“Awak rasa awak mampu ke? Sebab selama ini saya yang jaga diri saya sendiri, anak, mak ayah awak dan awak? Cukup ke duit awak untuk jaga isteri baru? Semua yang awak rasa selesa semua ni sebab saya yang jaga, yang bantu? Mampu ke awak uruskan dua rumah sedangkan rumah yang ada ni pun, saya yang jaga?”
#Foto sekadar hiasan. Salam Jumaat buat semua pembaca. Sebenarnya sudah lama aku pendam dan cuba nak lupakan tapi tak boleh. Semuanya selepas dicurangi oleh suami. Sejak berkahwin, aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaik mungkin sama seperti isteri – isteri yang lain.
Dalam masa yang sama aku bekerja dengan tujuan membantu suami. Rutin harian aku memang sangat padat kerana aku perlu jaga kedua orang mentua yang agak uzur. Bangun pagi aku akan bersiap dan hantar anak ke sekolah, terus pergi kerja.
Kemudian tengahari aku akan balik rumah untuk masak sebab mentua ada di rumah, kemudian ambil anak balik sekolah dan sambung kerja. Bila petang balik kerja terus sediakan makan di rumah dan kena siapkan semua sebelum pukuI 6.30 petang.
Lepas makan malam aku sambung kerja ofis yang tak siap. Aku hanya boleh tidur selepas jam 12 malam. Hujung minggu pun jangan haraplah boleh rehat, kena kemas rumah menyapu, mop, lap cermin, lap perkakas rumah.
Semua buat sorang – sorang dengan harapan suami nampak apa yang aku buat. Harap dihargai segala penat lelah aku uruskan rumahtangga. Suami setiap minggu akan outstation selama 3 hari. Jadi segala hal rumah aku pikul termasuk la sekiranya ada apa – apa kerosakan barang dalam rumah, aku akan aturkan untuk baik pulih atau buat sendiri.
Aku carilah cara dekat FB ataupun youtube. Walau aku bekerja aku cuba sebaik mungkin untuk jaga rumah sebab memikirkan suami keluar cari rezeki untuk keluarga. Urusan kewangan juga aku bantu dari beli barang dapur dan aku tak pernah minta duit suami untuk perbelanjaan rumah, duit kereta, sekolah anak atau perbelanjaan diri aku sendiri sebab dia selalu meratip tak cukup duit.
Jadi aku bantu untuk ringankan beban. Segala urusan sekolah anak aku uruskan, tak nak kusutkan kepala suami. Dia hanya perlu fikir tentang kerja dia je. Aku ni bukanlah kaya tapi aku ada syarik4t yang kecil. Aku beli kereta untuk syarik4t tapi aku kesian dekat suami, jadi aku beri dia guna untuk pergi kerja malah segala kos servis kereta tu pun aku bayarkan.
Tapi hati aku sangat h4ncur bila suami curang dengan isteri orang, staff suami. Dan bini orang tu pun dah cerai dengan suami dia sebab nak kahwin dengan suami aku. Bila suami aku kata dia nak jaga prempuan tu juga macam mana dia jaga aku, aku terus kata,
“awak rasa awak mampu ke? Sebab selama ini saya yang jaga diri saya sendiri, anak, mak ayah awak dan awak? Cukup ke duit awak untuk jaga isteri baru? Semua yang awak rasa selesa semua ni sebab saya yang jaga, yang bantu? Mampu ke awak uruskan dua rumah sedangkan rumah yang ada ni pun, isteri yang urus dan jaga?”
Suami terdiam dan dia kata dia tahu aku akan ungkit hal ini. “Memanglah saya akan sebut sebab nak bagi awak sedar kemampuan awak sebelum bertindak ikut nafsu dan supaya betina tu tahu kemasnya awak, bergayanya awak adalah sebab ada sorang isteri di belakangnya.”
Mulai saat itu aku juga telah hentikan semua bantuan yang aku bantu suami selama ini. Urusan rumah aku serahkan 70% pada dia. Urusan sekolah anak 100%. Makan minum 100% pada dia, segala bil rumah dan hutang – hutang 100% pada dia.
Sekarang aku amalkan ni duit aku dan aku tak akan bantu seperti dulu lagi. Sebelum ini kalau keluarga ada masalah aku akan selesaikan tapi sekarang aku serah pada suami 100% untuk fikir cari jalan dan selesaikan. Aku nak dia jalankan tanggungjawab sepenuhnya selepas apa yang dia buat selama 3 tahun menipu curang belakang aku dengan alasan nak cari rezeki untuk keluarga.
Betina yang dah berangan nak suami aku tu pun aku dah sound, jangan nampak orang lain senang konon semua atas usaha suami tu. Kena ingat ada prempuan lain iaitu isteri dia yang bantu uruskan hal rumahtangga, hal kewangan.
Ingat suami – suami ni banyak duit sangat ke kalau bini – bini ni tak tolong. Kau tu dah ada suami patut bantu suami kau tu sama – sama, bukan tinggalkan suami dan nak r4mpas suami orang lain untuk hidup senang.
Aku luahkan sebab aku penat sangat fikir kenapa suami tak nampak apa yang aku dah lakukan untuk dia. Aku juga nak pesan jadi isteri jangan terlalu sangat berdikari dan percaya sangat pada suami.
Komen Warganet :
Nur Annisa : Mintak maaflah kalau saya katakan sis yang membuka ruang untuk suami menjadi manja, abaikan tanggungjawab, dan serahkan pada sis, sebab dia tengok sis mampu untuk lakukan semua. Dalam hukuum syara’, tanggungjawab isteri hanya dua, yaitu berhikmat untuk suami dan menjaga anak.
Memasak dan menguruskan rumah tangga hanya wajib bila suami suruh, itu pun suami tidak boleh mem4ksa, kerana tanggungjawab suami menyediakan makan dan minum. Begitu juga menjaga mertua, bukan tanggungjawab menantu untuk menjaga mereka, yang bertanggungjawab menjaga adalah anak – anaknya. Menantu boleh membantu dengan sukarela, bukannya tanggungjawab yang harus dipatuhi.
Kebanyakan orang lelaki, jika dia tengok isteri berdikari mampu serba serbi, mulalah nak lepas tangan dan serah semua dekat isteri. Sebab itu husband sis naik lemak. Tapi sekarang nasi sudah jadi bubur sebab ruang yang ada digunakan untuk curang, dan bukannya bersyukur.
Kalau saya peribadi, dalam rumah tangga ni hal – hal yang lain mungkin masih bertolak ansur, kecuali dua perkara. Pertama, keg4nasan dalam rumah tangga. Kedua, curang. Kalau ada salah satu saja, maka, mahkamah jawapan yang terbaik. Sertiap orang berhak utk hidup bahagia. Berhentilah untuk memperb0dohkan dan mengh4mbakan diri sendiri pada orang yang tidak tau menghargai.
Ayu Razali : Jangan lupa puan, lepaskan juga tanggungjawab menjaga kedua mertua tu kepada anaknya. Baru dia sibuk dengan hal anak – anak dan orang tua dah takde masa lagi nak berseronok di belakang puan. All the best yang lain serah pada Allah walaupun hati dah tawar hidup perlu diteruskan dan pastikan puan jaga badan dan sayangkan diri sendiri sebab puan dah tahu apa yang berlaku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.