Kakak ipar cemburu bila suami belikan aku hadiah. Dia ungkit kisah lama dan suruh suami ceraikan aku

Bila suami belikan hadiah untuk aku, kakak ipar akan perIi seolah – olah aku habiskan duit adik dia. Ada satu hari, suami belikan rantai untuk hari jadi, kakak ipar terus mesej suami. Katanya dari bazirkan duit beli barang dekat isteri, lebih baik belikan rantai untuk mak dan kakak. Dia lebih layak berbanding aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam min, maaf aku terp4ksa mengadu dekat sini sebab dah tak tahan makan hati dengan kakak ipar dan mertua. Nama aku Anna, 25 dan sudah berkahwin, mempunyai anak perempuan seorang. Aku menetap di ibu kota dan bekerja sebagai accountant sebuah syar1kat di ibu kota. Mempunyai seorang suami yang baik, penyayang dan rajin bekerja. Tapi satu je masalah aku, kakak ipar aku ada perangai sikit. Dari awal perkenalan aku dengan suami sampai lah kami sudah berumah tangga.

Kakak ipar aku adalah kawan kepada kawan aku. Jadi secara tak langsung kami juga berkawan. Waktu aku di usia muda (anak dar4) aku seorang yang agak sosiaI, ramai kawan lelaki sering bertukar tukar pasangan. Kakak ipar aku tahu perihal aku sebab kawan aku suka bercerita mengenai aku kepada kakak ipar aku. Tapi kakak ipar aku tak pernah bersuara depan aku.

Aku berkenalan dengan suami aku melalui majlis perkahwinan kakak ipar aku. Waktu itu aku dijemput oleh kakak ipar aku, jadi aku datang dengan kawan aku. Waktu aku tengah cedok lauk, suami tegur aku cakap baju aku kotor kena kuah lauk kenduri, time tu la kami berkenalan. Aku tak teragak pun untuk berkenalan dengan suami sebab suami mempunyai perwatakan yang sangat baik. Berbeza dengan bekas teman lelaki sebelum ni. Dan keluarga suami juga orang baik – baik. Jadi aku tertarik dengan kejujuran suami. Suami tua 3 tahun daripada aku.

Suami bekerja sebagai seorang gunting rambut. Alhamdulillah berkat hasil usaha suami mampu buka dua cawangan gunting rambut di rumah kami dan juga di bandar selangor. Usia perkenalan dengan suami hanya 4 bulan lepas itu suami datang merisik. Pada mulanya kakak ipar aku tu okay saja. Tapi lama – lama ada banyak cerita yang tak enak untuk aku dengari daripada kawan aku. Kakak ipar cakap aku tak layak untuk adik dia sebab kakak ipar cakap aku perempuan sosiaI. Kakak ipar tak pernah mengadu buruk depan aku. Tapi dia selalu bercerita dengan kawan aku. Aku mulanya tak ambil pusing memandang aku dan suami akan berkahwin tak lama lagi, jadi aku memilih untuk sabar dengan keletah ipar aku.

Tahun kedua perkahwinan kami, kami dianugerah dengan kedatangan cahaya mata perempuan. Aku namakan lily. Lily iras muka aku tapi warna kulitnya agak berbeza dari aku sebab dia ikut suami aku. Satu hari kakak ipar aku datang melawat aku dan lily (tengah pant4ng). Kakak ipar tegur cakap lily gelap, tak macam aku. Lepas tu dia cakap yang dia harap perangai lily tak ikut perangai aku waktu aku muda dulu. Terkesima aku depan sanak saud4ra yang lain. Semua terdiam. Aku pandang suami, suami senyum tanda suruh aku sabar dengan kakak ipar aku. Aku pelik kenapa sampai macamtu sekali kakak ipar aku benci aku.

Untuk pengetahuan semua. Kakak ipar aku dah 5 tahun kahwin, tapi tak dikurniakan cahaya mata lagi. Abang ipar aku selalu cakap yang dia nak kan cahaya mata. Sebab tu kak ipar aku tak senang bila abang ipar aku paling rapat dengan Lily. Dia dah anggap lily macam anak dia sendiri. Aku tak pernah menjawab, tak pernah biadap dengan kakak ipar aku. Tapi pernah sekali aku g4duh dengan kakak ipar aku, sebelum ada lily. Kakak ipar aku cakap aku layak dapat lagi better dari suami aku. Suami aku tiada apa apa. Aku kerja besar, ada kereta, Keluarga aku senang. Apa aku nak semua aku dapat. Tapi paling aku tak suka dia h1na suami aku, adik dia sendiri. Dia cakap gaji suami aku sikit. Dia suruh aku tinggalkan suami aku. Aku ingat lagi, dengan nada bergurau “kau kan gaji besar anna, kenapa la kau nakkan jugak si Arif ni, Arif tu bukannya ada apa pun, setakat bukak kedai gunting rambut, kau yakin ke anna dia mampu jaga kau?” Sedih aku bila dia sendiri sebagai kakak tak yakin dengan kemampuan adik dia. Sekarang, berkat usaha adik dia sekarang la suami aku mampu buka dua cawangan sendiri. Aku sebagai isteri aku bangga dari suami aku tiada apa apa sampai la ada bisnes sendiri.

Setiap kali balik rumah mertua, aku tak pernah merungut kena tidur ruang tamu dengan suami sebab bilik penuh ada abang abang, kakak kakak ipar yang lain. Tapi kakak ipar aku selalu s4kit hati dengan aku bila aku dekat rumah mertua. Pernah satu hari depan mertua aku dengan ipar yang lain kakak ipar aku pura pura pelawa aku makan, tapi bila aku pergi dapur aku dengar ipar aku cakap dengan mertua aku “dia ni datang rumah orang bawa la makanan sendiri, kenapa nak habiskan beras rumah kita. Tak cukup lagi arif dia ambil, semua dia nak ambil dalam rumah ni”. Malam tu jugak aku ajak suami aku balik sebab aku tak tahan kena h1na, kena cerca dengan kakak ipar aku. Aku kecewa, sebab orang yang aku anggap sebagai kakak, sanggup buat macam ni dekat adik ipar sendiri.

Pernah juga, bila suami sambut anniversary dengan aku, bila dia belikan hadiah, aku terp4ksa sorok. Aku tak up dekat mana mana status sebab aku risau kakak ipar aku cakap yang bukan bukan. Sebab sebelum ni suami aku belikan aku rantai hadiah harijadi. Aku up dekat facebook, lepas tu kakak ipar aku komen “seronok habiskan duit arif”. Aku cepat cepat padam status tu tak mahu bagi semua orang baca apa yang kakak ipar aku tulis. Malam kejadian suami ada berbincang dengan aku. Dia tak bagi aku up gambar atau status kalau dia belikan aku hadiah sebab kakak ipar aku ada wasap dia cakap benda bukan – bukan. Bila aku tanya suami, suami tak mahu bagitahu aku. Dia cakap kakak ipar aku nasihat elok – elok je tak mahu bagi orang fikir bukan – bukan. Lepas tu suami ajak aku tidur, aku tak puas hati la dengan jawapan suami aku. Aku kenal kakak ipar aku, bukannya benda elok selalu keluar dari mulut dia. Last – last malam suami tidur aku buka phone suami aku untuk baca apa yang kakak ipar aku tulis. Menangis aku baca wasap dari kakak ipar aku. Kakak ipar aku wasap suami aku macam ni :

“Aku tak suka kau manjakan isteri kau. Buat apa kau bagi Anna rantai emas? Kau tak bagi aku pun rantai, tapi anna kau bagi? Isteri tu isteri je. Daripada kau bazirkan duit untuk isteri kau. Baik kau guna duit kau belanja mak kau, kakak abang adik kau. Si Anna tu bukannya baik sangat pun. Aku dari dulu tak suka Anna, tapi kau nak juga kahwin dengan dia. Dia tu perempuan kot0r, tukar – tukar jantan. Entah entah Lily tu bukan anak kau. Kau kena ingat Arif, kau tu bukannya berduit. Daripada kau bagi duit dekat isteri kau, baik kau bagi aku. Aku kakak kau, aku lagi layak. Si Anna tu kau patut ceraikan je. Aku muak tengok muka Anna datang rumah ni.”

Terkedu aku baca wasap dari kakak ipar aku. Seteruk teruk aku, aku tak pernah mintak suami aku belanja aku. Suami aku hanya menjalankan tanggungjawab dan buat kewajipan dia je. Aku tak pernah anggap suami aku ni menyusahkan aku, walaupun gaji aku lagi besar dari suami aku. Aku selalu anggap punca rezeki aku atas kebaikkan suami aku dekat kami sekeluarga. Aku jadi lemah bila kakak ipar aku benci dengan aku sampai macam tu sekali. Ye aku bukan bertudung labuh macam dia. Tapi aku tahu yang dah berubah. Suami aku bimbing aku ke arah yang lebih baik. Terkedu aku bila kakak ipar aku suruh suami aku ceraikan aku. Aku menangis solat mintak tuhan bagi aku kekuatan dan aku berdoa semoga Allah lembutkan hati kakak ipar aku. Aku tak kuat, aku tak tahu nak luahkan dekat siapa. Aku buntu. Perlu ke aku mintak suami ceraikan aku dan aku teruskan hidup aku dengan lily jauh dari ipar aku. Atau perlu ke aku bertahan dengan kakak ipar aku? Tolong aku admin. Aku buntu. Aku sayang rumah tangga aku. Tapi aku tak mampu hidup dibelenggu dengan kakak ipar macam ni.

Tapi korang doakan kakak ipar aku dikurniakan cahaya mata ye semua. Aku tahu mulut kakak ipar aku jahat, tapi aku nak dia bahagia.

Komen Warganet :

Cik Puan Fieyaa Eychaa : Sampainya hati kakak ipar awk dik. Bagi akak selagi suami awak ok, dia jalankan tanggungjawab dia dengan baik buat awak dan anak. Tak ada sebab awak nak rosakkan kebahagiaan sendiri demi orang lain. Sabar, Allah ada. Doa dan redha. Kita tak da hak dan kuasa nak orang suka dekat kita. Jika mereka tak suka, biarkan. Kita jadi je diri kita sendiri. Buat je apa kita kita rasa nak buat selagi tak salah. Fikir diri sendiri dan keluarga kita je lagi bagus. Akak doakan semoga semua urusan adik dipermudahkan dan semoga ipar duai awak tu berubah jadi manusia yang ada hati perut. Diam tak bermakna kita salah dan kalah. Tak meIawan bukan bermakna kita lemah tapi lebih kepada memujuk hati bersabar dan bertabah. Setiap kesabaran kita Allah akan bagi ganjaran.. Chill ok.

Suraite Saedon : Suami awak baik penyayang rajin dan bertanggungjawabkan, kenapa nak bercerai? Adatlah perangai ipar macam tu. Tak suka tengok orang lain bahagia. Duduk jauh-jauh elakkan bertemu kakak ipar awak tu. Sentiasa doakan kakak ipar berubah perangai..

Puan Salasiah : Abaikan sahaja, kalau dah meIampau sangat, selepas ni kalau suami ada bagi hadiah tunjukkan je depan kak ipar tu. Tayangkan semua pemberian suami. Lepastu buat – buat manja dengan suami depan dia. Kalau dia marah atau perli pekakkan sahaja telinga. Senang je nak ajar orang yang busuk hati macam tu. Janji sis hormat suami dan mentua, ipar tu abaikan sahaja.