Kak yong umur dah 50 tapi suka berhutang. Dia akan berhutang dengan semua adik beradik sampai kami takde duit

Sekarang kalau Kak Yong call mesti mengadu peritnya hidup dia kena bercatu sebab hutang banyak sangat. Kalau kami tegur dia akan merajuk tak nak balik kampung. Nanti mak pula akan bagi dia duit balik kampung. Balik kampung pun tengok cerita korea je..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih min min yang comel sebab siarkan luahan saya. Walaupun saya tak pandai berkata – kata tapi hati ni membuak – buak nak luahkan apa yang terbuku. Yang saya pendam selama 30 tahun. Ya.. dah lama pendam..

Sebenarnya masa saya taip respond tu saya baru lepas menangis. Saya keguguran dan dalam pantang tapi Kak Yong tak tanya keadaan saya. Tapi Kak Yong hantar text nak pinjam duit sebab duit dia tak cukup nak bayar bulanan kereta H dia.

Untuk pengetahuan pembaca, umur saya dalam lingkungan 40-an dan saya tak ada anak. Jadi bila keguguran, em0si saya tak stabil. Saya baIas mesej Kak Yong dengan luahan perasaan yang saya pendam 30 tahun. Dan sampai sekarang Kak Yong bagi silent treatment pada saya.

Ada yang tanya saya, Kak Yong masih cantik lagi ke. Ya Kak Yong masih cantik walaupun badan agak gempal tapi masih cantik dan dia masih perasan dirinya cantik. Kak Yong bakal menginjak 50 series tapi masih kebudak – budakan.

Adik – adik saya pernah cakap Kak Yong tu macam budak umur 12 tahun. Wallpaper handphonenya penuh dengan gambar k-drama dan kami terk3jut Kak Yong hafal semua lagu – lagu korea. Kalau tengok tv Kak Yong yang akan pegang remotenya.. selagi tangan di remote selagi tu la channel akan bersilih ganti sampai pening la kami adik beradik.

Kak Yong tak boleh ditegur kalau ditegur dia merajuk, tak nak pulang balik kampung sampai mak dan abah kerinduan. Maka kami hanya menelan je la ape yang kami tak puas hati. Kak Yong giIakan gadjet sehingga sanggup berhutang keliling pinggang untuk gadjet.

Hobi Kak Yong gali lubang tutup lubang. Lubang digali merata – rata, tentulah pada kami adik beradik. Selagi bukit simpanan kami tak habis selagi tu ditarahnya. Bila dah dapat ape yang dia nak, Kak Yong akan menyepikan diri macam takde ape yang berlaku.

Kak Yong tak pandai ambil hati adik beradik, ibu dan bapa.. Kak Yong akan buat hal sendiri. Asalkan ape yang dia nak dia dapat. Sekarang kalau Kak Yong call mesti menceritakan betapa peritnya hidup dia kena bercatu sebab hutang banyak sangat.

Saya adalah bantu Kak Yong tapi lama – lama saya jadi penat sebab Kak Yong macam lintah.. selagi ada dia akan hisap sampai habis. Nasihat sudah, perli pun sudah, marah pun sudah tapi Kak Yong tak lut semua tu.

Walau bagaimanapun Kak Yong tetap kakak orang. Tanpa Kak Yong sedar sebenarnya adik – adik Kak Yong dah berpakat untuk jaga Kak Yong bila Kak Yong dah tua nanti. Sebab Kak Yong banyak buat hutang tapi tak de pun harta atas nama Kak Yong. Semua nama suami Kak Yong.

Bila kejadian arw4h abam bocey berlaku, kami takut nasib Kak Yong tak terbela jadi kami pakat – pakat simpan duit sikit sorang untuk Kak Yong hidup bila tua nanti. Rumah pusaka dah ada, hanya makan minum Kak Yong je la kena kami jaga.

Walau macam mana pun dia tetap Kak Yong kami. Apa yang berlaku sekarang sebab dari kecik takde siapa berani tegur Kak Yong. Jadi Kak Yong bebas, Kak Yong sudah senang dari kecik jadi Kak Yong lupa hidup susah macam mana.

Kak Yong dah biasa ape yang dia nak semua dapat jadi Kak Yong lupa ape maksud bila takde. Walau macam mana pun Kak Yong tetap kakak kami, mak dan abah sentiasa pesan jangan sisihkan Kak Yong. Mak pernah cakap mak salah percaturan, harapan mak pada Kak Yong sangat tinggi tapi tak sangka Kak Yong h4ncurkan harapan mak.

Hati mak sedih sebab Kak Yong, mak sentiasa bercerita pasal Kak Yong, risaukan hidup Kak Yong. Mak sampai sekarang hulur duit minyak pada Kak Yong sebab Kak Yong tak ada duit nak balik kampung. Ye semua ni buat kami tepuk dahi dan tak tahu nak buat mcm mana.

Jangan ditanya suami Kak Yong mana? Suami isteri rentak sama je. Kami taknak berg4duh atau pulau Kak Yong sebab kami masih nak Kak Yong balik kampung jenguk mak dan abah. Walaupun Kak Yong balik hanya menghadap handphone atau bercerita hebatnya keluarga mertua dia atau bercerita pasal k-drama, kami masih ok sebab kami pentingkan senyuman mak abah.

Kak Yong dah jadi buluh, tak boleh dilentur tapi orang harap sangat Kak Yong selamat, sihat selalu dan satu hari Kak Yong tersedar dari dunia dia. Yang dunia nyata ni tak seindah rupa. Tolong doakan Kak Yong saya berubah ye.. Kak Lang yang masih ters4kiti, – Orked Perantau (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Radin Arishah : Sampai bila – bila pun dia tak akan berubah, sebab takde langsung keperluan untuk dia berubah. Adik beradik tatang dia macam raja, buat tak baik pun takde yang luak di pihak dia, untuk apa dia berubah? Her actions have no consequences whatsoever. Adik beradik bagi reward lagi ada. The whole family is a bunch of enablers. Untung kak long.

Shahdu Mohd Sah : Ni namanya keluarga yang menyokong sikap t0xic seseorang. Sebab korang yang berpakat nak tanggung kak yong tu la yang dia jadi buluh degil gedegak gitu. Takpela. Family ni memang sanggup nak hadap t0xic.

Siapala kite nak nasihat kata jangan kan? Doa tanpa usaha tu, macam payah sikit nak menjadi. Kena ik4t unta dulu sis. Selagi sekeluarga tak tegas dan masih menyokong per4ngai t0xic itu…emmmm… Faham – faham sendirilah. Moga urusan tt dimudahkan Allah.

Afni Ahmad Faizal : Confession paling tak cerdik aku pernah baca. Apa lah nak jadi. Tapi realitinya memang ada macam ni. Parents suap apa sahaja. Suap selagi boleh. Dah beranak pinak pun masih disuap. Kalau mak bapak kaya berharta tak apa juga.

Last – last ahli keluarga lain pun terp4ksa suap jenis biawak hidup ni. Tapi baca confession ni baru nampak sebenarnya biawak hidup ni tak kenal jantina. Baik lelaki atau perempuan. Salah didik, salah lah hasilnya. Aku ambil iktibar dari kisah ‘suap’ anak ni. Semoga Allah bagi aku jalan untuk didik anak – anak aku jauh dari per4ngai macam ni, nak hidup selesa dan mudah tapi tak sedar menyusahkan orang lain.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.