Kak ipar naik lemak, suruh ‘bela’ anak dia. Anak saud4ra nak sekolah, nak pergi lawatan, kak ipar suruh minta duit dekat saya

Balik kerja saya tengok kereta saya dah takde. Selamba je mak mertua cakap, kak ipar guna kereta saya bawa balik kampung ke Kelantan. Saya tak tahan, saya cabut panel wifi dan astro, semua saya bayar. Saya ugvt telefon polis sebab mereka curi kereta saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan. Saya baru sahaja bercerai dengan suami. Saya redha jika dah tertulis jod0h kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak meng4ibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarik4t swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya.

Jujur saya kata, bekas suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab bekas suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana per4ngai mereka. Sekali lagi, bukan niat meng4ibkan.

Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, bekas suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Bekas suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik – beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya) dan dua adik – adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah.

Walaupun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dengan ibu mertua saya. Dipendekkan cerita, bermulalah satu – satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar dan abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah.

Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya seperti barang basah, duit dapur, bil elektrik dan air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada).

Kami berpakat memperuntukkan RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik – adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak. KonfIik pertama apabila kakak ipar dan suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak – anak mereka (9 dan 12 tahun).

Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, bekas suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar – tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu p0nteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam.

Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun m4kin lama m4kin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rok0k, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru.

Suami mula tidak gemar dan pernah ‘s0und’ abang iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang mengh4sut suami.

Demi Tuhan, saya tidak pernah meIarang suami menolong adik – beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa – apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arw4h ayah suami).

Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak – anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun sem4kin lama anak – anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua.

Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai. Dengan selamba mak ayah dia cakap “mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja dan mak nak pesan barang jugak alang – alang pergi sana.”

Saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang – senang kakak ipar saya cakap macam tu. Anaknya datang dan cakap ‘cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan,” Kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu dan cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana – mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang.

Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dik4takan kami berkira. Saya tak nak suami saya berg4duh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu. Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang.

Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam – macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga.

Suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa yang kami beri lebih pada cukup. Paling saya marah, syarik4t saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya.

Percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya. Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok kdrama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dan macam – macam lagi.

Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam – macam buah tangan untuk mereka.

Mereka masih lagi perIi saya dan cakap macam – macam di belakang saya. Kemuncak semua perkara ini adalah per4ngai kakak ipar dan suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arw4h ayah mertua.

Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu.

Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak – beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama – lama mereka buat seolah – olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar.

Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik – baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar.

Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya. Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ik4t perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia.

Saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah. Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana – mana. Saya tak kisah.

Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada. Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap, “oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila. ko pun bagi – bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut.”

Dar4h saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berper4ng besar. Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membeIa anak – beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditamp4r ibu mertua.

Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perIi ibu saya cakap ibu saya koIot, buat malu je bawak pergi luar negara, seIekeh dan macam – macam, namun saya sabar.

Kali ini mereka meIampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya call kakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh – puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick. Last – last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi.

Terus kakak ipar saya call dan marah – marah cakap diorang pinjam je, macam – macam lagiIah. Tapi saya dah s4kit hati dah dengan keluarga suami saya. Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan.

Sebab itu mertua dan kakaknya berani sangat, sebab suami saya takde. Esoknya, kakak ipar, abang dan anak – anak diorang balik dan kakak ipar ser4ng saya, tamp4r saya tarik – tarik saya dengan suaminya tengok je dan cakap “bagus, bagi je penamp4r, sep4k je betina macam ni”. Mertua pun takde langsung nak meIeraikan.

Mujurlah masa itu, sempat – sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik giIa dan tarik kakak dia. Memang bercakaran jugaklah bekas suami dengan suami kak ipar. Mertua pegang suami dan cakap saya punca semua benda and macam – macam fitnah keluar seolah – olah sayalah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik, masa itu suami cakap ikut dia pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak – masak di apartment baru saya, saya telefon suami, minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi. Dah tak sanggup.

Suami pujuk namun akhirnya dia juga terp4ksa lepaskan. Kami bercerai secara baik, tanpa anak. Bekas suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja. Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Selepas saya mulakan hidup baru, saya sem4kin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini malam – malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas d0sa saya meminta cerai daripada suami.

Saya harap sangat saya diampunkan. Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan – bukan, mendoakan saya m4ti cepat dan mem4ki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru.

Bekas adik – adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul – betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata “kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit.” Hati saya p3rit lagi, tidak habis – habis.

Bekas kakak ipar pun ada message cakap “ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi pot0ng astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko”. Saya screensh0t dan saya hantar pada bekas suami, Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah.

Selepas itu, saya putvskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang – kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya.

Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya berg4ntung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa – apa. Kita tidak terlalu berg4ntung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri. – Mrs. A

Komen W4rganet :

Nura Adila Baharuddin : Sokong awak bercerai. Jangan putvskan hubungan ex suami dengan mak dia. Biar kita je yang berk0rban. Boleh tak awak pindah jauh – jauh sikit. Risau plak dengan suami kak ipar awak tu, takut dorang apa – apakan awak.

Dengan manusia macam kak ipar awak tu eloklah berkira. Tolonglah, jangan ada apa – apa dah dengan keluarga pu4ka ni. Geram betul aku baca, cungap – cungap nafas ni tahan marah. Tukar no, pindah jauh sikit, pakai purdah ke apa ke, tukar kereta lain, jangan bagi dorang peluang kenal awak balik.

Lastly, cuba amal ayat – ayat pendinding ke ape ke. Saya risau dorang perasap awak je. Orang macam tu sanggup buat apa je. Sori tak boleh nak sangka baik dah aku pon.

Nurul Aini : Tak tahu kenapa sedih sangat. Kej4mnya kakak ipar tu. Too much! Seriously this story really open our eyes. Women, don’t let any people take adv4ntage on u. Niat sedekah pada awalnya ok la sikit – sikit but kalau dah tanggungjawab bayar tu bayar ni beli tu beli ni on u.

It’s too much. Mrs.A, u’re strong women. Please make a police report and we pray for your happiness. Moga Allah redhai dan permudahkan perjalanan hidup selepas ini serta dimurahkan rezeki.. amin.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.