Jiran suka buang sampah dekat rumah aku. Anak – anak dia sengaja letak sampah bawah kasut. Bila aku buang ada balik

Dia beli motor secondhand banyak – banyak, diorang parking motor kat situ dan buat bengkel sekali dekat sebeIah rumah kami. Disebabkan rumah yang dia bina betul – betul belakang rumah kami dan kewujudan bengkel dia tu, kami dah takde pintu keluar em3rgency…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Aku dah tak tahan dengan per4ngai jiran aku yang suka buang sampah dekat kawasan rumah aku (rumah pusaka). Jiran aku ni sebenarnya ialah abang aku, dia tinggal di belakang rumah aku bersama family dia dan kawasan rumah kami dalam satu lot yang sama.

Jadi hari – hari dia akan lalu depan rumah aku. Aku tinggal berdua dengan ibu, mungkin sebab tu family abang rasa superior. Ada kawasan tempat kami selalu sidai kain dia dah ambil jadikan tempat dia parking kereta dia.

Lepas tu beli motor secondhand banyak – banyak dan ambil lagi kawasan lain, diorang parking motor kat situ dan buat bengkel sekali dekat sebeIah rumah kami. Disebabkan rumah yang dia bina betul – betul belakang rumah kami dan kewujudan bengkel dia tu, kami dah takde pintu keluar em3rgency.

Beli motor banyak – banyak dan bina bengkel tu dia buat lepas ayah aku meninggaI. Aku dah banyak kali g4duh dengan family abang aku ni pasal sampah. Awal – awal aku tegur secara lembut tapi anak sed4ra aku prov0ke.

Anak sed4ra aku semua dah umur 18 tahun ke atas. Sepatutnya boleh fikir dah tapi per4ngai macam budak – budak. Bila aku tegur, ada yang mengadu kat mak diorang. Kakak ipar aku ni tak boleh orang tegur ank dia punya salah. Dia tuduh aku dengki sebab tu tegur anak dia.

Padahal anak dia yang rajin buang sampah rata – rata dan sampah tu berterbangan ke tempat kami. Kadang – kadang diorang letak sampah macam plastik dan resit bawah kasut aku. Aku nampak je sampah tu asalnya di tempat diorang tapi tiba – tiba ade dekat depan rumah aku.

Biasanya aku letak balik sampah tu dekat tempat diorang dan ada masanya sampah tu datang semula dekat rumah aku. Abang aku ni pulak, bila aku suruh tegur anak, dia suruh aku tegur sendiri. Dia tak nak terlibat kalau anak dia yang bersalah.

Hal parking pun sama, kalau yang parking sampai block pintu rumah aku tu anak dia, dia akan suruh aku yang selesaikan dengan anak dia. Biasa aku akan mesej atau call sebab malas nak ke rumah dia kerana laluan banyak semak dengan sampah.

Call biasa tak angkat, kalau mesej dia akan baIas tapi dia suruh aku mesej anak dia yang bermasalah tu sendiri. Dah tu anak dia jenis lambat tengok mesej dan tak angkat call. Aku tak faham, korang duduk satu rumah kannn?

Kenapa si ayah tak boleh nak bagitahu kat anak yang motor dia mengganggu laluan? Padahal bukan diorang ada masalah hubungan pun tapi bila hal ni aku kena cakap sendiri pulak. Ibu aku nasihat abang pun tak guna, dia tak nak dengar sebab cuma ibu tiri.

Baru ni aku tegur anak sed4ra aku lagi suruh dia kutip sampah. Kejadian berakhir dengan tengking menengking antara kami sebab dia takmau mengaku tu sampah mereka. Dalam 2 minggu ni masih lagi dia letak sampah dekat halaman rmh kami.

Tu belum lagi dengan mentaliti diorang yang tong sampah mesti kotor. Aku dah tegur kalau buang sampah dalam tong, kena ik4t plastik supaya sampah tak bersepah. Bagi pendapat diorang ok je sampah berterabur dalam tong, lagipun itu kan tong sampah.

Sampah tu akan melekat dalam tong menyebabkan ulat akan jatuh ke tanah even lori sampah terbalikkan tong untuk masukkan dalam lori. Dan pekerja majlis dekat kawsan aku memang takkan kutip mana – mana sampah yang bersepah atas tanah masuk dalam lori walaupun sikit.

At last, sampah yang atas tanah tu berterbangan serata halaman rumah aku. Masa raya bulan lepas, diorang main mercun dalam halaman rumah aku dan biar je sampah dekat situ. Aku geram, aku kutip dan campak dekat kereta diorang.

Lepas tu anak – anak sed4ra aku ni diorang beraya rumah abang aku yang lain. Main mercun jugak dan diorang upload status dalam group “pak sed4ra paling sporting”. Tak taw la nak perli aku sebagai mak sed4ra yang tak sporting langsung ke apa tapi peduli apa aku kan sebab korang buat sampah, pandai la buang.

Dah besar semuanya. Umur pun dah sesuai jadi mak bapak. Nak tanya pendapat pembaca, apa tindakan sewajarnya nak buat ye? Letih dengan orang yang tak mngaku salah lepas tu play v1ctim cerita dekat orang lain yang mereka ters4kiti.

Dalam family memang nama aku busuk pun sebab ada mulut macam ni bawak cerita. Kalau boleh majlis band4ran tu angkut sekali orang macam ni okey jugak, dah tu tak reti nak urus sampah. Takde common sense langsung. Sekian. Harap korang boleh bagi pendapat yang bernas dan berkesan. – Aina (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Na Rai Na : Takleh pagar ke kawasan rumah tt ni? Ke tanah pus4ka tu tak selesai pembahagian faraid lagi? Kalau dh selesai, usahakan pecah lot / tanda sempadan. Ini kena libatkan pejabat tanah supaya tiada isu timbul kemudian hari. Biar semua sahih, bertulis hitam putih. Lepas tu buat pagar tinggi.

Bunga Jun : Saya pun alami masalah yang sama juga sis. Jiran belakang juga, baru buat rumah dan tinggal di belakang rumah belum sampai 1 tahun, tapi dah buat per4ngai dah. Buang sampah di kawasan perumahan kami yang sudah berpagar.

Sampah tu banyak sangat la sampai berulat – ulat ada kotak – kotak lagi. Mak aku geram sangat, mak aku pergi rumah jiran tu. Tegur jiran yang buang sampah sembarangan kat tempat kami. Makcik tu kata dia tak tahu pun yang kawasan tu adalah tanah kami.

Dah kami pagar, mestilah kawasan tanah tu kami punya. Satu cara yang kami buat adalah letak papan tanda “DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI KAWASAN INI” tepat – tepat berdepan dengan pintu dapur makcik tu.

Cara ni sepatutnya berkesan dengan mereka yang faham tentang apa yang di sampaikan. Tapi mak cik ni mungkin tak faham kot. Ialah dia tak buang sampah kat kawasan kami dah tapi dia buang sampah di kawasan jiran sebeIah kami.

Baru – baru ni mak aku tegur lagi jangan buang rumput – rumput ataupun batang – batang pokok di kawasan rumah kami. Tapi makcik tu meIawan. Penat dan malas dah mak aku nak tegur. Apa yang aku buat adalah doa je banyak – banyak supaya jiran belakang kami ni berubah.. Entah cara apa lagi aku nak buat supaya dia sedar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.