Jiran saya ni gatal, saje saje lah buat kerja dekat luar rumah tu tapi cara dia tu macam nak goda laki saya dengan cara pakaian dan cara lenggok tubuh dia. Saya duk perati je suami akan masuk kerja lambat tapi saya tahu..
#Foto sekadar hiasan. Salam tolong hide profile saya. Tak tahu nak meluah kat siapa selain mengadu dengan ALLAH saya juga nak meluah perasaan saya, dah tak boleh nak pendam, saya kena luahkan juga. Saya tak faham kenapa suami saya asingkan saya dari tempat tidur, dah berbuih saya cakap tetap macam – macam alasan dia bagi. Ok sekejap dalam 2, 3 hari lepas tu buat balik.
Sebelum ni dia tak pernah asingkan saya dari tempat tidur walaupun sebelum ni anak – anak kami masih kecil dan tidur dengan suami, dia tetap tidur sekali dengan saya. Tapi sejak ada anak yang ni, suami memang tidur dengan anak yang umur nak masuk 4 tahun (ubah sikit umur anak) dan selama tula dia asingkan saya dari tempat tidur dan datangi saya bila nak bersama.
Samalah macam suami – suami yang lain juga, nak bersama pandai plak dia masuk bilik, pandai plak dia tunggu anak tidur. Nak cek phone dia pun tak boleh dah, siap ada password dan ke mana saje dia bawa phone dia.
Nampak sangat macam ada sesuatu, dulu saya selalu cek phone dia, memang banyak ayat mengayat perempuan, puji cantiklah, s3ksilah tapi dengan saya tak ada plak dia nak puji. Cuba kalau saya pun ada puji jugak laki lain tau plak dia marah dan laki saya memang jenis gatal dari muda lagi maklumlah ada rupa juga, banyak tengok tiktok, perempuan s3ksi terkinja – kinja, yang tak senonoh dia tengok, tak adalah tengok yang elok – elok, tengok video biru lagi.
Itu memang habit dia dari muda, macam tak boleh tinggal layan video biru tu. Depan saya acah – acah tengok ceramah agama, tengok lumba motorlah, memang s4kit hati tengok phone dia tapi sekarang dah malas nak tengok phone dia.
Semoga apa yang dia buat dekat saya, biar Allah je yang baIas. Nak cakap saya tak jalankan tggungjawab sebagai isteri, saya dah laksanakan. Mungkinlah dia hilang selera dengan saya maklumlah orang perempuan ni m4kin berusia m4kin jatuh saham tak macam orang lelaki, m4kin berusia m4kin tinggi saham.
Mungkin suami dah tak boleh terima saya yang sekarang, dah tak cantik, lemak sana sini, tapi suami pun, dah tua, sixpack pun dah macam orang 7 bulan, saya ok je, terima je apa kekurangan suami, tak kisah pun. Saya jadi tak cantik pun sebab perbuatan suami, suruh beranak ramai – ramai bila dah tak cantik, tak nak la.
Itulah jantan, nak masa cantik je tapi kenapa dia buat saya macam ni. Saya nak tidur sekali dengan suami tak boleh sebab ada anak – anak yang lain pun tidur sekali ngan suami. Anak – anak lain dah bujang sebab rumah kecik je, bilik rumah ada 3 je.
Bila tengok suami depan – depan macam orang baik – baik jelah tapi belakang saya entahlah. Ada je tino duk wassap laki saya, dekat tempat kerja pun dah jumpa, nak call dan wassap laki saya, jenis apalah nak ganggu rumahtangga orang.
Saya tak pernah nak serbu – serbu kat tempat kerja suami, nak malukan suami. Saya bukan macam tu tapi perempuan – perempuan yang kerja dengan suami jagalah per4ngai masing – masing, janganlah nak kacau kehidupan rumahtangga orang lain.
Orang jantan memang per4ngai dia macam tu, kebanyakan jantan atau laki orang ni memang gatal, suka kacau sana sini, kalau tak melayan tak jadi juga kan. Kadang – kadang sampai saya sumpah seranah laki saya, berbakul – bakul saya m4ki dan sumpah seranah tapi tu hanya dalam hati je, saya masih hormat dia.
Suami saya ni bukan muda lagi nak masuk separuh abad, sembahyang pun memang dah tak ada buat, bila saya tegur, melenting dia. Lagi satu ada jiran saya ni gatal, saje – saje lah buat kerja dekat luar rumah tu tapi cara dia tu macam nak goda laki saya dengan cara pakaian dan cara lenggok tubuh dia.
Sedangkan jiran saya tu dah berlaki cuma jaranglah laki dia ada, nampak gatal la dah berlaki pun tapi macam tak cukup je cara betina tu. Saya duk perati je tingkah laku suami saya, dia duk curi – curi pandang lah kat jiran tu, buat – buat lambatlah masuk kerja, cakap tak cukup tidurlah.
Bila saya tanya suami, kenapa selalu masuk kerja tak on time, kadang – kadang lewat sangat, kadang – kadang awal sangat sedangkan waktu kerja suami ofis hour je, bukan syif pun. Dia cakap sebab dia boleh masuk kerja macam tu.
Hairan betul tapi saya rasa dia tu nak tengok jiran tu, jiran saya tu masuk kerja pukuI 10 pagi. Entah la saya tak percaya mana, dulu pun dah banyak kali tipu tu yang jadikan saya over thinking dan mestilah saya cemburu.
Dia tu suami saya, kalau suami orang lain peduli apa. Kang – kadang ada yang cakap, alah cemburu sangat, kurung je laki tu dalam almari. Sedap je cakap, tak kena kat dia. Mungkin laki dia baik, nak cemburu pun tak sempat.
Kalau la laki saya baik macam laki dia, tak adanya saya nak cemburu tapi saya lagi kenal laki saya. Saya tahu per4ngai laki saya macam mana kan, bukan saya tak tegur per4ngai suami tapi kalau tegur jadi g4duh. Saya kahwin dah lama dengan suami saya, bukan sehari dua, bukan berbelas tahun, dah berpuluh tahun. Anak – anak lain pun dah besar.
Kalau ikutkan hati, saya nak berpisah je, dah tak larat nak hadap per4ngai suami. Kadang – kadang saya cemburu dengan kehidupan orang lain, tengok laki orang lain baik je dengan bini dorang. Umur macam ni nak tenang – tenang aje, nak hidup bahagia dengan orang yang saya sayang. Itu memang impian setiap orang yang berkahwin.
Maaflah agak panjang luahan hati saya ni, tak tahu nak bercerita dekat siapa, harap bagiIah kata – kata semangat untuk saya. Saya perlukan sokongan dan lain – lainnya saya serahkan pada Allah. Terima kasih siarkan.
Komen W4rganet :
Aaishah Latif : Kadang – kadang kita perlu hiburkan diri bila suami dah tak kisah sibuk atau dah hilang selera. Elok puan tumpu pada diri sendiri, cari kawan – kawan lakukan aktiviti bersama, hiburkan diri dari fikirkan suami. Biar dia cemburu pada puan, bila tengok puan happy saja. Anak – anak pun dah besarkan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.