Tapi saya sebagai abang kena Iindungi adik saya. Baru – baru ini, adik saya mengadu kerana terasa isteri saya tidak pernah mengajaknya makan sekali. Malah katanya, isteri saya selalu buat muka padanya di belakang saya…

#Foto sekadar hiasan. Salam. Mohon admin tidak reply mesej ni sebab saya pinjam FB kawan saya. Siapa suruh tidak di logout?! Terima kasih sebab sudi kongsi cerita saya.

Saya ingin minta pandangan semua. Macam mana nak buat isteri saya berbaik dengan adik perempuan saya yang menumpang di rumah kami. Sudah 5 tahun dia duduk bersama – sama. Macam mana juga nak buat isteri saya tidak berkira dengan keluarga saya.

Saya perkenalkan diri sebagai M. telah berumahtangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang comel. Saya pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam.

Adik saya berumur 30 tahun. Pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam dengan skim gaji lebih tinggi dari saya. Masih bujang dan merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik.

Sebagai abang yang sudah kenal dia selama 30 tahun, adik saya adalah seorang yang baik, walaupun kerap member0ntak dan meIawan kata. Isteri saya juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda tetapi bekerja di sektor swasta sebagai staf sokongan.

Adik saya, dari kecil memang agak pemalas. Perkara tersebut berlanjutan sampai umurnya 30 tahun. Saya sedar, dia tidak pernah membantu isteri saya di rumah. Hanya memerap di dalam bilik dan makan apabila dijemput.

Saya terima kemalasan dia sebagai satu kelemahan dia di antara banyak kelebihan yang dia ada. Saya juga mengaku dan faham, kerjanya yang penuh tekanan (atas jawatannya yang tinggi) menyebabkan dia memerlukan waktu untuk menggembirakan diri sendiri. Boleh jadi dengan menonton cerita yang dia sukai sepanjang berada di rumah.

Isteri saya pula terlebih rajin. Saya tak pernah makan di luar (kecuali apabila isteri tak sempat masak). Boleh d1katakan, kerja rumah 150% dia buat hatta kutip tuala di lantai pun dia tak pernah merungut. Anak – anak pun dia uruskan 90% kot sebab saya sibuk dengan kerja.

Baru – baru ini, adik saya yang nombor tiga mengadu tentang luahan hati adik bongsu saya. Adik bongsu saya terasa isteri saya tidak pernah mengajaknya makan sekali. Benar, dia jarang ajak adik saya makan bersama.

Dia akan minta saya ajakkan. Adik bongsu saya juga mengadu, isteri saya selalu buat muka padanya di belakang saya. Tak pernah bersapa dengannya. Tak senyum. Sekejap baik, sekejap tak baik.

Saya simpati dengan adik saya. Sudahlah hidup jauh dari ibu bapa, isteri saya layan dia begitu pula. Isteri saya buat adik saya seolah – olah orang asing dalam rumah saya sendiri.

Awal sikap adik saya, isteri saya ada juga meluah pada saya sampai lah satu ketika, saya beritahu isteri saya yang jika diberi pilihan adik dan dia, saya akan memilih adik saya. Sejak itu, saya tengok isteri saya sem4kin berubah.

Dia tak banyak cakap. Tak pernah nak luah apa – apa. Tak pernah merungut apa – apa. Kalau adik saya tak basuh pinggan pun dia senyap. Saya gembira tapi saya rasa macam lain macam pula.

Dulu, kalau balik kampung rumah mak saya. Isteri saya akan bersihkan satu rumah tapi sekarang, dia dah jadi macam tetamu pula.hanya buat hal yang perlu saja. Tapi, isteri saya masih tak berkira duit dengan ibu ayah saya.

Kalau berbelanja, dia akan guna duit dia (sebab dia tahu, gaji saya tak cukup walaupun gaji saya 2x ganda daripada dia). Gaji adik saya pun selalu tak cukup walaupun duduk free di rumah saya. Begitu juga kalau ada majlis di rumah adik beradik lain. D

ulu, isteri saya boleh d1katakan harapan untuk membantu semua orang buat kerja tapi saya perasan, isteri saya sekarang lebih senang menjadikan diri sebagai tetamu. Buat kerja yang berkait dengannya saja.

Macam mana saya nak nasihatkan isteri saya supaya berubah? Tidak berkira dengan keluarga saya? Tidak melayan teruk adik saya? Sebagai abang, saya perlu meIindungi adik saya.

Komen Warganet :

Najwa Zaidi : Nasihat diri sendiri dengan adik. Bini tu bukan khad4m. Kalau aku memang dah hamb4t adik kau dengan penyapu!! Dah la penat kerja, dengan anak 4 orang lagi, lepas tu nak urus pula sekor biawak hidup yang tak ade sumbangan apa – apa. Duduk rumah sumbang penat je dekat orang. Sila meninggaI.

Mieyza Zulkifli : Isteri tak perlu ubah apa – apa sebab dia dah cukup baik dan penyabar la kiranya. Lama jugak tu bertahan jadi bibik persendirian. Silalah tegur adik anda sendiri, umur 30 tahun nak hampir monopos dah wey.

Apa kes malas macam biawak hidup, apa nak dibanggakan dengan kerja besar, gred tinggi, jawatan hebat. Kalau pinggan sendiri pun tak reti nak basuh. Orang macam ni silap – silap dia ber4k pun basuh tak cuci sebab pemalas !

Rizal Rodzuan : Ko fikir balik la, apsal adik perempuan ko umur 30 masih single sampai sekarang. Pasal perangai buruk mcm ni la. Sepatutnya bukan tugas abang dah tapi tugas suami adik ko untuk jaga dia.

Tapi sapa nak perempuan perangai buruk mcm ni? Pemalas, pentingkan diri sendiri, suka pergunakan org lain dan sebagainya? Ko jangan letak diri sebagai abang tapi sebagai bakal suami tengok  bakal bini macam ni.

Patut adik ko dah berdikari, dok luar, ubah perangai buruk, baru ada laki nak. Ni ko salahkan bini ko plak sedangkan kalau ko tengok, buruk si0t perangai adik ko dengan perangai ko sekali, kesian kat bini ko dapat laki macam ni dan adik ipar macam tu.

Cik Puan Comel : Korang adik beradik ni keturunan raja mana? Makan siap berhidang berpanggil bagai ni?? Adik kau tu acah-acah permaisuri ke macam mana?

Oiiii anak raja pun tau masuk dapor lah masak! Spesis tau menc3kik je kalau aku jadi bini kau memang adik kau aku c3kik. Ingat kak ipar org gaji ke dasar perempuan tak tahu adab.

Tak menolong satu hal, nak suruh orang beradab kat dia, sedangkan dia sendiri tak ade adab. Kalau aku la, heiii aku sep4k je kena cerai pun puas hati.

Hanif Dila : Encik kesian dengan adik encik yang jauh dari ibu bapa tapi encik tak kesian dengan wife encik yang tinggalkan ibu bapa dia, kawan – kawan dia semata mengikut encik setelah dia bernikah dengan encik.

Dia bernikah dengan encik dengan harapan encik akan meIindungi dia, tapi sayang seribu kali sayang, encik lebih memilih untuk meIindungi adik encik berbanding isteri encik yang telah serah 200% hidupnya untuk encik.

Sesungguhnya tugas suami adalah meIindungi isteri bukan membuIi isteri secara mentaI dan fizikaI. Adik encik berkemampuan, suruh adik encik pindah dari rumah encik, bukan isteri encik yang kena berubah tapi encik yang kena berubah.

Sungguh saya amat bersimpati dengan isteri encik kerana dapat suami seperti encik!

Apa kata anda?