Kalau ada sesiapa jumpa suami saya, suruhlah dia balik. Saya dan anak – anak rindu ni

ekisahdotcom warning

Aku izinkan suami kahwin lain dengan wanita yang jauh lagi cantik dan pandai dari aku. Aku pun dah ik4t sebab semua anak – anak dilahirkan secara Czer. Namun sejak akhir – akhir ni suami dah lama tak balik. Anak – anak dah mula bertanya dan rindukan Abiy. Dulu abang kata abang tak akan dua kan saya. Abang akan sayangkan saya sampai bila – bila. Tapi lepas saya i4at dan tak dapat mengandung abang tak nak saya dah ke?

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab approve penulisan aku ni. Terima kasih jugak buat yang sudi bagi pendapat dan support aku. Aku nak kan semangat je.

Salam dan hi korang. Aku isteri pertama, ye suami aku ada dua bini. Bini dia yang kedua memang jauh lagi cantik dan muda dari aku. Hati aku? Tak dapat aku gambarkan dengan kata – kata..

Aku ada 5 orang anak, semua comel – comel dan memang semua bijak pandai. Suami aku baru je nikah dengan madu aku tu setahun lepas. Ye aku tahu. Aku sendiri terima dengan hati terbuka. Dari mereka terus buat maksi4t belakang aku, aku bagi je izin mereka kahwin. Aku tak tahu s4kitnya sampai macam sekali ni. Sungguh aku tak tau. S4kit sangat. Walau pun aku tahu aku sendiri yang bagi. Tapi..

Sekarang madu aku tengah mengandung, dia masih muda dan seorang yang berpelajaran keluar dari Universiti, Aku? Dulu belajar di madrasah je. Aku tahu aku tak berapa pandai jika nak dibandingkan dengan dia. Aku lahirkan anak – anak aku secara czer, yang terakhir ni aku dah ik4t. Sebab doktor kata bah4ya untuk rahim aku. Yang bongsu ni pun dah berumur 2 tahun. Comel sangattt ? hihi.. Aku sayang anak – anak aku.

Tapi sejak kebelakangan ni suami aku pelik, dia tak berapa hiraukan aku. Mungkin penat sebab madu aku tengah pregnant. Tapi aku perlukan perhatian jugak. Asyik pergi rumah sana je. Anak – anak aku tanya, “ummi! Abiy mana?” Apa aku nak jawab? Aku kata, “abiy kerja dengan mommy kat luar.” Anak – anak aku memang kenal madu aku ni.

Aku sedih, bila mana madu aku upIoad gambar sweet – sweet dengan husband aku. Seronok aku tengok, tapi airmata aku jatuh. Aku sedih. Aku rindukan suami aku yang dulu. Yang selalu ada dengan aku. Mana dia pergi? Kalau siapa – siapa jumpa, bagitau dia. Aku rindu ni. Hmm

Dulu aku ingat lagi, aku kahwin dengan dia, motor je ada. Dari kena berhenti keje sampai dah ada kerja, sampai dulu tak ade business sekarang dah ada business sendiri. Aku senyum je ingat balik kenangan kita semua. “Abiy ingat tak agak – agaknya ye?”

Ye, madu aku sama. Pakai niqab. Graduan Univesiti Islam. Aku tahu dia baik, tapi hati aku ni kenapa tak baik – baik. Hmm, aku cuba redho. Allah kuatkan aku.

Aku ingat lagi, dulu abang kata abang tak akan dua kan saya. Abang akan sayangkan saya sampai bila – bila. Tapi lepas saya ik4t dan tak dapat mengandung abang tak nak saya dah ke? Abang tahukan, saya perlukan suami di sisi saya, saya tahu abang mungkin dah lupakan saya. Abang pun jarang balik dan jenguk anak – anak. Hmm

Harini anniversary kita, abang tak wish pun. Sayang tengok kat fb abang, abang upIoad pergi makan dengan dia. Happynya abang. Hmm takpe lah. Mungkin abang terlupa, mana tahu kejap lagi abang balik surpr1se kan sayangkan? hihi tak sabarnya.

Abang, Ingat lagi tak dulu, kita naik motor sama – sama sampai anak 2 orang, berpanas berhujan. Kita redah je. Abang ingat tak yang dulu kita pergi zoo bwk anak – anak, kita ambik gambar sama – sama. Abang ingat tak? Yang kita gelak kan Iman sebab dia kena kejar monkey tu. Lawakkan abang? Mana abang dulu? Sayang rindukan abang yang dulu. Kalau ada sesiapa jumpa suami saya, suruhlah dia balik. Saya rindu ni.

Ingat tak dulu, tiap kali abang demam, abang mintak nak bubur sayang masak. Sedap kata abang. Kalau abang tak sihat, abang balik lah. Sayang masakkan lagi untuk abang. Abang makan banyak – banyak tau. Biar gemok hihi

Abang, sayang rindu ni, raya pun abang raya dengan dia. Sayang tak marah, sayang cuma rindu. Sayang tahu, abang slalu marah kat sayang sebab sayang suka bebeI. Sayang slalu merajuk, sayang suka nangis, sayang janji tak buat dah..

Abang balik lah, sayang kesian tengok anak – anak. Sayang sedih bila anak – anak tanya abg. Kalau abang dah tak marah, abang balik tau. Kalau Intan ada baca ni, suruhlah abang balik Intan. Kakak rindu, anak – anak rindu. Kakak tak marah Intan dan abang. Kalau ada yang jumpa suami aku, suruh dia balik, kami tunggu..

Isteri mu yang merindui..  – Insan pilu

Komen Warganet :

Paridah Husin : Kesiannya ko dik. Peng0rbanan mu tak dihargai, kasih sayang dah dilupai. Janji – janji dah didustai. Ke mana lagi kau nak harapkan, pada siapa..

Karisah Jarmin : Ini memang suami yang tak bertanggungjawab.. Dah dibagi izin untuk kahwin tapi tak adil. Isteri pertama banyak berk0rban daripada susah jadi senang. Suami dah lupa diri tu.

Nasimah Abu : Saya pernah jumpa kes macam ni.. Jagalah diri kamu dan anaknya sekali, dia akan datang pada kamu masa dia dah tua nanti.

Zuraishima Abdul Razak : Berdoa la puan. Masa bahagia puan akan tiba. Suami Akan dapat habuannya nanti. Lambat atau cepat jer. Percayalah, Allah itu maha adil.

Apa kata anda?