Sebelum kahwin, saya dah ajak dia untuk bermadu tapi dia yang tak nak. Lepas saya kahwin dengan suami, bekas isteri asyik minta duit, guna alasan anak. Yang saya sedih nafkah saya lagi sikit..
#Foto sekadar hiasan. Salam Admin. Tolong hide ya nama saya. Saya berumur dalam 20-an baru berkahwin dalam setahun. Suami saya berumur sikit, dan duda ada seorang anak lelaki. Sebelum kami kahwin dia dah dalam proses bercerai kerana bekas isterinya derh4ka, itu dari kata – kata suami saya lah.
Anaknya tinggal bersama ibunya dan saya dan suami juga hubungan jarak jauh. Beberapa bulan sekali saya jumpa suami. Anak dia baru sekolah rendah. Kadang – kadang suami duduk di rumah bekas isteri dengan alasan tidur dengan anak. Saya cuma nak pendapat betul ke saya rasa sedih dengan tindakan suami saya.
Masalahnya sekarang janda suami baru sahaja membeli kereta baru dan suami yang bayarkan sebanyak RM3000 sebulan dan suami kata untuk anak. Bekas isteri ni masa kahwin surirumah sepenuh masa sebelum ini tapi anaknya sorang sahaja dan pada saya bolehlah dia kerja untuk bayar kereta sendiri, sekurang – kurangnya separuh.
Saya sendiri pon tidak pakai kereta, cuma naik public transport. Yang saya sedih juga, suami bagi elaun pada saya kurang daripada anak dia. Anaknya dapat RM2000 sebulan untuk duit makan. Yuran sekolah, klinik atau baju semua bekas isteri akan claim.
Sekali shopping mesti beribu – ribu. Suami saya akan bayar lain pula untuk shopping dan lain – lain. Bajunya sehelai pon beratus. Saya dapat RM1500 sebulan, dan itulah duit makan saya, duit transport dan duit shopping.
Suami saya memang bukan kedekut orangnya, dan kalau saya balik jumpa dia memang dia belikan macam – macam. Tapi saya kesian dia sendiri nak beli apa – apa untuk diri dia fikir banyak kali. Anak dia sekali beli kasut Rm700, padahal baru sekolah rendah.
Kalau dia cakap pakai la duit yang ada, bekas isteri akan meng4muk kata rezeki suami itu ada rezeki anak apa semua sedangkan suami yang sediakan dari A-Z. Dia satu sen tak perlu keluar duit. Rumah itu pon suami yang beli sebelum ini. Suami akan ambik anak masa cuti sekolah.
Suami jenis kerja pindah randah sebab itulah anaknya tidak tinggal dengan bekas isteri. Pada saya boleh je cakap ‘NO’ pada anak, mak ayah kita pon bukan jenis bagi barang beribu – ribu dan takut anak merajuk dan itu tidak buat mak atau ayah jadi jahat pon.
Bekas isteri dan anaknya pon kalau pergi holiday luar negara, suami bayarkan untuk bekas isteri dan anak. Pada saya itu bukan tanggungjawab bekas suami. Mula – mula sebelum kahwin saya ada lah keinginan untuk baik dengan bekas isteri. Mula – mula saya ajak bermadu tapi dia taknak.
Bekas isterinya sangat menjengkelkan dan telefon keluarga suami buruk burukkan saya, kemudian marah – marah suami melarang berkahwin dengan saya. Dia kata bahawa saya bukan perempuan baik walaupun tidak kenal saya.
Saya marah masa tu kerana suami tidak marah pon bekas isteri dia m4ki hamun saya. Lepas berkahwin saya terus tak suka perempuan itu. Saya bercadang untuk bawa suami saya berubat. Suami seperti ikut telunjuk bekas isterinya dan kami asyik g4duh kerana pada saya suami melakukan lebih daripada tangungjawab dia.
Bekas isteri marah kata suami patut jumpa anak selalu, jangan asyik berkepit dengan saya. Padahal kami juga jarang berjumpa sebab PJJ. Tapi bila bekas isteri datang dengan anaknya, dia bawa anaknya keluar sampai malam, suruh tidur dan makan bersama dia walaupun suami mahu jumpa anak dan tidur dengan anak. Dia suka gunakan anak untuk dapat apa yang dia nak.
Bila suami kata ‘tak’ pada arahan dia, dia akan kata anak dia marah pada suami sebab buat dia sedih. Pernah dia mintak duit dari suami (selepas bercerai yee) untuk duit modal buka bisnes dan dia suruh anaknya message suami. Dia suka buat suami rasa bersalah pada anak. Nasib baik suami tak bagi.
Dalam hal ini saya ke yang tak faham. Suami kata saya tidak faham dia lakukan demi anak dan kami berg4duh selalu pasal ni. Saya sangat sedih. Saya nak tanya suami di luar sana kalau ada bekas isteri anda akan lakukan ke semua ni?
Perlu ke sebenarnya bayar kereta rm3000 sebulan, kemudian nafkah beribu – ribu sebulan untuk seorang anak? Kemudian holidays trips overseas juga kena bayarkan. Bekas isteri siap mintak rm500 untuk beli bag buat guru anaknya dan suami saya bagi walaupun pada saya tak make sense langsung bagi hadiah guru rm500. Guru apa tu ambik hadiah mahal gitu? – isteri yang keliru.
Komen W4rganet :
Ikhwan Ahmad : Pandai laki tu. Dari cerita ni kita buat kesimpulan, duit tak berapa ada tapi masih sayang isteri 1st. Tujuan kawen 2nd seabb nak minta support kewangan dan jadi kuli bini 1st di samping layan batin. Baik la ko lari je kak macam dipergunakan saja. Kalau baca cerita ni, dia bukan sayang ko pun, dia tetap sayang bini 1st.
Cik Yusma: Kesianlah… tidak nampak lagi ke, kakak? Sudahlah kena tipu, duit kena paw… kudrat digunakan. Setakat romantik itu bukan mengenyangkan pun. Sedarlah, sampai bila awak mahu tanggung semua dalam rumah itu… tanggung rasa, tanggung makan minum, sudah seperti kuIi tidak bergaji.
Pembantu rumah pun setiap bulan ada gaji, ini awak gaji boleh bagi ke isteri pertama, nafkah konon… kejadah dia nafkah dari sumber orang lain. Itu bukan seorang suami yang bertanggungjawab.
Zaliha Deeya: Isteri pertama sudah reda dengan si suami kaki penipu, yang isteri kedua pula sudah sedar ditipu hidup – hidup oleh suami. Mana mungkin sudah tidak cinta dia mahu simpan lagi isteri pertama itu selepas menikah isteri kedua.
Sila angkat kaki, kakak, sebelum beranak – pinak. Esok lusa kakak pun terima nasib seperti isteri pertama, dicanangnya pemalas, tidak memasak, tidak tahu layan suami, kemudian dia kahwin lain pula. Kesian kedua – duanya dipergunakan. Jadilah bijak, kakak, fikir balik sampai bila hidup mahu jadi h4mba.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.