15 tahun kahwin tapi kak ipar belum ada anak sendiri. Dia minta nak ambil anak aku yang keempat, umur 6 bulan, anak perempuan. Itu satu – satunya anak perempuan aku. Mengandung anak yang kelima, aku nak bagi dekat kak ipar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak ceritakan kisah yang terjadi dalam hidup aku. Bukan kisah dongeng atau rekaan semata. Ia memang betul – betul kisah realiti. Nama aku Hamidah, bukan nama sebenar.
Aku berumur 34 tahun. Aku mempunyai 5 orang anak. Aku mempunyai kakak ipar yang sudah hampir 15 tahun kahwin tapi belum mempunyai rezeki anak sendiri. Jadi dia pernah bertanya pada aku ingin mengambil putri aku yang pada ketika itu putri aku baru berusia 6 bulan.
Aku ingatkan dia saja main – main cakap. Jadi aku cakap kat dia, “tak boleh kak, dia baru sorang anak gegirl, next time la kak kalau ada rezeki”. Anak aku yang lain semuanya lelaki, dan yang ke 4 tu baru gegirl. Memang takla aku nak bagi pada kakak ipar.
Nak dijadikan cerita pada tahun lepas aku disahkan mengandung. Pada kandungan aku ke 3 bulan, suami aku ada menyatakan hasrat supaya bakal anak kami yang ke 5 ini diberikan kepada kakak ipar. Yelah, dia pun kasihan melihat kakaknya sudah lama tidak mempunyai anak.
Jadi aku pun berfikir sejenak dan dengan berat hati bersetuju memberikan anak aku yang akan lahir ke dunia kepada kakak ipar. Family sebeIah aku tak tahu pasal hal anak angkat ni. Bulan berganti bulan, akhirnya kandungan aku berusia 8 bulan.
Dan pada ketika ini aku sudah tinggal di rumah mentua aku untuk berpantang. Dijangkakan aku akan bersalin pada hujung Mac, tapi aku awal seminggu. Masa ni bulan puasa dan tak lama akan menyambut hari raya. Jadi aku akan berpantang pada hari raya.
Sudah ada tanda bersalin dan aku memberitahu kepada suami. Kami bersiap cepat untuk ke hospitaI. Suami aku memberitahu pada kakak ipar akan hal ini. Aku sangka dia akan temankan aku, yelah bakal anak dia nak lahir kan.
Tapi tekaan aku salah. Kakak ipar aku hanya memberi sedikit duit kepada aku. Aku yang pada masa itu tertanya dalam hati. Tapi aku endahkan perasaan itu seketika dan terus pergi ke hospitaI. Suami aku sempat singgah di rumah makciknya untuk menemani aku di hospitaI.
Tiba di hospitaI, doktor check dan mendapati sudah ada 2cm bukaan. Jadi kemungkinan esok aku bakal melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini. Syukur alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah. Aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kg.
Doktor mengatakan pada petang itu aku boleh pulang ke rumah tapi aku meminta pada doktor untuk pulang esok hari. Doktor pun membenarkan aku pulang esok hari. Bayangkan selama aku di hospitaI, kakak ipar aku tak muncul.
Bukan harap dia jenguk aku tapi anak angkatnya ni. Mak mentua aku tu memang aku tak harap pun untuk jenguk. Jadi, esoknya tu aku pulang ke rumah. Masa pulang tu, semua sambut kehadiran baby baru. Rumah mak mertua pun sudah ramai adik ipar aku pulang untuk menyambut hari raya.
Kak ipar hanya senyum kambing kepada aku. Aku pun senyum kambing la balik kat dia kan. Hari ke 2 di rumah aku berpantang macam biasa. Dan esoknya aku perlu ke kIinik untuk checkup baby aku. Nurse kIinik cakap baby aku ada jaundis (kuning).
Jadi nurse minta aku untuk ke hospitaI. Bila di hospitaI aku tunggu lama result jaundis baby aku. Ternyata aku dan baby dimasukkan ke hospitaI kerana result jaundis baby aku tinggi. Setelah 1 hari 1 malam di hospitaI aku dibenarkan pulang.
Disingkatkan cerita, pada hari ke 7 aku memberikan baby aku kepada kakak ipar aku. Pada masa tu kakak ipar aku sibuk menyediakan juadah berbuka. Mak mertua aku la yang pegang baby aku sekejap. Kakak ipar aku tanya aku “apa motif kau bagi baby kau dekat aku? kau ingat aku ni takde perasaan ke” dengan nada marah.
Aku tersentak dan terus menangis mendengar kakak ipar aku cakap macam tu. Mak mertua aku meminta aku masuk ke dalam bilik. Ye la dah la aku berpantang kakak ipar pula cakap ayat macam tu seolah – olah aku dan suami tak mampu sara anak kami.
Kalau ikutkan hati aku memang jadi orang besar dah tapi aku hanya mampu berdiam diri. Sejak kejadian tu, aku hanya duduk dalam bilik. Makan semua dalam bilik. 4 hari 4 malam aku menangis. Aku juga ada berdoa pada Allah “Jika rezekiku besarkan anakku kau rapatkan kami, dekatkan kami, jika bukan rezekiku untuk menjaga anakku kau jauhkan dan pisahkan kami”. Suamilah yang banyak tenangkan aku.
Ye, kakak ipar aku telah ambil babyku. Dia pula yang uruskan baby. Tapi bila baby menangis aku hanya mampu biarkan je. Takut aku berubah hati ambil baby aku. Semua tentang baby kakak ipar aku tak reti, semua dia tanya pada adik ipar. Pada mata aku dia tak bersedia nak jadi ibu.
Baby menangis teruk dia tak pandai tenangkan, Mandikan baby, mak mentua yang mandikan. Buat susu baby sambil marah – marah. Semua serba tak kena. Aku ada dengar yang dia nak ambil pembantu bila dia balik rumah dia nanti.
Untuk checkup baby pula dia minta aku yang bawa baby. Urusan pendaftaran aku dan suami yang urus. Dia sibuk dengan persiapan raya. Sedangkan anak tu dah jadi anak dia. Dia la patut uruskan sepenuhnya. Suami aku memang tak puas hati dan berg4duh besar jugak dengan kakak ipar.
Kun Fa Ya Kun, hari berganti hari babyku kembali kepada ku semula. Allah maha mendengar doa h4mbanya. Aku pun menjalani hari ku seperti biasa dengan baby aku yang kini berusia 5 bulan serta anak aku yang lain. Syukur Alhamdulillah. Sekian dari Hamidah – (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Yesmina Butik Bmc : Apesal aku menyirap kat ko dan laki ko ni ek?!! Aku pun bersalin anak ke 4 bulan 4 haritu.. anak kita sebaya, bila baca ni aku rasa marah mcm orang bagi anak aku plak. Korang ingat anak ni anak patung ke main pass – pass macam tu?
Mentang – mentang anak dah berderet, takde perasaan sayang, excited ke kat baby baru, yang ko pi bagi tu buat apa? Dah la dia layan baby tu macam apa, ambil je lah balik anak tu, lagi nak bagi lagi. Str3sssss aku baca, str3ss tau tak.
Mana pi perasaan ko sebagai mak? Takde rasa nak nangis, nak cepat – cepat ambil anak ke bila anak nangis camtu? Aku yang anak masuk wad semalam je pun sebab kuning dah menangis – nangis 1 malam k. Aku tak paham mana pi perasaan ko laki bini ni.
Bagi aku ko dan laki ko yang b0ngok. Taknak bela anak, jangan buat anak, simple. Takyah pass – pass anak sana sini, ingat dia takde perasaan walaupun baby? Ah, emo tak emo, aku takleh terima gak!
Sherry Na : Ada sebab Allah tak bagi rezeki tu pada kakak ipar. Mungkin memang dia tak ada kesabaran untuk menjaga dan mendidik anak. Yang penting baby dah bersama semula dengan ibunya. Alhamdulillah. Take care and all the best.
Salina Gunawi : Dulu ada jiran lama saya ambil anak angkat perempuan. Lepas tu dia beranak sendiri. Anak angkat disia – siakan. Depan mata saya suaminya marah sebab anak umur dua tahun dipakaikan seluar jeans dan terkencing dalam seluar.
Lepas tu dengar dia hantar budak tu suruh neneknya jaga. ZaIim… masa tak ada anak beria nak ambil anak angkat. Dapat anak kandung anak angkat dipersia. Saya harap orang begini semoga insaf cepat.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.