Jiran selalu datang rumah lepak dari pagi sampai asar, siap boleh buat air sendiri dan terkangk4ng tengok TV macam rumah sendiri

Saya baru pindah rumah, saya tak sangka boleh dapat jiran macam ni. Dia kalau datang rumah dari pagi sampai asar tak balik – balik. Ada sekali saya lupa kunci pintu dia terus masuk dengan tak bagi salam. Yang buat saya lagi str3ss dia asyik tanya pasal suami saya. Tanya suami suka makan apa la, baju saiz apa la, macam tak ada benda lain nak tanya.

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, saya betul – betul str3ss!! Dapat jiran yang perangai pelik, dalam seminggu mesti 2 – 3 kali datang rumah saya. datang pulak bukan kejap. Dari pagi sampai asar tak reti – reti nak balik. Saya nak masak dan nak jaga anak pun susah. Kadang – kadang saya lupa kunci pintu dia datang rumah saya dia tak bagi salam terus tolak pintu dan masuk.

Kalau saya buka tingkap, dia jenguk ikot tingkap bila nampak saya ada kat dapur dia suruh saya bukak pintu. Sampai saya dah tak tahan saya kunci pintu dan tutup tingkap biar dia tak datang rumah. Tapi dia tetap datang, panggil – panggil saya. Saya diam dalam rumah sebab malas nak bagi dia masuk rumah.

Kalau saya diam dia panggil anak saya yang berumur 2 tahun. Anak saya terus menyahut tapi saya tetap diam. Saya ingat bila saya diam dia dah balik. Rupanya dia tunggu kat luar rumah, sampai dengar suara saya. Last sekali terp4ksa gak saya bukak pintu. Allah, saya serabut sangat. Dahlah anak dia nakal, semua benda nak main dan saya pun tak suka orang duduk rumah saya lama – lama. Sebab saya ada suami, bila balik kerja, suami tengok orang selalu ada dekat rumah, suami saya pun marah.

Macam mana saya nak buat kerja rumah bila ada orang dalam rumah. Nak masak pun jadi tak selesa sebab mana saya pergi dia ikot. Dia ni janda anak 1, muda lagi umur tak sampai 30. Yang buat saya lagi str3ss dia asyik tanya pasal suami saya. Tanya suami suka makan apa la, baju saiz apa la, macam tak ada benda lain nak tanya. Saya nak tanya pendapat korang semua apa patut saya buat supaya dia tak datang lagi rumah saya.

Bukan saya somb0ng tapi saya str3ss dengan anak kecik lagi umur 3 bulan, sorang lagi 2 tahun. Anak saya plak kalau nak tido tak boleh kalau bising – bising. Dia nak tido dalam bilik. Tak akan saya nak tidokan anak dalam bilik dan bagi jiran dok ruang tamu dan dapur. Tiba – tiba dia datang rumah nak membawang dan nak makan jer dari pagi sampai petang. Memang tak la..

Sambungan..

Salam. Saya penah ceritakan mengenai jiran saya yang suka duduk rumah saya dari pagi sampai ke petang. Kelmarin dia datang lagi dengan anak dia. Waktu tu saya dalam rumah. Dia panggil – panggil saya. Saya diam langsung tak bukak pintu. Tak sampai 5 minit dia jerit woiii bukak pintu nih. Aku panas nih dok kat luar. Anak aku nak main dengan anak kau. Terk3jut saya dalam rumah.

Dia ket0k pintu kuat – kuat suruh saya bukak gak pintu. Memang tak la saya nak bukak. Tak lama lepas tu dia diam. Saya intai ikot tingkap dia jalan lenggang – lenggok balik rumah dia.  Kelmarin saya ada tanya jiran – jiran lain mengenai dia. Sebab saya baru dok sini dalam 4 bulan. Jiran lain cakap memang perangai dia anak beranak suka duduk rumah orang 24jam. Mak dia pun macam tu. Kalau pergi rumah orang buat macam rumah sendiri. Patutla dia datang rumah saya dia buat air sendiri, terkangk4ng depan tv. Mandikan anak dia di rumah saya. Bukak saji kat dapor. Kalau tengok ada makanan dia terus makan.

Waktu dia datang saya tak bukak pintu tu waktu pagi. Petang dia datang lagi siap bawak adik – adik dia lagi 3 orang. Suruh panggil – panggil saya. Bising sangat, saya bukak tingkap terus jerkah. Anak aku nak tidor nih tolong jangan bising kat sini . Dia terus cakap bukak lah pintu aku nak masuk nih. Anak aku nangis – nangis nak main ngn anak kau. Saya geram sangat saya cakap suami aku tak bagi dah oraang selalu datang rumah aku.

Sebab banyak kerja aku tak sempat siap sebab anak aku tak tidur. Boleh plak dia cakap, “Ehhh bila masa pulak laki kau marah. Selalu aku datang laki kau diam jer.” Memangla laki aku diam. Tapi belakang kau dia p0tpet2 kat aku. Dia buat muka tak puas hati, aku terus tutup tingkap.

Dia tak reti nak balik duduk memekak depan rumah aku dekat sejam gak. Dia ingat aku nak bukak pintu. Petang tu laki aku balik. Dia nampak terus datang. Masa laki aku kat tempat kerja aku dah mesej dah awal – awal cakap perempuan tu datang buat bising lagi. Masa dia datang depan rumah aku laki aku tanya ada apa ni datang rumah. Saya tak suka waktu saya kerja orang datang rumah saya.

Bini saya ada anak kecik. Tak boleh str3ss – str3ss. Nanti s4kit saya yang susah. Boleh pulak dia buat – buat lembut lemah gemaIai depan suami saya cakap dia bosan kat rumah. Suami aku sound terus kalau bosan pergi mengaji bukan datang rumah orang. Dia terus balik.

Semalam dia datang lagi sebab dia nampak kami nak keluar. Kitorang nak keluar cari barang dapor kat pasaraya. Dahla pakai s3ksi. Tanya kitorang nak pi mana. Saya diam. Laki jer jawab nak keluar cari barang. Boleh dia cakap nak ikot. Suami terus cakap maafla kitorang nk pi tempat lain lepas cari barang. Saya terus masuk kereta. Suami pun sama. Dalam kereta suami membebeI tak berhenti marahkan saya sebab berkawan dengan dia. Suami dah bagi amaran tak bagi siapa – siapa masuk rumah lagi lepas ni. Kalau ade hal penting dengan jiran tolong sembang kat luar rumah. Harap perempuan tu tak kacau lagi rumah kami. Kalau tak memang suami nak report sebab dikira menggangu.

Ade makcik – makcik dan akak – akak dalam ni cakap ni cerita buat – buat. Saya tak ade masa nak buat – buat cerita sebab memang realiti. Kami sekeluarga memang str3ss sejak dia bertandang ke rumah kami. Kami dah jumpa ketua kampung. Yang paling sedih ketua kampung jawab hidup berjiran biasa la mesti ade berjalan rumah orang. Kalau tak nak berkawan jangan hidup berjiran. Saya cakapla saya bukan tak nak berkawan pakcik.

Tapi hampir 24 jam dia dok rumah saya dan makan kat rumah saya. Kerja dia ganggu seharian saya. Jiran yang lain datang kejap jer rumah saya. Hantar lauk or kuih muih. Tu pun luar pagar. Sembang 4 5 minit terus balik. Pakcik tu gelakkan saya. Rasa h1na sangat. Takpalah pakcik. Saya rasa dia tak pernah datang rumah pakcik tu pakcik gelak. Sekurangnya pakcik kena selidik benda nih. Ape guna jawatan disandang tapi tak nak ambik tahu. Saya bagi salam terus balik.

Komen Warganet :

Lynda Liey : Kak, ko beli angsa. Serius. Aku pun beIa angsa, sepasang. Angsa dengan tuan memang baik, manja tapi kalau orang luar, dari jauh dia nampak, dia dah standby nak kejor. Angsa aku, nampak prempuan, lagi syok dia kejor, sampai atas rumah pun dia hambat lagi.

Junaidah Narzri : Masa saya kecik dulu pun ada jiran macam ni, datang rumah pagi – pagi. Kami duduk quarters, bila hari Sabtu dan Ahad memang macam ni. Hari biasa tak tahu macam mana sebab sekolah. Bila mak siap masak, dia sibuk jadi tukang rasa, pastu k0ndem. Bila moto aiskrim dan roti lalu depan rumah, dia akan rab4 bawah tikar dan sofa rumah kami cari duit yang jatuh – jatuh untuk beli dekat anak – anak dia.

Kadang – kadang nasib dia baik dapatla seringgit. Lepastu tak puas hati susun atur perabot rumah orang. Rumah aku paling dia geram sebab nak alih barang, mak tak bagi. Rumah orang lain dia berjaya, last – last ayah aku pi sembang dengan laki dia. Kena marah kot, dia tak datang rumah orang dah, Dia buat pot membawang bawah pokok ubi gajah plak. Yang penting, kami dah aman..

As Wanie : Bukan jiran. Ni pak dengan mak menakan aku. Masa aku umur awal beIasan dulu, setiap minggu tanpa gagal datang rumah aku. Picit hon motor bising satu taman selagi kami tak buka pintu. Mai masuk rumah kami komplen dari A-Z. Yang mak aku plak sebab fikirkan mak pak sed4ra, masaklah makan pagi. Tu pon komplen orang masak tapi larat ka sampai setiap minggu Jumaat Sabtu duk mai rumah nak kena jamu air bagai dari jam 8 pagi sampai 2 petang. Kadang – kadang laki bini sama naik.

Dahlah mulut ceIupaq. Ingat mak aku tak dak keja ka. Pastu mai duk membawang orang tu tak baik la. Depa sorang ja baik. Aku penah juga sound, ni lepas minum ni tak mau balik ka? Dia pi amik bantai, lena wei, lenaaa. Last sekali kami keluar pagi – pagi balik kampung. Tak pun mak ayah aku keluar pergi memana. Bagi tak ada kereta depan rumah. Dia bunyi hon pon kami adik buat keras dalam rumah. Bayangkan sampai setengah jam picit hon. Lepas kami amalkan tips tu, dia pon tak mai dah. Di samping sound bagi terus terang. Tapi makan masa wei. Bertabahlah. Ang baru jiran. Aku keluarga terdekat sendiri wei. Arw4h dah orang tua tu

Waina Suffi : Dulu saya pon ada jiran, suka jugak datang umah saya. Tapi la ni dia dah pindah saya pulak yang str3ss. Murung. Ya la dulu bekas jiran saya kalau datang bukan datang sesaja, ada je dia bawak, laksa la bihun goreng la kek la, sedap – sedap pulak tu. Dia pandai masak. Kira kalau datang tu saya dah tak yah masak dah untuk family. Hurmmm, sekarang ni, nganga jer la saya, geram betul.

Syima Pinkie : Wah ni bukan skuad onion punya perangai ni. Macam ada spesis baru, mungkin buah peIaga. Orang jumpa dalam masakan confirm letak tepi, kalau tergig1t memang rasa gerammm jeee.

Ummu Sakinah Basiruddin : Pernah dulu masa kecik, jiran datang umah mak, dah tak nak balik balik dari pagi sampai petang. Anaknya ber4k kenc1ng biar je, dulu pakai napkin kan, habis tembus dia buat tak tahu je.. Dia rajin masak, pagi – pagi dah masak pastu simpan peti ais, laki dia balik nak makan, mak kata tu laki dah balik nak makan, dia kata tak apa nanti laki dia ambik dalam petis ais, ingat nak balik rupanya tidak.

Nak halau mak tak sampai hati, lama – lama mak biar je dia mak buat kerja mak. Tapi dia tak masuk dalam rumah anak dia je, dia duk depan tangga. Lama lama dia g4duh dengan laki dia, laki dia baik je tapi tak tahulah punca apa pastu cerai dia balik umah maknya. Lega betul kami waktu tu, mak kata dia dah tak ada. Anak dia kesian sangat, nangis, meragam nak tido nak baring ke dia buat tak tahu je. Ber4k basah pun dia biar je, kesian anaknya. Tapi itu zaman dulu, rupanya zaman sekarang pun ada ye. Eh jap, ntah ntah orang yang sama sekarang turun plak dekat anak dia pulak. N1ayalah hahaha pastu cucu sebab sis ni kata maknya pun macam tu kan dulu.

Ieyka Erika : Saya pon ada jiran macam ni daripada pagi sampai malam duk menangok kat rumah saya. Dari nenek sampai cucu – cucu dia sekali pon datang lepak. Siap pakej buka tv santai – santai lagi dekat rumah saya. Last dah tak tahan saya mangga pintu rumah saya. Tahu pon dia bengang saya buat macam tu kalau datang bersebab tak apa ni datang rumah saya sebab nak membawang. Last – last sampai sekarang dia tak datang rumah saya lagi. Nak lalu depan rumah segan dah sekarang.

Apa kata anda?