Bayangkan dua anak tiri aku perempuan, berumur 10 dan 11 tahun. Anak – anak tiri aku sehingga kini suami aku mandikan, suapkan makan dan dodoikan sehingga tidur. Aku kena tidur dekat bawah katil. Suami bagi amaran, kalau aku tidur luar..
#Foto sekdar hiasan. Assalamualaikum.. nama aku Sha, aku awal 30an, aku seorang yang ceria dan manja. Aku berpendidikan serta mempunyai kerjaya yang tetap. Aku baru berkahwin dalam tempoh 8 bulan bersama duda yang mempunyai dua cahaya mata perempuan lingkungan umur 10 tahun dan 11 tahun.
Lelaki duda baru menduda setahun. Sebelum berkahwin kami sangat bahagia seperti pasangan bercinta yang lain. Ini adalah kali pertama perkahwinan diri aku. Tiada niat hendak membuka aib tapi diri aku kini telah taw4r hati walaupun baru berkahwin. Aku ikhlas anggap mereka seperti anak – anak aku.
Kehidupan aku mula berendam airmata setelah aku bernikah. Benarlah bercinta itu tidak seindah berkahwin, setelah berkahwin baru kita mengenali pasangan kita itu. Tak terluah dengan kata – kata ketika menaip kisah diri aku yang dianggap perempuan paling bertuah di mata rakan – rakan sekeliling aku.
Ingin aku luahkan di sini, kehidupan aku adalah sebagai seorang isteri pjj. Syukur alhamdulillah, dari segi nafkah zahir batin suami aku beri mengikut kemampuan dan aku tidak pernah meminta yang bukan – bukan malah aku bersyukur dengan apa yang ada.
Ujian yang aku lalui kini bermula setelah lafaznya nikah sah aku jadi seorang isteri. Majlis doa selamat diadakan pada hari nikah aku dan selesai sahaja majlis, pada hari itu jugak suami aku tiada di sisi. Ramai orang bertanyakan kepada aku termasuklah orang tua aku sendiri, mana suami?
Untuk pengetahuan, suami aku pulang ke kuala lumpur untuk menguruskan anaknya. Tinggal aku sorang diri di kampung. Mulanya aku anggap tidak mengapa sebab memikirkan inilah pilihan aku, memilih duda ada anak, anak adalah tanggungjawabnya. Aku kena redha.. ya aku kena redha.
Setelah berbulan aku lalui kehidupan sebagai isteri serta ibu tiri, bukanlah tanggungjawab yang mudah. Sebelum berkahwin jandanya pernah pesan pada aku, d3rita akan bermula. Pada aku, aku terima suami aku seorang yang baru, aku tidak mahu ambil tahu kisah – kisah terdahulu dan siapalah aku untuk menghukvm orang itu baik atau jahat.
Sebulan telah berlalu, suami aku membawa aku pergi bercuti untuk berbulan madu, aku sangat teruja, sebab ini masa aku dan suami, tapi h4mbar. Bekas isteri suami tidak henti call suami aku dan anak – anaknya. Pada aku tidak mengapa pada mulanya tapi kalau 15 minit sekali call, tanya di mana buat apa? Aku merasakan, seolah – olah berebutkan kasih sayang.
Aku cuba positifkan diri akhirnya aku menangis juga bukan mengenangkan apa yang terjadi, menangis kerana aku terima whatsapp dari anak tiri aku, digelarnya aku per4mpas. Aku sabar serta diam tanpa pengetahuan suami aku.
Satu hari kami sekeluarga keluar makan bersama. Suami aku langsung tidak mempedulikan aku dan anak – anak sebab sibuk dengan handphone, bila aku tegur dia terus melenting. Baru aku tahu suami aku adalah seorang lelaki yang panas baran, sehingga beberapa kali airmuka aku jatuh kerana ditengking aku depan anak – anak dan orang ramai.
Niat diri aku adalah menegur, pada waktu makan telefon letak dahulu ditepi, jamah dahulu rezeki akhirnya aku dipermaIukan. Bukan itu sahaja, anak – anak turut ketawakan aku dan merasa bangga bila bapanya buat begitu.
Aku cepat – cepat minta maaf pada suami jika perbuatan aku membuatkan aku salah. Aku taknak jadi isteri derh4ka. Seterusnya, mengenai anak – anak, mind set mereka ibu tiri adalah jahat, aku cuba ambl hati anak – anak dengan mendekatkan diri aku dan perhatian aku kepada mereka, aku mengajar mengaji dan macam – macam lagi.
Anak – anak tiri dididik dengan cara mewah dan agak liberal. Hendak nak dibanding kehidupan dengan aku dan suami. Aku sedar aku tidak layak untuk menegur suami mengenai didikan anak kerana aku belum mempunyai zuriat. Salah ke aku berikan didikan agama? Didikan pelajaran?
Aku tahu anak – anak tiri aku agak kurang dalam pembelajaran, aku tidak menyangka anak aku cuba sedaya untuk tarik perhatian suamiku untuk menampakkan aku seorang ibu yang jahat, sehingga orang sekeliling aku cakap kepada aku, kena kuat, kena tahan semampu boleh, minta kekuatan dengan Allah.
Berbeza dengan anak lelaki, anak perempuan cemburunya lain. Anak – anak tiri aku sehingga kini suami aku mandikan dan suapkan makan serta dodoikan sehingga tidur. Aku? Aku cuma tidur di bawah berendam airmata manakala suami aku bersama anak di atas katil.
Suami aku memberi amaran jika aku keluar bilik aku jadi isteri derh4ka, aku terdiam lagi. Sabar lagi. Aku sebagai seorang isteri naluri aku nak dimanja dan dibelai juga, tapi sampai bila? Anak – anak aku bukan kecil, dan sepatutnya kena pisah bilik tidur, bukan k3jam tapi privasi serta aib suami isteri.
Akhirnya aku tidur di bawah demi menjaga hati anak – anak. Ketika suami dan anak – anak tidur, lama aku tenung mereka, entah apa aku rasakan sehingga aku solat tahajud pun aku menangis, ini yang dipanggil tekanan? Atau aku cemburu kerana tidak diberikan perhatian?
Anak – anak aku suka menangis tanpa sebab jika melihat bapanya bersama dengan aku ataupun bermesra. Anak aku terbiasa dilayan dan dimanja, segala kerja rumah, masak, pinggan mangkuk semua aku uruskan mereka cuma makan serta tinggal begitu saja, sehingga aku pernah menangis dalam tandas kerana terlalu penat, hujung minggu aku adalah bersama mereka.
Aku dan suami? Bila suami aku ingin bersama sahaja dia mencari. Aku layankan tidak kira fizikal dan mental aku penat sekalipun. Tak pernah suami aku tanya aku ok ke tidak? Tolong isteri buat kerja rumah? Itu belum campur suami aku ada skandal lain sebelum berkahwin dengan aku, isteri serta janda. – Sha (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aini Mohamad : Puan. Saya dan hampir 100% netizen lelaki dan wanita di sini bersetuju untuk puan keluar dari perkahwinan puan sekarang. Buat puan. Itu penjara dunia.. Keluar lah. Bahagia ada di luar puan. Apa yang suami puan amalkan tu, bukan sekadar toksik bahkan di luar kenormalan hidup berkeluarga dan tidak selaras ajaran agama.
Jom puan. Fail kan penceraian. Tulis taw4r hati. Alasan ini kukuh. Kami semua support dan doakan puan. Semoga dipermudahkan urusan penceraian puan. Dan berjumpa jodoh baru yang sejuta kali lebih baik. Hugs.
Hardati Abdul Hamid : Kalau anda rasa sanggup mend3rita seumur hidup, teruskanlah. Jika tidak sanggup, buat keputusan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Hidup dengan lelaki panas baran memang sering dis4kiti.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.