Kahwin dengan lelaki anak mak, aku redha bercerai. Selepas cerai mertua terus kacau. Aku call mertua, menjerit macam histeria

Bekas suami sibuk kahwin cerai kahwin cerai tapi nafkah anak – anak tak bagi. Dia kata, dia sanggup masuk ner4ka dari terp4ksa bagi nafkah dekat anak – anak. Bertahun tak datang jumpa anak, tiba – tiba bekas suami datang dengan isteri baru hantar ‘barang.’

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Kebelakangan ni aku banyak luangkan masa dengan membaca confession di sini. Pelbagai luahan, kisah dan pengalaman yang boleh aku jadikan iktibar dan muhasabah diri.

Kelmarin aku baru keluar wad dan diberi cuti jadi inilah masa untuk aku bersantai di rumah. Tadi, sebaik saja kisah pelakon wanita yang baru bercerai melintas di wall FB, terus aku bersemangat nak berkongsi kisah. Aku tak kata kisah kami sama, ye. Kot ada pula yang marah.

Aku NARYA, seorang ibu tunggal. Mempunyai dua orang puteri remaja. Perkahwinan aku bermasalah kerana bekas suami seorang yang cerewet tak bertempat, nars1stik, baran dan malas kerja. Maklumlah, anak emak. Oh ya, dia juga seorang cemburu buta.

Bagi aku yang terbiasa berdikari sejak kecil, bab malas kerja ni bukan isu ringan ye. Tapi JAY (bekas suami) anggap itu hal remeh. Kenapa macam tu? Kami sekeluarga tinggal bersama ibu bapanya di sebuah Felda (di pantai timur).

Ibunya dominan dan menjadi ketua keluarga (bapa takut bini). Makan minum dan r0kok untuk anak lelaki kesayangannya disediakan. Apa dia minta dari ibunya, WAJIB dapat. JAY memang kesayangan ibunya – ALOYAH (dah tentu bukan nama sebenar).

JAY anak pertama daripada 3 beradik. Jarak umurnya dengan adik nombor dua, jauh beza. Mungkin itu yang buat dia dilebihkan, ditimang intan payung lambung tinggi – tinggi oleh si ibu. Kemuncak krisis rumahtangga kami waktu puteri bongsu aku berusia empat tahun.

Masa ni kami dah keluar dari rumah ibu bapanya dan menyewa di tempat lain. Berkali – kali aku bertahan dan bagi peluang. Dilayan macam h4mba, dim4ki hamun. Ini tak termasuk campur tangan ALOYAH dan suaminya lagi.

Sampai satu masa, aku rasa sangat letih. Aku buat keputusan untuk berhenti bertahan. Cukuplah. [Panjang kalau nak cerita pasal per4ngai JAY. Tengoklah kot aku rajin, aku sambung bahagian dua. Kalau rajin, lah. Hihiii]

Dengan nekad, aku bagitahu dia aku nak undur diri dari perkahwinan ni. Si JAY menangis meraung sambil peIuk aku. Dia minta maaf dengan janji nak berubah, sanggup ikut aku pindah jauh, akan dengar cakap aku dan tak kisah jika tak balik jumpa ibu bapanya. Asalkan kami tak berpisah.

Puteri – puteri aku menangis kesedihan di dalam bilik mereka. Aku turut menangis kerana terkilan. Saat hati dah tawar baru dia nak sedar. Sedangkan selama aku bertahan tu, dia tak hargai. Maaf, JAY. Dah terlambat. Aku kesian tapi dah takde ruang dalam hati aku untuk kau lagi.

Dalam proses perceraian tu pun macam – macam hal berlaku. Takpe lah, yang penting kes selesai. Alhamdulillah. Masa sebutan kes kami, JAY ada bawa seorang wanita bersama. Sedangkan sebelum tu dia bagi amaran pada aku agar datang sendiri, tak boleh datang dengan sesiapa apatah lagi lelaki lain sebab akan menjatuhkan air muka dia. Begitulah kata – katanya. (Eh, dia datang bawa makwe, boleh pula.)

Walaupun begitu dia ada berjanji akan bagi nafkah anak sebanyak RM200 tiap bulan. Katanya lagi jika ada lebih, dia bagi lebih. Alhamdulillah. Itu je aku mampu jawab. Tak lama selepas bercerai JAY bernikah dengan makwenya, si YUYUN.

Nafkah yang dijanjikan dengan mulut manisnya hanya nampak bayang – bayang. Tahun pertama bercerai, jumlah keseluruhan dia bagi cuma RM200. Untuk setahun ye, bukan sebulan. Tahun kedua, RM50. Selepas tu tak pernah bagi. D

ia kata kalau bagi lebih, aku yang makan duit tu. (Kelakar, kan). Waktu ni aku dah bekerja di KL manakala puteri – puteri aku di bawah jagaan ibu aku di negeri lain. Aku akan berulang alik dari KL ke kampung setiap dua minggu kerana rindukan mereka.

Tahun pertama perceraian, cuma dua kali JAY ambil ERIN (puteri bongsu), bawa balik rumah ibu bapanya. Puteri sulung aku (YAYA) tak mahu ikut bapanya. Dia tr4uma. Walaupun YUYUN tak ngam dan memusuhi aku tapi ERIN dilayan dengan baik.

Ada sekali waktu ERIN bersama mereka, aku hubungi JAY hanya untuk bercakap dengan ERIN. Kerana dah dua minggu tak jumpa (cuti sekolah). Rupa – rupanya YUYUN sengaja buat loud speaker. Sepanjang beberapa minit aku berbual dengan ERIN, aku mendengar ejekan dan h1naan YUYUN. Perkataan ‘JANDA’ disebut berulang kali.

Dia juga ejek aku tak malu sebab hubungi suaminya walhal aku nak cakap dengan ERIN. Aku terp4ksa tamatkan perbualan sebab ERIN tak selesa dan banyak diam daripada berbual dengan aku. Tahun ketiga perceraian kami, JAY ada hubungi aku. Meluahkan masalah rumahtangganya.

Juga hubungan baru dengan wanita lain. Aku hanya mampu nasihatkan agar dia perbaiki hubungannya dengan YUYUN lagipun mereka baru saja menimang cahayamata. Sebelum ramadhan, JAY hubungi aku lagi. Dia maklumkan akan bercerai dengan YUYUN. (Waktu ni YUYUN dah balik kampung).

Dia juga perkenalkan makwenya – SINA (janda tanpa anak). Aku ada berbual sebentar dengan wanita itu. Walaubagaimana pun aku tetap tegur JAY agar berbaik kembali dengan YUYUN demi anak mereka. Aku simpati kerana si anak masih kecil, perlu kasih sayang daripada ibu bapa.

Aidilfitri tahun sama, JAY datang ke rumah ibu bapa aku untuk ambil ERIN. Kedatangannya kali ini bersama SINA. Aku tanya SINA – “Yakin ke nak serius dengan JAY? Kau kan tahu JAY ada isteri?”. SINA jawab dia terima walau siapa pun JAY. Malahan anak – anak JAY akan dianggap dan dilayan seperti anak sendiri.

Mendengar kata – kata SINA, aku diam. Ye, itu urusan mereka. Apa yang penting hubungan puteri – puteri aku dengan bapa mereka akan lebih baik. Sebulan selepas aidilfitri aku hubungi JAY untuk ingatkan dia mengenai nafkah puteri – puteri kami. Dia terus naik angin.

Dia kata aku menyusahkan dia. Dia suruh aku kahwin supaya suami baru aku akan tanggung kami semua. Aku jawab – sekiranya aku kahwin dengan jutawan sekalipun, wajib bagi dia sebagai bapa untuk tanggung anak. Aku tegaskan, hukum bab nafkah ni bukan manusia yang tetapkan.

Ini hukvm Allah jadi dia bising – bising tu nak pertikai hukvm tuhan ke camne? Ada juga beberapa hal yang sempat aku bebelkan sebab geram sangat. Dia jawab selamba je – “Takpelah. Daripada aku kena bagi nafkah, masuk ner4ka pun masuk ner4ka lah”.