Mentang la Allah rezekikan kak ipar aku tu dengan kerja elok, ekonomi bagus, boleh la dia berlagak dengan nikmat duit dia sekarang. Dia gajikan je bibik untuk jaga anak istimewa dia. Dia langsung tak ambik tahu. Tengok pun tak nak..
Salam semua. Dah baca semua komen, takpe aku terima dengan hati terbuka dan maafkan, sebab mungkin salah aku juga tak terangkan betul – betul apa yang jadi. Di sini, aku nak jelaskan sebaik boleh. Dan ini kira penjelasan, bukan nak panjangkan cerita atau back up abang sendiri. Tak akan ada sambungan dah lepas ni.
1. Aku tak kahwin lagi? Salah, aku dah kahwin, bahagia, suami baik sangat Alhamdulillah kita orang pun bahagia. Ye, aku belum ada pengalaman mengandung atau beranak, Tetapi apa yang aku tulis sebelum ni, bukan sekadar memandai,
Tapi berdasarkan pengalaman mak / kakak – kakak / saud4ra mara aku yang rata – rata beranak ramai, ada jugak seorang dua yang ada anak special, tapi tak pernah lagi mer0yan tahap kakak ipar aku yang sikit – sikit guna alasan depr3ssion.
2. Kenapa senang sangat aku tuduh dia tak beriman? Satu, sebab dia sebagai isteri pun suka marah – marah suami, kasar, macam tak bersyukur ada suami. Memang itu per4ngai dia yang abang aku kata sangat susah nak ubah.
Jangan cakap tunggu kahwin dulu baru aku faham, aku dah kahwin dah pun. Dan aku tak pernah tinggikan suara atau biadab pun dengan suami aku sebab aku hormat dia. Korang kena faham, keluarga aku kuat agama, keluarga dia pulak setahu aku kurang bab agama.
Tengok saja dari bezanya cara penerimaan dia dan abang aku, kita dah tau tahap agama / iman / redha pada qada dan qadar seseorang tu. Sampai depr3ss, anx1ety menerima berita anak istimewa yang mungkin penyebab kau ke syurga, sangat sangat memaIukan.
Abang aku dengan mudah terima dengan redha dari awal. Nampak beza kan bila agama bukan pegangan utama dalam hidup seseorang? Dia tak nak ke syurga mudah dengan cara jaga anak tu?
3. Abang aku tak bertanggungjawab? Salah. Per4ngai main game tu lama dah ditinggalkan. Kerja pun dah elok. Hidup dia untuk family dia sahaja. Dia suami dan bapa yang bertanggungjawab. Setiap kali balik rumah kita orang, dia lah yang mandikan anak.
Mesti korang akan cakap, setakat benda – benda asas tak payah la disorak, tapi ramai je yang asas pun tak mampu buat kan? Kerja rumah dan kewangan tu aku tak tau lah sebab tak duduk sekali, nanti cakap lebih, dimarahnya pula. Kakak ipar aku pun tak pernah mengadu.
4. Anak kedua siapa jaga? Siapa lagi kalau bukan abang aku yang korang kutuk tu dan keluarga aku? Apa sumbangan perempuan tu selain dari meneran, lepas tu bayar duit sikit ke pembantu. Pembantu pun harap orang lain carikan.
Dia ingat dia boleh ganti kasih sayang dia dengan duit? Mentang – mentang la Allah rezekikan dia dengan kerja elok, ekonomi bagus, boleh la dia berlagak dengan nikmat duit dia sekarang. Dia fikir s4kit mental dia, dia tak fikir d4rah daging dia sendiri kehilangan kasih sayang seorang ibu?
Budak tu keluar masuk hospitaI dari hari pertama, siapa yang kena bertanggungjawab? Abang aku jugak dengan pembantu dia. Jangan tipu lah, kalau korang pun s4kit hati tengok tugas hakiki seorang ibu merawat anak, bapa pulak kena galas?
Korang kalau pergi wad, tengok siapa jaga? Ibu kan? Aku tak pernah lagi tengok orang terdekat aku anak masuk hospitaI, ibunya buat tak endah sampaikan pembantu pulak kena bermalam dekat wad. Perempuan tu pergi kalau perlu je atas sebab – sebab tertentu dia diperIukan. Itu pun datang dengan muka depr3ssion nya.
5. Mengikut kata abang aku, mak perempuan tu sendiri dah putus asa dengan anak dia. Agaknya dia pun malu dengan anak dia yang per4ngai tak endahkan anak sendiri. Nampak kan siapa bermasalah sekarang? Depr3ssion sekali pun, tengok lah anak kadang – kadang. Korang masih rasa kakak ipar aku tak zaIim kan?
Semua orang dah tak mampu dan tak ingin doa dia berubah dah, kalau anak s4kit pun tak mampu lembutkan hati dia yang keras dan busuk tu, apa je yang boleh ubah dia? Tunggu anak Allah ambil baru nak menyesal agaknya. Nauzubillah..
5. Dalam meratib depr3ssion, anak pertama dia jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tapi anak lain kau campak buat tak wujud? Tak rasa bersalah ke? Oh lupa, tak boleh personal, nanti dituduhnya kita tak faham s4kit mental. Walaupun terang – terang salah dari segi agama tak redha dengan ketentuan Allah SWT dan abaikan anak. Tunggu je la baIasan Allah SWT atas kekufuran nikmat wahai perempuan.
6. Aku tak faham mental iIIness? Salah. Aku baca banyak rata – rata, orang yang w4r – w4rkan postpartum depr3ssion sepatutnya risau anak dia diapa – apakan, bukan buang anak macam binatang. Apatah lagi anak special, yang sangat memerIukan sokongan ibu, tapi ibunya pulak tak boleh berfungsi.
Kalau rasa diri tu giIa tak boleh terima anak, kenapa dari awal tak pergi jumpa psiki4tri? Lepas dah ditinggalkan, baru nak terhegeh jumpa ambil ubat anx1ety? Sebab nak tunjuk dia betul dan guna alasan depr3ssion je kan atas per4ngai dia yang tak endah anak tu?
Pernah dengar tak, orang giIa pun sayangkan anak dia. Perempuan tu dengan selambanya minta maaf dan mengaku dia berd0sa sebab belum mampu terima anak yang dia sendiri keluarkan dari rahim dia, jauh sekali nak sayang lah kan?
Dah sedar diri tu bergelumang dengan d0sa, tak reti bertaubat? Tak reti nak minta maaf dengan orang sekeliling yang dah banyak dia susahkan akibat dia tak dapat terima anak? Kitorang cuba beri sokongan moral pada dia sebulan pertama. Tapi tak nampak langsung perubahan per4ngai.
Agaknya dia malu ada anak tak normal.. Mungkin dia rasa dia terlalu hebat untuk ada anak sebegitu. Ramai lagi orang lagi hebat dari dia, yang ada anak 0KU, lagi teruk keadaannya, yang mampu terima. Kita pun tau, kasih sayang ibu tu sepatutnya semulajadi walau apa pun keadaaan anak. Ni serupa ibIis.
7. Alasan memualkan, sampai dah nak masuk setahun lebih budak ni, tetap guna alasan depr3ssion. Katanya dia tak mampu tengok atau dekat dengan baby sebab pernah ada bisikan untuk buat bukan – bukan masa pantang.
Lepas dah lama ni, guna alasan panic att4ck pulak bila dekat dengan budak tu. Sampai menggigil, cemas katanya. Kononnya, doktor dia yang nasihatkan elak dari dekat dengan budak tu sampai dia pulih. Dah kalau tak belajar dekatkan diri, hatta pandang pun tak nak, macam jijik sangat kau dengan anak kau sendiri, dah bila nak terbit kasih sayang?
Dia kata perIukan masa, yang dia sendiri tak tahu sampai bila dia akan pulih. Tengok gaya, sampai budak ni besar dan mahu makan bertahun – tahun pun masih meroyan dan macam tu jugak la gamaknya. Jadi atas sebab ni lah kitorang sokong keputusan abang aku sebab abang aku sendiri tahu dia tak akan berubah dan tak akan sayang anak sendiri.
Sekarang perempuan tu hadap lah orang (suami, ibu sendiri..) salahkan dia, panggil dia giIa, tak ada iman. Berg4ntung dekat ubat lebih dari pegangan iman dan tauhid. Berbuih semua nasihat dah.. tak jalan juga.
8. Apa abang aku buat untuk rawat bekas isteri dia? Soalan ni sepatutnya tak ditanya pun. Dah abang aku nak fikir kebajikan anak dia, kerja dia, nak fikir perempuan tu punya per4ngai tak tentu hala lagi. Aku sebagai isteri boleh cakap, jadi perempuan tu jadi lah orang yang menenangkan, bukan menyusahkan suami kau yang memang dah terduduk.
Nak orang fikir pasal diri dia sahaja tak boleh juga. Ye, memang dia usaha pergi psiki4tri sendiri. Tapi perlu ke kita nak bersorak sebab dia pergi psiki4tri tapi tak endahkan anak? Jadi, aku harap hentilah kecam abang aku. Dia dah cuba terbaik.
Dan bekas kakak ipar aku memang tak akan berubah selagi dia sendiri tak sedar dia sedang buat d0sa yang sangat besar dengan tidak endahkan anak. Sekian. – Dina (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Mas Mazratul Humairah : Kalau kita ada agama, tak wajar nak menilai kehidupan orang lain walaupun keluarga sendiri. Kita lebih banyak fokus perbaiki diri sendiri. Sebab ada masanya kita akan diuji dengan benda yang kita tak suka atau terlalu menyibuk.
Tugas kita berdakwah sahaja, nak ubah orang atau nak hakimi depa kita tiada kemampuan terhadap itu. Sudah jadi bekas kakak ipar, buat apa lagi nak sibuk. Suruhlah abang awak cari Isteri Sempurna di mata dia kalau ada yang boleh tahan dengan keluarga t0ksik turut masuk campur.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.