Kakak buat mak macam kuIi, ada suami tapi tak kerja. Dorang tahu makan je tapi mak yang masak. Bil pun saya yang bayar

Waktu mula – mula pandemik, kakak kehilangan kerja. Jadi saya bagi sikit duit belanja pada dia setiap bulan untuk tampung perbelanjaan anaknya. Tapi cerita yang sampai di telinga saya, dik4tanya saya ni berpura – pura baik. Saya dah tak nak buat baik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan. Terpanggil nak meluah kat sini sebab rata – rata komen semua positif. Jadi, mungkin saya dapat sesuatu lepas meluah di sini. Ceritanya macam ni, saya ni sejenis yang dari umur 16 tahun dah mula duduk jauk dari keluarga. Bersekolah asrama, masuk IPTA dan kerja.

Jadi beberapa tahun kebelakangan ni saya ambil keputvsan untuk kerja dekat dengan rumah mak ayah sebab saya ada ketakutan masa duduk kerja jauh dulu fikir tak sempat nak jaga dan luangkan masa dengan mak ayah sebelum mereka atau saya tutup mata selamanya.

Jadi, bila saya ambil keputvsan berhenti kerja selepas dapat tawaran kerja berdekatan dengan kampung, terus saya beritahu niat saya pada keluarga untuk tinggal di rumah mak ayah. MaIangnya, akak sulung saya mula berbunyi.

Sebab waktu tu dia sekeluarga tinggal di rumah mak ayah. Oh ye, saya masih bujang. Jadi, lepas mula kerja di tempat baru, saya ulang alik dari rumah ke pejabat. Rutin harian saya, lepas balik kerja pun saya akan duduk dalam bilik menghadap kerja.

Tambahan, saya nak kurangkan interaksi dengan mereka. Sebab suami akak saya ada serumah. Jadi saya tak keluar bilik sangat. Satu hari tu sampai kat telinga saya yang dia mula cakap saya buat rumah mak ayah macam hotel. Sebab rutin saya yang macam tu tadi.

Waktu ni, saya pekakkan telinga je. Sebab saya taknak berg4duh. Jadi, saya buatlah apa yang patut asalkan saya tak dianggap tinggal di hotel. Punyalah demi nak puaskan hati orang. Cerita tu tak habis sampai situ je. Timbul pula cerita lain yang akak saya ni tanya pada mak, bila saya nak duduk rumah sewa.

Sebelum saya duduk rumah mak ayah, memang saya ada berniat nak duduk rumah sewa. Tapi mak yang tak bagi sebab dekat je dengan rumah. Dan mak kata kalau saya ada, sekurangnya dia ada kawan berborak. Pasal kes ni, saya diam lagi sebab malas nak bertekak.

Lepas tu, saya buat je macam biasa. Saya cuba berborak dengan akak, tapi dia pulak tarik muka. Saya fikir baik jela mungkin sebab penat. Ada satu hari tu masa saya masak kat dapur, saya cuba la ajak dia berborak. Dia langsung tak layan saya. Saya macam fikir, apa salah saya?

Lepas dari tu, saya memang diam je tak bercakap sangat melainkan bercakap dengan mak ayah je. Sebab pada saya, kalau orang tak suka tak perlu dah terhegeh – hegeh lagi nak buat baik. Sebab saya pun ada maruah. Tak cukup sampai situ, dia dok ulang tanya mak bila saya nak menyewa sendiri.

Dan suruh mak kahwinkan saya. Dia cakap saya memilih sangat. Waktu ni saya dah mula geram dah. Siapa dia nak tentukan saya perlu kahwin bila dan tak perlu memilih? Sedangkan perkahwinan dia sendiri pun huru hara dengan suaminya tak kerja, duduk rumah mak ayah saja.

Bangun tidur tengahari, terus makan makanan yang mak masak. Sampai anak 3 pun masih duduk rumah mak ayah. Selama saya berkerja jauh, saya cuma dengar cerita ni dari mak je. Tapi bila saya dah duduk rumah mak ayah, saya nampak sendiri apa yang mak cerita memang benar – benar berlaku.

Lepas dari tu memang saya meng4muk teruk. Sebab kesabaran saya dah sampai limit. Saya akui yang saya bukanlah orang yang penyabar. Tapi bila orang dah mula melampaui batas biarpun saya berdiam diri sebelumnya, dia akan dapat pulangannya.

Waktu saya marah tu banyak yang saya bangkitkan termasuklah buat mak saya macam kuIi. Dia laki bini anak – anak tahu nak makan je. Tapi makanan semua mak saya yang masak. Lepas tu insaflah sekejap, masak sendiri. Dah lama tu jadi balik. KuIikan mak sesuka hati.

Perkara ni berlarutan sampailah ke hari ni. Dah 2x Ramadan (tahun lepas dan tahun ni), bila waktu berbuka je memang saya akan asingkan diri duduk berbuka dalam bilik sendirian. Saya masak makanan untuk saya sendiri sebab setiap kali kalau saya masak atau beli makanan, diorang takkan sentuh pun makanan tu.

Kadang – kadang saya rasa sedih. Tapi saya tak boleh lupa setiap bait perkataan dan perlakuan dia terhadap saya. Apa yang saya cerita ni pun banyak yang saya dah tapis agar tak nampak teruknya. Bila saya meng4muk, adik beradik semua pulaukan saya. Kata diorang, saya ni lupa peng0rbanan kakak tu.

Tapi diorang tak nampak waktu saya berdiam cuba elak perg4duhan. Saya selalu diasak, dik4ta, diumpat. Sampailah waktu ulangtahun hari lahir saya. Sorang pun tak wish. Tapi rezeki saya, Allah bagi dari sudut lain. Ramai kawan – kawan tempat kerja bagi hadiah dan surprise birthday.

Kalaulah mentaI saya tak kuat, saya rasa saya dah boleh kena depr3ssion. Sebab kakak saya yang kedua pun tak kurang hebatnya mengumpat mengata saya. Waktu mula – mula pandemik, dia kehilangan kerja. Jadi saya bagi sikit duit belanja pada dia setiap bulan untuk tampung perbelanjaan anaknya.

Niat saya ikhlas. Tak canang pun pemberian tu pada sesiapa. Tapi akhirnya cerita yang sampai di telinga saya, dik4tanya saya ni berpura – pura baik. Mengucap panjang saya waktu ni. Saya nangis sendiri dalam bilik menahan sebak.

Sampai satu tahap, saya rasa saya taknak dah buat baik kat orang. Sebab akhirnya orang cakap saya bukan – bukan. Waktu saya ada duit, saya cuba bahagiakan semua orang. Sebab waktu saya tak berduit dulu saya dilayan macam sampah.

Ni cerita kakngah saya pulak. Waktu saya kecil, dia dapat masuk Universiti terkemuka. Dia cakap dengan mak ayah dan adik beradik yang lain, dalam keluarga ni saya la yang paling b0doh. Tapi Allah tu Maha Adil. Dia tak dapat pun habiskan pengajiannya sebab kena repeat paper.

Dan kelayakannya kini hanyalah SPM. Pernah dulu waktu zaman saya belajar, saya minta kakngah tu untuk belikan baju raya untuk saya. Dia tarik muka. Tapi tetap juga dia belikan. Bila dia sampai rumah dari beli beIah, dia campak baju raya tu kat muka saya sambil dia kata ‘Nah, ko nak sangat kan baju raya.’

Apa yang saya boleh buat waktu tu? Saya hanya berdiam diri, asingkan diri dan menangis. Banyak lagi yang tak saya ceritakan. Banyak lagi kekecewaan dan kesedihan saya yang tak mampu saya nak luah. Cuma saya minta doa dari semua yang membaca kisah saya ni agar doakan saya kuat lalui ujian ni.

Saya pun tak pasti, apa yang Allah nak ajarkan saya melalui ujian ni. Sebab dalam keluarga, apa saja yang saya lakukan mesti orang akan perlekehkan. Sampai sekarang saya masih memikirkan, apa silap saya sampai orang bencikan saya. Adakah silap saya lahir dalam keluarga ni? – Zana (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Terima kasih semua atas komen yang positif. Terasa bagai terlepas satu beban di bahu bila membaca komen – komen semua orang. Ada satu komen yang menyentuh berkenaan dalam keluarga sewaktu kecil mungkin mak ayah ada beza – bezakan adik beradik. Jawapannya, memang betul ada.

Saya antara yang disisihkan. Waktu dulu saya pernah meluah rasa tersisih tu pada mak. Sampai bertegang urat mak menafikan. Katanya semua anak di layan sama rata. Ayah pula, mana anak yang pandai akan dibelikan telefon bimbit yang berharga RM500 – RM600 waktu zaman itu.

Tapi saya dapat semua tu dengan hasil titik peluh saya sendiri. Saya tak pernah iri. Saya dah terbiasa dapatkan sesuatu dengan usaha sendiri. Beli telefon bimbit pertama dengan gaji yang saya dapat sebagai Pump Attendance Shell waktu saya bekerja selepas tamat SPM dulu.

Sehinggalah sekarang, kak ngah dan kak long ayah belikan kereta dan motor. Tapi saya, saya usaha sendiri untuk miliki kereta. Memang sikap saya bimbang untuk susahkan orang. Sebab saya tak suka orang mengungkit – ungkit.

Mak dan ayah saya pun bukanlah pasangan serasi. Kerap berg4duh, kerapkali ayah naik tangan pada mak. Mungkin sebab itulah saya jadi terlalu protective. Pantang orang buIi mak, saya yang akan terkedepan dahulu untuk hentikan pembuIian tersebut.

Kedua, ada juga komen yang mempertikaikan kenapa saya berhenti kerja dan duduk dengan mak ayah. Jawapannya, sebab waktu duduk berjauhan dulu setiap malam sebelum tidur saya akan menangis dan takut untuk lelapkan mata. Takut akan kehilangan mak secara tiba – tiba.

Ketakutan tu yang buat saya tekad untuk berhenti dan duduk dengan mak ayah. Setiap hari saya dapat melihat wajah mereka. Setiap hari saya dapat salam erat tangan dan kucup pipi serta dahi mereka. Betul, mungkin silap saya pindah balik ke rumah mak ayah.

Tapi sekurangnya, bila saya bersuara dan meng4muk walaupun di pulaukan, saya rasa lega sebab diorang dah kurang untuk buIi mak. Suami kaklong pun dah tak duduk situ. Bila dia datang je walaupun sehari dua, saya akan buat tanda protes.

Untuk pengetahuan semua, kaklong dah pun beli rumah lepas dari kejadian saya meng4muk tu. Cuma masih belum lagi berpindah. Adakalanya saya sedih sebab saya terp4ksa bertindak begitu. Adakalanya saya lega sebab dia boleh mula belajar berdikari dan tahu jerih perih dan letih memasak serta menguruskan rumahtangga seisi keluarga.

Oh ya, sebelum terlupa. Ayah pernah berkata pada mak selepas kejadian saya meng4muk tu. Ayah kata, saya ni tak ada hak pun nak halau sesiapa dari rumah tu. Kalau saya tak suka, dia suruh saya yang keluar. Tapi saya dipujuk dengan mak, mak kata kalau saya keluar dari rumah tu siapa nak tolong mak nanti.

Siapa nak temankan mak. Siapa nak masakkan untuk mak bila mak teringin sesuatu. Saya tersepit sebab memang impian saya untuk berkhidmat pada mak setelah 14 tahun tinggal berjauhan. Tapi dalam masa yang sama, mental saya kadangkala koyak dek situasi yang berlaku.

Kakngah saya ni memang saya sedar dari dulu dia tak suka saya. Tapi saya cuba ambil hati dia. Cuba untuk buat baik dengan dia walaupun dulu dia layan saya buruk. Saya sentiasa bersangka baik dan percaya manusia pasti akan berubah.

Tapi, selepas kejadian saya meng4muk tu dia turut memulaukan saya. Keadaan bertambah buruk sewaktu basikal yang dia pujuk untuk saya beli dengan harga RM950 tu dia beri pinjam pada rakannya tanpa keizinan saya.

Bila saya beritahu ayah, saya tak pasti bagaimana cara ayah sampaikan padanya sehingga dia terus marah pada saya dan bayar duit basikal tu dengan harga RM800 pada waktu itu. Akan tetapi, ayah gantikan semula duit tu dengan nilai RM1000 kepadanya.

Ini baru sedikit saya kongsi. Kalau kalian rasa geram, kalian bayangkan bagaimana mental saya hadapi situasi ini. Disebabkan dari kisah itu, saya memang terus bertekad taknak bercakap dengan kaklong dan kakngah lagi.

Oh ya, satu lagi. Bil elektrik saya yang bayar. Adakalanya saya diamkan diri untuk biar kaklong yang bayar. Kalau ikut adil, memang tak adil la. Sebab saya sorang kena bayar bil elektrik yang digunakan orang lain juga. Lingkungan RM250 sebulan. Huhu

Kakngah adalah ibu tunggal dengan anak seorang. Kaklong pula ada anak 3. Setiap makanan yang saya masak dan beli, kaklong dan anak – anak takkan sentuh. H4ram katanya. Saya cakap juga dengan mak, kalau makanan saya beli atau masak dikira h4ram.

Habis tu, guna elektrik yang saya bayar tak h4ram pula? Huhu.. Saya sekarang memilih untuk berdiam diri dan tak rasa nak berbaik dengan mereka. Sebab em0si saya ced3ra, hati saya kecewa dan airmata je yang selalu menjadi peneman jiwa lara.

Doakan saya kuat ye kawan – kawan. Mungkin sebab syurga itu mahal, jadi ujian buat saya juga kuat setanding dengan kemampuan saya. Saya nak masuk syurga. Saya nak jadi anak yang baik, akak yang baik dan adik yang baik.

Tapi mungkin peluang tu saya tak dapat kat dunia ni sebab Allah sediakan satu tempat di akhir4t nanti. Satu berita gembira untuk saya kongsi, terima kasih asbab doa dan kata – kata yang baik dari kalian juga rasanya. Pagi tadi saya dapat offer untuk jawatan Manager disebuah syarik4t di ibu kota.

Kawan saya yang minta saya hantarkan resume kepadanya untuk disampaikan pada HR tempat dia bekerja. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan saya ye. Mungkin Allah nak bagi ruang untuk saya duduk sendirian semula.

InsyaAllah, ada hikmah dan kebaikan dari tiap yang berlaku. Doakan kesihatan untuk mak ayah saya. Doakan juga kaklong dan kakngah agar berubah hati dan menyayangi saya semula. Terima kasih semua. – Zana (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Puteri Pelangi : InsyaAllah.. setuju jika Adik dapat kerja, itu tanda Allah jarakkan Adik untuk tempoh bertenang. Selepas mulakan hidup Baru, jika ada perkara yang mak sampaikan melibatkan diri orang lain, gunakan kaedah control alt delete untuk diri Adik.

Dalam waktu Yang Sama, bagi moral support tuk mak Adik terus bersabar. (sebab itu pilihan mak adik-jangan lah pulak cakap kat mak Adik macam ni. Mak Adik dah redha hidup dia begitu, cumanya dia hanya luahkan perasaan dia sahaja tanpa dia rasa perlu membuat apa – apa tindakan /perubahan untuk keluar dari situasi dia sekarang). Semoga Adik terus terbang tinggi Dan fokus pada pelan jangka pendek dan jangka panjang Adik…all the best…aamiin ..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.