Abah tinggalkan Mak demi perempuan yang kaya. Ya, perempuan tu kaya, janda anak 1. 33 tahun Mak hidup susah senang dengan Abah, dan dalam 3 bulan sahaja masa untuk abah senang – senang je buang mak. Abah kahwin dengan isteri baru dia dan tinggalkan kami dengan hutang piutang.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Mungkin cerita yang aku nak sampai kan ni nampak lebih kurang sama dengan kes – kes confessor lain sebagai anak yang kena d3ra mentaI dan fizikaI dari ibu bapa diorang.
Cuma satu je niat aku kongsikan kisah aku ni sebab aku nak orang kongsi dan mana tau, mungkin Abah aku terbaca sebab dia tu kaki facebook. Abah aku tu dia setiap hari post mutiara kata yang dia karang sendiri sebab dia suka kalau orang puji dia tentang ilmu agama dia yang tinggi.
Oh, untuk pengetahuan pembaca semua, nama aku Farah (bukan nama sebenar). Aku berumur 26 tahun dan merupakan anak bongsu dari 7 beradik. Aku lahir dalam keluarga yang bukannya senang dan abah aku merupakan pesara polis.
Walaupun abah dahulunya seorang pegawai polis yang boleh dik4takan tinggi juga pangkatnya, tapi hidup kami sekeluarga tetap sentiasa dih4ntui masalah duit. Ye lah, usually bila pangkat tinggi, gaji pun mestilah tinggi.
Tapi tidak untuk abah. Abah seorang yang suka membazir. Ya, suka membazir untuk diri sendiri. Untuk mak atau kitorang adik beradik, jarang sekali abah nak keluarkan duit. Selalunya bila minta duit untuk belanja harian sekolah, abah selalu m4ki hamun, kata dia tak ada duit.
Duit dia tak cukup. Disebabkan perangai abah yang kedekut nak keluarkan duit untuk anak – anak, Mak terp4ksa berhenti jadi surirumah dan bekerja waktu aku umur 5 tahun.
Dan disebabkan sifat kedekut abah tu, 20 tahun yang lalu Along aku terp4ksa lupakan hasrat dia untuk belajar, Along berhenti belajar sebab masa tu korang bayangkan kalau zaman dulu, Abah cuma bagi duit poket untuk Along belanja RM 20 setiap bulan.
Duit tu lah Along guna untuk makan, assignment etc tapi tak cukup, jadi Along berhenti belajar dan bekerja di negara orang. Along bawa diri. Tinggal la aku dan adik beradik yang lain dekat Malaysia.
Baju sekolah atau baju – baju semua pun turun temurun. Tapi aku tak kisah, sebab aku tau kitorang bukan orang senang. Aku cuba untuk memahami sifat abah yang kedekut tu, aku tahu dulu dia tak dapat merasa kesenangan sebab dia juga lahir dalam keluarga yang sangat miskin.
Tapi apa yang abah buat pada kami adik beradik buatkan aku rasa tak guna abah pergi belajar agama di pondok satu ketika dahulu. Ya, orang lain nampak abah aku hebat, nampak dia seolah – olah seorang bapa yang sangat baik, bertanggungjawab, berwibawa, very the pr0fessi0nal gitu.
Polis – polis satu Malaysia kenal abah aku. Sebut je nama dia di setiap Balai Polis, semua orang kenal. Tapi tanggungjawab terhadap keluarga abah aku abaikan. Seolah – seolah kami ni beban bagi dia. Abah aku seorang yang sangat panas baran. SANGAT PANAS BARAN
. Kaki pukuI. Kata – kata kesat tu mainan lidah dia kalau dia marah pada kami. Mak dan kami adik beradik selalu kena teraj4ng ngan Abah. Mak memang seorang yang kuat. Aku respect mak aku sebab boleh tahan dengan perangai abah yang kaki pukuI tu.
Tapi disebabkan perangai abah yang panas baran tu, Mak selalu str3ss. Jadi mak pun selalu pukuI kami adik beradik. Mak terlalu str3ss sampai guna ayat ayat kesat, “Baik aku bunvh kau ni dulu, menyusahkan hidup aku dah besar!”
Pernah juga Mak m4ki hamun aku dengan ayat, “Kau ni memang anak B4bi!!” Jujur aku cakap, keyakinan aku sangat rendah masa kecik – kecik, abah selalu kutuk keadaan fizikaI aku yang hitam, kulit berkud1s, gigi r0ngak, sampai aku selalu fikir, kenapa la tak m4ti je kan senang.
Bayangkan, budak umur 4~6 tahun dah boleh fikir nak bunvh diri. Tambah pula kawan – kawan kat sekolah selalu pulaukan aku sebab aku kulit gelap. Bila dah besar ni, rasa macam eh pergi la m4ti aku hitam ke apa.
Batang betik, getah paip, tali pinggang kulit, c0ta, beIantan korang cakap je, apa aku tak pernah rasa. Separuh m4mpus kena beIasah ngan Abah, kadang – kadang pasal hal kecil je, contoh macam kalau kau lambat kapur kasut sekolah, siap sedia la badan kau.
Aku pernah kena rend4m dalam tong penuh air masa umur aku 7 tahun, pernah kena g4ntung leher aku kat pintu masa umur 8 tahun. Ye, kalau zaman sekarang, mungkin abah dah kena masuk Iokap sebab boleh dik4takan mend3ra anak – anak.
Abah tak pernah datang sekolah ambil report card. Sebab abah aku kuat bekerja . Ya, workahoIic sampai kalau aku minta tolong dia hantar ke sekolah, abah akan terus m4ki hamun kata aku anak tak guna, menyusahkan dia, punca dia pergi kerja lambat, padahal time tu awal lagi untuk dia masuk office.
Jadi disebabkan abah selalu m4ki hamun kalau minta hantar ke sekolah, kami adik beradik ambil keputvsan untuk jalan kaki atau naik basikal. Lagipun bagi abah masa depan kami adik beradik tak penting, yang penting masa depan dia.
Kerjaya dia yang penting. Oh ye, Laluan ke sekolah dari rumah memang bah4ya, lori balak lalu, gangguan lelaki ped0 yang berhenti motor tayang kemaIuan dekat aku (banyak kali kena masa sekolah rendah sampai dah lali) Jarak ke sekolah ada lah dalam 10 km.
Waktu rayalah yang paling kerap abah buat hal. Kitorang tak pernah pergi beraya dengan hati yang lapang dan bahagia, sebab abah selalu sangat m4ki hamun sampai mood nak beraya tu dah hilang pergi mana tah.
Mak dengan abah selalu berg4duh menjerit – jerit m4ki hamun dalam kereta sampai kami adik beradik dah lali tapi selalu rasa ketakutan. Aku membesar dengan perasaan takut dekat abah. Abah tak pernah bergurau – gurau dengan kitorang.
Abah tak ingat birthday kami adik beradik. Jadi, memori yang best – best pasal abah memang tak ada dalam ingatan aku. Yang ada cuma memory pahit. Aku pelik, kenapa ayah orang lain yang belajar ilmu agama tinggi sangat lembut dalam mendidik anak – anak.
Kenapa abah tak ikut dan amalkan apa yang dia belajar? Tahun 2008, peristiwa ni la yang menunjukkan tanda – tanda abah memang tak sayang dekat kami. Abah ceraikan Mak sebab perempuan lain. Abah tinggalkan Mak demi perempuan yang kaya.
Ya, perempuan tu kaya, janda anak 1. 33 tahun Mak hidup susah senang dengan Abah, dan dalam 3 bulan sahaja masa untuk abah senang – senang je buang mak. Abah kahwin dengan isteri baru dia dan tinggalkan kami dengan hutang piutang.
Mak m4kin str3ss, gaji mak tak cukup nak bayar hutang dan bil – bil rumah yang mencecah RM 3000 setiap bulan. Mak terp4ksa pinjam dekat kawan – kawan untuk bayar hutang sebab kalau tak memang rumah kena lelong dan kami pun merempat.
Lepas Abah tinggalkan kami, Mak langsung tak ambil tahu hal aku. Mak sibuk dengan dunia sosiaI dia. Abang – abang dan kakak – kakak aku semua sudah bawa diri masing – masing, ada yang dah berkahwin dan ada yang sudah bekerja.
Tinggal la aku yang masih lagi bersekolah. Jujur aku cakap, masa tu, Tuhan je tau betapa susahnya hidup. Alhamdulillah, walaupun mak abah bercerai masa aku tengah SPM, result SPM aku boleh dik4takan cemerlang.
Aku sambung pengajian di institusi pengajian yang paling murah yurannya. Sebab aku tau, tiada siapa yang akan tanggung aku belajar. Tu pun nasib baik dapat pinjaman PTPTN, 2 tahun lepas mak abah cerai, Mak jumpa jod0h dia, Mak kahwin baru.
Mak tinggalkan kami dan ikut suaminya. Abah pula lepas 3 tahun, baru cari kami semula, tapi Abah tetap dengan perangai lama dia, bezanya aku dah besar dan dah pandai meIawan.
Dan disebabkan mulut aku yang selalu cakap lepas ni, itupun sebab aku tak tahan dengan cara abah layan kami, abah selalu tak mengaku aku ni anak dia. Abah har4mkan aku berbintikan nama dia.
Tapi sekarang aku dah tak peduli dah apa abah nak cakap sebab bagi aku, aku lebih reIa kalau abah pergi selamanya sebelum bercerai dengan Mak. Sekurang – kurangnya kalau dia pergi sebelum tu, mungkin aku tak akan benci dia sebanyak ini.
Sepanjang aku belajar, abah tak pernah ambil tahu kebajikan aku. Abah lebih suka habiskan masa dengan keluarga baru dia. Dan sampai sekarang abah masih eg0, masih tak nak dengar cakap kami.
Abah selalu kata aku ni anak derh4ka bila aku minta duit belanja masa belajar. Oleh disebabkan itu, aku selalu pinjam duit dari kawan – kawan. Aku terp4ksa buat kerja part time lepas habis waktu kelas. Penat. Tapi apakan daya, abah tak pernah tau kesusahan aku.
Abah, kalau abah rasa abah layak masuk syurga dengan mengajar orang sana sini tentang agama, mengingatkan orang lain tentang tanggungjawab, abah silap. Abah lupa akan tanggungjawab dengan kami, terutama anak – anak perempuan Abah.
Abah selalu cakap, Abah tak perlukan anak – anak pun dalam hidup Abah. B0ngkaknya abah sedangkan abah tau, apabila kita m4ti, maka terputvslah segala amalan kita melainkan 3 perkara amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak – anak yang soleh. Dan Farah harap masih sempat abah perbetulkan kesilapan abah. – Farah
Komen Warganet :
Alifah Rafidy : Bab mak ayah buruk tara mana pun dia, Tuhan kata taat. Antara Jihad terbesar tu. kita tak ade pilihan melainkn taat. Redha Allah pun pada mak ayah. Aku tau aku bukan kat kasut kau, tapi tak guna hidup kena ujian teruk gini dapat mak ayah yang perangai macam ni.
Akhirnya kita masuk ner4ka atas sebab kita tidak bersabar dan kurang ajar dengan mak ayah. Itu je aku cuma boleh cakap. Selebihnya kekuatan kau mintak kat Tuhan. Wallahualam. Semoga kau tabah Farah. Dan diberikn kebahagiaan di masa depan dan akhir4t.
Ummu Zulkarnain : Kederh4kaan adalah pengabaian terhadap tanggungjawab, jika bapa yang mengabaikannya maka bapa itu adalah bapa derh4ka, begitu juga jika anak yang mengabaikan tanggungjawab maka itu anak yang derh4ka. Semoga rahmat allah bertambah untuk Farah kerana masih berharap dengan perubahan dari bapa.
Ain Zuriati : Memang betul ada orang tua yang macam ni.. Ada orang tua yang mendoakan anak menjadi papa ked4na, sedangkan kita tahu apa yang keluar dari mulut seorang ayah adalah doa. Tak sepatutnya diucap dari mulut bernama AYAH. Moga moga golongan ayah macam ni sempat bertaubat sebelum terlambat.
Erika Hisham : Kepada TT, saya harap satu hari nanti awak akan jumpa seorang lelaki yang akan bagi awak sepenuh kasih sayang yang ingat every little details that you like, yang ingat hari jadi awak, yang sangat sayangkan awak sampai boleh buatkan awak terlupa yang awak pernah ada seorang Abah yang tak dianggap sebagai seorang Abah. Semoga awak akan bahagia.
Ann Fardan : Bertuahlah siapa yang dapat bapa atau suami yang berilmu, beramal dan berakhlak. Namun setiap manusia tak pernah sempurna, bagi aku biarlah dapat bapa yang kurang beramal, bukan kaki masjid, bukan ahli hadis dan Quran yang hebat, memadailah sedikit ilmu agama dan berakhlak mulia.
Sebab dengan akhlak yang baik akan membentuk keluarga yang baik – baik dan inshaAllah akan didoakan mendapat hidayah untuk lebih beramal. Macam abah aku solat wajib 5 waktu, solat sunat tak pernah nampak tapi bab sedekah tolong orang, kudrat tenaga tak pernah berkira dengan anak – anak dari kecik walau garang tapi ihsan.
Bila kami dah besar lagi penyayang dan memahami. Dia layan mak aku macam raja sedangkan mak aku cerewet nak mamp0s. Sanggup jaga mak aku str0ke sampai sekarang.. Biarlah abah aku nampak r0ck tak alim bagai tapi tanggungjawab dipegang tak pernah terabai.
Bukankah Nabi Muhamad berpesan, “sebaik – baik lelaki adalah suami yang berlemah lembut dan berbaik – baik dengan isteri serta anak – anaknya”.