JKM call dan bagitahu tak boleh terima Fatihah sebab dia dah mengandung. Waktu tu memang keluarga aku huru hara. Hanya satu je cara yang diorang nampak. Kahwinkan Fatihah dengan Azuan, seorang pen4gih d4dah. Esoknya aku cari jalan nak tolong Fatihah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku saje je menulis cerita ni, semoga dapat jadi pengajaran dengan apa yang terjadi dekat keluarga aku. Aku geIarkan aku nenek muda dan aku perempuan dan belum berkahwin. (Doakan j0doh aku jugak guys). Cerita ni jadi dalam 2 tahun lepas dan masa tu aku berumur 25 tahun. Cerita ni pasal keluarga kakak aku, aku namakan dia Nora. Aku ada adik beradik 6 orang. Nora ni anak yang ke-3. Nak di jadikan cerita, Nora ni berkahwin masa umur 16 tahun.
Masa dia kahwin aku masa tu mungkin dalam darjah 6 macam tu. Jadi, aku tak berapa ingat tapi aku difahamkan, Nora ni tak berminat nak bersekolah dan dia nak kahwin dengan BF dia. Masa tu ayah aku memang tak restu dia nak kahwin sebabnya BF dia tu seorang pen4gih d4dah. Tapi disebabkan akak aku ni dah lari rumah dengan BF dia. Ayah aku terp4ksa nikahkan dia takut terjadinya benda yang lebih memalukan keluarga. Maka, nikahlah diorang walaupun tanpa restu. Sepanjang perkahwinan diorang sepanjang 17 tahun, diorang dikurniakan sorang anak perempuan (Fatihah) dan 4 orang anak lelaki.
Cerita ni aku fokuskan dengan apa yang terjadi dekat Fatihah. Beberapa tahun sebelum ni, aku dapat tahu akak aku ni dah ambil d4dah jugak. Lepas tu permulaan cerita ni abang ipar aku kena masuk penjara sebab edar d4dah dan akak aku la yang terp4ksa kerja nak sara anak – anak dia. Rumah mak aku dengan rumah Nora ni tak berapa jauh, cuma biasanya Fatihah yang akan datang rumah untuk mintak beras dan lauk – lauk. Lepas abang ipar aku masuk penjara, akak aku ni kononnya pergi mencari kerja kat satu bandar tapi dia tinggalkan anak – anak dia dengan sorang kawan dia iaitu Azuan.
Jadi tinggallah Azuan, Fatihah dan adik – adik dia dalam satu rumah. Epiknya cerita ni bila jiran – jiran buat aduan dekat JKM sebab kira anak – anak saud4ra aku ni tak ade mak ayah dan dibiarkan macam tu. Jadi, JKM dah datang serbu rumah untuk kutip budak – budak ni untuk berada di bawah JKM. Pada hari JKM datang serbu, mak aku terdetik hati nak melawat cucu – cucu dia dekat rumah diorang tapi mak aku terk3jut sebab JKM dah nak bawak diorang pergi. Mak aku ni kesian tengok – tengok cucu dia, lepas tu mak aku ni bawaklah cucu – cucu dia ni duduk rumah kitorang.
Rumah kitorang memang tinggal mak ayah aku je dan aku masa tu dah kerja dekat KL, mak aku lah yang update cerita tu semua. Aku kesian dekat mak aku, dalam umur yang dah nak dekat 60-an tapi terp4ksa jaga anak – anak si Nora ni. Nora ni pulak dah hilang macam tu je dan tak boleh nak hubungi langsung. Bila mak aku k0rek – k0rek cerita, barulah dapat tahu yang Fatihah dengan adik – adik dia dah tak sekolah. Masa tu Fatihah dah berumur 15 tahun.
Kemudian, bermula episod mak dan ayah aku pergi PPD untuk urusan persekolahan diorang. Kemudian mak aku buat keputvsan untuk masukkan Fatihah bawah sekolah berasrama biasa. Adik – adik Fatihah, kitorang buat keputvsan untuk masukkan diorang di bawah JKM punya program. Jadi, sekolahlah Fatihah dekat situ. Semuanya okay mula – mula. Tiap – tiap bulan ayah aku akan pergi ambil dia untuk balik ke rumah kitorang. Sampai lah ayah Fatihah keluar dari penjara dan ayah dia dah mula kacau – kacau Fatihah dekat sekolah tu.
Masa ni aku tahu yang ayah Fatihah suruh Azuan datang ambil Fatihah kat sekolah tu dan Fatihah dikira lari dari sekolah dan asrama. Bila larinya Fatihah, tak dapat nak digambarkan betapa mak ayah aku kecewa dan sedih. Cuba korang bayangkan, mak ayah aku tu dah masing – masing umur dah nak dekat 60-an dan aku rasa umur diorang ni dah tak sesuai untuk jaga permasalahan cucu – cucu diorang ni. Fatihah ni tak balik rumah kitorang dan kitorang pun tak tahu dia kat mana tu semua.
Sampailah raya dua tahun lepas, tiba – tiba dia datang balik dan duduk rumah kitorang. Aku dah rasa pelik masa tu sebab kenapa dia ni tiba – tiba balik rumah kitorang tapi ye lah kan, budak umur 15 tahun, mana lagi nak pergi, Aku cuba la nak bercakap dengan dia. Aku cakap pergiIah duduk bawah JKM, so dapat sekolah, dapat bina balik masa depan dan semuanya okay lah. Kitorang memang dari awal nak dia duduk bawah JKM sebab kitorang rasa dia dah bebas tanpa kawalan dah tapi dia tak nak.
Jadi, masa raya tu, aku cubalah pujuk – pujuk dia tapi aku terk3jut sebab dia tiba – tiba sanggup nak pergi. Okay lah kan, aku pun tak de terfikir apa – apa kemudian terus je aku hubungi JKM supaya uruskan Fatihah. Bila dah habis cuti raya, aku pun balik Kuala Lumpur dan teruskan kehidupan aku macam biasa. Masa aku tengah sibuk kerja, tiba – tiba adik aku call and dia cakap ada benda nak bincang. Aku dah terasa tak sedap hati, lepas tu aku cakap balik rumah nanti borak sebab aku tengah sibuk kerja.
Dah balik rumah, aku call adik aku and adik aku cakap Fatihah buat pengakuan dia dah mengandung 3 bulan. Aku terk3jut sebab aku tak sangka sampai tahap tu dia punya advance. Aku dah kusut dah masa tu dan aku tanya mak ayah tahu ke tak. Adik aku cakap mak ayah tak tahu lagi and dia pun tak tahu nak buat apa sekarang sebab JKM dah nak bawak dia pergi hujung minggu tu. Lepas tu aku cakap kat adik aku, bagitahu mak ayah supaya diaorang tahu apa yang jadi.
Jadi, mak ayah aku dah tahu dan diorang pun runsing tak tahu nak buat apa. Masa ni JKM memang tak tahu Fatihah mengandung tapi JKM teruskan untuk ambil Fatihah. Lepas sebulan JKM call mak aku, dan bagitahu diorang tak boleh terima Fatihah disebabkan Fatihah mengandung. Fatihah dah cakap siapa pelaku dia. Korang boleh teka kot siapa. Ye betul, Azuan yang buat dekat Fatihah. Masa ni Nora tiba – tiba muncul dan mak aku buat keputvsan untuk kahwinkan Fatihah dengan Azuan.
Family aku masa ni memang huru hara sebab Fatihah. Aku kalau boleh tak nak masuk campur sebab Nora dah ada mase tu. Tapi bila aku dapat tahu Azuan pun pen4gih d4dah aku terus serabut balik. Sebab peristiwa lama akan jadi balik kalau Azuan dan Fatihah kahwin sebab dia ibarat macam perkahwinan Nora dengan suami dia. Dan semestinya mak aku akan jadi m4ngsa keadaan. Aku beberapa malam tak dapat tidur fikir pasal Fatihah. Aku rasa bersalah sangat kalau aku biarkan diorang berkahwin.
Tiap kali aku solat, mesti aku menangis sebab aku tak tahu and buntu macam mana nak tolong Fatihah. Esoknya aku terus buat kerja aku and start cari – cari dekat google and aku ada jumpa satu rumah perIindungan. Aku dah call rumah perIindungan ni dan syukur sangat sebab diorang menerima kemasukkan Fatihah dan rumah perIindungan ni berbayar. Aku masa tu terus je sanggup untuk bayar asalkan Fatihah dan anak dia seIamat. Aku ambil cuti beberapa hari untuk selesaikan urusan Fatihah dan bawak Fatihah ke rumah perIindungan tadi.
Aku buat semua ni sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku jaga Fatihah dari kecil dan aku macam tak sanggup nak tengok hidup dia jadi macam Nora. Lagipun masa tu Fatihah baru umur 15 tahun dan mengandung. Ayah aku dah pesan supaya aku jangan masuk campur dan biar je Fatihah kahwin dengan Azuan. Kira tu lah jalan penyelesaian yang diorang ada. Tapi aku dah pakat dengan adik beradik aku yang lain termasuk Nora pasal plan aku nak masukkan Fatihah dekat rumah perIindungan.
So diorang macam ikut je sebab diorang semua pun dah ade keluarga sendiri, yang tinggal aku dengan adik aku je yang bujang. Kami macam boleh ambil cakna pasal Fatihah ni. Sebelum masukkan Fatihah dekat rumah perIindungan tu. Aku kena dapatkan buku pink untuk Fatihah. Bila pergi kIinik ibu dan anak (gov), masa ni kakak aku yang tolong uruskan. Bila kakak aku pergi, yang dekat kaunter cakap tak boleh register sebab nanti Fatihah tak kan beranak area situ. So bila kakak aku call aku cakap tak boleh buat.
Aku pun macam betul ke, tak boleh buat ni. Aku pun tak de kawan yang kerja dekat hospitaI ke apa. Aku pun call kementerian kesihatan untuk tanya je masa tu. Macam mana prosedur nak buat buku pink untuk budak bawah umur dan tak ade suami. PanggiIan aku di sambung dekat orang yang betul dan doktor dan matron tu yang tolong aku call kan kIinik ibu dan anak tadi dan benarkan Fatihah buat buku pink. Masa tu baru lah terhegeh – hegeh jururawat dekat situ untuk buat registration Fatihah.
Lepas semua dokumen semua dah complete, masuk lah Fatihah dekat rumah perIindungan tu dengan selamat. Masa aku hantar Fatihah dekat rumah perIindungan tu, aku ingat lagi, masa tu aku ade motor je. So aku hantar je Fatihah dengan motor. Rumah perIindungan dengan tempat aku stay dalam setengah jam macam tu, tapi Allah permudahkan. Aku sebak jugak masa hantar dia, sebab dia kalau boleh tak nak duduk bawah rumah perIindungan tapi apakan daya sebab family dan mak ayah aku dah tak boleh terima dia.
Tempat berg4ntung harap dengan mak ayah dia dah takde. Nora pun entah ke mana masa tu. Fatihah anak saud4ra yang aku jaga dari kecil dan semestinya aku kesian dengan apa yang jadi dekat dia. So sesiapa yang ade pengalaman macam aku. Tolong dan tolong jangan sisihkan diorang ni. Tahu diorang dah berd0sa buat maksi4t dan termengandung. Tapi dalam keadaan diorang down macam ni, tolonglah jadi supporters untuk em0si diorang. Tolong jangan jadi penyebab untuk diorang bu4ng baby diorang.
Kalau family tak dapat terima dia mengandung anak Iuar nikah, tolonglah cari tempat macam rumah perIindungan tu dan kalau budak tu bawah umur, boleh call JKM untuk tanya tentang prosedur diorang. Alkisahnya Fatihah ni, aku tak salahkan dia 100% sebab puncanya jadi adalah sebab Nora dan suaminya juga. Dalam usaha aku mencari j0doh, aku percaya restu mak ayah jugak penting untuk hubungan yang bahagia. Aku memang ambil ikhtibar dengan apa yang jadi dekat Nora.
Tahun tu adalah tahun yang paling menc4bar bagi aku sebab aku tak sangka aku dapat 4arungi masalah ni dan aku percaya Allah banyak tolong aku. Maafkan penulisan aku berterabur sebab aku tak biasa tulis cerita panjang – panjang macam ni, hehe. Nanti kalau cerita ni disiarkan. Aku akan sambung lagi macam mana aku f1ght untuk anak Fatihah a.k.a cucu aku 🙂
Sambungan.. Assalamualaikum semua.. Ni haa nenek muda datang lagi nak sambung cerita pasal Fatihah. Masa aku tengok admin siarkan penulisan aku, berdebar – debar aku tengok komen pembaca – pembaca ni semua. Ada yang komen cakap ini cerita rekaan. Tapi tak sebenarnya, cerita ni memang betul – betul terjadi dekat keluarga aku sebabkan cerita ni dah jadi 2 tahun lepas, jadi ade orang yang sedikit keliru dengan umur aku, Fatihah dan Nora. Jadi Nora Kahwin dalam umur 16 / 17 tahun. Aku letak umur aku 12 tahun masa tu sebab aku agak – agak je.
Sebab aku tak ingat sangat masa dia kahwin tu sebab aku rasa masa tu aku kecik lagi tapi yang aku pasti Nora sekolah tak habis. Aku baca semua komen – komen korang dan terima kasih atas sokongan dan doa – doa semua. Semoga korang semua pun dipermudahkan urusan di dunia dan di akhir4t jugak. Okay berbalik kepada cerita, untuk pengetahuan semua, bila dah daftar untuk buku pink Fatihah tu, doktor akan referkan case dia dekat hospitaI besar sebab mengandung bawah umur dan refer to ps1kitri.
Dan lepas prosedur ni, memang kitorang buat rep0rt polis. Cumanya kes ni masih dalam siasatan sampai sekarang di sebabkan keterangan Fatihah bagi mula – mula dekat report polis adalah tidak tepat. Dalam report polis tu tak ade nama Azuan dan Fatihah letak nama orang lain. Aku ada tanya Fatihah and Fatihah cakap dia yakin tu anak Azuan. Jadi, aku sekarang menunggu Fatihah keluar bulan 8 nanti dan untuk buat semak semula report dan nak pergi untuk DNA test jugak untuk baby AN.
Ada yang komen pasal mak ayah aku untuk kahwinkan Fatihah dengan Azuan. Aku faham sebab aku dapat rasa kecewanya mak ayah aku. Mak ayah aku dua – dua dah nak masuk 60an jadi dah tak secekal dulu untuk hadapi masalah – masalah macam ni. Jadi bila diorang bagi peluang dekat Fatihah, hantar Fatihah dekat sekolah berasrama dan bersusah payah untuk uruskan persekolahan dia. Tapi Fatihah dah musn4hkan kepercayaan mak ayah aku dengan larinya dia dengan Azuan.
Aku faham perasaan mak ayah masa tu dan aku pun tak boleh nak komen. Mak ayah bukanlah tak menyesal dengan apa yang jadi dekat Nora tapi nasi dah jadi bubur. Okay, bila aku dah masukkan Fatihah dekat rumah perIindungan tu, memang contract sampai 2 tahun, Fatihah akan berada di situ. Jadi sekarang ni Fatihah masih ada di bawah dekat situ dan aku gelarkan cucu aku tu sebagai baby AN dan inshaAllah jika berkelakuan baik, Fatihah akan dapat keluar dari situ tak lama lagi.
Fatihah dah selamat lahirkan baby lelaki yang sangat comel, sekarang baby dia dah setahun lebih. Apa yang jadi dekat baby AN? Masa Fatihah dah nak beranak, rumah perIindungan tu ada call aku dan masa tu Fatihah nak bercakap dengan aku. Dia minta ampun segala kesalahan dia dan sekiranya ade apa – apa terjadi dekat dia, dia mintak aku untuk buat apa yang terbaik dan terdaya. Di mata Fatihah aku je yang ade untuk dia tapi aku cakap dekat dia, kat belakang aku ada lagi mak dan pak saud4ra dia dan kawan – kawan aku. Sedih aku bila ingat balik call dia mase tu.
Alhamdullilah, bila dia selamat lahirkan baby AN, tiba – tiba ade konfIik dari rumah perIindungan tu. Rumah perIindungan tu ni punya prosedur, untuk proses pengangkatan baby, semuanya akan di uruskan oleh diorang dari segi pemilihan ibu bapa angkat dan mesti dapat persetujuan dari family atau penjaga Fatihah. Masa aku masukkan Fatihah dekat situ, aku takde tandatangan apa – apa perjanjian mengatakan pengangkatan baby Fatihah dan keluarga angkat akan di pilih oleh rumah perIindungan. Jadi, memang aku tak tahu pasal benda ni dan aku tak di terangkan betul – betul masa mula – mula dulu.
Allah dah susun atur segalanya dengan baik. Aku ada sorang kawan yang memang baik dengan aku. Aku namakan dia Suzi. Suami Suzi pun baik dengan aku. Asalnya aku dengan Suzi kawan satu tempat kerja tapi kitorang jadi rapat sangat sebab selalu pergi travel sama – sama dan Suzi and suami yang tolong tengokkan aku bila aku dekat Kuala Lumpur. Mak ayah aku pun dah kenal dengan Suzi sekeluarga. Jadi, Suzi ni dah ada 2 orang anak cumanya kalau boleh dia nak anak lagi. 2 3 bulan sebelum Fatihah bersalin, Suzi ada plan nak ambil anak angkat tapi bila dah pergi survey baby tu dan maknya, diorang tak ada dokumen yang sah, macam tak ada passport tu semua.
Diorang putvs asa dan Suzi ada cerita kat aku masa tu, aku tengok dia sedih giIa bila dia bersungguh – sungguh nak baby tu tapi tak boleh nak teruskan tanpa dokumen yang sah. Aku balik kerja dan kat rumah aku fikir – fikir dan dengan izin Allah, hati aku terdetik kenapa aku tak bagi baby AN dekat Suzi? Sedangkan aku boleh bagi. Aku fikir bila aku bagi baby AN dekat Suzi, nanti aku akan dapat tengok pembesaran baby AN dan perkembangan dia. Rumah aku sewa aku dengan Suzi tak jauh dan aku dapat tengok baby An nanti.
Aku betul – betul tawakal je la masa tu dan mengharapkan keputvsan aku buat ni betul. Aku jumpa Suzi dan bincang – bincang dengan Suzi, Suzi dan suami dia bukan main gembira lagi dan mula sediakan untuk sambut kedatangan baby AN. Setiap pelatih dekat rumah perIindungan tu mesti ada sorang warden. Jadi warden yang jaga Fatihah call aku and ajak jumpa dekat rumah perIindungan dan ajak berbincang untuk proses pengangkatan. Masa sesi perbincangan tu, warden tu bagitahu yang doktor ps1kitri nasihat supaya bagi baby AN dekat keluarga angkat dari family aku jaga.
Lagipun family aku memang tak boleh jaga baby AN sebab semua orang dah ada tanggungajawab masing – masing dan mak ayah aku dah berumur dah. Tapi kalau ditakdirkan aku dah kahwin masa tu, confirm aku dah jaga baby AN ni. Tapi sayangnya aku pun tak berkemampuan nak jaga baby An. Pada mulanya, warden tu cakap kalau aku tak datang pada sekian – sekian tarikh untuk perbincangan, hak mutIak akan jatuh dekat pengurus rumah perIindungan tu dan pengurus rumah perIindungan akan memilih sesiapa yang berkelayakan untuk jadi keluarga angkat untuk baby AN.
Aku masa tu dah pelik, dah kenapa sampai macam tu dan aku suruh warden tu kemukakan bukti yang aku dah tandatangan untuk persetujuan pasal hak mutlak akan jatuh ke rumah perIindungan tu. Tapi warden tu nasihat aku untuk datang ke rumah perIindungan tu untuk berbincang. Aku bagitahu dan berkeras dengan rumah perIindungan tu yang aku yang akan pilih siapa keluarga angkat baby AN dan aku tak setuju nak bagi dekat senarai keluarga angkat yang sedang menunggu di rumah perIindungan.
Kemudian warden tu whatsapp aku suruh datang hari khamis dan bawak keluarga angkat tu sekali. Masa hari khamis tu tiba, aku dgn Suzi dan suami pun pergiIah kami ke rumah perIindungan. Yang terk3jutnya, kedatangan kami tidak di undang dan Pengurus tempat tu tak tahu pun kitorang datang. Setelah 2 jam menunggu, yang pengurusan bahagian atas rumah perIindungan tu datang berjumpa dengan kitorang dan berbincang. Setelah berbincang – bincang kemudian barulah mereka tu setuju untuk utamakan aku punya pilihan tapi bersyarat. Suzi akan dipanggil lagi untuk sesi temuduga.
Jadi proses dia memang compIicated. Lepas balik dari perbincangan ni, Suzi disarankan untuk makan ubat untuk br3ast feeding. So dia memang ikut je prosedur tu. Hari yang ditunggu telah tiba untuk penyerahan baby AN. Masa ni situasi sangat sedih sebab ade process akad dan terima daripada Fatihah kepada Suzi. Rumah perIindungan ni memang rakam video hari penyerahan baby mungkin untuk rujukan pada masa depan. Aku jenis macam tak ade perasaan tapi dalam d4da dah rasa nak pecah.
Malam sebelum tu aku dah menangis dah sebab tak tertahan dah dugaan ni dan rasa sebak dah memikirkan hari penyerahan tu. Masa nak serahkan baby AN, Fatihah dah menangis tapi aku cuba untuk tenangkan dia. Fahamkan dia dan aku berjanji dengan dia pilihan aku ni inshaAllah pilihan yang betul. Semua orang dalam bilik tu memang dah menangis sebab tak tertahan sedihnya tengok Fatihah nak serahkan and lafaz akad tu. Bila ingat balik Fatihah peIuk dan civm baby An, rase sedih pulak aku. Tapi semuanya dah selesai selepas sejam duk dalam bilik tu untuk proses penyerahan.
Aku bagi masa untuk Fatihah kenal – kenal dengan Suzi biar dia yakin dengan pilihan aku tu. Aku juga cakap dekat Fatihah, maafkan aku sebab tak dapat jaga baby AN dan aku harap sangat dia faham kenapa keputvsan ni di buat. Tapi dia hanya ikut je apa pilihan aku dan belajar untuk redha. Alhamdullilah semuanya dah selesai pasal Fatihah. Pr0ses pengangkatan semuanya di buat dekat JPN dan semua dokumen dah lengkap. Cumanya lepas 2 tahun dari tarikh penyerahan baby AN, Suzi dan suami akan pergi dekat JPN untuk update nama mak dan ayah angkat dalam sijil pengangkatan.
Pengurus rumah perIindungan cakap kes Fatihah ni sangat jarang dan sepanjang dia jadi pengurus, ini kali pertama mak saud4ra yang sangat berkeras pasal pemilihan keluarga angkat untuk baby. Dan kes baby An jugak kes yang pertama mereka bagi kebenaran untuk pemilihan keluarga angkat mengikut kepada keputvsan family pelatih. Kebanyakan kes dekat situ, mereka yang akan pilih keluarga angkat kalau family tak boleh jaga. Untuk adik – adik lelaki Fatihah, adik bawah fatihah, 3 orang ada under JKM dan yang paling kecik mak aku yang jaga.
Yang bawah JKM tu, diorang ditempatkan dekat area Selangor dan bersekolah macam biasa dan diorang jugak ada ambil kursus kemahiran tu. Dijangka diorang akan habis masa diorang berumur 17 tahun nanti, InshaAllah. Aku selalu jugak pergi tengok diorang dekat Selangor dan diorang selalu jugak call aku guna office phone untuk bersembang dan bercerita. Kadang – kadang masa aku datang melawat diorang, aku akan masak untuk diorang dan aku pun still melawat Fatihah.
Selalunya kitorang akan habiskan masa 2 jam untuk masa lawatan untuk makan sama – sama dan aku akan masak sebab diorang yang mintak. Rasa puas pulak bila tengok diorang makan sebab diorang cakap rindu masakan opah dan mak diorang. Aku punya impian, lepas Fatihah keluar, aku nak settlekan pasal rep0rt polis dia dan tuduhan kepada Azuan. Suzi dan suami pun sokong aku untuk tindakan selanjutnya dan dah bersedia berkerjasama untuk test DNA sample baby AN. Doakan guys semoga ini di permudahkan nanti.
Sekarang aku bebas berjumpa dengan baby An and bila – bila masa je aku boleh tengok dia. Seronok aku tengok dia dengan family Suzi. Semoga baby An jadi anak yang baik dan semoga sentiasa diIindungi Allah. Mak ayah aku pun, aku selalu tunjuk video and gambar baby An. Happy diorang dan sekarang diorang dah boleh sl0w – sl0w terima Fatihah kembali dan doakan Fatihah. Aku tak boleh bayang kalau aku bagi baby An dekat orang asing, confirm aku dah tak dapat tengok baby An.
Untuk Nora pulak, lepas selesainya urusan Fatihah iaitu lepas Fatihah dimasukkan ke rumah perIindungan. Mak ayah aku dah buat laporan dekat AADK dan AADK dah buat serbuan dan tangkap Nora dan hantar dia jauh ke Kelantan untuk proses pemulihan. Alhamdullilah sekarang dia dah keluar dari pusat tu dan dia dah berkahwin dengan orang yang lagi elok dari bekas suami dia tu. Sesungguhnya segala yang jadi ada hikmahnya, inshaAllah. Aku harapkan korang boleh doakan supaya Fatihah terus istikhamah dalam usaha dia untuk berubah dan aku berharap semoga perkahwinan Nora dan suami baru dia selalu bahagia, aman dan damai.
Semoga kita sama – sama dapat ambil iktibar dengan apa yang jadi dekat family aku. Aku percaya setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Mintaklah dengan Allah semoga di tunjukkan jalan yang lurus dan semoga di berkati. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang sebaliknya datang dari aku. Semoga terus bersangka baik dengan Allah dan semua yang jadi ada hikmahnya.. Maafkan aku jika penulisan aku sedikit berterabur. Doakan aku jugak guys supaya terus cekal dalam menguruskan anak – anak buah aku ni. Akhir kata jauhi d4dah. Sekian – Nenek Saud4ra Muda (Bukan nama sebenar)