2 lagi anak tiri akan datang waktu cuti sekolah. Isteri benarkan mereka masuk bilik kami dan tidur dengan isteri. Saya? Saya akan tidur di masjid atau taman permainan. Saya mengalah..
#Foto sekadar hiasan. Buat semua pasangan yang bermasalah dalam ni, bersabarlah. Sebenarnya kita semua tak sempurna. Memang kita diciptakan untuk melengkapi 1 sama lain agar ia lebih sempurna. Meh saya share sesuatu. Andai ada pengajaran di dalamnya, ambil lah. Kot – kot boleh jadi saham Akhir4t saya. Izinkan saya share ya..
1. Waktu kenal isteri saya, saya cuma tahu isteri saya ada ibu sahaja. Itu pun isteri saya tak boleh jumpa. Saya pernah diajak jumpa ibu dia waktu tu curi – curi jumpa di sekolah. Sebab ibu dia kerja cleaner di sekolah.
2. Atas dasar suka dan rasa bertanggungjawab nak bahagiakan dia, saya nekad terima dia yang berstatus janda anak 5 dan dia lebih tua 8 tahun dari saya. Masa saya nikah, ada 2 anak d4ra frust tau. Ada market rupanya saya. He he he.. Tapi saya tetap pilih isteri saya..
3. C4baran pertama saya adalah waktu nak jumpa ibu dia yang tinggal bersama ayah dan anak – anak tiri isteri saya. Saya dihalau oleh mereka. Hari ni, mereka semua dah berbaik. Alhamdulillah, saya mampu layan mereka seperti mereka tak buat salah pada saya. Walau pun mereka tak pernah minta maaf.
4. Selepas 5 – 6 bulan bernikah, saya dapat tahu isteri saya ada seorang anak luar nikah. Hati saya h4ncur sebab ditipu. Dulu isteri saya kata, itu anak angkat, anak tiri bekas suami dia (dah lupa sebab saya dah lupakan).
5. Selepas itu, saya dapat tahu ayah kandung isteri saya masih hidup. Bercelaru otak saya. Sebab kami bernikah berwalikan hakim.
6. 3 anak tiri saya tinggal bersama kami. 2 lagi (termasuk anak luar nikah) tinggal dengan bekas suami dia. Setiap kali cuti sekolah, mereka akan datang tinggal bersama. Saya jenis tak kisah tapi ntah lah. Part ni susah nak kata..
7. Jika ada apa – apa masalah, isteri saya akan cerita dengan anak – anak tiri saya yang tinggal sama – sama kami. Saya dapat rasakan, mereka ada rasa benci saya. Terutama anak lelaki. Saya pernah ditolak dan hampir bertumbvk kerana saya tegur isteri saya berkaraoke dengan lelaki lain di telefon.
Mungkin terlalu banyak perkara tak tahu betul atau tidak yang isteri saya meluah. Kadang – kadang luahan isteri saya banyak tersalah sampaikan ada yang saya boleh kategorikan sebagai fitnah. Kesan dari isu ni, hidup saya hanya di bilik tidur sahaja. Saya tak tengok tv kat ruang tamu, kadang – kadang makan dalam bilik, sebab malu diperlakukan begitu.
8. 2 lagi anak tiri yang datang waktu cuti sekolah pula lain ujiannya. Isteri saya benarkan mereka keluar masuk bilik suka – suka. Sekarang ada masa mereka tidur dalam bilik tidur kami. Saya? Saya akan tidur di masjid atau taman permainan.
Saya segan tidur ruang tamu sebab ada masalah dengan 3 anak tiri seperti yang saya sebut pada no 7 di atas. Saya mengalah sebab benda ni akan buat kami berg4duh. Semua yang saya sebut di atas saya mengharapkan isteri saya HARGAI saya. Seperti ucapan terima kasih terima apa yang berlaku.
Dan HARGAI saya mengalah hingga sanggup tidur di mana – mana asalkan anak tiri saya yang datang waktu cuti ada masa dengan ibu mereka. Tapi SEMUA TU TAK BERLAKU HINGGA KE HARI NI. Kalau saya beritahu, isteri saya kata saya mengungkit. Padahal saya nak dengar dia ucap terima kasih. Hu hu hu..
Side saya pulak? Ya saya ada kekurangan. Sejak karier saya jatuh, hidup kami mula susah. Dulu setakat sekali makan 4 – 5 ratus saya tutup mata je. Sekarang dah tak macam dulu. Iya lah masa kenal, income saya boleh jejak 17 ribu sebulan. Sekarang nak capai 3 ribu pun susah..
Kini perkahwinan kami dah nak masuk tahun ke 5. Saya dah boleh terima semua yang saya sebut di atas TANPA ISTERI SAYA HARGAI. Bila saya terlalu mengharap, itu yang sering berg4duh, ungkit mengungkit dan lain – lain.
Cara saya kawal diri saya adalah ingat perkara – perkara yang baik yang isteri saya pernah lakukan. Walau pun isteri saya dah tak macam dulu, saya gembirakan diri saya ingat kisah – kisah lama je. Sejak ekonomi saya tak ok, saya jarang dapat makan masakkan isteri saya.
Isteri saya dah tak suka tidur sebeIah saya. Sedih tau. Hu hu hu.. Dulu saya cuba baIas apa yang dia buat pada saya. Kini tak dah. Saya usaha untuk bersabar. Apa pun isteri saya buat, saya cuba baIas dan layan seperti tiada apa – apa insyaa Allah.
Dan saya masih berjuaang untuk perbaiki hubungan dengan anak – anak tiri dan ekonomi saya. Dan insyaAllah saya tak nak baIasan apa – apa dah. Kini semua kerana Allah.. Doakan saya dapat terima semua ni sampai akhir hayat saya ya sahabat – sahabat.
Doakan isteri saya juga ya. Dulu dia tak macam sekarang. Sejak ekonomi goyah, baru dia berubah. Mungkin keletihan dengan ujian kesusahan. Cuma apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah,
1. Tiada manusia yang sempurna. Sebab itulah suami isteri harus saling melengkapi. Bukan suami pertikai kurang isteri, dan isteri pertikai kurang suami.
2. Jangan tunggu pasangan kita buat baik, baru kita nak buat baik. Masing – masing fokus jalankan tanggungjawab masing – masing. Jangan berhenti berdoa agar Allah balikkan hati pasangan kita.
3. Jika pasangan tetap tak berubah, berbelas tahun lamanya, memang dah tak boleh tahan? Pergi pejabat agama dapatkan kaunseling..
4. Selalulah KENANG PERKARA BAIK yang pasangan kita pernah lakukan. Agar terubat hati kita walau pun sebentar..
5. Dan akhir sekali yang sepatutnya yang pertama, usahakan solat berjemaah dengan pasangan. Mulakan yang ni dulu ya. Kemudian belajar agama slow – slow terutama suami. Maaf cakap, suami kena ambil berat part ni. Dan sekali lagi maaf, isteri pun sama jangan lah tunggu suami jadi baik, baru si isteri nak jadi baik.
Saya gagal sebenarnya. Waktu bisnes saya jatuh, isteri bantu saya. Bila dia dah lelah, dia mengungkit, saya pun mengungkit. Dia h1na saya, saya h1na dia balik. Akhirnya inilah kesannya. Walau pun saya rasa saya lagi banyak berk0rban, saya tak boleh baIas macam tu dulu..
Sebab tu saya bertahan. Harap ada sinar. Walau pun hampir seluruh ahli keluarga dia tak tahu punca sebenar.. Ok la cukup dah rasanya. Moga ada pengajaran yang boleh diambil ya. Saya tengah fikir nak tidur taman permainan atau masjid ni. Sebab malu nak tidur ruang tamu. Sebab ada anak tiri saya yang bercuti mungkin nak tidur di bilik. Harap – harap isteri saya suruh tidur bilik lah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.