Kakak taat dekat mak ayah sampai ikut je jodoh lelaki pilihan mak ayah. Rupanya 23 tahun kakak pendam, kahwin dengan lelaki kaki k3tum

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kakak aku cantik, kulit putih gebu tapi lelaki pilihan mak ayah aku ni memang out betul. Tapi mak ayah aku nak jugak jadikan menantu sebab baik dengan mak ayah lelaki tu. Kakak aku punya taat, dia terima je walaupun dia dah ada teman lelaki masa tu..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua pembaca. Ni bukan kisah aku, tapi pasal kakak aku. Kami ada 10 beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang amat susah. Pun begitu, mak ayah aku memang ambil berat tentang pelajaran biarpun pergi sekolah dulu, pernah aje kakak – kakak aku tukar kasut sekolah kat tengah jalan sebab sesi lain – lain.

Seorang dari 5 orang kakak aku ni, memang taat sangat dengan mak ayah. Sampai dia nikah pun, mak ayah aku yang carikan jodoh dia walaupun masa tu kakak aku dah ada boyfriend. Kakak aku cantik, kulit putih gebu, hidung tak mancung, tapi memang cantik. Kerja pun okay. Badan biasa – biasa dan sampai sekarang kakak aku dah umur 44 tahun, masih lagi cantik.

Ditakdirkan Allah, jodoh yang mak aku carikan tu, muka dia memang out. Aku bukan nak kritik ciptaan Allah, tapi aku rasa kakak aku boleh dapat yang lagi elok dari lelaki tu. Tapi mungkin dah jodoh. Mak ayah aku sukakan lelaki tu sebab suka kan mak bapak laki tu. Baik – baik je keduanya. Jodoh kakak aku tu berpanjangan sampailah perkahwinan diorang dah masuk 23 tahun.

Rupanya selama 23 tahun ni, kakak aku simpan rahsia yang maha berat pasal suami dia. Selama ni suami dia suka minum k3tum walaupun dia seorang yang bekerjaya. Suka lepak tengah – tengah malam sampai 2 – 3 pagi. Dah balik tu, menuntut hubungan badan dengan kakak aku pulak.

Kakak aku pun penat sebab hari – hari memang kakak aku akan bangun seawal 4 pagi untuk uruskan sarapan, masak siap – siap untuk tengah hari sebab nanti anak – anak akan balik sekolah. Kakak aku kerja sampai petang, memang tak sempat nak masak bila dah balik plus kerja dia memang memenatkan sebagai seorang nurse.

Aku bukan nak puji kakak aku, tapi kakak aku ni memang serba serbi boleh. Time raya, dia berniaga, masakan dia memang tiptop. Sampai satu masa, dia rasa tak boleh tahan sangat dengan sikap buruk suami dia tu, dia minta dilepaskan.

Tapi suami dia pulak syak yang dia ada lelaki lain. Dia memang tak ada lelaki lain dalam hidup dia, memang hidup dia hanya untuk keluarga. Masa dia cerita dengan kami, memang kami semua terkejut sebab tak sangka 23 tahun ni dia pendam masalah seorang diri.

Bila tanya pendapat anak – anak dia pasal perceraian diorang, anak – anak dia semua setuju mak bapak diorang bercerai. Diorang kata papa diorang macam tak ada fungsi dalam rumah tu sebab semua benda kakak aku yang handle. Akhirnya, setelah 2 – 3 bulan kakak aku minta dilepaskan, suami dia pun ceraikan dia dengan talak satu.

Aku rasa kakak aku bahagia sebab tak lagi terikat dengan suami yang macam tu. Ditakdirkan Allah, setahun lepas kakak aku bercerai, ada pulak school mate kakak aku minta nak nikah dengan kakak aku. Kakak aku memang tak nak sebab laki tu suami orang.

Tapi laki tu macam memujuk rayu kakak aku since isteri dia tak berapa nak pedulikan dia dan rumah tangga diorang. Dia nak nikah dengan kakak aku. Katanya isteri dia dah bagi keizinan, cuma dia tak mahu diceraikan suami dia. Sekarang ni kakak aku macam dilema.

Separuh hati dia rasa macam dia suka kat laki tu, separuh hati dia, dia tak nak laki tu sebab takut menganiaya isteri lelaki tu andai diorang nikah. Aku ada suruh kakak aku putus hubungan dengan lelaki tu sebab aku takut kakak aku dikecewakan lagi.

Bagi aku, kakak aku terlalu baik dan aku takut orang sekeliling pandang serong pada dia nanti. Kakak ada buat istikharah banyak kali, dan dia selalu ternampak kelibat lelaki tu. Sekarang ni dia keliru nak terima atau tidak. Aku terp4ksa cerita kat sini untuk minta pandangan semua pembaca.

Aku sendiri pun dah habis fikir. Jangan kata aku menyibuk hal kakak aku, tidak, aku bukan menyibuk, tapi dia kakak aku. Dia cuma cerita kat aku seorang je pasal ni dan aku rasa mungkin dia percaya aku boleh bantu dia bagi pendapat. Bantu dia untuk buat pemilihan dalam hidup dia.

Betul, dia dah tua untuk buat keputusan sendiri, tapi dia masih ada adik, abang, kakak dan mak ayah yang dia tak boleh belakangkan pendapat mereka. Dan kalau korang di tempat aku, apa nasihat yang terbaik yang korang boleh beri pada kakak korang yang alami benda ni? Terima kasih semua. Tolong juga doakan kakak aku diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Komen netizen :

Kamsiah Muhammad : Jangan cari peny4kit sayang bagitahu kakak tu. Suami orang ni sebelum dapat manisnya macam madu, bila dah dapat, kakak awak lagi siksa. Lebih baik fikir 360 darjah. Pandai buruk – burukkan isteri sebab nakkan kakak kamu yang cantik tu. Tak payah, tak payah.

Chinta Hatty : Cakap kat kakak, tak payah la cari peny4kit kahwin laki orang. Laki seorang pun dah pening kepala. Lagi kahwin laki yang dah ada bini, fokus je bela anak dulu. Happy happykan diri, jalan sana sini, makan sedap – sedap. Esok lusa, kalau dah lega, jumpa laki yang baik, kahwin la. Tapi satu je, jangan terburu – buru nak kahwin lagi. Insya-Allah ada kebahagiaannya nanti.

Puan Sri Fareez Hain : Tak perlu kot nak terima, satu sebab dia masih berstatus suami orang. Banyak masalah hidup berkongsi ni. Nasihat kat kakak buat masa fokus besarkan anak, lagipun kakak ada kerjaya, insya-Allah ada jodoh lain yang lebih baik. Jangan tergopoh – gapah nak cari pengganti nanti menyesal, takut keluar mulut rimau masuk pulak mulut naga.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5160 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.