Kalau laki lain, aku rasa dah kena cerai dapat bini sya1tan macam aku

Aku menyesal kahwin dan beranak. Aku nak bebas. Nak pergi kerja, balik kerja, tengok tv, duit pun boleh simpan. Tak payah fikir yuran, upah mengasuh dengan anak menempek nak susu badan. Rimas asyik melekat siang malam.

#Foto sekadar hiasan. Aku dah hampir 12 tahun kahwin. Ada 2 anak, lelaki semua. Beza jauh anak ke-2 dari anak sulung. Bila dah lama kawin ni aku rasa m4kin bosan, fed-up, aku letih jaga anak, urus rumah. Lepas 6 tahun kahwin aku mula tengking anak, semua dah sebati dengan lidah aku sekarang ni.

Bukan aku tak tanam azam nak berubah. Kejahatan dalam badan aku lebih kuat dari aku. Bukan aku tak solat, tak cuba bangun malam, tak berzikir, tapi m0nster dalam diri aku dah sebati dengan aku.

Hebat sya1tan pergi tinggalkan badi. Tak perlu susah – susah sya1tan bisik sebab aku auto trigger semua benda. Perubatan islam? Dah.. Solat? Ya aku jenis solat 5 waktu tak tinggal.

Akulah termasuk orang – orang yang solat tapi rugi tu. Yela dengan perangai sya1tan aku. Lagi satu aku dah tak nak mengharap apa – apa dah kebaikan. Ye aku tahu aku h4mba. Tapi hati aku keras. Aku ni buat apa – apa semua nak sempurna. Kalau tak sampai target aku memang aku akan meng4amuk.

Bab aku dengan anak, aku penat belembut tapi anak aku masih mencuri, slow talk tiap – tiap malam sampai sekarang. Bertahun dah haaa.. mencuri la kau nak.. emm result masih sama. Anak ke-2 aku, walaupun kecik tapi lasak rosakkan barang. Mungkin ikut perangai aku sebijik.

Syabasss.. sama jugak anak sulung aku. Kalau aku tak bagi henset meng4muk Iempar barang. Hahaha.. Anak oii.. kau p4ksa aku bagi apa kau nak, tapi kau bagi apa aku nak? Aku berlembut suruh solat? Mau berjuta kali sampai aku angkat r0tan baru kau nak buat.

Aku suruh kau siapkan homework kau keluar main tak ingat rumah, ehh, demand kau ehh.. Pinggan sendiri kau letak ja merata 1 rumah. Nasihat sejuta kali pun tak lekat. Ehh. MeIampau.. Ni aku baru ja hempuk remote baru beli sebab anak aku yang ke-2 penyek dengan basikal.

Baru nak rehatkan badan habis rosak mood. Remote hilang pun cukup buat aku meng4muk h4ncurkan barang dalam rumah. Aku penat pesan letak barang pada tempat.

Sama ja peel anak aku dengan laki aku. Jenis tak kisah rumah bersepah. Ye aku tahu anak orang lain pun macam ni jugak. Tapi penerimaan diri aku la. Sifat sabar memang tak ada dalam diri aku. Memang takda.

Anak – anak dan laki aku ni, korang ingat aku h4mba, kerja masak basuh lipat kemas rumah ja? Aku fedup buat kerja yang sama hari – hari. Aku sejenis tak mampu nak jadi suri rumah pun.

Aku kerja jugak oiiii.. kerja aku pun bertimbun since kerja dari rumah. Duduk di rumah lagi serabut dari duduk di tempat kerja. Eh laki aku tiap – tiap petang ko pegi main bola? Aku nak kayuh indoor basikal pun anak dok nangis tepi aku.

Langsung tak dak life. Nak ajak kuar?? Malam – malam baru nak kuar cari barang? Aku nak pilih barang pun tak sempat kedai dah nak tutup takpun kalut – kalut ajak aku balik. Ehh.

Pastu semua kerja sekolah anak aku hadap, mengaji al-quran pun aku jugak. Kenapa tak hantar kat rumah orang? Sebab tak ada yang buat kelas mengaji. Ada pun jauh. Kang aku jugak kena pergi ambil, pergi hantar anak. Lagi tambah penat aku.

Lagi pulak si anak ikut kepala dia nak mengaji dengan aku jugak walaupun aku hentam teruk – teruk sampai nangis bila salah baca. Rasakan. Siapa suruh nak mengaji dengan aku. Aku pulak tak boleh salah baca. Eh.. aku boleh baca quran ikut tajwid. Tapi aku perangai sya1tankan? Pelik kan?

Aku serius fed up dengan hidup aku. Dari kecik hidup susah. Aku pun teringin nak hidup senang. Nak apa semua aku boleh beli. Bukan nak kereta, barang makeup atau barang kemas. Aku tak minat semua tu. Cukuplah bila aku nak makan apa, baju apa aku boleh beli.

Ni gaji aku, aku abadikan untuk rumah dan anak – anak aku. Laki aku? Ada la bagi nafkah tu tapi tak la tiap – tiap bulan. Biasanya aku topup duit laki aku.

Aku dah tak harap duit laki aku untuk belikan aku baju atau bedak aku. Buat patah semangat ja. Pajak barang kemas aku lagi ada. Better aku tak dak langsung barang kemas walau seurat. 1 lagi perangai buruk aku, aku benci masak. Aku sungguh tak suka masak. Rimas bila dok dapur.

Gaji aku banyak habis untuk makan. Lebihnya mak ayah dengan barang rumah mak ayah aku. Simpanan wajib tetap ada sebab aku dah tak harap ke laki aku. Kang anak – anak aku nak sambung belajar nak cekau mana? Waktu em3rgency? Haaa.. simpanan aku tu la.

Laki aku tak tegur aku ke? Aku harap sangat dia bagi perhatian bila aku penat, tenangkan aku bila aku tengah memuncak. Biarkan aku berehat dengan tenang. Tapi cuma harapan. Aku rasa laki aku pun dah bosan dengan aku. Sebab kadang kala mulut aku ada rendahkan laki aku.

Yela. Nafkah zahir dan batin ke laut. Kadang bila aku jadi alim kucing aku cakap baik – baik, tak kisah, kadang bila tengah marah kuar jugak memacam. Baiknya laki aku ni dia tak angkat tangan. Laki lain aku rasa nak cerai dah kalau ada bini sya1tan macam aku.

Kadang aku nyesal kawin dan beranak. Ye.. aku tau tak baik menyesal. Berd0sa. Tapi bila dah rasa hidup aku ni kosong aku rasa nak tinggalkan anak – anak aku.

Aku nak bebas. Nak pergi keja balik keja, tengok tv, duit pun boleh simpan. Tak payah fikir yuran, upah ngasuh dengan anak menempek nak susu badan. Rimas asyik melekat siang malam.

Ye aku tau bila dorang besar nanti aku boleh bebas. Ye aku tau apa yang aku buat sekarang ni mungkin anak aku buat pada aku balik.

Ye aku tahu duit tak boleh bawak masuk kubur, Aku boleh fikir. Aku nak jadi baik, aku bukan tak pernah cuba. Aku cuma dah tak mampu nak Iawan hati dan minda kotor aku.

Aku dah penat. Aku lemah dan Aku BENCI YANG AMAT DENGAN DIRI AKU! Aku isteri yang kurang ajar, ibu yang jahat. Aku tak layak jadi isteri sesiapa atau ibu untuk anak – anak aku. – Isteri/Ibu dari Ner4ka (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ida Ramli : Kesiannya. Macam orang lain bagi pendapat tu, puan perlu dapatkan bantuan. Cuba buat ujian DASS, result tu boleh print dan bawa jumpa doktor. Mungkin dari situ, boleh tahu sejauh mana keseriusan masalah ni dan boleh dibantu. Dan puan juga perlu kawan utk meluah perasaan. Mungkin boleh cerita pada emak, adik – adik atau kawan – kawan yang dipercayai. Lagi 1, WFH ni pun mmg buat kita str3ss terutamanya kalau dalam bidang management atau superior.

Kadang – kadang rasa bercabang otak. Lagi kat rumah nak kena suap anak makan, nak masak lagi, nak tengok anak belajar online lagi dan macam – macam lagi. Kadang bawa sampai ke tengah malam masih duduk depan laptop. Memang berat. Apa pun saya doakan puan boleh hadapinya. InsyaAllah, selagi puan masih patuh untuk solat, ada jalannya. Jangan risau.

Atie Hayati : Awak penat. Awak banyak simpan. Awak banyak pendam. Awak lepaskan semua pada anak – anak, pada suami. Cuba ambil cuti puan. Pergi mana – mana seorang diri. Rehatkan dan tenangkan fikiran. Bincang dengan suami elok – elok. Ibu ini, kita dah cuba yang terbaik tapi kadang ujian daripada Allah itu tak pernah habis. Bersabarlah. Redha. Ikhlas.

Mashitah Mashie : Kepada mereka yang suruh tt bersyukur lah apa semua tu, korang semua tak baca dengan mata hati. Saya rasa, cuba korang fahami balik apa yang tt sampaikan. Saya rasa tt ni dah burnt out tahap Ianggar tembok t3mbus ke bangunan sebeIah dah ni. Sian sangat rasa.. Semuanya dia kena buat sendiri, dah macam ibu tunggal, suami langsung tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dan sebagai bapak.

Sepatutnya dia yang menjadi ketua keluarga tapi maIangnya dia biarkan isteri buat semua benda. Anak – anak jadi macam tu sebab dah terbiasa tengak contoh yang bapak diorang tunjuk. Em0si ibu tu terced3ra, macam mana nak layan anak – anak dengan baik?? Kepada TT, awak perlukan bantuan dan keluar dari hubungan t0ksik begitu. Tak guna terus jadi lilin yang menerangi semua ruang. Sedangkn hari demi hari, awak m4kin memusn4hkan diri awak sendiri

نور العزة : hai awak, apa awak rasa tu memang real. rasa macam nak lari dari rumahkan? hehehe.. i can see you have a good background, mak ayah awak ajar awak dgn cukup baik. sebab awak solat, pandai mengaji, pandai bezakan baik buruk. tapi yelah, dunia keIiling kita pula yang tak bagi kerjasama. haishhh, macam mana la kita nak jadi bidad4ri,huhu.. anyway, kalau awak nak solution, ada je banyak solution. ikutlah awak nak akhirnya jadi macam mana. all the best mommy. you are doing good. you are the real asian mom. go go go!!

Nor Qalby Rahim : Puan, awak dah terIampau str3ss (burnt out). Tak ada yang salah pun, penat itu normal, fed up itu normal. Tapi untuk lebih baik puan perlu sedar dan akui yang puan sudah burn out. Terlalu penat, penat mental dan em0si. Beri ruang untuk diri puan dapatkan rawatan. Ajak suami dapatkan kaunseIing dengan badan bertauliah atau kaunseIor berlesen. Puan ada sumber kewangan, gunakan untuk rawat mentaI dan em0si puan. Siapa pun pernah dan akan duduk dalam kasut puan. Cuma berapa lama dan bagaiman cara untuk hadapi sahaja yang berg4ntung pada individu. Semoga berjaya puan. Yakinlah, Allah sayang, ada hikmah yang tertangguh

Apa kata anda?