Aku mengadu dekat mak aku dan dia pun membebel jugak. Aku nak marah dekat pengasuh tu tapi dah tua, lagipun aku takut dia dah taknak jaga anak aku. Tapi kesan dari apa yang dia buat, anak aku sekarang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku adalah emak kepada sorang bayi yang berusia 7 bulan. Sekarang banyak kes yang aku baca dan dengar pasal pengasuh atau taska yang agak ngeri. Biarkan baby minum susu botol sendiri.
Maksud aku selitkan dengan kain atau bantal supaya botol tu tak jatuh dan baby boleh hisap dengan baik. Tapi tolong pastikan puting tu puting yang jenis x-cut punya supaya boleh elakkan baby tersedak. Sedih tahu tak dengar berita pasal baby tersedak susu.
Belum buka topic pasal ada yang d3ra lagi tu. Allahu, minta dijauhkan kena dekat anak – anak kita ye. Bila dah jadi mak – mak ni, aku akui hati aku lebih sensitif tentang isu anak. Ada satu hari tu aku terbaca pasal kem4tian baby Nur Hafiesya. Aku menangis.
Sebab aku pernah baca pasal kes baby tu ada masalah jantung dan beberapa masalah lain. Sebelum ni memang aku tengok FB mak arw4h baby tu. Dia cerita pasal perkembangan anak dia. Aku tengok video – video arw4h baby tu dengan linangan air mata dan berdoa supaya baby tu cepat sembuh.
Tapi siapa boleh Iawan kuasa Allah? Baby comel tu pergi bertemu penciptaNya. Anyway, cakap pasal taska dan pengasuh, ramai ibu – ibu baru yang takut nak hantar anak pergi ke rumah pengasuh atau taska. Aku pun sama.
Tapi aku rasa aku bernasib baik sikit sebab jiran aku yang aku kenal dari kecil sanggup nak jaga anak aku lepas aku habis pantang sebab aku kerja. Pada mulanya aku rasa jiran aku ok je jaga anak aku sebab dia pun jaga cucu dia umur 2 dan 3 tahun.
Lama – lama K.O. Eh tak tak aku gurau je. Oh ya, anak aku ni aku tak ajarkan tidur berbuai. Bila nak tidur aku hanya dodoi je dia sambil zikir – zikir. Aku memang tak beli segala jenis ‘pelali tidur’ kecuali puting sebab anak aku kuat ngempeng sampai munt4h – munt4h.
Jadi, aku just bagi dia puting lepas dia menyusu untuk bagi dia lena je. Bila dah lena dia akan autom4tik buang sendiri puting tu. Ha jangan nak kecam pulak kata nanti anak gigi j0ngang ke apa. Sekarang dah ada putting jenis orth0dontic ye.
Ok satu hari lepas balik kerja aku nak ambil anak aku. Bila sampai rumah, aku terus pergi rumah jiran aku nak ambil anak. Bagi salam. Masuk rumah mata aku terus mencari anak. Tak jumpa. Aku nampak buai. Rupanya anak aku dalam buai. Lena sangat.
Aku tanya babysitter tu kenapa masukkan dalam buai, dia kata anak aku hari tu meragam je so dia masukkan dalam buai. Aku terdiam lah. Nak marah, orang tua pulak. Nanti dia tak nak jaga anak aku kang m4tilah mak nak mana nak cari orang yang boleh dipercayai jaga anak aku.
Kesannya, sejak daripada tu anak aku memang payah nak tidur. Memang struggIe lah aku nak tidurkan anak aku tiap – tiap malam sampai aku jadi z0mbie. Aku cakap kat mak aku. Dia bebel juga sikit. Dia kata pengasuh nak mudahkan kerja dia lah tu c4mpak anak kau dalam buai.
Aku diam jelah dengar mak aku bebel. Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Jadi sampai anak aku usia 7 bulan ni kadang – kadang aku memang berper4ng nak tidurkan dia. Kadang – kadang dia ok, lepas ngempeng terus tido.
Kalau datang mood dia tak baik, memang aku pergi kerja dengan muka z0mbie. Tu belum masuk hal main taram bagi anak orang makan yang mengarut – ngarut. Kalau budak tu dah boleh makan sekalipun tak payah nak calit – calit makanan lain kat mulut dia.
Serious aku takut baca pasal baby yang tersumbat usus sebab bagi makan yang bukan – bukan atau bagi makan awal daripada umur. Kita sedap je lah calit macam – macam kat anak orang. Esok lusa kalau anak orang tu ada apa – apa, yang susah mak bapak dia.
Kita yang tukang sumbat ni mana fikir apa, ye dak? Satu je aku nak pesan kat pengasuh dan bakal pengasuh, jujurlah jaga anak orang. Nak buat apa – apa tanya atau bagitahu dulu mak bapak budak tu. Yang mer4na nanti mak bapak tu.
Buat adik – adik yang rasa – rasa nak jadi pengasuh tu, gali ilmu cukup – cukup macam mana nak jaga baby dan toddler. Nampak mudah tapi perIukan kesabaran yang sangat tinggi. Please aware dengan semua barang – barang anak asuhan anda.
Jangan main taram je nak bagi anak orang lain punya barang kat anak asuhan yang lain. Kot lah mak bapak budak tu OCD ke kan. Lagi satu, kita tak payah sibuk nak meng’gadjet’kan anak orang ikut cara kita. Aku rasa semua orang tahu apa kesannya pada budak kan?
Aku dah tengok depan mata aku sendiri macam mana budak yang dimanjakan dengan iPad, tablet semua ni. Ignorance. Ya. Sungguh. Belum lagi yang meng4muk guling – guling sebab tak bagi main benda tu. Kadang – kadang kita tak nampak apa orang lain buat kat anak kita tapi kita yang merasa akibatnya.
Naluri seorang emak itu adalah selalunya betul. Sorry kalau confession ni agak panjang. Cuma sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati. – Emak Muda
Jawapan balas dari pengasuh..
Assalammualaikum wbt.. Aku terbaca confession, ‘pesanan buat pengasuh’ baru – baru ni. Sebagai pengasuh tak bertauliah untuk anak – anak buah aku, meh sini aku plak nak buat pesanan pada mak – mak yang hantar anak dekat pengasuh.
Umur aku tahun ni 23 tahun, aku duduk rumah time cuti sem sekarang ni, dengan mak aku. Jadi bila aku kat umah, abang dan kakak aku pun tumpang hantar anak – anak diorang, nak suruh aku jaga. Anak sed4ra aku ade 4 orang semuanya; seorang baby umur 7 bulan, seorang setahun setengah, yang dah besar sikit umur 2 tahun dengan 4 tahun.
Hokayyy, walaupun aku duduk rumah dengan ade bantuan mama aku untuk jaga anak – anak buah aku, aku yang still muda la jugak nak bandingkan dengan makcik yang jaga baby kakak – tu pun semput nak jaga anak – anak buah aku tu semua.
Padahal aku hanya jaga diorang je, kerja rumah lain semua aku tak buat. Masak, basuh baju, kemas rumah semua mama yang buat. Tu pun aku tak larat. Oh yeah, buat pengetahuan semua orang, kakak dan abang aku ni sama la macam mak bapak muda kat luar sana.
Banyak pantang larang dalam menjaga anak diorang. Aku tak salahkan diorang, sebab setiap ibubapa pun nakkan yang terbaik untuk anak – anak diorang, tapi aku harap sangat supaya diorang pun boleh bertolak ansur dengan pengasuh diorang.
Ok, yang pertama nak ceritakan pantang larang yang kakak aku bagi. Anak dia umur setahun setengah dengan 4 tahun. Dia punya pesan kat aku, anak dia yang setahun tu pastikan bagi susu ibu yang dia dah sediakan siap – siap kat aku.
Yang 4 tahun tu, pastikan kena cakap english bila nak komunikasi. Ikutkan je la. Waktu tidur petang tak boleh lebih dari 2 jam, kalau tak nanti malam anak – anak dia susah nak tido. Tak boleh tengok gadjet dan limitkan waktu tengok tv.
Yang lain, pasal makan, asalkan makanan tak pedas, takde MSG and no sugar, boleh je bagi. Ye la, sebab diorang dah besar la jugak. Kemudian, demand abang aku plak. Anak dia memang dia tak ajar tido dalam buai. Jadi dia pesan, sila pastikan anak dia tak tido dalam buai.
Susu tak kisah la macam mana. Pastu anak die sensitif kat panas, kena tido dalam aircond je, tapi pastikan lagi temperature tak kurang dari 26 degree celcius. Makanan plak, yang baby tu dia suruh bagi puree je, tapi kakak ipar aku dah siapkan awal – awal.
Jadi, takde la masalah sangat. No pacifier untuk semua anak sed4ra aku, so senang sikit. Takde la isu budak – budak ni terambil pacifier kat mane – mane dan sumbat dalam mulut. Yang ni pun same, tak bagi anak tengok tv dan suruh aku main je dengan budak – budak tu.
Kalau tengok, memang diorang particular sikit. Tapi sebab diorang tu anak – anak sed4ra aku, aku ikutkan je. Penat tu tak payah cakap la. Abang aku tak bagi tidokan anak dia dalam buai, same la macam sis confessor tu, tapi seriously, aku tak boleh nak ikut permintaan dia tu.
Aku try tidokan dengan cara dodoi, tapi anak – anak buah aku yang lain datang main panjat – panjat kat belakang aku masa aku nak tidokan baby. Letak dia kat tilam, sepupu yang lain datang kacau – kacau. Sudahnye masa dia nangis, aku pun nangis jugak sebab penat dah, tak tau macam mana nak tidokan dia tanpa buai.
Pastu, mama aku la bagi cadangan, masukkan je kat buai, sebab baby tu pun penat dah nak tido, tapi tak boleh tido sebab sepupu dia kacau. Bila aku letak kat buai, budak – budak lain teruja plak tengok buai tu, diorang tengok je, sambil ikut aku zikir nak dodoikan baby tu.
Tak sampai 5 minit, baby dah tido. Senang keje aku, boleh angkut semua yang lain keluar dan buat aktiviti lain. Kemudian, part tak bagi tengok tv pun susah jugak nak ikut. Walaupun mama aku suruh aku jaga je budak – budak, tapi aku kesian la kat dia.
Takkan semua keje mama buat sorang. Jadiknye, lepas baby tido, selalunye akan bukakkan anak – anak buah aku educational cartoon, supaya aku boleh tolong mama aku buat kerja sikit – sikit. Jemur baju ke, vacuum rumah ke mop lantai ke.
Ye la, kalau persekitaran rumah tak bersih, lantai tak bersih, nanti mesti abang dan kakak aku pun complain, sebab anak – anak diorang tu tengah age suke mengutip. Nak bagi mainan je, tak bagi tengok tv? Ha, memang takde jadik kerja la sebab diorang berg4duh, pergi ketuk sesama sendiri dengan mainan tersebut.
Tak jadik kerja aku. Bagi buku pun same. Masing – masing berebut nak buku orang lain. Penyelesaian yang terbaik, bukak disney junior. Ha communicate la dengan mickey mouse ke, dora ke. Janji aku boleh tolong mama buat kerja rumah.
Abang dan kakak aku ade je complain kat mama. Tanye kenapa tak pantau anak – anak tengok tv, kenapa tidokan dalam buai. Pastu badan anak ade bintat – bintat kena gigit nyamuk. Kemudian, jawapan mama paling best.
Mama cakap kat abang dan kakak aku, senang je kalau nak suruh bagi full attention kat anak – anak diorang, bagi orang gaji sekali untuk tolong mama buat kerja kat rumah. Bila ade budak – budak kat rumah, penat dia lain macam sikit.
Tumpah makanan sana sini, mainan bersepah – sepah. Jadi akan sentiasa ade kerja dalam rumah tu. Nak mop lantai, salinkan baju budak – budak, kutip mainan yang berterabur, banyak la benda nak kena buat. Niat aku tulis kat sini, bukan nak bash sis ibu muda tu.
Cuma ape yang aku nak sampaikan, benda yang kita boleh bertolak ansur dengan pengasuh ni, berlapang d4da je la. Aku faham, faham sangat semua orang nak yang terbaik untuk anak – anak diorang. Aku yang takde anak lagi ni pun kalau boleh nak buat yang terbaik untuk anak -anak sed4ra aku, tapi aku boleh buat setakat yang termampu je.
Nak ikut segala demand, ha, macam mama aku cakap tu la. Prepare la extra helper untuk tolong kitorang dalam rumah ni. Aku rase, isu tidokan anak dalam buai tu termasuk la dalam isu yang remeh, yang penting baby tu sihat.
Aku tak boleh bayangkan kalau sis confessor tu hantar anak kat nursery, terus berhenti kerja agaknye untuk jaga anak sendiri sebab based on pemerhatian aku, anak – anak sed4ra aku tak pernah sihat bila duduk taska. Demam, batuk, selsema, HFMD semua pernah kena.
Bila aku jaga, diorang sihat walafiat je, alhamdulillah, cuma kadang – kadang terlepas pandang ade nyamuk hinggap, tu tak boleh buat ape la. Segala langkah berjaga – jaga untuk halau nyamuk aku dah buat dah, mosquito repellant patch, serai wangi, semua dah buat, tapi ade jugak nyamuk tegar nak hinggap kat anak sed4ra aku punya badan..
Pesan aku, sis confessor, takde orang yang lebih baik untuk jaga anak – anak anda melainkan diri anda sendiri. Kalau rase tak boleh nak bertolak ansur dengan pengasuh atau taska, rasenye langkah yang terbaik macam semua orang dah cadangkan sebelum ni, duduk la rumah dan jaga sendiri anak anda.
Tu pun sebab sis tu baru ade sorang anak dan boleh curahkan segala perhatian pada budak tu. Lepas tu, ade bagusnya kalau sebelum sis hantar kat pengasuh, buat list apa yang boleh dan tak boleh yang macam kakak dan abang aku buat tu.
Diorang bagi details semua benda yang boleh dan tak boleh buat. Tu pun aku boleh ikut setakat yang termampu je. Yang aku tak mampu buat, mama aku yang tolong back up kenapa aku tak buat yang macam diorang suruh tu. (Hehehe, thank you mamaku lawyer!)
Aku jaga anak – anak sed4ra aku ikhlas sebab nak tolong abang dan kakak aku, tapi bila diorang dah demand macam – macam, rase jadik tak best plak, sedangkan aku pun nak berikan yang terbaik untuk anak – anak sed4ra aku.
Inikan pulak orang yang takde pertalian dengan kita. Belajar la bertolak ansur dengan pengasuh anda, cik confessor. Kalau kita mudahkan kerja orang, inshaAllah, Allah bagi ganjaran dalam bentuk lain pulak. Pada pengasuhs kat luar tu pulak, jaga la anak – anak orang ni dengan sebaik mungkin sebab itu amanah yang parents dah bagi kat korang. Kalau tak suke, sila tolak awal – awal, jangan la d3ra budak – budak tu pulak. Ok, peace~ – MojoJojo
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.