Kak ipar lari tinggalkan abang dan anak umur 5 bulan. 5 tahun aku jaga anak saud4ra lepas abang meninggaI, tiba-tiba dapat surat mahkamah

Aku saksi arw4h abang aku hilang arah lepas kak ipar lari tinggal dia dengan anak yang masih kecil. Abang pula diberhentikan kerja. Masa abang datang nak pinjam duit RM100, mak h1na abang pemalas. Satu hari abang pesan dekat aku, jaga anak dia…

#Foto sekadar hiasan. Aku Dania. Umur aku baru 25 tahun, tahun ni, masih bujang but not available, dan ini kisah aku. Arw4h ayah aku berkahwin dua, yang pertama is mak aku, dan yang kedua is Mama. Hasil perkahwinan dengan Mama, ayah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu arw4h abang aku, aku panggil as Abang Dan.

Dan ibu pulak lahirkan aku dengan adik bawah aku nama dia Norlia. Disclaimer, nama dalam story ni just nama samaran ye, kang tulis nama betul, takut lah pihak – pihak tu tahu yang aku tulis confession ni. Mama aku meninggaI akibat ser4ngan jantung lepas tahu yang arw4h ayah meninggaI masa arw4h ayah tengah settlekan urusan kebunnya.

Tak lama lepas tu arw4h abang pulak meninggaI sebab nahas jalan raya. For inform4tion, arw4h abang aku ni duda anak satu, dia bercerai dengan isteri dia masa anak dia baru 5 bulan. Isteri dia bukan w4rganegara dan after bercerai isteri dia pulang ke negara asal atas sebab nak uruskan perkahwinan barunya.

Tapi yang pelik, dia sanggup ye tinggalkan anak dan tak pernah pun sekali nak melawat anak dia. Masa arw4h abang masih hidup dan masa tu dia tengah struggle nak besarkan anak dia, sumpah dia sendiri pernah berpesan kat aku if dia tak ada nanti, dia nak aku tolonglah jaga anak dia dan sayang anak dia macam aku sayang anak aku if nanti aku dah kahwin dan ada anak.

Hahaha… aku ingat benda tu joke. Rupanya tak. Betullah orang cakap, kadang – kadang orang ni macam boleh tahu yang dia akan pergi siap tinggalkan pesanan. Keadaan aku sekarang pulak, aku dengan mak aku dah lama tak bertegur sapa sejak kes aku g4duh besar dengan mak aku.

Alkisah dia mak aku nak aku sambung belajar after SPM, tapi aku tak nak sebab aku nak cari duit sendiri, dan aku tak nak lah macam adik aku tu, sikit – sikit mintak mak, sampaikan duit nak dating dengan pakwe pun mak bagi.

Mak aku tu pulak, ada jer salah aku yang dia nak cari, bab anak bongsu dia memang tak boleh nak sentuh even just nasihat sekalipun. Selain dari kisah aku tak sambung study, kisah aku buat keputusan untuk jaga anak buah aku ni pun jadi isu ya.

Mak aku ni kadang – kadang aku tertanya – tanya jugak, mana lah pergi sifat kemanusiaan dia. Bayangkan, masa arw4h abang aku baru bercerai, dan masa tu arw4h abang memang lost giIa, dia diberhentikan kerja, anak pulak kecik – kecik lagi dah terputus susu dari ibu dia yang kurang bertanggungjawab tu.

Lepas tu arw4h abang dah tak ada ayah and Mama, cuma kitorang jer lah yang dia ada even dari mak lain, and mak tu bukan mak dia.. Tapi mak tetap mak tiri dia. Mak boleh pulak marah dia siap cop dia “pemalas” sebabkan dia datang rumah dan mintak tolong dari mak untuk bagi dia pinjam 100 untuk beli susu and pampers anak, lepas tu dia mintak tolong untuk mak tengokkan anak dia sementara dia nak cari kerja.

Sedangkan kan.. masa tu mak dah habiskan hampir separuh harta arw4h ayah which is duit bank arw4h ayah sebab mak terpedaya dengan love sc4m macam tu. K3jamkan?? Sebab tu lah aku rasa tak bersalah bila aku buat keputusan untuk jaga anak buah aku sendiri.

Amanah kot, dan itu satu – satunya amanah yang arw4h abang tinggalkan. Mak masa aku decide nak jaga anak abang aku masa awal – awal, dia ng4muk tau siap buat per4ngai budak – budak. Aku tahu jer sebenarnya mak marah bila dapat tahu arw4h ayah bagi penama kebun dia kat arw4h abang.

Aku tahu mak tak suka arw4h abang macam mana mak tak suka Mama. Tapi, mak tak layak menghukvm sebegitu rupa. Masa aku jaga anak arw4h abang aku tu kan. Masa tu aku dah kerja, tapi kerja kilang lah. Aku memang ada duit simpanan, dan duit tu sebenarnya aku kumpul untuk sambung study.

Tapi bila tahu mak macam tak nampak usaha aku nak sambung study siap cakap aku ni kedekut bab duit gaji even dah jelaskan banyak kali yang aku simpan duit tu untuk study, so aku malas dah. Okay, pastu minggu first aku jaga anak buah aku tu, kan masa tu aku masih kerja, tapi aku mintak lah dekat orang atasan aku untuk ambik syif malam, so pagi ke petang aku adalah masa untuk tengokkan anak buah aku.

Malam masa aku tak ada, adik aku yang akan jaga. Aku tak p4ksa, tapi dia nak tolong even mak marah – marah untuk biarkan jer budak tu. Tapi sebabkan aku kesian kat adik aku asyik kena marah, so aku cakap kat dia yang aku nak berhenti kerja dah.

Then masa kau berhenti kerja, aku guna sepenuhnya duit aku untuk beli keperluan baby. Mak aku masa ni dah penat mulut kot so dia senyap jer and buat hal dia, tapi kalau aku pakai barang rumah macam mesin basuh untuk basuh baju baby, mak aku sendiri aku m4tikan mesin basuh tu dan suruh aku basuh pakai tangan.

Bukan tu jer, kalau baby nangis, mak aku akan marah dan suruh aku bawak di keluar. Sedih tau. Aku berkaca mata hari – hari dan lastly aku decide untuk tinggal kat rumah Mama yang tak ada siapa duduk tu. Rumah Mama dengan rumah Mak jauh ye jaraknya, so tak adalah aku nak hadap mak aku tu.

Dia tegur orang boleh, bila kita tegur dia nak marah – marah siap cakap aku ni anak derh4ka. Penat aku layan dia, boleh mental karang. Dekat rumah Mama ni serba serbi cukup sebab Mama ni sejenis yang rajin. Nak makan, tinggal petik jer sayur belakang rumah. Rumah dia pun ada kandang lembu kambing.

Sebelum aku pindah ke sini, adik Mama yang akan tengok – tengokkan. Lepas tahu aku jaga anak arw4h abang and mak layan aku teruk – teruk sampai aku decide tinggal kat rumah Mama, adik Mama jugak tolong uruskan.

Yang jadi masalah untuk aku sekarang is how to be a good mak padahal aku mak instant” kot. Mana lah ada pengalaman. Tapi sejak ada anak” ni aku jadi too much mak – mak. Sekarang umur anak buah aku ni nak masuk 5 tahun dah.

Dia petah bercakap tau macam arw4h abang aku. Tipulah kalau aku tak pernah burnout bila dia overactive, tak reti nak senyap, but itulah pengalaman manis yang aku ada. Dan kalau korang nak tahu, aku per4ng lepaskan lelaki yang aku sayang sebab anak”.

Lelaki tu aku kenal dari zaman sekolah rendah, dia ajak aku kahwin masa anak buah aku ni umur 2 tahun, pastu aku tanya dia “ready tak nak jadi bapak instant?” tapi dia macam tu lah… tak plan pasal anak, nak anjoy dulu zaman berdua.

Ooo aku macam tak rasa dia boleh jadi Papa instant macam aku jadi Mak instant. Dan kalau korang nak tahu keadaan aku sekarang selain nak jadi “good mak”, aku jugak tengah naik turun mahkamah untuk hak jagaan penuh anak buah aku al sebabnya..

Mak dia tiba – tiba muncul. Bertentang empat mata dengan aku belum pernah, tapi tiba – tiba surat sampai ke rumah Mama yang katanya si fulan tu nak anak dia balik. – Dania (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Puan Zulaikha : Semoga dapat hak jagaan penuh. Kesian kat anak kalau tiba – tiba mak dia ambil. Mak kandung dia belum tentu boleh jaga dengan baik. Takut ada udang di sebalik mee memandangkan maknya bukan w4rganegara.

Mohamad NoraMin Sarkawi : Sebabnya mak anak saud4ra awak tu nak harta si bapa. Nak tuntut faraid tak boleh sebab kena cerai sebelum meninggaI jadi si ‘mak’ tu akan gunakan anaknya nak ambik harta arw4h abang awak.

Noraziah Amdan : Perempuan itu muncul kembali mungkin dia sedang a1m tanah kebun arw4h abang yang kini anak buah tt pew4risnya. Bijak sungguh ambil kesempatan. Yang pelik, celik saja mereka tentang harta yang rakyat kita ada. Di negara sendiri tak nampak pulak peluang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.