Maria sengaja gugurkan kandungannya daripada perkahwinan keduanya semata – mata disebabkan dia mengandung anak perempuan dan gunakan janin tersebut sebagai bayaran sih1r pemisah.
#Foto sekadra hiasan. Assalamualaikum.. Saya merupakan ibu tiri kepada empat orang anak perempuan hasil daripada perkahwinan pertama suami. Yang sulung berumur 11 tahun, kedua 9 tahun, ketiga 6 tahun dan bongsu 3 tahun.
Suami telah bercerai selama setahun sebelum mengenali saya. Dan bekas isteri (Maria) telah berkahwin dengan duda anak 4 pada bulan 12/2021. Saya dan suami berkahwin pada 3/2022. Setelah berkahwin, saya hidup agak janggal kerana saya anak d4ra hidup dengan anak – anak tiri.
Anak – anak tiri sentiasa berg4duh sesama mereka. Biasalah umur ketika itu budak – budak. Tapi saya positifkan diri, layan anak – anak sebab saya dah mindset anak – anak tu amanah Allah untuk saya. Selepas 2 minggu saya berkahwin, Maria dapat tahu dan bermula tragedi tragis kami.
Di mana kami selalu bertengkar dan Maria selalu Whatsapp suami dan masih bahasakan diri ‘sayang’ ‘b’. Semua benda bekas isteri akan Whatsapp suami saya. Malah laptop dia rosak pon minta tolong suami saya sedangkan dia sudah bersuami.
Bila saya tegur stop using sayang b, katanya Whatsapp berkenaan dengan anak sahaja dan cop saya insecure. Tidak lama lepas tu, Maria bercerai dengan suami duda tu. Kami suami isteri juga menjadi panas bila duduk bersama.. rumah jadi sempit, serabut, str3ss, benci, marah.
Dipendekkan cerita, saya disahkan hamil anak lelaki dan berita itu sampai di telinga Maria. Semasa mengandung 9 bulan, saya kerasukkan. Suami bawa saya ke perubatan Islam. Dan mendapati bahawa Maria yang menghantar sih1r pemisah, sih1r tunduk (supaya suami dan anak – anak akan sayang dan teringat – ingat kat dia),
Sih1r pembenci (supaya anak – anak benci saya dan ayahnya dan anak – anak nak tinggal dengannya), sih1r m4ti (tutup peranakkan saya supaya bayi Iemas semasa beranak). Dan sih1r – sih1r ni dihantar setiap masa terutama bila anak – anak balik ke rumahnya setiap hujung minggu (sih1r dikirim).
Kami juga dapat tahu yang Maria sengaja gugurkan kandungannya daripada perkahwinan keduanya semata – mata disebabkan dia mengandung anak perempuan dan gunakan janin tersebut sebagai bayaran sih1r pemisah.
Selepas kami tahu kami disih1r, suami menjaga jarak antara dia dan Maria. Dia hanya reply Whatsapp bila perlu dan tak angkat call (hantar sih1r semasa bercakap). Dan kami sentiasa buat solat hajat dilindung dari anasir – anasir jahat.
Anak – anak pon tahu semuanya kecuali siapa yang menghantar sih1r tu. Kami suami isteri sepakat untuk merahsiakan perkara ni dari anak – anak. Biarlah di mata mereka, ibunya yang terbaik. Saya selamat melahirkan anak lelaki dan suami melarang sesiapa pon ambil gambar baby.
Takut sampai ke tangan ibunya dan hantar sih1r kepada baby. Maria sentiasa update di fb mengatakan yang saya ni ibu tiri yang jahat dan selalu ani4ya anak – anak. Maria selalu play v1ctim dan membuat cerita bahawasanya dialah insan terani4ya kerana suami saya menghalang anak – anak dari berjumpa dengannya.
Sedangkan dia tahu yang anak – anak ada kelas ganti hujung minggu dan dia ada kerja hujung minggu. Jadi daripada anak – anak ditinggalkan di rumah dan tidak terurus, lebih baik anak – anak tak perlu pergi rumahnya.
Dia juga selalu menghalau anak dari rumahnya dan main perasaan anak – anak. Dah halau, minta datang rumah pula. Anak – anak dijadikan seperti bola. Ditendang sana, ditendang sini. Tapi sampai sekarang tidak pula dia tuntut hak penjagaan anak kerana dia tahu yang dia tak mampu nak menjaga anak – anak.
Dia mer4cun fikiran anak – anak dengan menyatakan saya ibu tiri jahat, jangan lupa dia yang melahirkan anak – anak, halang anak – anak dari post gambar atau video ada saya dalam account media sosiaI mereka. Dia p4ksa anak – anak letak dp Whatsapp gambar dia dan anak. Dengan harapan saya sedar yang bukan saya yang lahirkan anak – anak.
Tak perlu nak try hard jadi baik sebab tu anak – anak dia. Kami suami isteri hanya tergelak kecil dengan insecurities dia. Bagi saya, biarlah orang nak mengata saya ibu tiri jahat asalkan saya tahu, saya dah jaga amanah Allah sebaik mungkin.
Anak – anak akan lihat sendiri. Saya tak perlu nak buktikan apa – apa. Memang betul saya dan suami ada marah anak – anak. Kami marah atas dasar mendidik dan mengajar. Marah sebab tak basuh pinggan sendiri, marah sebab tak kemas bilik, marah sebab buat sepah, marah sebab tak basuh kasut sekolah, marah sebab mencuri, marah sebab tak dengar.
Kata dan marah sebab tak menjaga adik – adik. Kami tak akan marah tanpa sebab. Dan saya tak pernah sentuh anak – anak (r0tan atau jentik sekalipun). Tapi saya dicop mend3ra anak – anak sedangkan Maria yang pernah naik mahkamah atas tuduhan mend3ra anak – anak tirinya semasa perkahwinan kedua dia.
Walaupon sekarang Maria sudah berkahwin dengan teruna dan mengandung 2 bulan, tetaplah sampai sekarang sih1r dan sant4u dihantar kepada kami anak beranak. Saya mohon kepada yg membaca luahan saya, doakan supaya bekas isteri insaf dan datang minta maaf atas segala khurafat yang dilaIukannya. – Intan (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Fatimah Mohd Yusof ” Pulangkn balik anak – anak dia pada dia… tt mulakn hidup baru dengan suami. Jangan lupa suh suami bayar duit nafkah anak – anak pada bekas isteri dia. Mungkin dia nak anak – anak dengan dia.
InsayaAllah settle masalah sebab dia pun dah berkahwin baru. Saya cuma nak nasihatkan bab – bab sih1r ni kalau tak nampak depan mata jangan tuduh – tuduh takut jadi fitnah. Kalau s4kit berubat je. Dan tolonglah jangan cepat buruk sangka dengan orang tt.
Nak mintak maaf belakang hari tu yang payah. D0sa dengan Allah mudah diampun tapi d0sa dengan manusia tu yang berat. Silap gaya kita pikul plak d0sa orang tu kat sana asbab pahala yang kita ada dah abis beri kat orang tu, d0sa dia plak kita amik. Nauzubillah. Maaf jika ada tersalah kata, renungan buat diri saya juga.
Sherri Hazmi : Bak mai dengar cerita beIah bekas bini dia pulak. Aku kalau orang tulis macam ni, macam dia je terpaling mulia terpaling baik terpaling perfect ni aku tak boleh percaya. Kau bercerita semua yang hitam buruk je pasal orang lain nampaknya ni. Aku tak boleh caya orang macam ni.
Nuzaa Zamar : Kalau kisah sih1r – sih1r ni mesti akan ada comments yang tak percaya. Takpa sis, saya percaya sebab saya pun sedang mengalami. Yang tak percaya tu hati – hati ya dalam berkata – kata. Jangan angkuh sangat. Bukan apa, risau Allah uji anda semula dengan kata – kata tu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.