Kak Ain bongkar rahsia dan aib suami tapi cara kak Ain baIas..

Selama hari ni saya kagum tengok jiran saya bahagia dengan anak 6 orang. Diorang selalu pergi dating berdua sebab anak pun dah besar. Sehinggalah saya perasaan Kak Ain mula bekerja sebagai pembantu kedai. Dia mula pakai mekap tebal macam pengantin. Satu hari saya dengar bunyi mereka berg4duh kuat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga Facebook. Terima kasih sudi siarkan penulisan ini. Nama saya Miza. Kisah yang saya kongsikan ini bukan untuk membuka aib tapi saya harap dapat memberi iktibar buat kita semua.

Begini ceritanya, saya berpindah ke sebuah kawasan perumahan 8 tahun yang lalu. Kawasan kejiranan ini, pada pandangan saya sangat tenang dan harmoni. Jiran – jiran pun mesra dan ramah, selalu bertukar juadah. Salah seorang jiran yang paling saya rapat ialah Kak Ain.

Kak Ain seorang surirumah, manakala suaminya Abang Kaer seorang penjawat awam. Mereka mempunyai 6 orang anak. Walaupun anak mereka ramai tapi saya kagum tengok mereka bahagia seolah – olah pasangan muda bercinta, keluar makan berdua, bershopping tanpa anak – anak.

Yelah kan, anak sulung pun dah umur 20-an.. boleh diharap untuk menjaga adik – adiknya yang lain. Tapi keadaan ini berubah bila Kak Ain mula bekerja sebagai pembantu kedai makan. Dia beritahu saya, dia bekerja untuk membayar installment penapis air sebab dia telah order tapi Abang Kaer kata tak mampu untuk bayar disebabkan komitmen bulanan yang lain.

Sejak Kak Ain bekerja, perubahan paling ketara ialah penampilan dirinya. Kak Ain yang saya kenali semasa dia seorang surirumah, berbadan agak gempal. Berhias pun sederhana, cuma berbedak dan bergincu nipis ketika keluar bersama Abang Kaer.

Dia tidak pandai bermekap tapi setelah bekerja dia punya mekap tu bukan biasa – biasa. Mekapnya dah tebal kalah pengantin! Lama kelamaan, rumahtangga mereka tidak sebahagia dulu. Tiada lagi kemesraan seperti selalu.

Sampai satu ketika, mereka berg4duh besar. Saya dan suami terdengar bunyi kuat dih3mpas ke lantai dan suara Kak Ain menjerit! Ketika itu jam 5 pagi, saya bangun untuk menyiapkan bekalan sekolah anak – anak. Saya rasa tak sedap hati, risau kalau ada perkara buruk yang berlaku.

Saya WhatsApp Kak Ain, tanya apa yang berlaku. Tapi dia tidak membaIas. Saya bertanya bukan sebab nak menyibuk hal rumahtangga orang tapi atas dasar prihatin. Pada hari yang sama, Kak Ain menelefon saya sambil menangis – nangis.

Dia tanya saya, boleh tak dia nak datang rumah? Ada banyak benda dia nak cerita. Saya jawap, datanglah, saya cuba tolong kalau ada perkara yang mampu saya tolong. Kak Ain pun datang ke rumah saya, dia ceritakan kisah rumahtangganya.

Abang Kaer kerap menonton video Iucah sehingga anak – anak pun pernah terlihat koleksi video dalam simpanan telefonnya. Dia cakap Abang Kaer asyik melayan video sehingga tertidur dan pernah terkongsi video itu ke group WhatsApp sekolah anaknya. Astaghfirullah!

Kak Ain ceritakan sebenarnya sudah 4 tahun dia diabaikan. Mereka tidak lagi tidur sebilik dan sekatil. Saya bertanya Kak Ain, Abang Kaer bagi alasan apa untuk tidur berasingan? Kak Ain cakap alasannya sebab dia penat.

Saya minta Kak Ain berbincang baik – baik tanya Abang Kaer apa puncanya. Tapi Kak Ain cakap, memang tak boleh nak ajak berbincang langsung sebab akhirnya akan bertekak dan berg4duh. Kak Ain mengadu, dia syak Abang Kaer ada perempuan lain sebab tu dia diabaikan.

Saya cakap pada dia supaya cari bukti dulu, kalau ada bukti kukuh, baru buat tindakan. Tapi anak – anak Kak Ain menghalang dan tidak mahu membantu Kak Ain mengintip kegiatan Abang Kaer. Kak Ain cakap, waktu hujung minggu pun Abang Kaer tetap pergi ke pejabat.

Katanya, nak siapkan kerja. Logik ke? Kalau saya di tempat Kak Ain, saya pun rasa curiga. Saya cadangkan pada Kak Ain untuk pergi kaunseling rumahtangga di pejabat agama. Tapi Kak Ain cakap, dia dah tawar hati nak hidup bersama Abang Kaer.

Dia kata nak tuntut fasakh pulak. Saya tanya dia, Abang Kaer ada pukuI dia tak? Dia cakap Abang Kaer tak pernah d3ra fizikaI dia tapi dia d3ra em0si dan mentaInya. Saya sebagai seorang wanita, tentulah saya rasa simpati pada nasib Kak Ain.

Tapi rupanya ada plot twist. Kak Ain terlepas cakap pada saya, yang dia tengah berkawan dengan seorang lelaki. Saya bertanya Kak Ain, bila dia mula kenal lelaki tu? Dia kata hampir 2 tahun dan lelaki tu suami orang.

Astaghfirullah! Saya speechless. Saya tak sangka Kak Ain boleh terjebak dengan suami orang sedangkan dia masih lagi isteri Abang Kaer. Saya nasihatkan dia, jangan berhubung lagi dengan lelaki tu, putvskan hubungan terlarang ini!

Jangan jadi orang ketiga dalam perkahwinan orang lain. Kak Ain cakap dia tahu perbuatan dia tu salah tapi dia tersepit dalam situasi ini. Seolah – olah ini takdirnya. Dia kata lelaki tu banyak bantu dia, hadiahkan dia dan anak – anaknya barang – barang yang tak pernah Abang Kaer berikan pada dia selama perkahwinan mereka.

Katanya lelaki itu lebih mengambil berat dan membahagiakan dirinya. Saya cakap pada Kak Ain, jangan tunduk dengan nafsu. Tolong fikir tentang masa depan anak – anak. Saya terkilan bila Kak Ain jawap, “Aku ada hak untuk hidup bahagia, anak – anak aku dah besar, mereka faham keadaan aku!”

Tapi matlamat tidak menghalalkan cara. Saya sedih Kak Ain pilih jalan ini untuk cari kebahagiaan. Bukan saya tak cuba bantu Kak Ain, tapi apa yang mampu saya buat kalau itu pilihan dia sendiri. Awal tahun lepas dalam tempoh PKPB, Kak Ain telah tinggalkan rumah dan anak – anaknya.

Dia masih isteri Abang Kaer kerana mereka belum bercerai. Saya tak pasti mungkin ada sebab – sebab lain yang buatkan Kak Ain tinggalkan rumah. Sekarang Kak Ain bekerja di daerah yang sama dengan skandalnya. Manakala semua anak – anaknya tinggal di rumah bersama Abang Kaer.

Abang Kaer yang uruskan persekolahan anak – anak. Anak gadis mereka yang baru habis SPM menggalas tugas memasak, mengemas dan menjaga adik – adiknya. Dua orang anak yang besar telah bekerja. Saya doakan Kak Ain diberikan hidayah untuk berhenti berhubungan dengan suami orang dan pulang ke pangkuan anak – anak kerana saya tahu anak – anaknya sangat merindui Kak Ain.

Kadangkala saya masak lebih sedikit dan berikan lauk – pauk pada mereka adik beradik. Sedih pulak saya fikirkan sebab ada seorang anaknya yang umur sebaya dengan anak saya. Ya Allah, IindungiIah anak kecil ini yang tidak bersalah.

Jika tiada lagi j0doh mereka suami isteri, berpisahlah dan jangan terus melakukan maksi4t. Jangan abaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Ujian rumahtangga mereka sangat memberikan pengajaran kepada saya.

Para suami, jadilah ketua keluarga yang membimbing dan melindungi supaya isteri dan anak – anak sentiasa menghorm4ti kalian. Bila tiada kejujuran, akan hilang kepercayaan. Buangkan tabiat buruk seperti tinggalkan solat, menonton video p0rno, main jvdi, minum ar4k, hisap d4dah supaya anak – anak tidak terjebak di masa depan.

Untuk para isteri, berbelanjalah ikut kemampuan suami dan elakkan berhias diri keterlaluan kerana ini akan mengundang mata – mata liar untuk memandang. Jika kecewa dengan sikap suami yang tidak pernah berubah, maka letak jawatan sebagai isteri.

Pegang jawatan sebagai h4mba Allah. Banyakkan berdoa. Perg4ntungan hanya pada Allah, bukannya makhluk. Semoga Allah kurniakan sakinah, mawaddah dan w4rahmah dalam kehidupan rumahtangga kita. Sekian, wassalam. – Miza (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Denasot Dena Donat : Itulah, benda macam ni kita tak boleh dengar sebeIah pihak je. Kadang – kadang yang bercerita dengan kita tu pun mesti dia nak nampak yang dia je baik, orang yang dia cerita lah yang buruk sangat.. hmm tapi nak dengar side satu lagi pun bukannya side satu lagi tu baik dengan kita ye dak? Semoga yang mana tersesat tadi tu kembali ke pangkal jalan, hidup bahagia sepertimana awal perkahwinan mereka

Isaiah Iskandar : Bila dia kata dia tahu pasal laki dia dengan p0rno, tapi anak taknak tolong. Something fishy.. Kalau bapak aku da sampai terhantar ke group wasap, bukan takat tolong cari bukti, tolong hantar mak aku pergi makhamah syariah lagi. So.. Something wrong la bila kau yang lari dan anak kau semua duduk dengan bekas suami.

Wan Nur Fariees Fitrie : Mak aku pernah cakap yang perempuan ni dia taknak nampak yang dia buruk, dia sanggup menipu. Kalau betul dia baik, dia takkan tinggalkan anak – anak. Kalau betul laki dia yang jahat, pasti laki dia akan abaikan anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?